Showing posts with label klcc. Show all posts

PERMAINAN ILUSI PALING TAK MASUK AKAL DI PETROSAINS

PERMAINAN ILUSI PALING TAK MASUK AKAL DI PETROSAINS. KLCC lambang kebanggan orang2 KL katanya. Sebab aku pernah terbaca satu viral yang bebudak KL yang bangga sangat sebab kat KL je ada KLCC.. kedah ke? takde kan?? Ye ye.. kedah memang tak ada KLCC.. tapi kedah ada banyak benda yang tak ada kat KL jugak. Kang senaraikan.. menangis pulak anak jati KL katanya. Tak kisahlah KL ada KLCC negeri lain tak ada.. Kita ni satu Malaysia ok! KLCC bukan milik orang KL jer.. malah sesapa saja boleh masuk kesitu. Yang buat KLCC tu pun bukan semua anak jati KL. Disebalik bangunan berkembar tu di bina.. ada macam2 manusia dari berbagai negara, bangsa,negeri yang terlibat. Cuma lokasi dia kat KL je orang KL nak claim benda tu hak milik Kuala Lumpur.

Gambar pinjam jer ni.. 

Kalau masuk KLCC tu yang ada anak anak mesti rasa nak singgah jugak kat petrosains. Aku pun suka juga ke petrosains. Kadang2 masuk ke KLCC tu semata mata nak bawak anak aku ke petrosains je.. Sebab anak aku memang nampak enjoy setiap kali masuk ke situ. Almaklum la banyak permainan dalam tu. Permainan dia semua merangsang perkembangan otak kanak kanak. Paling anak aku suka main benda macam wheel bergerak. Kat dalam tu ada kereta. Kena masukkan bola & pastikan bola tu tak langgar kereta2 dalam tu. Suka betul anak aku main benda tu tiap kali masuk ke petrosains. Kadang2 bawak jugak naik train explorer & belajar tentang alam semulajadi. Sesetengah budak mungkin takut sebab suasana dalam tu gelap lepas tu ada muzik & suara latar dok cerita setiap destinasi dalam tu. Tapi anak aku ok jer...

Ni la benda paling favorite anak aku main kalau ke petrosains. Gambar dari google

Kat petrosains ni yang best bukan budak2 jer enjoy. Orang dewasa pun boleh enjoy jugak sebab banyak permainan menguji minda berbentuk ilusi kadang2 kita sendiri rasa mati akal macam mana benda tu boleh berlaku. Macam satu permainan ni aku tak pernah cuba tapi tengok pengunjung kat situ main. Dia macam permainan guna bola tapi untuk gerakkan benda tu kena guna otak. Bermaksud dia guna kekuatan dari fikiran kita. Susah aku nak describe benda tu.. Sebab nak main benda tu kena pakai satu benda kat kepala. kemudian benda tu akan bergerak ikut macam mana kita guna kekuatan dari fikiran kita. Pening jugak aku nak fikir pasal permainan tu.

Sumber Gambar Google

Memang banyak permainan berbentuk ilusi kat petrosains yang kita otak tak berapa saintis sangat akan pening fikir macam mana benda tu boleh berlaku macam permainan2 macam ni >> Permainan Ilusi Paling Tak Masuk Akal di petrosains << Gila jugak la kalau fikir. Nampak macam magic.. mistik tapi ianya cuma menggunakan teknologi sains. Jadi perkara mistik jugak mungkin memberi ilham pada sains untuk mencipta sesuatu permainan berbentuk ilusi tanpa menggunakan kuasa ghaib.

Mistik & sains dua perkara yang berbeza tapi kadang2 macam ada kaitan. Perkara mistik yang berlaku kadang2 ada alasan dari sudut sains macam mana ia boleh berlaku. Sains juga kadang2 nampak macam guna kuasa ghaib walhal ia cuma di hasilkan dengan teknologi yang tinggi di mana tak nampak kejadiannya dengan mata kasar. So, kesimpulannya.. semua benda dalam alam ni adalah untuk manusia belajar. tiada satu pun yang Allah jadikan itu adalah sia sia & tidak bermanafaat.

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC. Sedang asyik menggoogle pasal petrosains yang terletak di bangunan KLCC yang menjadi kebanggan orang2 kl katanya tetiba terserempak pulak dengan satu kisah seram,misteri lagi mistik yang pernah berlaku di Petrosains awal pembukaannya dulu. Maka secara rasminya segmen seram serik lekatlekit kita akan membongkar satu kejadian misteri yang pernah berlaku kat situ.


Dari sumber yang aku baca katanya Tapak KLCC sekarang adalah bekas tapak tempat perlumbaan kuda. Tempat judi & maksiat macam tu apa nak pelik kan kalau banyak jin, syaitan & manusia yang perangai macam setan. Normal la tu.. Mana ada orang baik main judi, ye dak? Orang jahat memang BFF setan. hahaha.


