Showing posts with label perangai. Show all posts

JANGAN PERASAN ANDA MASIH MUDA REMAJA KALAU DAH ADA 5 PETANDA NI

JANGAN PERASAN ANDA MASIH MUDA REMAJA KALAU DAH ADA 5 PETANDA NI. Kat facebook aku pun ramai manusia2 yang masih rasa depa golongan moda rumaja walaupun bila melihat dari segi umur dah tak tergolong dalam muda remaja dah.. Lain la aku.. umur aku terhenti semenjak umur 18 Tahun.. Jadi aku tak mengalami penambahan umur dah sejak tu. Sampai sekarang la masih moda rumaja katanya... Hahahaha..

Gambar sekadar hiasan

Alah.. gurau sikit pun memasing mula muncung sedepa mengumpat. Gurau - gurau di pagi jumaat pun tak touching. Yelah.. Yelah... kita semua masih moda rumaja dalam perasaan atau lebih senang faham perasan muda. hehehehe.. Sapa tak nak sentiasa muda kan. Kalau umur tak mampu di mudakan, paling2 muka nak sentiasa awet muda. Sanggup amalkan supplement mahal2 nak sentiasa kelihat sweet seventeen katanya. Walaupun ada kaedah lebih jimat & selamat untuk mengekakal wajah & tenaga agar sentiasa muda. Salah satu cara adalah mengamalkan pemakanan ulam ulaman.. Memang benda tu di amalkan orang dulu dulu bagi mengekalkan kemudaan pada wajah juga tubuh & ternyata berkesan tanpa kos yang mahal. Tapi sekarang ulam ulaman pun kena beli.. Tak macam dulu boleh kutip je, kan?

Tapi ada juga spesis yang kadang2 rasa macam tak sedar diri. Walau kita tengok dia dah memang nampak macam makcik makcik & pakcik pakcik.. Kira ciri2 remaja tu memang dah tak ada la tetap dia perasan muda & nampak muda. Berpura2 masih umur muda walau umur dah senja nan merah. Semua orang nak di kakak & di abang kan dia.. Walhal orang tu bukan setakat rupa.. Umur pun 10 kali ganda lebih muda dari dia. Spesis ni pun ramai jugak aku pernah jumpa.. Kalau jumpa spesis macam ni aku ambil langkah meng hadik hadikkan dia je la. Yelah.. mengembirakan orang pun satu kebaikkan.. Jadi dengan meng adik adikkan dia akan buat dia rasa happy, maka dia pura2 je la nampak dia macam adik adik. hehehehe

Untuk golongan yang tak boleh terima hakikat bahawa zaman remaja dia dah lama berlalu elok la baca ni >> Ini Mungkin 5 Perkara Paling Menunjukkan Korang Dah Bukan Lagi Seorang Remaja Jadi Sila Sedar Diri. hehehe << Kalau dah ada ciri2 ni 'move on' je dengan hakikat anda yang dewasa. Tak payah nak budget remaja sangat. Tak payah nak hip hop sangat la kan. hehehehe

Moral of the story.. Nampak muda tak salah tapi agak nampak janggal yang umur dah tua dok buat perangai macam budak budak muda. Memang annoying sangat ok!

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI. Baca kisah sekumpulan gadis yang mengikuti perkhemahan di anjurkan pihak sekolah teringat pulak aku masa sekolah rendah pernah jugak join perkhemahan pengakap kat sekolah. Tapi dalam hutan tak pernah la camping lagi. Tu pun masa tu rasa macam seram je memalam kena tidur dalam khemah walau dalam kawasan sekolah. Tapi alih2 semua kena lari menyelamatkan diri bila berlaku satu kejadian tak di ingini..


Pada malam tu selepas selesai aktiviti, memasing kena masuk khemah untuk tidur. Nama pun pengakap.. Mesti la kena survival. Nak dapat keris gangsa so kena la tidur dalam khemah. Tapi berlaku satu kejadian yang di luar jangkaan akhirnya semua di pindahkan ke dalam bilik darjah. Sebab keadaan tak mengizinkan untuk peserta perkhemahan tidur dalam khemah. Tapi bukan la sebab kejadian seram ke hapa.. Tapi hujan & sedikit banjir air masuk dalam khemah. So, tak berapa survivor sangat la kan.. Pengakap kena tidur dalam bilik darjah beralasankan tilam hahahaha

Tu secebis kenangan masa join aktiviti perkhemahan masa sekolah rendah dulu. Tapi bila baca kisah budak2 perempuan ni yang pergi berkhemah dalam hutan & berani buat benda2 macam ni kat tengah2 hutan di malam buta memang rasa.. Wah! Beraninya!! Jangan sampai masing2 tak jumpa jalan balik rumah sudah.. Kena ingat dalam hutan banyak makhluk yang kita tak nampak so berhenti jadi budak2 yang sentiasa nak berseronok tak kira tempat. Aku rasa agak berisiko buat benda2 macam ni dalam hutan.. Nak tahu apa yang budak2 perempuan ni buat boleh baca cerita & tengok video mereka kat sini >> Rasanya korang berani tak nak pergi camping malam-malam lepas tengok video seram ni? << Ni kategori perangai tak senonoh jugak la sebab rasa tak kena tempat apa yang depa buat tu.

Masa buat memang la rasa best.. kalau kena betul - betul masa tu baru kau tahu hutan tu tebal ke nipis.. malam tu gelap ke cerah.. langit tu tinggi ke rendah. Dalam hutan dik.. Mulut pun orang suruh jaga inikan perangai. Tingkahlaku kita mungkin memberi kesan pada kita semasa berada dalam hutan. Jadi sila 'behave', ok!

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK. I bekas Ratu cantik ok! Tapi Ratu cantik dalam mimpi je la. Hahaha.. Tak kira ratu cantik dalam mimpi ke hapa tapi jangan sesekali nak cakap aku tak cantik. Sebelum kau cakap aku tak cantik, better kau cermin muka kau sendiri!! ops! cermin sekarang pun dah tak boleh percaya apatah lagi gambar kan?? hehehehe

Gambar sekadar hiasan

Tu dia mukadimah penuh riak, bongkak & perasan lawa katanya. Mesti la! I memang lawa pun.. Lawa kalau ambil gambar guna beauty camera kalau tak lawak je. Hahaha... Tak kira la gambar I edit ke tidak yang penting ramai puji I lawa, okay! Kalau U tetiba nak mempertikaikan pasal kecantikkan I, siap U. I akan printscreen semua komen2 yang memuji kecantikkan I untuk I buktikan pada U yang I ni memang lawa. Even kawan2 realiti I pun cakap I lawa, ok! Kenapa U sorang je songeh sangat.. Nak real pic tanpa makeup la, tanpa editing la.. Cukup la apa U tengok tu dah lawa. So, terima je I memang lawa.

Penat pulak ahkak membebel.. Tu sekadar lakonan je la. Lakonan yang di adaptasi dari apa yang berlaku di media sosial. Sapa yang taknak nampak cantik ye dak.. Tapi tu la jangan sampai tak boleh terima kenyataan bila ada yang memandang kita tak cantik. Bila ada yang mempertikaikan kecantikkan kita hanya 'palsu' jangan la marah. Biasa la kita orang perempuan ni memang jarang nak tunjuk rupa sebenar bagi yang kaki makeup, kaki edit gambar. Mengaku je la yang cantik tu banyakkan 'touch up' & editing je. Tak perlu la kau nak petik2 pujian kengkawan yang ntah ikhlas, ntah nak jaga hati bagi membuktikan kau sebenarnya cantik pada pandangan mata orang lain. Kita semua cantik sebenarnya.. Tapi kalau ada orang rasa kita tak cantik tu hak mereka. Sebab cantik pada pandangan mata setiap manusia bukan sama.

