HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT
HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT. Elok jugak la artikel2 macam ni di tulis semasa kontroversi Amran Fans & Geng Breastfeeding tengah panas meletap letop katanya. Supaya yang mempertikaikan perkara tu tahu hukum kita mengupload gambar tengah menenenkan anak di laman sosial untuk tontonan Umum.Bukan apa ramai yang masih merasakan benda tu cuma benda kecil. Alah.. bukan nampak 'Buah Betik' pun katanya. Benda tu pun nak kecoh. Sebab tu sebelum ada yang sampai berani tunjuk 'Buah Betik' yang ranum macam minah2 saleh buat kita perlu tegah dari sekarang. Permulaan dia memang tunjuk sipi sipi jer.. Kalau di biarkan tak mustahil masing2 berlumba lumba nak tunjuk nenen sapa paling bengkak penuh susu.
Jadi penting untuk kita tahu samada perbuatan tu di bolehkan atau tidak menurut pandangan Islam supaya kita tak buat pertikaian bodoh yang mungkin kita pulak jadi mangsa untuk di viralkan. Aku ni pun jahil segala sudut jadi marilah kita sama sama belajar yer..
Sumber Astro Awani |
Bila dah tahu hukum dia maka terpulang pada pada yang masih nak pertahankan hak mengupload gambar anak tengah menenen di media sosial. Kalau rasa dengan cara tu je boleh membuatkan susu anda tak kering maka buat la.. Manalah tau bila dia tak selfie terus kemarau nenen dia tak bersusu pulak. Kan memudaratkan anak dia pun jadi tak elok jugak. Tapi kalau tak selfie & upload susu meriah macam hujan di musim tengkujuh maka tak payah la nak buat.
Banyak cara kita boleh buat untuk memberi kesedaran pada ibu ibu untuk terus breastfeeding anak selain mengupload gambar. Bukan apa bila makcik2 spesis macam ni >> Inilah Perangai Makcik Makcik Bila Berkumpul << tertengok gambar tu bukan takut kecoh kat alam maya jer.. Takut kecoh sekampung halaman pulak lagi haru biru unggu kelabu.
Moral of the story.. Kita tak mampu nak membentuk orang lain jadi baik & berfikiran positif sentiasa tapi kita mampu elakkan diri kita di aibkan. Jadi pilih elak dari jadi mangsa di aibkan. Peace Yo!