Nak dijadikan kisah seram.. Pada satu malam yang sepi pi pi.. Seorang ustaz di jemput untuk membantu memulihkan kejadian2 mistik,pelik & seram yang berlaku kat situ. Kalau korang pernah ke petrosains mesti korang tahu satu tempat dimana ada pameran haiwan2 pra sejarah & replika gunung berapi. Suasana dalam tu agak suram.. Ditambah dengan sound effect bunyi bunyian haiwan purba & letusan gunung berapi.. Mungkin agak menyeramkan bagi sesetengah orang. Pada malam ustaz tu di jemput untuk menghalau makhluk ghaib yang masih bermastautin kat situ.. Ada kejadian misteri berlaku di bahagian pameran haiwan purba tersebut. Sebaik dia melangkah masuk ke tempat tu.. tiba2 lampu terpasang & haiwan kat situ mula bergerak. Sound2 effect jugak tiba terpasang seperti pameran tu beroperasi semasa kehadiran pengunjung. Walhal masa tu dah pukul 1 pagi. Sebab ia menganggu fokus ustaz tersebut untuk berzikir & membaca ayat2 suci al quran yang kebiasaannya dia buat untuk merawat gangguan jin dia meminta petugas petrosains yang mengiringi dia tutup semua lampu & mematikan semua alat audio visual yang sedang di mainkan. Malangnya bilik kawalan tersebut di kunci & pegawai yang pegang kunci bilik tersebut tak ada pada malam tu. Semua jadi pelik kalau bilik kawalan tu di kunci siapa yang mengaktifkan semua audi visual & lampu sejurus mereka masuk. Ternyata ia memang perbuatan makhluk ghaib yang cuba menganggu fokus ustaz tu untuk menghalau mereka dari situ. Selepas pertempuran antara ustaz & makhluk ghaib kat akhirnya semua penghuni ghaib kat situ berjaya dia keluarkan dengan izin Allah. Yang pelik selepas semua makhluk ghaib yang ada disitu di keluarkan lampu, audio & visual serta merta terpadam. - sumber Pemindahan jin di Petrosains -

Sumpah aku tak pernah tahu tapak klcc asalnya tapak lumba kuda. Mungkin kassim selamat & sabariah pernah main kuda kat situ jugak. Mungkin pernah di miliki oleh Ismet Ulam Raja.. siapa tahu. Hahahahaha... Tapi cerita seram yang berlaku kat petrosains tu tak berapa buat jiwa kita meracau sangat memikirnya sebab kita tahu ia perbuatan jin & syaitan.. Ada yang lagi menguji mental & fizikal sampai sekarang masih berlaku kat petrosains. Nak tau meh tengok kat sini >>  Ilusi Paling Gila Yang Berlaku Di Petrosains <<

Moral of the story.. kesahihan cerita ni memang tak dapat di pastikan. Mungkin orang yang pernah bekerja di petrosains sekitar tahun 2004 boleh sahkan samada pernah berlaku kejadian mistik atau tidak. Tapi cerita ni aku dapat dari blog pusat rawatan alhidayah. Diceritakan oleh pengasas pusat rawatan Alhidayah, Hj Lokman. Alah bapak kepada Dr Dayana Isteri pertama Pelakon Ashraff Muslim tu. Cuma kita perlu tahu tempat banyak replika dari makhluk bernyawa ni apa nak pelik tetiba ada yang menumpang di sudut kamar hati kat situ, kan? Tambah2 tempat yang di ceritakan tu.. aku pernah masuk petrosains beberapa kali memang kat tempat pameran tu suasana dia agak gelap.. lampu samar2.. sound effect bunyi haiwan2 purba tu agak menyeramkan. Kalau tengah malam kesitu memang la seram walau tak ada jin pun.

JELMAAN POCONG DALAM LRT TERAKHIR DARI KLCC

JELMAAN POCONG DALAM LRT TERAKHIR DARI KLCC. Malam ni segmen seram serik lekat lekit memburu hantu yang suka naik transport awam pulak. Dah tak rare la baca cerita hantu asrama, banglo, tepi highway,atas pokok bagai. Apa ingat hantu sekarang tak up to date ke? tak reti naik LRT.. sorry ok! Kisah ni membuktikan hantu jugak pandai naik public transport berbanding aku yang tak reti nak naik pengangkutan awam kat KL ni.

Gambar rembat Google Punya.. Ada Google kesah???

Dah kawen lagi la susah nak naik publick transport.. Ada la pernah sekali dua bawak anak bagi merasa naik LRT. Erkkk... kenapa aku cerita pasal aku yang tak reti naik publick transport ni?? Seram sangat ke?? hahahaha... Tu la bia MummyDearie datang menyerang aku pun kena penyakit 'konar baring' bila tulis entri. Ok.. ok.. kembali ke mood seram..

