KISAH WANITA MISTERI MALAM JUMAAT DI MENARA KLCC
Alkisahnya cerita pasal seorang pekerja tingkat 40 menara KLCC ni yang bekerja sampai lewat malam. Dijadikan cerita malam tu malam jumaat. Masa dia habis kerja tu dah tengah malam. Dah takde sesapa kat situ kecuali pak guard jer yang dok mundar mandir jaga kawasan. Dia pun menujuk ke lift nak turun ke G nak balik. Masuk je lift dia pun tekan butang turun ke bawah tapi peliknya lift tu tak turun tapi terus naik sampai ke tingkat 88 tingkat paling tinggi. Lift berhenti disitu & pintu terbuka. Yang masuk seorang wanita sangat misteri berambut panjang, berpakaian serba putih & berbau harum semerbak sambil senyum manis pada dia. Dia rasa nak tegur & tanya perempuan tu siapa dia sebab sebelum ni dia memang tak pernah nampak perempuan tu. Tapi sebab malu dia tak jadi tanya.
Tiba2 sampai di tingkat 13 semua lampu dalam lift terpadam & lift terhenti kat situ. Dia panik lalu tekan la butang kecemasan. Tunggu punya tunggu tapi takde apa yang berlaku.. tup tup bau yang wangi tadi bertukar menjadi busuk. Kemudian lampu menyala.. wanita tadi mengilai sambil berkata... "Maaf, saya terkentut, siang tadi saya makan banyak telur.... Awak tidak marah kan?
hahahaha... aip malam jumaat jangan marah ok!. Sebab aku pun terkena dengan cerita ni maka aku nak berkongsi prank yang sama dengan hangpa. Moral of the story... kisah seram tak semestinya kisah hantu. hahahaha
P/S : Kalau hangpa nak marah sila marah kat blog ni >> Kisah seram tapi benar <<
hehehehehee.. terbaik. pernah baca juga pasal ni..
ReplyDeleteHehehe mkn telur byk?
ReplyDeleteAkak aritu tgk tajuk seram beriya duk dpn tv rupanya kisah komedi seram. Cisss nyampah
Ni kan dia punya feeling macam kita dah ready nak tengok cerita seram lepas tu tetiba cerita tu jadi kelakar sebab hantunya memang jenis jovial gitu...
ReplyDeleteSusah-susah aje akak on mode seram tegak bulu roma. Cis!