Showing posts with label edit. Show all posts

DISEBALIK GAMBAR KELIBAT PONTIANAK..

 DISEBALIK GAMBAR KELIBAT PONTIANAK.. Tu dia.. dia mai dah malam malam dok tulis cerita pasal pontianak pulak. Almaklum la dah lama blog lekatlekit tak di hidangkan dengan kisah kisah seram kan? Tup tup ada pulak.

Saja warm up balik blog ni bagi ada unsur unsur seram balik sebelum kita start enjin turbo dengan kisah kisah seram yang bakal menggugat emosi anda nanti kekekee.

So nak cerita sikit la... Semalam kalau hangpa yang follow cheq kat Pesbuk (Facebook) mesti nampak cheq upload satu gambar berlatar belakangkan kondo & ada kelibat pontianak yang berdiri kat jalan. Memasing confuse dah.. Bergurau ke betul. Ada yang mula rasa seram tengok gambar tu. Dah tu ada watermark den pulak. Den ka yang snap gambaq cik ponti tu? Betul ka enpon murah hang buleh merakam kelibat pontianak? Biaq betoi..

Betoi la gambaq tu gambaq den ambil dari tingkap rumah den menghala lensa ke kondo kat depan rumah den. Tak bohong lah.. cuma cik ponti tu ja bohong sunat sikit. kekekeke...

Ni la gambarnya

Sebenarnya gambar tu hasil editing menggunakan aplikasi snapseed. Tak dak la terakam secara tak sengaja gambaq cik ponti. Dan begitulah kalau hangpa nak tahu gambar gambar yang bertebaran di internet yang konon terakam gambar gambar kelibat menyeramkan bukan semua pun betul. Sekarang ni hang tak payah pi belajaq tinggi tinggi nak buat editing yang macam nampak real.. banyak aplikasi boleh hangpa guna untuk buat editing macam tu. Bukan susah pun aih...



Bukan susah pun. Kalau surirumah macam cheq pun boleh buat & ada yang percaya gambaq tu real sampai merinding rinding Oi.. bulu romaku, hangpa hat memang pakar multimedia mesti terer punya.

Macam saya edit guna snapseed. Macam macam boleh buat. Gambaq yang sendu pun boleh nampak padu baqhang. Tak caya try la guna. Boleh install kat playstore.

Moral of the story.. Apa yang kita nampak benar zaman sekarang belum tentu betul. Pepandai la guna akal untuk menilai. Peace Yo!


RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR 'NO FILTER' & 'NO EDIT' YANG CANTIK

RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR 'NO FILTER' & 'NO EDIT' YANG CANTIK. Sekarang ni dengan macam2 aplikasi yang mencantikan wajah manusia tak perlu susah payah nak makeup atau buat plastic surgery macam retis korea membuatkan ramai manusia cantik di media sosial. Kalau rupa tak lawa jangan risau nak masuk contest selfie bagai.. Sebab aplikasi yang ada dapat membantu ada semua. Cuma perlu snap & win je. Dulu aku pun tak tau gambar yang dah di edit atau menggunakan aplikasi camera boleh guna untuk masuk contest selfie ni. Kalau aku tau dah lama aku join. hahahaha.. Bila tengok ada orang yang boleh menang dengan gambar selfie yang dah di edit atau menggunakan aplikasi camera.. Baru aku tau penyertaan macam tu di benarkan. Almaklum la aku ni kadang2 ada jugak perangai lurus macam pembaris. Yelah.. dah nama contest ingat depa nak pilih yang original cantik bukan hasil susuk2 moden guna aplikasi & editing ni. Rupanya contest sekarang dah tak kisah pasal tu. Asal cantik,menarik dan kau memang da'bomb sudah.