Alkisahnya pasal seorang ibu bersama seorang anak yang umur dalam lingkungan 4-5 tahun naik LRT terakhir dalam pukul 11.30 malam gitu la dari KLCC... kemana tak tahu la pulak. Sebab cerita dia camtu je. Alkisah dalam LRT waktu tu ada 3 orang lain wanita yang duduk berasingan. Bila sampai stesen pertama.. ketiga tiga perempuan tu turun tapi sebelum turun salah seorang perempuan tu datang kepada budak yang umur 4-5 tahun tu & bagitau jangan duduk berjauhan dengan mak dia.Jangan biar orang lain duduk dekat dengan mak dia. Lepas di pesan macam tu budak tu pun lari la duduk sebelah mak dia. So, mak dia pun tanya apa yang perempuan tu cakap pada anak dia tapi anak dia tak menjawab cuma sesekali dia menoleh ke sebelah lepas tu pandang mak dia sambil geleng geleng kepala.

Mak si budak tu mula pelik sebab anak dia asyik memerhati je kat dalam train tu walau takde sesapa melainkan depa dua beranak je. Takkan la anak dia teruja dengan bangku2 kosong kot.. Tapi pandangan tu tak macam teruja dengan bangku2 kosong pun. Macam melihat sesuatu.. Mula la mak dia rasa macam tak best je dengan kelakuan pelik anak dia tu.

Lepas sampai ke destinasi mereka dua beranak ni turun.. lepas tu pak guard kat situ pulak dok terjenguk2 dalam train. double pelik jadinya si mak ni. Lepas turun dari LRT sekali lagi si mak ni tanya apa yang makcik tadi cakap pada anaknya tapi soalan mak dia tak di jawab lain pulak di tanya & di ceritakan kat mak dia... Dia tanya mak dia kenapa ada banyak orang pakai jubah putih ikat atas kepala, kat pinggang & kat kaki.. Sebab katanya selalu dia tengok orang pakai tudung ikat bawah leher. Sebab tu la makcik tadi suruh dia duduk dengan mak dia... Si mak mula cuak rupanya tadi dia travel bersama pocong dalam train. Katanya ada satu laluan bawah tanah LRT tersebut melalui kawasan perkuburan. Maybe pocong tumpang naik train nak balik kubur kot...kekekeke. Alah tumpang sekejab pun nak kecoh, kan?? Pocong pun tak larat nak melompat balik rumah dah...

Moral of the story.. Makhluk ghaib sekarang pun lebih suka naik pengangkutan awam.. maybe terbang atau lompat pun pakai minyak petrol jugak kot. Minyak naik harga maka pocong pun naik LRT. Peace Yo! hehehe

Sumber :  HANTU LRT (KUALA LUMPUR)

GANGGUAN MISTIK & SERAM DI LEVEL 78 KLCC

GANGGUAN MISTIK & SERAM DI LEVEL 78 KLCC. Dulu aku pernah tulis entri cerita seram pasal KLCC ni tapi kesian sebab cerita tu prank semata mata. Tapi untuk malam ni segmen seram serik lekat lekit tak prank lagi pasal cerita seram KLCC hokay.. yang ni betul2 seram kalau korang memang jenis penakut la. Alkisah.. tersebutlah kisah...

Sumber Google

Kejadian seram di berlaku di level 78.. Dari cerita kejadian ni berlaku di sebuah pejabat. Alkisah yang pertama..

Berlaku kat sorang akak ni. Dia memang suka datang kerja awal. 6.45 dia dah terpacak kat opis. Pada satu pagi ni..kira2 pukul 7 pagi datang seorang manager kat situ lalu menyapa si akak ni dengan greeting good morning. Lepas tu dia beredar. Tak sampai 2 3 minit akak ni baru teringat nak minta signature si manager tu dia terus ke tempat manager tu tapi takde pulak. Magic of the ring sungguh. Baru kejab tadi tegur dia.. cepat betul hilang... Nak kata david co datang perform kat opis dorang takde pulak. Dia tak terfikir yang bukan2 just anggap maybe mangkuk tu ke tandas gamaknya. Almaklum la pepagi sistem penghadaman ni laju sikit memproses katanya. Dalam pukul 7.30 gitu la tetiba.. manager masuk siap berbeg bagai & bagi salam kat akak ni. Terkejut si akak ni... meremang segala bulu yang ada. Apa lagi takde nak fikir, timbang, tapis bagai dah.. terus tukar tempat. Katanya sebelum ni cuma dapat gangguan bunyi bunyian laci dihempas n keyboard diketuk je je takde la sampai gangguan jelmaan & penyaraman macam tu. Hantu raya gamaknya kan..