Tak payah sentiasa harap sangat orang puji kita ni cantik sampai tak boleh terima kenyataan bila orang mempertikaikan kecantikkan kita yang macam fake Sampai nak compare pulak dengan orang lain yang kita rasa lebih buruk dari kita. Dalam perasan lawa ni pun perlu ada limit & batasannya. Aku pun kadang2 perasan lawa jugak nak2 lepas cuci muka atau makeup. Cermin kat rumah aku pun kadang2 boleh tahan jugak pandai bodek. Mungkin dia takut kena baling dengan botol bedak tu yang kadang2 Tengok macam lawa sangat dah.. tup tup tengok cermin kat side mirror kereta laki aku sipi sipi je nak macam hantu kak limah. Mujur la conteng2 sikit dengan makeup. hahahaha

Kesimpulannya kat sini.. Jangan perasan lawa tanpa batasan sampai rasa sapa yang pertikai pasal kecantikkan kau yang tak nampak natural beauty atau original tu dengki. hakikatnya kau tahu gambar kau tu ada edit atau tak. Tak kira la edit brightness ke edit jadi flawless ke, atau smartphone kau tu standard camera dia memang dah auto edit macam OPPO Pakar selfie anda tu.. Kalau ada sentuhan kecundang guna aplikasi tu, tetap la edit, kan? Bukan apa bila kau bermati matian dok mempertahakan yang kau sebenarnya cantik macam bidadari, Orang yang baca rasa macam... hurmm... kesian. Tak boleh terima kenyataan rupanya.

Moral of the story.. Biar ada orang mengeji rupa paras kita, tak perlu kita buktikan sangat yang kita sebenarnya cantik. Bersyukur dengan lukisan Indah di wajah kita & jaga baik baik pun dah cukup. Biar orang pandang kita buruk, tapi Allah dah jadikan kita sebaik baik ciptaanNya. Menghargai rupa yang kita ada dah cukup buat kita rasa cantik & tak perlu pun mengharap sangat pujian orang lain untuk membuktikan kecantikkan yang Allah lukis di wajah kita.

Apapun cantik je kalau tak berduit & asyik nak menumpang kekayaan orang je pun nampak buruk jugak walau tak buruk rupa tapi buruk perangai. Jadi untuk jadikan perempuan cantik nampak perfect kena pandai cari duit jugak Kalau ada duit yang hodoh pun boleh jadi cantik.. Apa ingat rawatan kulit, skincare, makeup semua tu terjun dari langit lepas kau tadah tangan je.. 

EXCHANGE BLOGLIST PUN BLOGGER NAK MENIPU

EXCHANGE BLOGLIST PUN BLOGGER NAK MENIPU. Selama aku jadi blogger ni aku jarang nak ajak blogger lain exchange bloglist sebab aku suka letak je apa2 blog yang aku suka nak letak. Tapi baru2 ni bloglist aku tetiba ghaib penuh misteri & mistik. Tak tau macam mana boleh hilang.. Kena sorok bunian ke hapa tak tau la kan.. hahaha. Tu la suka tulis cerita pasal hantu sangat kat blog.. Bloglist pun dah kena culik dengan bunian.. Tak pepasal bunian pulak bersalah katanya. hahahaha

Sumber Google

Aku tengok macam sikit je blog2 kat bloglist aku.. Tetiba hari ni dapat hidayah nak exchange bloglist. Maka aku buat la pengumuman kat Facebook aku. Almaklum la kat Facebook banyak link dengan blogger. Ada la beberapa blog yang letak link.. Saja la nak tengok mana yang dah letak link blog aku kat blog depa. Yang letak cuma 1 2 blog jer.. Yang lain2 bagi link.. haram tak nampak tang mana exchange link nya. Sebab malas nak blogwalking satu persatu alih2 hampa je dapat.. aku private kan post tu malas dah nak exchange link. Kalau sesapa rasa nak exchange link dengan blog aku atau memang ada letak link blog aku kat blog hangpa nanti komen je kat bawah post ni. Sebab bloglist lama aku dah almarhum..

Exchange link pun nak menipu.. Jujur la. Kalau rasa post2 blog aku ni mengundang dosa ka hapa & memang tak sudi nak letak.. Tak payah la buat macam tu. Contest pun sama la.. Baru2 ni aku buat giveaway tapi bila dah umum pemenang ada seorang sponsor cakap follower dia tak naik pun. Rasa bersalah jugak.. Rasa macam nak tarik balik hadiah tu tapi tu la.. Satgi kecoh satu alam maya cakap lekatlekit buat Giveaway penipu pulak. Yang tu tak tau nak settle macam mana dengan penaja..

Itulah yang bernama manusia... Kadang2 bukan depa jenis kaki penipu tapi sebab depa anggap benda tu remeh & kecil jadi menipu pun tak apa sedangkan menipu tetap la menipu tak kira perkara besar atau kecil. Tak kira la kau menipu untuk exchange bloglist atau join apa2 contest/Giveaway ni. Tup2 kau menipu kau menang & kau guna hadiah tu.. Apa jadi? Renung - renungkanlah.. kau guna benda yang kau dapat hasil dari menipu. Hukum hakam pi tanya orang yang lebih berilmu tentang agama.

Menipu ni dia boleh boleh jadi ketagih tau kalau kita pratikkan selalu.. Mula2 menipu kecil kecilan.. Bila dah terbiasa menipu tak mustahil dia akan menipu perkara yang besar sikit lama2 dia dah mula expert dalam penipuan mula dia gunakan penipuan sebagai kerjaya dalam hidup.

Satgi ada pulak yang cakap.. Eleh benda macam ni pun nak buat isu. Tu bukan menipu tapi trick & startegi nak naikkan traffic blog jer. Yelah.. Trick kau tu bukan macam orang buat magic. Magic dia tak menipu tapi dia guna helah dengan pandangan mata orang. Macam permainan kat petrosains.. nampak macam magic tapi sebenarnya ia cuma satu tindakbalas semulajadi yang tak nampak dengan pandangan mata kasar jer.. Kalau tak caya korang boleh try ke petrosains. tahun ni katanya banyak permainan sains yang menakjubkan & di luar kotak pemikiran anda. Boleh tengok kat sini >> Permainan Di Petrosains Tahun Ini Lebih Menakjubkan Yang Anda Sendiri Tak Terfikir Macam Mana Ia Boleh Berlaku << Kalau macam kat petrosains tu boleh la di anggap trick bukan menipu. Kalau setakat kau letak link kat bawah post yang orang ajak exchange bloglist tapi kau tak buat mengikut syarat yang di persetujui tu nampanya 'Menipu'. Bila kau menipu kau layak di gelar Penipu!!

Sebenarnya bukan aku sorang yang pernah terkena macam ni.. Ramai lagi blogger pernah terkena cuma aku je suka buat isu sebab nak bagitau cara tu tak elok la. Dah macam satu penganiayaan kalau blogger tu tak check & percaya bulat2 hangpa memang dah buat exchange link tu.

Moral of the story.. Kalau benda kecil macam ni pun nak menipu macam mana la orang nak percaya kat hangpa pada perkara perkara yang lebih besar kan. Bukan la nak cari gaduh cuma mengingati sesama blogger jer..

YANG BETUL ITU MENGATA, YANG TAK BETUL ITU FITNAH

YANG BETUL ITU MENGATA, YANG TAK BETUL ITU FITNAH. Kalau sesapa masih ingat ayat tu mesti ingat ayat tu dari filem apa. Kalau susah sangat nak ingat biar la aku ingatkan senang sikit. Ayat tu di petik dalam filem anak mami the movie.. Dialog yang di ucapkan oleh Allahyarham Pak Pie kepada Mami mulut longkang lakonan sapa ntah pelakon yang jadi mami tu lupa pulak aku. Almaklum la memory dah berkarat susah sikit nak ingat banyak benda katanya. Tak penting pun nak ingat nak pelakon tapi apa kisah di sebalik ayat tu?

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kisahnya.. pasal kita2 manusia ni la. Kadang2 aku tengok kat Facebook.. Ramai yang menampilkan imej2 positif ni kadang2 takde la positif mana. Macam aku ni lain la.. Semua kata aku lantang & suka bergaduh padahal aku tak anggap perbezaan pendapat tu satu permusuhan. Memang masa ber diskusi tu macam gaduh tapi lepas tu aku jenis lupakan jer. Pun tetap orang labelkan aku ni negatif tapi ada aku kesah sangat dengan persepsi manusia yang jenis berat sebelah & kaki mengampu tu? Asal kau ada nama sikit maka apa kau cakap semua jadi betul..