Tapi kecanggihan teknologi smartphone sekarang dah tak perlu aplikasi camera. Standard camera yang ada tu pun dah auto edit muka hangpa jadi lawa. Tak payah cakap smartphone Huawei yang baru tu.. Camera dia siap boleh buat effect bokeh bagai. Dah macam DSLR camera dia. Samsung Galaxy S4 Zoom aku ni pun dah include dengan setting yang mencantikkan gambar. Tak payah nak bazir space install 360 camera atau beauty camera dah. Standard camera pun memang dah elok apatah lagi guna mode2 yang tersedia dalam camera tu. So, tak pelik la kalau orang cakap gambar No Filter pun tetap lawa. Sebab camera tu dah filter siap siap.. Yang no filter sebenarnya kau tengok muka kau dalam cermin. Cermin memang tak filter jerawat ke, pori muka ternganga ke hapa. Seketoi2 dia tunjuk kat kau supaya kau sedar diri katanya. hahahaha

Sebab sekarang ni orang nampak macam susah nak beza gambar yang dah edit atau guna aplikasi camera dengan gambar yang tanpa editing atau No filter ni. Kecuali orang2 yang memang arif la.

Jadi kalau lepas ni orang upload gambar dengan caption No filter tu tak payah teruja sangat la. Sebab camera smartphone sekarang memang mampu buat orang nampak cantik walau tanpa edit atau filter. Kalau nak tau orang tu natural beauty ke tidak kena tengok sendiri depan mata. Gambar2 zaman sekarang ni memang majoriti tak ada yang original sangat termasuk la gambar aku. Kalau tengok live mungkin ada yang baca ayat kursi nak halau jin katanya.. Padahal yang dok depan mata depa tu sebenarnya Suria Lekatlekit hahahaha.

PEMINAT TEGUR SCHA AL YAHYA EDIT GAMBAR LARA ALANA JADI ANJING

PEMINAT TEGUR SCHA AL YAHYA EDIT GAMBAR LARA ALANA JADI ANJING. Urban katanya... Orang sekarang kan open minded. Setakat edit muka anak jadi anjing maybe bagi sesetengah orang sangat comel & tak ada apa nak sensitif sangat tapi kita sedia maklum masyarakat Melayu beragama Islam Kat Malaysia ni memang agak sensitif dengan haiwan bernama anjing ni.


Aku tertengok satu video.. hurmm video sangat la mungkin gambar bergerak Lara Alana dalam format GIF yang scha al yahya upload. Gambar tu dah di edit jadi muka anjing yang terjelir lidah. Tak sure aku anjing ke hapa tapi nampak macam anjing la jugak. Mungkin dia tak sengaja kot.. Dia ingat benda tu nampak comel & kelakar je. Maybe dia sendiri pun tak jangka ada peminat yang kurang senang dengan editing macam tu.

Bagi pandangan peribadi aku la.. Kalau anak aku tak tergamak nak menganjing muka dia walau bukan bukan manusia yang anti anjing ke hapa. Tapi dah anak depa.. Kang tegur lebih2 laki dia masuk campur dah jadi isu pulak. Almaklum la bapak lara alana ni sensitif sikit kalau orang cakap pasal anak bini dia. Biasa la suami memang kena sentiasa pertahankan isteri & anak kan. Lagipun depa dah warning dari Lara Baby lagi.. Depa tau nak besarkan anak depa sendiri macam mana. Tak payah nak ajar2.


Jadi peminat sekalian tak payah menyibuk sangat la dia nak menganjingkan anak dia. Kalau tak boleh bagi komen yang memuji better jangan komen katanya. Kang tak pepasal masuk melodi pulak. Kita pun jadi muak dengan kontroversi melibatkan anak depa yang tak tau apa2 tu. Kesian pulak aku dengan budak lara ni. Kecik sangat tapi dah macam2 kontroversi melibatkan dia. Nak buat macam mana mak bapak dia pun nak retiskan anak dia kan.. hehehe

Mak dia gurau je jangan la kecam Lara yer.. Sian dia.