Story kedua pulak
Ni kisah seorang insan yang tak keluar lunch pada haru Jumaat even break time panjang. 2 jam katanya.. dia suka buat kerja sebab katanya boleh balik awal 2 jam tolak break time tu. Pada hari tersebut normally ada jugak orang lain yang macam dia tak keluar lunch tapi haritu tetiba semua keluar tinggal dia secara solo kat opis. Yang lain pakat nak pi shopping.. ada sales katanya.. Almaklum la sales ni perkataan yang agak keramat bagi kaum wanita. Tengah kusyuk menaip tetiba terdengar bunyi orang menaip dari atas. Kat atas katanya manager dia.. lelaki. Takkan tak pergi solat Jumaat. Dia malas nak jadi detective conan sangat so dia biarkan je la.. Tiap kali dia menaip.. dengar bunyi taipan dari arah yang sama dia dengar. Macam copypaste je apa dia buat.. dia taip laju, bunyi menaip tu pun laju.. dia taip slow bunyi menaip tu pun slow.. Main kasar nampak. Macam mengejek jer.. nanti kau! Dia pun pergi ke arah meja yang dok mengejek dia menaip tu tapi memang confirm takde orang. Dia tau 'benda tu' saja nak menyakat dia so dia pun bersuara la minta jangan kacau dia ada kerja urgent nak di siapkan. Lepas tu diam la sekejab.. tapi sekejab je lepas tu ada balik. Sebab geram dia macam cabar benda tu.. konon sapa abis kerja dulu. tetiba dengar bunyi keyborad kena hempap. Terkejut beruk mak yeh dia... kalau organ manusia ni macam kompenen kereta rasa luruh abis dah punya la terkejut. Dia pun rasa tak tahan dah... ambil wallet terus turun. Dari kena sakat macam tu kang histeria sorang2 terjun bangunan adalah lebih baik dia pun pi menjebakkan diri dengan saka sales katanya..

Hantu opis style dia menyakat pun gaya gaya officer jugak kan?? Main keyboard.. menyamar jadi manager.. takdenya nak sakat dengan gaya hantu kampung uniform baju kelawar putih bergayut atas pokok.. Yelah dalam opis mana nak cari pokok nak bergayut. Takkan nak bergayut atas pokok bonzai pulak kan.. kekeke

Aku tak tau opis apa & siapa yang kena kacau kat level 78 tu.. Aku baca cerita ni dari satu page Jom kongsi kisah seram je.


KISAH WANITA MISTERI MALAM JUMAAT DI MENARA KLCC

Malam jumaat seperti biasa segmen cerita seram serik lekat lekit pasti bersiaran di blog puaka ni. Cerita seram terpilih untuk malam ni adalah kisah seram yang berlaku di tingkat 40 menara KLCC. Selama ni korang hanya reti lepak KLCC tapi jarang dengar kan pasal kisah seram. Meh sini den nak momokkan hangpa dengan cerita seram yang buat semua akan masuk tidur sebelum selepas pukul 10.

Sumber google

Alkisahnya cerita pasal seorang pekerja tingkat 40 menara KLCC ni yang bekerja sampai lewat malam. Dijadikan cerita malam tu malam jumaat. Masa dia habis kerja tu dah tengah malam. Dah takde sesapa kat situ kecuali pak guard jer yang dok mundar mandir jaga kawasan. Dia pun menujuk ke lift nak turun ke G nak balik. Masuk je lift dia pun tekan butang turun ke bawah tapi peliknya lift tu tak turun tapi terus naik sampai ke tingkat 88 tingkat paling tinggi. Lift berhenti disitu & pintu terbuka. Yang masuk seorang wanita sangat misteri berambut panjang, berpakaian serba putih & berbau harum semerbak sambil senyum manis pada dia. Dia rasa nak tegur & tanya perempuan tu siapa dia sebab sebelum ni dia memang tak pernah nampak perempuan tu. Tapi sebab malu dia tak jadi tanya.

Tiba2 sampai di tingkat 13 semua lampu dalam lift terpadam & lift terhenti kat situ. Dia panik lalu tekan la butang kecemasan. Tunggu punya tunggu tapi takde apa yang berlaku.. tup tup bau yang wangi tadi bertukar menjadi busuk. Kemudian lampu menyala.. wanita tadi mengilai sambil berkata... "Maaf, saya terkentut, siang tadi saya makan banyak telur.... Awak tidak marah kan?

hahahaha... aip malam jumaat jangan marah ok!. Sebab aku pun terkena dengan cerita ni maka aku nak berkongsi prank yang sama dengan hangpa. Moral of the story... kisah seram tak semestinya kisah hantu. hahahaha

P/S : Kalau hangpa nak marah sila marah kat blog ni >> Kisah seram tapi benar <<


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com