Showing posts with label pekasam daging. Show all posts

LAUK SAHUR PALING CEPAT DI MASAK & SEDAP DI MAKAN

LAUK SAHUR PALING CEPAT DI MASAK & SEDAP DI MAKAN. Dah masuk hari kedua kita berada di bulan Romadhon (sebut betul betul yer..). So hari ni dah 2 hari la umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Apamacam dah selesa ke berpuasa hari kedua? Ke ada yang mula di serang gastrik. Almaklum la ada orang gastrik dia setahun sekali jer.. Selalunya gastrik dia bulan bulan macam ni la. Hahahaha

Ada yang dah terbabas sahur ke? Awat pulak tak dak.. hari pertama pun ramai yang terbabas sahur sebab tak terbangun. Lupa buat alarm ke atau tido mati pun tak tau la kan. Den pun hari ni hampir hampir terbabas juga. Nasib baik sempat lagi makan & minum sebab semuanya dah get ready just panaskan dalam microwave jer.

Pagi - pagi ni.. memang la kalau boleh kita nak makanan yang simple & cepat di masak kalau yang jenis suka makan fresh2. Maknanya.. sekarang masak sekarang jugak makan. Kalau kau rajin nak bangun 3 - 4 pagi memasak lauk2 berat ok la.. Tapi yang tak berapa rajin menu menu simple macam.. Ikan masin masak asam, sayur bening bersama telur masin, telur mata curah kicap & cili padi, Bilis goreng bawang & cili, megi.. Tu antara menu2 malas yang biasanya orang makan waktu sahur. Nak2 lagi spesis tinggal bujang ni.. Ala kadar asal boleh bertahan sepanjang siang hari untuk berpuasa.

Nak masak jenis lauk berdaging ni pepagi buta.. Memang agak makan masa. Nak goreng ayam pun ambil masa apatah lagi nak buat daging masak kicap kan. Tapi tak bermakna menu2 berasaskan daging haiwan darat ni kita perlu skip semata mata nak jimatkan masa supaya tak payah bangun awal sediakan juadah sahur.

Boleh je simpan stok.. Daging & ayam yang dah di perap & di jadikan pekasam. Sebab daging yang dah di perap ni secara tak langsung dia dah masak & lembut cuma perlu masak sekejab untuk memberi rasa yang lebih sedap & menghilangkan rasa mentah tu. Jangan ingat tak ada pekasam daging & ayam ni ok! Sekarang dah ada dalam pasaran pekasam daging & ayam.


Pekasam Ayam

Selain sedap.. At least ada lauk sedap yang boleh di sediakan dalam masa tak sampai 10 minit & boleh buka selera makan awal pagi ye dak? Mengadap telur je pun lemau jugak. Pekasam daging & ayam ni kelebihan lain dia boleh di simpan lama cuma perlu di simpan dalam peti sejuk di tempat beku. Insya Allah setahun pun masih elok..

Pekasam Daging

Sebab tu paling sesuai untuk hangpa jadikan stok lauk bersahur.. Jimat masa, jimat tenaga, sedap & sebagai pembuka selera.

Nak masak dia pun senang cuma goreng sehingga garing & tambah bawang & cili jer. Settle. tak payah serabut nak fikir resepi apa nak masak dengan pekasam daging & ayam ni. Kerak2 dari beras & rempah ratus tu.. memang bila garing jadi rangup & sedap. Gaul dengan nasi panas.. Heaven ok!

Memang tak banyak lagi orang jual pekasam jenis daging. Kebanyakkan ikan je kita dok jumpa kat luar sana kan? Mesti hangpa yang tak pernah cuba nak tahu mana nak dapat pekasam daging & ayam ni & berapa harga dia. So untuk tidak menyusahkan hangpa nak google cari supplier pekasam daging ni tengok la kat bawah ni mana nak dapat.

Ada 3 jenis pekasam

Pekasam Daging Berempah
200g RM20
1kg RM65

Pekasam Ayam Berempah
200g RM15

Pekasam Kambing Berempah
200g RM25
1kg RM80

Postage
200g RM8sm / RM12ss (muat sehingga 4 pack)
1kg RM12sm / RM17ss

Kalau nak try ketiga tiga tu pun boleh. Jimat postage. Ambil Daging, Ayam & kambing pack 200g postage tetap RM8. So boleh rasa ketiga tiga jenis pekasam ni.


