Showing posts with label jeritan. Show all posts

MISTERI JERITAN DI DARUSSYIFA

Tu dia.. apa yang menjerit kat darussyifa pulak dah. Hang ni ada ada ja setazah lekit. Tetiba jadi setazah pulak. hahahahaha.. Apa yang menjerit kat darussyifa tu?? Hang jangan dok buat kontroversi sangat Aaih... Cuba story bebetoi apa yang menjerit & siapa yang menjerit.

Sumber google

Ok.. ok.. memang la nak story. Alkisahnya siang tadi sempat jenguk pusat rawatan Islam darussyifa. Alahai takdak sapa la antara kami kena sihir ke, gangguan jin syaitan ka. Pi buat rawatan sakit2 biasa ja. yalah.. bila cuba rawatan moden macam tak berhasil.. try pulak rawatan islam. Esok lusa try pulak rawatan tradisional. Alah.. sakit2 biasa ja. Bukan cheq tau.. Yang tu tak payah kepoh sangat sebab tak berapa penting yang penting nak cerita pasal misteri sapa yang menjerit.

Nama pun pusat rawatan Islam Darussyifa yang datang kebanyakkan ada masalah gangguan, sihir bagai. Jadi apa nak pelik kalau dengaq suara orang menjerit, meracau.. ye dak?? Memang la dalam proses rawatan akan berlaku benda2 camtu. Cuma cheq ja la macam teruja sikit. Sebab sebelum ni cheq pernah pi sana.. tu dia orang punya la ramai. Takdan nak dengaq suara2 misteri bagai masa proses rawatan. Mungkin takdak peluang lagi masa tu Hari ni cheq pi tak ramai jadi boleh bersantai kat tempat yang tak jauh dari bilik rawatan. Ada seorang makcik tu tak tau apa masalah tapi rasanya masalah gangguan jin cuma tak tau saka ka, sihir ka apa ka? dia menjerit2.. meracau2 macam - macam la. Dalam hati ni rasa macam nak sangat tengok tapi yelah.. masih sedar ni bukan cerita hantu kat dvd suka2 hang nak pi tengok. Dalam hati ni memang teruja nak tau apa berlaku dalam bilik rawatan tu bila dengar suara jeritan tu. Buatkan cheq rasa misteri sangat bila tak dapat jawapan. Memberontak jugak hati sebab keinginan nak tahu apa berlaku pada makcik tu sebab anak dia pun tengok buat rawatan jugak cuma anak dia tak dak la seteruk dia sampai macam tak sedar diri. Perangai pun jadi macam tak berapa normal sebab dia sempat jugak keluar dari bilik rawatan jadi sempat la tertengok. Sampai kami abis rawatan makcik tu masih dalam bilik rawatan dalam keadan separa sedar.

sekadar hiasan. takdak keja nak pi snap gambaq orang tengah buat rawatan. Ni cari kat google ja na..

Boleh tera tu?? Sampai macam tu sekali cheq teruja nak tengok rawatan orang yang kena penyakit2 mistik ni. Tu dia.. minat tentang dunia mistik nampak semakin up ke satu lagi level. Jangan terkejut kalau tetiba tengok muka cheq dalam rancangan seekers nanti. Hahahahaha

Sebarang info tentang pusat rawatan darussyifa ni boleh rujuk kat DARUSSYIFA ONLINE


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com