Tengok orang yang di labelkan positif pun kerap jugak dok menulis status mengumpat walaupun apa yang dia cerita tu bukan rekaan tetap la mengumpat. Atau yang buat status ala2 ustaz & ustazah pun kebanyakkan ada unsur mengumpat jugak. Tu baru cerita pasal mengumpat belum bab menyindir. Cuma mungkin banyak pengaruh sikit maka nampak la dia macam sedang memberi moral of the story pada orang lain padahal hujung2 cerita tetap la mencerca gaya berhemah sipolan yang menjadi tajuk cerita dia tu.

Kita ni kadang2.. rasa macam apa kita buat betul sebab ramai yang menyokong tapi sebenarnya cara kita tu pun salah jugak. Aku pun sama jugak la.. Sebab kita ni manusia. Asal kita rasa kita cakap benda yang betul je kita rasa tak salah.. sedangkan kadang2 yang betul itu mengata. Yang tak betul dah terang terang fitnah. Jadi dua2 perkara tu tetap salah & berdosa cuma tu la berat kerat sangat di antara kita mampu control dari tak melakukan perkara tu.. hehehehe

Moral of the story.. Kita manusia kebanyakkan kesilapan & kesalahan yang kita buat sama je cuma yang berbeza mungkin cara kita buat kesilapan & kekerapan kita melakukan kesalahan tu. So, tak perlu kita budget mulia sangat.. sebab kita cuma manusia. hehehe

7 PERANGAI PELIK YANG MUNGKIN ADA DALAM FAMILY ANDA

7 PERANGAI PELIK YANG MUNGKIN ADA DALAM FAMILY ANDA. Dalam satu keluarga mustahil akan dapat adik beradik atau sedara mara yang semua statik je ada satu perangai yang sama. Yang tu memang agak aneh kalau ada. Maybe keluarga tu keluarga robot yang dah di cipta & di setting dengan 1 fungsi je. Kalau manusia mustahil mampu setting semua satu kepala & satu perangai walau keluar dari 1 perut & satu laluan yang sama. Sebab yang namanya manusia ni pasti berbeza dengan manusia lain walau ada hubungan darah sekalipun.


Biasa la.. dalam satu keluarga ada perangai yang menghiburkan, ada perangai yang menjengkelkan, ada perangai yang menyakitkan hati, ada perangai yang menyenangkan orang.. Sebab tu la pepatah orang melayu ada kata.. dalam setandan pisang mustahil semuanya elok. Mesti ada jugak sebiji dua yang rosak. Sebab tu kalau tengok dalam family orang lain ada sorang yang buruk perangai jangan pukul rata mengata satu keturunan dia. Mungkin ramai yang perangai tak elok tapi percayalah bukan semua. Masih ada sorang dua yang elok kejadiannya.

Tapi dalam mana2 family pun aku rasa mesti ada 7 karektor pelik ni. Kalau tak ada 7 perangai ni.. mesti ada salah satu ada satu dua perangai yang di sebut. Yelah.. Cuma kita je kadang2 tak berapa alert so kita tak perasaan adik beradik kita yang tergolong dalam 7 karektor pelik ni. Kalau nak tahu apa 7 karektor pelik yang mungkin ada dalam family korang meh baca kat sini >> 7 Jenis Karakter Pelik Yang Confirm Korang Selalu Jumpa Dalam Keluarga Sendiri << Ada kan? Bohong la kalau tak ada langsung salah satu dari 7 perangai ni. heheheh

Moral of the story.. Perangai & karektor ni bukan lahir secara semulajadi tapi di bentuk oleh diri sendiri & macam mana cara dia di besarkan, dengan siapa dia bergaul & apa yang di dedahkan pada dia sejak kecil. Kadang2 merepek jugak aku baca info2 pasal perangai melalui bulan kelahiran la.. melalui urutan nombor dalam keluarga la.. Seolah2 perangai seseorang tu secara semulajadi lahir mengikut bulan kelahiran bagai. Sebab tu aku memang tak share sangat benda2 mengarut macam tu hahahaha.

WAJIB TAHU! ANAK HYPERACTIVE BUKAN AKTIF BIASA TAPI LUAR BIASA

WAJIB TAHU! ANAK HYPERACTIVE BUKAN AKTIF BIASA TAPI LUAR BIASA. Selalu sangat aku dengar atau baca bila seorang kanak kanak atau anak seseorang yang lasak sikit mak bapak dia mesti cakap.. "budak ni memang hyperactive sikit.".. "anak aku memang hyperactive." bla..bla.. bla.. Dulu aku sendiri pun tak tahu tak faham & tak pernah peduli pun pasal semua tu sebabnya masa tu mungkin aku rasa tak ada kepentingan untuk aku ambil tahu. Aku pun anggap hyperactive tu bukan satu masalah perkembangan ke hapa.. Aku anggap cuma budak2 yang aktif je.


Tapi semenjak lala berumur 2 tahun.. Doktor detect dia ada masalah dalam perkembangan bila dia tak ada perkataan bermakna di sebut dalam usia tu secara tak sengaja aku mula mengambil tahu tentang masalah2 yang ada dalam perkembangan kanak kanak. Walaupun lala tak ada hyperactive tapi disebabkan shahila aku memahami banyak perkara tentang kanak kanak hyperactive. Sebab aku rajin jugak dok mencari info tentang masalah perkembangan kanak kanak & masa sesi terapi kat hospital pun selalu jumpa macam2 jenis kanak kanak yang ada macam2 masalah. Sambil tunggu anak terapi biasa la mak bapak akan bertegur sapa sambil tu sembang2 la kejab. Tapi mak bapak yang datang bawak anak terapi ni tak ada masa nak bergosip bagai.. topik memang berkisahkan anak anak je.

Kanak kanak hyperactive ni biasanya energy dua kali ganda lebih dari kanak kanak normal yang aktif. Dia memang takkan boleh duduk diam dalam apapun situasi. Tak kira samada dalam sesi pembelajaran. Kadang2 suka kacau orang tak tentu pasal. Memang suka berlari & memanjat setiap masa. Pengalaman aku tengok budak hyperactive sendiri dengan biji mata aku yang belum rabun tua ni.. memang urut dada & isytifar. Aku tanya mak dia macam mana dia kat rumah & tadika.. Mak dia cakap macam tu la. Dia bergerak & lari memang laju sambil buka semua laci yang ada dalam bilik terapi. Bila cuba di tenangkan therapist dia meronta2. Kuat pulak sampai therapist yang badan agak besar pun kalah dengan energy dia. Kalau tengok budaknya kurus kecik je tapi tenaga kanak kanak hyperactive ni sangat luar biasa. Sebab tu kalau ada check up yang memerlukan kanak kanak hyperactive diam.. mereka terpaksa di tidurkan. Tu pun ada yang tak berjaya jugak walau di beri bius ubat tidur.. sampai doktor suruh datang next appointment. Serius ni.. ni parents anak hyperactive sendiri bagitahu aku.

Kanak kanak hyperactive.. sebab mereka terlalu aktif mereka ada masalah tumpuan/fokus. Memang kanak kanak hyperactive tak mampu bagi fokus yang lama kepada sesuatu perkara yang memerlukan mereka duduk & bagi tumpuan. Paling lama pun mereka boleh fokus mungkin dalam 10 minit. Dia memang tak sama macam budak2 tipikal. Dalam kelas sesi pembelajaran biasanya lebih dari setengah jam untuk satu mata pelajaran tapi budak hyperactive memang tak mampu untuk duduk diam dalam tempoh tersebut. Anak anak hyperactive jugak bermasalah ikut peraturan. Paling bahaya anak anak hyperactive tak ada rasa takut kepada stranger. Mereka boleh ikut sesiapa saja. Sebab tu kalau ada anak hyperactive perlu perhatian yang lebih. Nak2 lagi kat tempat awam.