Kalau nak try pekasam daging & ayam ni boleh hubungi :
 Whatsapp : www.wasap.my/60172429610/ 

NAK LAUK SIMPLE & SEDAP.. TRY LA PEKASAM DAGING BEREMPAH NI

NAK LAUK SIMPLE & SEDAP.. TRY LA PEKASAM DAGING BEREMPAH NI. Bagi surirumah kalau ada hari jadi blank tak tau nak masak apa tu perkara biasa la kan. Sama la macam den.. kadang2 malas nak masak juga sebab yang makan cuma 2 mulut. Laki den ni kekadang tengah malam baru balik. Siang2 hari den sorang je nak makan.. Sebab tu siang2 hari saya jarang nak masak awal macam orang lain. Anak den ni bukan reti makan nasi berlauk pun. Makanan rutin dia roti, biskut, air kosong & susu jer.. Biarlah dia special case janji dia tak ada masalah berat badan sudah.


Bila hari blank tak tau nak masak apa.. Kadang2 kita terbayang lauk lauk simple tapi mampu membuka selera sebesar alam katanya. Sebab Ada hari kita rasa malas nak masak lauk berat berat. Setakat telur mata curah kicap tabur cili tu macam biasa sangat kan? Nak yang biasa tapi rare sikit. Tu dia.. Nak yang biasa tapi rare, kau hado?

Ado jer sapa cakap tak ada lauk yang simple tapi rare. Meh sini nak habaq kat hangpa bagi yang masih tak tau kewujudan sejenis lauk yang masih rare tapi cara hidangan dia sangat simple. tak payah perah otak sampai kering kontang nak fikir nak masak apa..

Ni nak suggest kat hangpa. Yang ni hangpa boleh simpan stok kat rumah. Bila hari rasa tak tau nak masak apa atau rasa nak makan simple2 tapi boleh membuka selera apa kata try ni.. PEKASAM DAGING BEREMPAH.


Bukan apa Pekasam daging ni antara lauk yang korang boleh simpan lama. Cuma letak dalam peti ais jer.. Insya Allah setahun boleh tahan. Bila nak makan just keluarkan & defrost & goreng jer.

Cadangan masakan tu alah sekadar goreng bersama cili & bawang jer. Kemudian makan la.. cekik la.. bersama nasi panas. Atau nak buat rencah dalam makanan bergoreng macam sayur goreng ke, mee goreng ke, bihun goreng, nasi goreng ke, ramen goreng bla.. bla.. bagai pun boleh. Suka hati kau la Patimah OOi.. Tekak kau. Buat la apa kau suka & rasa sedap. Benda memang dah sedia sedap.. pusing lagu mana pun masak dia tetap sedap hehehehe.


Pekasam Daging berempah ni Homemade tau.. Di perap dengan rempah ratus & beras basmati. Guna daging fresh ok bukan daging kotak. Dia guna bahagian daging batang pinang.. Memang lembut. Takde la makan pekasam daging ni rasa macam kunyah chewgum je kan.. Pulun gigit tak hancur hancur katanya. Tapi pekasam daging berempah ni.. Insya Allah lemah lembut dagingnya. Anak sapa la tu kan.  Bila di kunyah rasa terbang ke langit ke tujuh punya sedap. kekekeke

Bulan puasa sangat sesuai la hangpa simpan stok untuk sahur. Selain mudah di masak, korang boleh simpan sebagai stok lauk. Manatau emergency kan.. Bangun lewat tak sempat nak masak yang berat berat. Kau campak je daging pekasam ni dalam kuali, campak bawang campak cili dah siap.

Setakat ni feedback orang yang pernah cuba memang tak mengecewakan tapi dia bukan macam pekasam ikan yang rasa masam masam. Daging ni rasa dia lain sikit. Yelah.. dari dua haiwan berbeza alam kan.. Of course la rasa tak sama. Nak tau rasa dia macam mana kena la try.. Yang pernah try cuma mampu cakap sedap sangat.. Nak repeat order sis! kekekeke


Di sebabkan pekasam daging ni pasaran dia takde la meluas lagi. Kat luar memang susah nak jumpa orang jual.. Manatau ada yang mengidam kan even mengidam tu sebab mengandung anak cacing kerawit je tak tau mana nak dapat pekasam daging berempah ni.. Boleh contact number kat bawah

 ☒☏Whatsapp  017 2429610  

DOA DARI ANAK ISTIMEWA BUAT BLOGGER LEKATLEKIT

DOA DARI ANAK ISTIMEWA BUAT BLOGGER LEKATLEKIT. Semua orang tahu kan saya sedang hadapi satu kes saman sivil dengan tuntutan saman sebanyak RM3juta sebab mengulas satu produk kecantikkan ni. Dah dekat 8 bulan rasanya kes ni berlangsung di mahkamah.. Saya masih meneruskan misi mencari dana bagi membayar kos guaman yang tinggi untuk membela diri.