Antara lain masalah kanak kanak hyperactive yang aku pernah baca adalah mereka ni kurang sabar sebab mereka kan jenis sentiasa bergerak laju. Jadi dalam apa perkara pun mereka nak cepat & susah untuk menunggu. Kadang2 suka menyampuk bila orang cakap. Bagi yang tak memahami kanak kanak hyperactive mungkin anggap budak2 macam tu tak didik dengan baik atau biadap. Sesetengah ada masalah tidur. Yang tak tidur sampai 3 - 4 pagi. Sebab energy anak anak hyperactive ni memang banyak & buat mereka lambat penat. Tak macam kanak kanak normal. Aktif macam mana pun dia ada masa pancit jugak. Tapi budak hyperactive lambat sikit nak pancit.

Kebanyakkan kanak kanak hyperactive lambat bercakap jugak. Sampai 4 tahun pun ada yang masih tak bercakap. Normally sebab lambat bercakap baru parents bawa jumpa doktor kat situ akan dapat detect masalah hyperactive anak anak tersebut. Biasa la kebanyakkan mak bapak ni suka anggap.. benda tu perkara biasa walaupun boleh nampak kelainan tahap aktif anak mereka berbanding kanak kanak lain. Tapi bila sampai 4 tahun tak bercakap baru rasa anak mereka ada kelainan. Kalau 2 tahun macam anak aku dulu ramai yang kata biasa la budak2 ada yang berat mulut. nasib baik aku besarkan anak sdn bhd. So, semua keputusan aku & suami buat sendiri.

Dalam Istilah lain hyperactive ni di panggil ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). Kalau rajin join la group Autisme Malaysia. Kat situ banyak info yang berguna kita boleh dapat. Kebanyakkan kat situ adalah dari golongan tenaga pengajar anak anak keperluan khas, pelajar2 yang mengambil course perkembangan awal kanak kanak, guru2, ibu bapa yang mempunyai anak autisme,hyperactive,sindrom down,speech delay,dyslexia & macam2 la masalah perkembangan anak anak mereka. Ada yang tak ada anak bermasalah dalam perkembangan pun join untuk sekadar mencari ilmu untuk memantau perkembangan anak - anak mereka. Yelah.. macam aku cakap la kita ni suka anggap kelainan anak tu perkara biasa dalam proses membesar sebab kita tak pernah ambil tahu ciri2 kanak kanak yang ada masalah perkembangan. Bila kita tahu, Insya Allah kalau ada kelainan dalam perkembangan anak2, kita akan cepat detect. Takut kita terlepas pandang sesuatu yang sebenarnya boleh di rawat tapi di sebabkan lambat bertindak keadaan menjadi lebih teruk.


Hyperactive boleh di terapi untuk mengurangkan tahap hyper mereka. hyperactive kebanyakkan bila besar masalah tu hilang cuma ada anak orang yang aku kenal. Masa kecik dia ada hyperactive tapi bila semakin besar mak dia cakap dia jadi agak slow.. Sukar nak ingat sesuatu perkara. Tapi bukan semua. Ada yang semakin besar dia ok je. Ada jugak sampai besar hyperactive tetap ada. Yang penting sebagai ibu bapa kita kena alert tentang anak kita. Adakah aktif dia masih di tahap normal atau luar biasa.

Moral of the story.. jangan putus asa kalau mempunyai anak yang berkelainan upaya atau mempunyai masalah perkembangan ni. Bukan satu malapetaka pun.. Anggap ia satu anugerah terindah dari Allah. Motivasikan diri.. Mereka ada tiket kita ke syurga, Insya Allah. Setiap hari mereka memberi kita pahala kerana sentiasa bersabar dengan mereka. Kekurangan mereka bukan pilihan sesiapa tapi kurniaan dari Allah. Lain la kalau perangai macam ni >>  5 Karakter Pelik Yang Ada Dalam Family. Anda Mungkin Salah Seorang Yang Ada Karektor ni. Jom Tengok? << Yang ni bukan sebab takdir ke hapa.. Yang ni memang sendiri yang buat. Kalau rasa nak cerca pun silakan. hehehe

TERBONGKAR CARA NAK KENALI PERSONALITI KAWAN ANDA MELALUI LAPTOP

TERBONGKAR CARA NAK KENALI PERSONALITI KAWAN ANDA MELALUI LAPTOP. Personaliti. Kalau ada yang masih tak faham apa tu personaliti meh sini den nak explain secara ringkas supaya korang semua faham.


Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupa diri dapat diukur dari dalam dan boleh dizahirkan pada luaran. tu dari wikipedia mungkin susah sikit korang nak faham tapi untuk senang faham personaliti ni merangkumi perwatakan, perlakuan & tindakkan bila berada dalam sesuatu situasi. Faham kan? Tak paham nanti korang mentelaah sendiri.

Dalam nak memilih kawan bukan sekadar mengenali perangai, personaliti dia pun kita kena kenal untuk pastikan samada kita boleh serasi atau tak. Personaliti seseorang jugak mengambar perwatakan seseorang. Biasa la manusia ada macam macam personaliti  berbeza yang mungkin ada orang suka & tak suka.

Zaman sekarang serba canggih. Tak payah pakai geluk jampi nujum pak belalang boleh tilik macam macam perkara katanya. Dari laptop pun korang dah boleh melihat personaliti seseorang. Tapi macam mana nak tahu personaliti seseorang melalui laptop yang dia guna? Meh tengok kat sini >> Kini Anda Boleh Kenali Personaliti Member Melalui Jenis Laptop. Tak Caya, Baca Ni! << Kalau macam aku pakai pc jer macam mana gamaknya nak menilai personaliti aku? Sebab tak ada cara nak kenali personaliti pc user macam aku ni maka aku akan terus misteri. hahahahaha.

Moral of the story.. personaliti berbeza tak semestinya tak serasi. Kadang2 personaliti yang sama tu membuatkan seseorang tu jadi tak serasi sebab sering bersaing sesama sendiri. Kalau persaingan sihat ok la.. Tapi yang banyak berlaku bila persaingan tu di iringi dengan rasa dengki mula la berlaku khianat mengkhianati.

SESUATU TENTANG 'THE ROCK' YANG ANDA TIDAK TAHU

SESUATU TENTANG 'THE ROCK' YANG ANDA TIDAK TAHU. The rock ni aku kenal dia dari zaman WWE sebab aku suka layan wrestling show kat TV dengan mak aku dulu. Zaman2 Undertaker yang menyeramkan.. Zaman Broker T yang aku tak suka tengok muka dia. Banyak jugak wrestler yang aku kenal dulu. Tapi sekarang wrestling macam tengok drama jer. Banyak membebel & aksi pun dah tak nampak real sangat. Berbanding dulu.. Memang rancangan wrestling ni takde drama2 kat atas stage bagai.


The rock ataupun nama beliau Dwayne Douglas Johnson bagi yang tak kenal beliau Dilahirkan pada 2 Mei 1972, namanya mula dikenali sebagai wrestler WWE yang memang susah nak dikalahkan. Sehingga Jun 2016, The Rock pernah memenangi 17 kejohanan dalam WWE, termasuklah 10 kali sebagai juara dunia dan beberapa lagi kejohanan yang lain. Memang champion la kiranya. Dengan tagline ‘If you smell what The Rock is cooking‘, The Rock mula mengorak langkah ke dunia lakonan dengan filem pertamanya sebagai watak teraju iaitu The Scorpion King pada tahun 2002.

Tu secara ringkasnya biodata The Rock. Mungkin ada yang kenal dia selepas dia menjadi pelakon hollywood so banyak perkara tentang The rock mungkin anda tidak pernah tahu. Aku yang kenal the rock dari zaman kegemilangan dia dalam dunia wrestling pun banyak jugak tak tahu tentang The Rock ni. Almaklum la.. aku hanya menonton dia kat TV jarang nak ambil tahu pasal life dia sangat.

Jadi tak pelik la kalau korang tak pernah tahu perkara ni yang berkaitan dengan The Rock >> Tentang The Rock Yang Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia Tergila gila kan dia << Rupanya macam tu The Rock yer. Baca Artikel tu baru aku tau. Tapi nasib baik aku takde la tergila gila kan dia. Sekadar tahu je la kewujudan dia dalam industri hiburan dunia ni. Bagi yang tergila gila sangat The Rock hope dah kenal la serba sedikit siapa The Rock tu yer..