Antara usaha saya selain mengadakan misi mencari dana dengan memohon sumbangan melalui social media.. Saya juga ada menjual

Kuih Bulan orang melayu
Sekarang Tengah berlangsung promosi 4 Pcs RM50 (Include Postage. Sabah Sarawak tambah RM5)

Kek sarang semut

Pekasam daging berempah. 

 Berminat nak membeli boleh whatsapp ↭ 0172429610 

Hasil jualan tu semua untuk menampung kos guaman saya yang maybe akan mencecah RM50K jugak la. Kalau ikut kos quotation RM44K tapi di sebabkan ada kos lain termasuk travel lawyer yang terpaksa berulang alik ke mahkamah KB, kelantan dari shah alam.. So, kos jadi semakin banyak. Saya dah cuba buat permohonan untuk di bicarakan di Mahkamah Shah Alam tapi gagal. Dalam kemampuan yang terbatas & undang2 tidak membenarkan saya di bicarakan di negeri saya tinggal.. Maka nak tak nak terpaksa jugak la struggle untuk mencukupkan kos bagi meneruskan perjuangan saya ni.

Tapi atas keyakinan saya pada Allah yang sangat tinggi & tidak berbelah bahagi.. Saya memilih untuk terus berusaha sampai ke saat ini. Cuma saya mohon Allah terus berikan saya kekuatan untuk terus berjuang. Apapun yang berlaku di masa akan datang.. Saya redha selepas saya dah berusaha. Saya sangat yakin Allah tidak pernah menganiaya saya.. Apa yang Allah uji adalah kerana saya mampu pikul & Allah menguji saya dengan kasih sayangnya. Banyak hikmah & hidayah yang saya dapat selepas saya di saman.. Tak tergambar saya kasih sayang Allah tu. Terima Kasih Ya Allah..

Pagi tadi saya menerima Mesej di Facebook.. Kenalan dia social media. Kami sama sama mempunyai anak Autisme. dari situlah kami berkenalan antara satu sama lain. Dia menghantar satu video Doa dari Aiman.. Anak autisme. Allahu.. terharunya saya. Sungguh terharu sangat.

Aiman pernah menjadi viral selepas menghantar surat kepada Mufti Wilayah Persekutuan & Mufti telah berkongsi surat Aiman di Laman Facebook.

Mohon Aminkan doa dari Aiman

Anak istimewa ni hatinya sangat suci. Insya Allah doanya sampai terus kepada Allah. Moga doa Aiman untuk Aunty menjadi doa - doa yang termakbul. terima kasih Aiman.. Di saat ada yang memandang sepi dengan masalah saya yang masih belum selesai, Masih ramai sebenarnya mendoakan untuk saya. Doa memang sangat saya perlukan. Mungkin asbab doa doa anda Allah hantar bantuan yang maha hebat, maka kuat, maha luar biasa untuk saya. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya.


Apapun saya masih meneruskan MISI MENCARI DANA. Mohon tolong like & Share yer di facebook masing masing. Insya Allah jika cukup kos yang di perlukan Misi mencari dana ini saya akan tamatkan. Apapun terima kasih pada semua yang membantu saya dari awal sehingga kini. Semoga Allah membalas dengan rezeki yang berlipat ganda, di permudahkan segala urusan & di beri kebaikkan dunia & akhirat. Amin..

MOHON PERHATIAN SEMUA PIHAK. MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK KES SAMAN SIVIL RM3JUTA

Assalammualaikum
Dengan rendah hati saya ingin memohon bantuan dari semua pihak yang membaca posting ini

Saya seorang blogger yang sedang menghadapi satu kes saman sivil dengan jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta kerana menulis satu pendedahan berkaitan 1 produk di blog saya lekatlekit.com.

Saya memerlukan lebih kurang RM44K untuk membayar kos guaman bagi membela diri supaya dapat mengelakkan dari di jatuhi hukuman & di mufliskan dengan nilai tuntutan saman tersebut.

Sudah 8 bulan prosiding kes saya berjalan di Mahkamah tinggi. Insya Allah awal tahun depan kes saya akan di bicarakan namun kos guaman masih belum mencukupi.