Apapun tak salah kita nak meminati seseorang selebriti tu cuma jangan terlampau fanatik nak2 yang datang dari barat sebab tak semua cara hidup mereka kita boleh ikut. Jadi berpada pada dalam meminati seorang selebriti agar kita tidak terpengaruh dengan budaya atau perkara yang bertentangan dengan ajaran agama kita.

TERBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA HANYA DENGAN 8 SOALAN NI

TERBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA HANYA DENGAN 8 SOALAN NI. Ramai orang takkan mengaku dia kawan jenis makan kawan atau kawan yang tak baik. Semua rasa dia dah jadi terbaik untuk kawan dia. Bila tak di di peduli dia mula rasa tak di hargai sedangkan jarang orang nak sedar diri sebenarnya perangai dia sebagai seorang kawan pun bukan elok sangat dengan kawan kawan lain. Maka orang pun malas nak layan dia dengan baik.


Manusia mana yang perfect ye dak. Aku sendiri pun mengaku diri aku ada buruk jugak sebagai seorang kawan. Tapi kalau ada kawan yang boleh terima perangai buruk kita tu syukur la kan. Kalau yang tak boleh terima kita tak boleh paksa. Orang nak suka atau tak.. Tu hak dia la kan. Dalam hidup ni mustahil la kita mampu buat diri kita di sukai semua orang. Kalau kita pun ada orang yang kita tak suka apatah lagi orang lain. Mungkin kita salah seorang orang dia tak suka.. tak boleh nak buat apa la kan.

Sebagai manusia yang kadang2 kita tergolongan dalam golongan tak sedar diri jugak.. Dok sentiasa rasa diri dah cukup baik pada kawan kawan kadang2 boleh buat kita tak nampak kesalahan & keburukkan kita yang buat orang benci kita. Kena ada orang atau sesuatu yang menyedarkan kita. Ingat senang ke nak cari seseorang yang mampu buat kita sedar diri yang kita tu buruk perangai. Kebanyakkan dari kita memang susah nak mengaku perangai kita buruk, ye dak?? Alah.. tak payah nak menidakkan sangat la.. Memang kebanyakkan kita ada perangai macam tu.

Jadi kalau nak harap manusia tegur kadang2 kita tak boleh terima teguran sesama manusia ni. Almaklum la spesis manusia ni memang ada ego tersendiri. Kalau yang ego high level sampai ke langit tujuh tu lagi la susah nak tegur. Jadi untuk tidak buat kita terus hanyut dalam anggapan sendiri yang konon kita dah cukup baik dengan kawan kawan, elok la tengok kat sini macam mana 8 soalan ni mampu membongkar segala perangai buruk & baik kita terhadap seorang kawan >> 8 Soalan ni mampu membongkar perangai sebenar anda pada seorang kawan <<

Sekarang dah tau sebenarnya perangai korang tu macam mana? Kalau sedar bagus la. Ternyata anda dah mampu berpijak di bumi yang nyata bukan lagi terawang awang dengan persepsi sendiri terhadap diri sendiri. Apa yang buruk tu berusaha perbaiki & yang baik tu kekalkan. Insya Allah bila masing2 sedar diri buruk & baik kat mana.. Tak ada persengketaan yang akan berlaku.

AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI

AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI. Seingat aku la kan.. Aku susah nak pergi bercuti jauh2 dengan kawan kawan ni. Jenuh aku dok mengimbau kenangan semusim lalu.. Ada ke aku pergi bercuti dengan kawan kawan selain rombongan masa sekolah rendah. Tu pun melawat penang je. Balik hari. Masa sekolah menengah jangan harap la nak join rombongan sekolah.. Sekadar camping dengan kawan kawan tu pernah la. Bercuti?? hurmm.. serius aku tak pernah kot dengan kawan kawan ni. Selalunya dengan family & sekarang of course la dengan anak & suami. Maybe sebab dulu aku jenis tak suka travel kot tu yang takde memori percutian aku dengan kawan kawan.


Orang kata pergi bercuti dengan kawan kawan ni lebih happening. Tapi aku takde pengalaman tu so aku tak tau la setakat mana happeningnya. Tapi pergi dengan family rasanya lebih happening kot.. Satu kalau takde budget banyak boleh tong tong atau ada yang support. Kita nak bayar makan ke hapa pun lebih senang. Semua kira sekali. Kalau pergi dengan kengkawan ni kadang2 jadi serba salah.. Nak2 lagi yang jenis suka buat diam lepas makan. Time nak bayar masing2 tetiba kena sumpah jadi batu. Aku pernah jugak berdepan dalam situasi macam tu maka kita yang malu alah ni terpaksa la bayar. Lepas dah bayar nak minta pun segan jadi terpaksa anggap belanja kawan makan walau takde niat pun nak belanja kawan. hahahha

Sebagai kawan bila berdepan dengan kawan kawan yang perangai buat kita rasa annoying ni memang kadang2 tak sampai hati nak sound direct tapi of course la kita akan cuba mengelak dari buat sebarang aktiviti dengan dia termasuk la ajak dia join travel kemana mana bersama. Sebolehnya nak skip dia dalam apa2 acara sekalipun.. Pendek kata kalau boleh taknak kawan dengan dia tapi tak sampai hati nak terus terang. Nak2 lagi jenis kawan yang suka buat perangai macam ni kalau pergi bercuti >>Inilah 9 perangai Kawan Yang Mungkin Buat Percutian Anda Menjadi Mimpi Ngeri << Kalau kawan jenis perangai macam ni confirm spoil percutian korang. Balik dari bercuti korang akan rasa rasa duit habis, badan penat & hati sakit. Jadi kalau korang ada kawan jenis perangai macam tu, better elakkan diri dari bercuti bersama dia.

Kalau korang ada 9 perangai yang di sebut hope berubah la sebelum korang di takdirkan menjadi manusia forever alone. Sesungguhnya tiada kawan yang boleh tahan dengan perangai macam tu. Kalau depa tak sound direct pun ketahui confirm anda menjadi bahan umpatan di belakang. Mereka akan perlahan lahan menjauhkan diri dari anda dan akhirnya anda mereput sorang sorang.

Moral of the story.. Sebagai manusia memang kita ada perangai yang buat orang rasa annoying dengan kita tapi jangan la keterlaluan.Biarlah satu perkara orang annoying & 10 perkara tentang kita yang lain orang suka. Baru la orang rasa kepentingan kita dalam sesuatu suasana tu. Contoh macam aku kadang2 terlampau direct to the point tapi aku ni baik hati suka tolong kawan kawan aku... kan geng cap ayam. Hahahaha.. maafkan hamba. Sesi naik lift tekan nombor sendiri.

AWAS! LELAKI PERLU BERHENTI BUAT 11 PERKARA NI

AWAS! LELAKI PERLU BERHENTI BUAT 11 PERKARA NI. Hari ni asyik topik pasal lelaki je kan?? Ada pulak yang tanya.. ada masalah rumahtangga ke asyik dok menghentam lelaki je hari ni.. Insya Allah takde apa masalah yang besar menggugat keharmonian & kegilaan rumahtangga aku ni. Baru tadi goreng bihun & makan sama2 penuh nikmat katanya. Sempat lagi kena kutuk sebab baju lama yang dah aku buat kain buruk sebab tak muat nak sarung kat badan. Kalau boleh bergurau senda tu.. Kira bahagia lagi la. Mana ada orang tengah gaduh nak gurau2 ye dak...


Nak buat macam mana sumber ilham hari ni menjurus pada topik untuk lelaki je. Lagipun entri ni berbentuk informasi yang mungkin berguna kepada lelaki. Lelaki ni almaklum la hidup depa ni semua nak simple.. Nak cepat.. nak mudah.. Benda tu kadang2 mengundang perasaan yang kurang senang oleh pasangan mereka. Tak mustahil benda tu boleh jadi penyebab hubungan boleh terputus.. Yang dah kahwin boleh bercerai. Asalnya sebab suami/pasangan pandang remeh perkara yang bagi pandangan mata seorang perempuan adalah perkara besar.

Tengahari tadi tengok wanita Hari ini topik pasal bercerai dengan alasan remeh.. Kita sendiri pun takkan sangka sebab2 macam basuh kain malam2 boleh jadi punca penceraian. Hidup berpasangan ni apa yang dulu kita buat masa zaman bujang tak semua kita masih boleh terus buat bila berumahtangga. Perkara kecil bagi kita tak semestinya kecil jugak untuk pasangan kita. Contoh 11 perkara ni yang memang lelaki suka sangat buat tanpa sedar buat perempuan memendam perasaan tak puas hati >> 11 Perkara Ni Lelaki Perlu Berhenti Lakukan. Ia Nampak Simpe Tapi Anda Mungkin Akan Kehilangan Orang Tersayang Kalau Terus Melakukannya << Mungkin bagi lelaki cuma perkara kecil yang mustahil boleh menjejaskan hubungan mereka tapi tidak bagi perempuan.

Moral of the story yang lelaki kena selalu ingat.. Perempuan memang complicated. Mood depa boleh jadi macam taufan sekelip mata hanya kerana korang terlupa something yang dia pesan je. Tapi bukan semua & aku maybe terkecuali dari perempuan yang perangai macam tu hahahaha. Perempuan memang di cipta untuk di belai sebab tu Allah ciptakan naluri & hati mereka jadi selembut kapas. hehehe

VIRAL SERAM! KISAH KAWAN PUKUL 12 TENGAHMALAM

VIRAL SERAM! KISAH KAWAN PUKUL 12 TENGAHMALAM. Bila seorang mula share kisah seram pasal kawan sebilik, mula la lepas tu ada lagi yang lain lain akan mula membongkar perkara misteri berkaitan kawan depa jugak. Mungkin sebelum ni depa tak terfikir kot nak share tapi bila ada yang mulakan.. So, depa pun baru ada keinginan nak share pengalaman sendiri pulak. Takpe.. akak suka baca kisah2 seram ni walau kisah tu rekaan semata mata. Sebab akak pun membaca sekadar hiburan semata mata.. hahahaha


Sempat terbaca satu sharing dari Sukar Star TV ke hapa nama page dia.. Lebih kurang macam tu la bunyinya nama page dia. Dia share satu kisah misteri berlaku pada pelajar Universiti jugak. Tentang ke misterian perangai kawan sebilik dia ni. Katanya kawan dia ni ada perangai pelik.. Kalau dia nak jemur baju mesti tepat pukul 12 tengah malam.. Macam tu jugak nak angkat baju kering. Dia akan angkat baju tu tepat 12 tengahmalam esok harinya..

Nak di jadikan cerita seramnya.. Pada satu hari tu dia intai la si kawan perangai pelik ni jemur baju tetiba dia dengan kawan dia macam sedang cakap dengan seseorang. Dengan cabul & busy body nya dia pun tanya dengan siapa kawan dia berbual. Jawapan tu agak meremang la bila dengar.. Katanya berbual dengan kawan dia tingkat atas sedangkan rumah depa tingkat paling atas. Atas tu dah tak ada rumah lagi. terus lepas tu dia tak berani tanya lagi.

kejadian kedua.. Pada satu hari tu sipolan yang misteri tu katanya masak banyak sangat. Padahal yang tinggal depa berdua je kat rumah. Yang lain2 dah balik kampung cuti semester. Tapi si kawan ni walau dia tahu banyak perangai pelik & seram kawan sebilik dia suka buat tapi tetap berbaik sangka. Dia anggap kawan dia nak jemput kawan2 lain datang makan. Tapi mungkin tengok tak ada sapa datang makanan pun lebih banyak dia cadangkan sedekah je la kat jiran2. Tapi sipolan ni kata pukul 12 tengah malam nanti kawan2 dia nak datang. Bila tiba waktu yang katanya kawan2 dia nak datang.. si kawan ni pun intai la tengok sipolan tu tengah buat apa. Sumpah! Aku rasa apa yang budak ni tengok kawan dia buat mungkin menjadi episod paling seram dalam hidup dia. Dia nampak sipolan ni tengah hulur makanan bawah meja kat ruang tamu.. Untuk siapa?? Wallahualam...

Lain2 perangai misteri sipolan ni katanya suka nyanyi dalam tandas sambil sikat rambut dia yang panjang. Dah tu siap ada lagu lagi.. Antara lirik lagu dia.. 'Terima kasih tolong sikat. Terima kasih tolong sikat. Saya suka awak jaga kemas.Jangan mengurai nanti bercerai. Katanya ada jugak lirik2 dalam bahasa jawa yang tak di fahami.

Dalam cerita ni aku perasan time dia nak buat benda2 yang orang rasa seram mesti pukul 12 tengahmalam. Yelah.. tengah malam sinonim dengan benda2 mistik kan. Mungkin jugak time tu kawan misteri sipolan ni muncul.

Banyak jugak rupanya student yang berperangai mistik & pysko macam ni yer. Bagi aku cuma dua sebab.. samada dia ada gangguan mental atau dia ada gangguan mistik. Kedua dua sebab ni je mungkin akan buat seseorang tu berkelakuan pelik & menakutkan.

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN. Sejak dua hari ni kisah seram yang di ceritakan seorang pelajar tentang kawan sebilik dia yang berperangai pelik,misteri & menakutkan sedang jadi viral. Aku.. of course la baca sebab mesti ada orang tag aku punya kalau ada cerita2 seram. Sungguh sinonim aku dengan benda2 seram ni kan. Dah jadi identiti pulak.. Asal seram semua aku la tu. Ok la.. At least orang dah mula kenal & tahu minat aku pada cerita2 seram ni kan. So, depa jugak penyumbang pada koleksi entri2 seram kat blog aku. Terima kasih.. Sesungguhnya.. aku sangat2 terharu sampai rasa malas nak sikat rambut. erkk.. apa kena mengena pulak. Hahahaha

Post ni mula menjadi Viral

Bagi yang tak tau pasal viral kisah seram ni.. Aku cerita la sikit sinopsis dia yer.. Katanya seorang minah ni dapat kawan sebilik yang perangai memang buat sapa2 jer rasa meremang bulu roma. tengah korang dok lepak2 atas katil tetiba dia keluar dari bawah katil tersengih dengan raut wajah memang tak menyenangkan hati langsung la. Suka buat benda2 pelik & menakutkan.. macam bunuh tikus dengan cara cucuk seluruh badan tikus tu dengan jarum kemudian simpan bangkai sampai busuk. Bila tanya kenapa buat macam tu.. alasan  tikus tu bising sangat tu dia seksa tikus tu sampai mati. Atau cucuk cicak2 atas tilam dengan jarum sampai melekat. Susun kasut kawan2 dia secara bersilang & terbalik. Kalau sapa2 buat dia marah.. Siap la dia akan menakutkan mereka dengan macam2 aksi seram. Dah la katanya dia berus gigi tengah2 malam cara terbalik. bahagian orang pegang berus tu dia gosok gigi. Yang makin misteri bila kawan dia share cerita dia kat media sosial.. tahu pulak dia. Pelik ke.. Ntah2 dia stalk aktiviti kawan dia kat media sosial jadi tak pelik la dia tahu & boleh respond cerita kawan dia tu. Korang boleh baca kat bawah ni cerita dia...


Clik Untuk Views yang lebih jelas

Tak tau la samada budak tu ada gangguan mistik atau mental.. Tapi kalau aku duduk serumah apatah lagi sebilik dengan dia pun cuak jugak. Orang macam ni kita tak boleh ramal tindakkan dia.. Mungkin dia tak pernah cederakan kawan2 serumah tapi tak mustahil jugak dia boleh buat macam tu. Sebab ciri2 perangai pelik yang dia tunjuk memang mencurigakan. Dia seronok bila menyakiti sesuatu yang menyakitkan hati dia.. tak mustahil kalau ada kawan2 yang dia rasa macam tak selesa pun dia boleh buat benda yang sama. kalau aku maybe aku tak tunggu habis sem.. Aku ambil langkah selamat la. Samada remove dia.. atau aku yang keluar. Boleh juga cuba laporkan pada mereka yang boleh membantu. jangan biar je dia terus macam tu.. Kadang2 tekanan pun boleh buat manusia berperangai pelik.