Ini adalah satu perjuangan bukan hanya untuk diri saya malah untuk ramai individu di luar sana. Kekangan saya adalah tidak boleh mendedahkan maklumat berkaitan kes saman ini untuk mengelakkan saya di kenakan tindakkan mahkamah.

SAYA MENGHARAPKAN BANTUAN DARI SEMUA PIHAK TERMASUK ORANG AWAM, PENGAMAL MEDIA SOSIAL, ORANG POLITIK, NGO & SESIAPA SAHAJA.

SAYA CUMA SEORANG BLOGGER SURIRUMAH YANG TIADA PENGARUH & KES SAYA TIADA LIPUTAN MEDIA MASSA. DI SEBABKAN ITU ADA YANG MEMANDANG SEPI MASALAH SAYA.

Bantuan anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas dengan kebaikkan di dunia & akhirat

Blogger Yang mengharap keajaiban
Suria Lekatlekit

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP. Pekasam ni serius sebelum ni aku cuma pernah dengar & makan yang di buat dengan ikan sungai jer. Almaklum la orang kampung.. Tapi dulu masa umur aku dalam belasan tahun lagi.. Pernah dengar seorang akak ni.. Bapak dia penternak ayam. So, ada buat pekasam ayam. Tapi tak pernah pulak aku cuba tak tau rasa dia macam mana. Ada yang pernah makan cakap sedap. Lepas tu aku memang tak pernah jumpa orang buat atau jual pekasam ayam. Tup.. tup baru ni aku dapat peluang try pekasam daging & pekasam telur sotong. Serius memang mula2 rasa cuak jugak sebab aku selama ni cuma makan pekasam ikan je kan.. Takut rasa dia jadi pelik ke hapa..


Tapi kita tak boleh nak judge kalau tak cuba dulu rasa. Jangan menilai daripada nama dia.. Kena nilai daripada rasanya dulu. Alang2 memang dah di beri rezeki merasa pekasam telur sotong & daging ni takkan la nak tengok je kot.. Sia - sia rezeki yang ada depan mata tu kan. Maka berdesup la Jemah ke dapur.. Menggoreng Pekasam yang ada. Pekasam memang cara masak dia goreng dengan minyak masak je.. Takde orang buat gulai ke... sup ke.. atau rendang bagai. Jangan ada yang dok buat kari pekasam pulak nanti yer. Kalau rasa dia pelik jangan salah Leha tak pesan awai awai yer... kekekeke


Nak goreng pekasam telur sotong ni senang.. Jenis pekasam memang hangpa tak payah nak buka bungkusan pekasam & cuci bagai.. buka terus goreng jer. Lepas hampir garing tu hangpa tambah je bawang besar yang di potong & cili. Tak kisah la cili padi atau cili merah. Apa2 cili pun sedap di makan dengan pekasam goreng ni.


Kalau untuk pekasam daging.. di suggest untuk hangpa potong nipis2 & kecil2 baru feel bila nak makan. Memang dia dah siap potong bukan datang seketul2 macam tu.. Tapi kalau malas macam aku goreng terus pun sodap jugak. Tapi bila aku potong jadi cebisan kecik2 tu lagi sedap pulak. Cara masak dia sama je macam pekasam telur sotong tu.


Serius wei!! Tak tipu.. Memang sedap. Gila beb kalau makan boleh bertambah. Memang sesuai korang buat stok untuk sahur bulan puasa nanti. Sebab sahur ni almaklum la kadang2 kurang selera nak makan so kena ada lauk pembuka selera macam pekasam ni. Nak sediakan pun senang sebab tak perlu masa yang lama.. Pekasam ni macam jeruk la sebab dah di perap & bahan perapan dia membuatkan benda tu dah jadi separuh masak... so goreng 5 minit macam tu dah siap. Jadi pekasam memang sesuai jadi lauk time sahur selain membuka selera makan, cepat di masak & sedap di makan. hehehehehe

Makan dengan nasi panas, pekasam daging @ telur sotong.. ada sambal tumis sikit. Mak Aii.. Pengsan tepi bucu meja ok!

Mesti dah terliur kan tengok hidangan Pekasam telur sotong tu dengan Pekasam Daging.. dah banjir air liur mesti tak sabar mana nak dapat stok pekasam, betul tak? Jangan risau akak tak kejam dik.. Benda sedap kena share kat semua orang baru sama2 boleh rasa.. Kalau hangpa nak try pekasam telur sotong & Daging hangpa boleh contact

Yatie;
Whatsapp: 019-4603069
WeChat: DYatie7786
Facebook : DYatie ABakar
Blog : Kalam DYatie

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com