Clik Untuk paparan yang lebih jelas

tapi sejauh mana kebenaran kisah tu memang aku tak tau. Siap depa boleh berbalas statement kat media sosial. Boleh jadi depa saja create story sebab nak perhatian orang lain.. Sebab zaman sekarang ni banyak attention seeker sanggup buat apa saja nak meraih perhatian. Cuma nasihat aku.. Kalau betul berlaku apa yang di ceritakan.. roomate tu ambil langkah keselamatan dari awal la sebelum berlaku sesuatu yang tak dapat di selamatkan lagi.

Kita baca mungkin tak seram tapi aku percaya kalau aku ada dalam situasi tu pun maybe aku sendiri pun takut. Apa ingat aku berani tengok filem seram tengah tengah malam aku berani sangat ke hadap kawan macam tu.. Hahahaha. tapi tu la.. kita tak tahu sejauh mana seramnya kisah tu tapi kalau cerita ni bukan saja seram malah suspend, menakutkan & mendebarkan yang korang boleh saksikan dengan biji mata korang sendiri >> Bayangkan Anda tertanam bawah tanah & terperangkap selama 69 hari ni macam ni. Serius Menakutkan << So, ada berani tengok? hehehe

Moral of the story.. Kadang2 boleh berlaku perkara macam tu kalau orang menuntut ilmu sesat atau di ganggu saka dari keturunan dia sendiri tapi nak pastikan gangguan tu dari mana kena la merujuk kepada mereka yang lebih arif.

TERBONGKAR RAHSIA TENTANG KAKI GAMES ONLINE YANG KITA TAK TAHU

TERBONGKAR RAHSIA TENTANG KAKI GAMES ONLINE YANG KITA TAK TAHU. Aku pernah kerja kat cyber cafe yang memang majoriti orang yang datang main games online jer. Yang datang dari budak2 sampailah yang tak berapa budak. Memang pemain game online tegar ni kadang2 sampai tua pun susah nak buang minat & hobi depa. Ada yang main game online sampai ke peringkat pertandingan antara negara. Sebab aku dulu ada kawan kaki dota ni pernah sertai pertandingan games online antara negara. Aku bukan paham sangat games online sebab aku tak minat.


Bila dah ketagih main games online serius bukan perkara yang baik & sihat sangat. Kadang2 sebab ketagih main games online duit banyak habis di cyber cafe. Bila takde duit mula la aktiviti tak berapa sihat depa nak buat terutama budak2 yang masih tak ada pendapatan sendiri. Mula la nak pow kawan, minta kat orang tak kenal merata jalan & mencuri. Semua sebab dah ketagih.. Macam dadah jugak. Bila dah ketagih tu faham faham je la.

Bila dah minat sampai tahap obses ni kaki games online ni memang akan mempunyai aktiviti & perangai tipikal mereka sendiri. Kira kalau kaki games je memang kebanyakkan dari mereka semua buat benda ni atau perangai macam ni. Kita yang tak ada kawan atau pasangan kaki games memang takkan tahu tentang perkara ni tapi kalau yang dah biasa berdepan atau mengenali seorang kaki games tegar mungkin bukan lagi rahsia la bagi mereka.

Seorang kaki games tegar sememangnya suka buat benda ni.. Samada kita suka atau tak itulah mereka. Nak tau apa yang kaki game suka buat yang mungkin kita tak suka meh baca kat sini >> 24 Perkara Tentang Kaki Games Tegar Yang Kita Tidak Pernah Tahu <<

Moral of the story.. kau nak main apapun mainlah janji benda tu tak menyalahi undang2 agama & negara tapi satu benda kau jangan buat adalah menyusahkan orang lain dengan hobi & minat kau. sekian terima kasih.

TERBONGKAR TENTANG ORANG MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

TERBONGKAR TENTANG ORANG MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA. Sejak akhir akhir ni banyak sungguh pembongkaran tentang negara kita Malaysia ni. Terbongkar tentang Pm sekarang memang membebankan rakyat.. Terbongkar sebenar memprotes dengan cara berhimpun di jalanan tidak sama sekali memberi kesan pada pemerintah & macam2 lagi la pembongkaran. Tu tak termasuk pembongkaran melalui spekulasi tentang MH370 yang masih misteri tentang kehilangannya. Malaysia memang masih banyak perkara misteri yang baru nak terbongkar sikit demi sedikit katanya. hehehe


Tapi pembongkaran yang aku nak buat kat blog lekat lekit ni takde la sampai mengancam keselamatan negara cuma apa yang nak di bongkarkan ni memang siapa2 pun tak boleh nafi kewujudan & kejadiannya. Walau pergi kemana mana serata dunia pun benda ni semua orang terpaksa akui ianya dari Malaysia. Hanya Malaysia miliki perkara ni & hanya rakyat Malaysia saja akan buat .

Malaysia memang unik bukan je berbilang kaum malah banyak perkara unik yang kita tak perasan selama ni. Sebab kita dah biasa dengan semua tu jadi kita memang takkan nampak keunikkan yang orang lain nampak tentang Malaysia. Macam iklan Ambi Pure.. kita dah biasa dengan keadaan tu so kita tak rasa apa2 pun yang luar biasa tapi bagi orang luar mungkin benda ni menjadi sesuatu yang menjadi identiti Malaysia. Sampai keluar negara pun orang boleh kenal ni mesti dari Malaysia.

Bila terbongkarnya perkara ni bukan sahaja orang luar akan perasan kelaianan Malaysia malah kita sendiri akan cakap.. Ye ke? eh.. eh.. Betul la. Serius ada perkara yang aku sendiri baru tau rupanya orang Malaysia yang duduk luar negara macam ni sebab selama ni aku tak tau. Tapi lepas baca artikel banyak info yang aku dapat Tentang Malaysia yang selama ni kita tak pernah tahu terutama tentang pasport Malaysia ni. Nak tau apa yang anda tak pernah tahu tentang Malaysia meh baca sini >> Terbongkar Tentang Orang Malaysia Yang Berada di luar negara <<

Moral of the story.. Walau pun pepatah ada kata di mana bumi di pijak di situ langit di junjung tapi tetap cara hidup yang biasa kita pratikkan susah nak hilang. Kau tak payah berlagak western macam mana la.. hari2 makan steak tetap sesekali kau rindu sambal petai, gulai tempoyak, sambal belacan, nasi lemak,roti canai bagai. hahahaha

SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ

SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ. dalam hidup aku.. Aku bukan tak suka berkawan tapi entahlah sekarang ni aku lebih suka sekadar kawan. Maksudnya kawan kat situ habis kat situ. Mungkin sebab status aku sebagai isteri & ibu jugak kot. Batasan masa & pergaulan buat aktiviti berkawan aku tak happening macam zaman2 bujang. Tapi rasanya hidup aku enjoy je. Takde rasa kurang kat mana2 pun. Setakat tak dapat lepak & outing dengan kawan2 tu bukan masalah besar bagi aku. Hidup ni ada fasa.. setiap fasa kehidupan mesti la ada perubahan. Kalau statik je tu bukan nama kehidupan.


Dunia kawan paling meriah dalam hidup aku masa aku sekolah menengah la. Kat kampung kawan aku lain, kat sekolah kawan aku lain & bila cuti sekolah atau habis sekolah pun kawan2 aku lain. Bila kawan2 aku ni dari sumber berlainan buat aku jadi ramai kawan. Sampai kat rumah dalam bilik pun kawan aku lain sebab aku dulu suka sangat jual nombor telefon aku kat radio. Yelah.. dulu aku memang suka layan radio. Suka call dj radio. Radio dulu bukan macam sekarang semua record dulu baru on Air. Dulu semua kau call terus on Air takde tapis2 dah.

Hidup aku memang meriah dengan kawan sampai aku pernah rasa aku macam tak boleh hidup kalau takde kawan. Tapi sekarang ok jer.. Malah hidup aku makin tenang & senang. Kawan kita masa sekolah rendah lain... kawan kita masa sekolah menengah lain sampai la kawan kita kat kolej @ IPT pun tetap lain. Takkan sama punya kawan2 yang kita dapat. Tapi ada satu spesis kawan yang korang hanya akan jumpa di peringkat IPT & kolej jer. Kawan kat IPT @ Kolej ni perangai & aktiviti dia dah tak sama macam kawan2 kita masa sekolah. Lain sikit. Perangai macam mana meh baca kat sini >> 18 Jenis Kawan Yang Anda Akan Jumpa Hanya Di Kolej @ IPT <<

Apapun berkawan biar berpada pada.. Macam aku ada sejarah yang buat aku rasa hilang terus kepercayaan pada orang lain terutama kawan. Mungkin salah aku jugak dulu meletakkan kawan di tempat tak sepatutnya di hati maka berlaku sesuatu yang buat aku rasa hilang semua rasa yang baik pada seorang kawan.

KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI

KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI. Zaman sekarang zaman viral. Bila seseorang buat benda tu jadi viral maka berpusu pusu lagi orang lain cuba buat benda yang sama. baru2 ni jadi viral satu status seorang surirumah berkongsi pengalaman sepanjang dia menjadi surirumah. Aku perasan oh!bulan ada ambil status tu di jadikan artikel kat blog dia. Lepas dari status surirumah tu.. muncul pulak status dari surirumah lain berkongsi pengalaman depa jugak.


Kat sini bukan aku nak mempertikaikan para surirumah yang cuba memberitahu pada semua di luar sana bahawa menjadi seorang surirumah bukan semudah yang orang sangka. Bagus jugak depa buka biji mata kaum lelaki supaya tau bini yang jadi surirumah sepenuh masa ni sebenarnya lagi banyak kerja kena buat dari bini yang bekerjaya di luar sana. Tapi hati hati.. nak share pengalaman tak salah untuk di jadikan teladan pada orang lain cuma takut apa yang kita cerita sebagai contoh dari kisah benar yang berlaku tu mengaibkan pasangan kita. Contoh.. dulu laki aku balik rumah jer mesti komplen rumah sepah bagai.. kata aku duduk rumah malas buat kerja. Asyik tidur je. Satu hari dia terpaksa jaga anak.. barulah dia tahu macam mana susahnya menjadi seorang surirumah tangga. Tanpa sedar contoh cerita kita tu dah memberitahu macam mana perangai buruk suami kita. Dah la tak tolong, lepas tu komplen. Sepatutnya kerja rumah tu tanggungjawab suami. Dia tak tau ke? Tu la tak ikut cara Rasulullah.. bla.. bla.. dot com dot my. Kan?? Orang yang geram baca cerita kita pasal suami kita ni kadang2 emo lebih dari kita yang hadapi. Jadi kat situ dah memberi tanggapan buruk kepada suami kita sendiri.


Tu contoh biasa la orang selalu masukkan dalam cerita & teladan kisah surirumah ni.. Tapi ada jugak cerita lebih berat dari situ yang mungkin menjatuhkan maruah walau ending cerita suami dia insaf & sedar perbuatan dia salah. Betul niat kita nak bagi pengajaran tapi tu la.. niat kadang2 tak menghalalkan cara kita. Sebagai isteri kita kena jaga aib suami. Yang buruk pasal suami tu tak patut di cerita secara umum. Sebab tu nak menulis kisah kehidupan rumahtangga kita kena sangat2 berhati hati. Bila kita terlalu terbuka bercakap pasal rumahtangga.. mungkin tanpa sedar kita bukan saja buka aib pasangan malah kita buka aib sendiri jugak. Niat kita mungkin berkongsi pengalaman & pengajaran tapi yang sampai pada orang yang membaca mungkin berbeza sebab persepsi setiap orang tu tak sama.

Moral of the story.. banyak cara kita boleh buat untuk raih perhatian kalau dah kemaruk sangat nak popular tapi tak perlu sampai membuka aib pasangan masing masing. Aib pasangan kita adalah aib kita. Jadi berhati hati. Aku pun seorang surirumah.. suami aku bukan mr perfect 10 sebab dia cuma manusia biasa tapi aku dah pratikkan dari awal tak suka berkongsi cerita rumahtangga secara umum atau dengan sesapa saja kecuali orang yang rapat & aku percaya. Tu pun aku jarang sangat nak share hal rumahtangga aku walau dengan family aku sendiri.

NAK TAHU PERSONALITI ANDA MELALUI NASI LEMAK MEH BACA

NAK TAHU PERSONALITI ANDA MELALUI NASI LEMAK MEH BACAAku kadang2 lawak jugak dengan games2 yang ada kat online ni.. Sampai dari nasi lemak yang orang makan pun boleh mengambarkan personaliti orang tu macam mana & destinasi percutian yang sesuai dengan dia. Wah bahaya zaman sekarang.. Makan nasi lemak pun kena sorok2 sebab dari lauk pauk yang kita makan tu boleh mengambarkan sifat & sikap jugak rupanya...


Aku main satu kuiz ni.. Lebih kurang tajuknya melihat personaliti/perwatakan/perangai seseorang melalaui nasi lemak yang di makan la. Dari pilihan lauk pauk yang aku makan dengan nasi lemak mengambarkan aku ni seorang seorang yang lembut, tenang, disukai, mudah di dekati. Konon penuh aura positif buat orang suka berdampingan dengan aku la.. Konon! Hantu suka la mendampingi aku. hahahaha...  Aku ni kononnya suka bercuti & tempat percutian yang paling sesuai dengan aku lombok katanya. Kesimpulanya aku ni sesejuk timun & chill selalu. Hahaha.. nasib baik dah kawen kalau belum risau jugak aku pun terkawen dengan jejaka lombok. Kalau korang nak tau personaliti & destinasi percutian yang sesuai dengan korang melalui nasi lemak meh try kuiz ni >> QUIZ.. Personaliti Anda Melalui Nasi Lemak <<

Sekarang ni nak tau perangai orang tak susah dah katanya... Tengok bulan kelahiran pun boleh tau.. tengok kuku, tangan,kaki,bentuk muka,bibir, mata, taik lalat bagai... semua kononnya memperlihatkan perwatakkan & personaliti seseorang. Entahlah.. aku rasa agak lawak kalau ada yang percaya. Kalau bulan kelahiran mengambarkan keperibadian seseorang gamaknya ramai mak bapak plan kaw kaw punya untuk pastikan anak dia lahir pada bulan kelahiran yang berpewatakkan baik.

Moral of the story... setakat main untuk jadi bahan gelak boleh la tapi jangan serius sangat. Merapu je semua ni. hahahahaha

15 PERANGAI TIPIKAL ORANG MALAYSIA BILA PERGI BERCUTI DI LUAR NEGARA

15 PERANGAI TIPIKAL ORANG MALAYSIA BILA PERGI BERCUTI DI LUAR NEGARA. Setiap negara tu ada perangai dia tersendiri yang boleh terbawak bawak sampai ke negara orang. Yelah.. dah terbiasa hidup dengan cara macam tu dari kecik sampai bangka kan... Ingat senang ke nak ubah. Jadi bila pergi ke negara orang pun dia susah sikit la nak ikut cara hidup orang tempatan kat situ..


Salah satu perangai tipikal kebanyakkan rakyat Malaysia adalah lintas jalan ikut suka hati even dah di sediakan zebra line atau jejantas. Yang ni sama perangai macam orang bangla.. & suka potong barisan. Tak payah nafikan memang ramai orang Malaysia perangai macam tu tak kira la apa bangsa sekalipun. So, bila dah biasa buat perangai macam tu kat negara sendiri.. pergi mana mana pun perangai macam tu susah nak ubah.

Selebihnya kalau korang nak tahu apa lagi 15 perangai tipikal rakyat Malaysia suka buat bila bercuti atau berkunjung ke luar negara meh baca kat sini. Nak copypaste artikel orang pun tak berapa elok sangat dalam arena blog jadi bacalah sendiri yer >> 15 PERANGAI TIPIKAL RAKYAT MALAYSIA BILA PERGI BERCUTI DI NEGARA ORANG <<

Tapi bukan semua yang datang dari Malaysia tu buruk buruk jer... Masih ada culture orang Malaysia ni yang boleh di banggakan. Adat la Negara yang di huni manusia pasti ada yang buruk & baik... Manusia tu kan bersifat tidak sempurna.

Moral of the story.. Bukan negara tu yang menentukan sikap @ sifat manusia tapi kita tak dapat menafikan yang membentuk keperibadian seseorang kadang2 faktor budaya & cara hidup jugak.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com