Buat apa nak edit2 gambar anak jadi muka haiwan sangat kan.. Kau selfie dengan anak kau macam retis korea ni pun rasanya dah cukup hot.. Kalau dah nama retis tu.. nak2 lagi popular macam lara Alana & mak bapak dia, upload muka tak siap pun tetap ramai yang like. hehehe

Moral of the story...  Zaman sekarang buat apa pun kena fikir juta kali sebab terlampau banyak mata yang memerhati & pandangan mata orang ni boleh jadi macam2 tafsiran. Nak2 lagi kalau retis..

VIRAL GAMBAR QADRINAYUSMAN KAIN TERBELAH BUKAN MANGSA EDIT

VIRAL GAMBAR QADRINAYUSMAN KAIN TERBELAH BUKAN MANGSA EDIT. Semalam terbaca satu post yang mula di viralkan pasal kes gadis bertudung pelajar UiTM pakai kain terbelah sampai ke paras peha. Katanya gambar yang kain terbelah tu bukan edit tapi gambar yang kain tertutup tu sebenarnya edit. Sempat la aku baca screen capture yang katanya bekas guru qadrina tu mengesahkan perbuatan tu memang ada di lakukan oleh bekas anak murid dia. Qadrina pun katanya dah memohon maaf & insaf dengan perbuatan dia tu.


Aku ada tulis isu ni kat blog dua tiga hari lepas.. Yelah. Ingat dia teraniaya jadi takpe la kita up isu viral dia tu untuk membersihkan nama dia. Tup.. tup.. keluar isu lain pulak. Aku sendiri pun sebenarnya tak tahu yang mana betul yang mana salah. Tapi bagi pendapat aku la kan.. Tak kira samada perbuatan tu berlaku atau di aniaya.. Kalau betul berlaku tuan empunya badan pun dah katanya akui kesilapan dia. Kalau tak berlaku aku minta maaf jugak la sebab ter salah anggap orang yang menyebarkan tu edit gambar dia bagi tujuan nak mengaibkan dia tapi aku tak kata perbuatan dia viralkan gambar qadrina tu betul yer. Cara mereka juga salah walau dengan alasan memberi pengajaran & teguran sebab langsung tak hide identiti mangsa. Jadi kat situ nampak lebih kepada mengaibkan bukan menegur sangat.


Jadi kat sini masing2 ada bahagian salah masing masing. Dari pihak Qadrina tu sendiri.. dari pihak yang menyebar & dari pihak aku yang konon terlampau bersangka baik. Bersangka baik pun kalau tak kena pada tempatnya pun jadi buruk jugak padahnya. Tapi kalau kita dah buat silap tu elok la akui kesilapan.


Ni kira dua kali aku terpedaya dengan Viral.. dulu dengan Amran Fans.. sekarang isu Qadrinayusman pulak. Takpe.. benda ni akan jadi pengajaran kat aku. Nak bersangka baik ke bersangka buruk ke atau tak bersangka apa2 langsung pun tetap kena pastikan segala khabar yang datang tu ada sumber sahih yang membuktikan perkara tu berlaku. Macam kes qadrina ni serius aku sendiri tak tau yang mana betul sebenarnya.. Cuma aku terpaksa jugak tulis & minta maaf secara terbuka walaupun aku tak tahu samada aku yang salah atau khabar baru yang aku terima tu yang tak betul.


Moral of the story.. membuat spekulasi tanpa bukti memang bahaya tak kira apapun perkara termasuk la makanan. Contoh macam menu untuk Krismas ni.. korang takkan sangka apa yang di letak di dalamnya kalau korang tak tengok video ni >> Yang Korang Takkan Terfikir ada dalam Roasted Chicken Untuk Hidangan Sempena Krismas << Siapa sangka kan. Ia boleh berlaku di sebalik yang tak pernah kita akan sangka terjadi. Jadi sebab tu pentingnya siasat sebelum menyebar. Sekali maafkan saya.. Maafkan qadrina & maafkan mereka yang menyebarkan viral tersebut. Penting untuk kita tahu.. Niat tidak menghalalkan cara.


p/s : Manusia tak buat silap bukan nama manusia.. hehehe..

ZUAN MELODI BIKIN PANAS DENGAN GAMBAR PM KENA GANTUNG TUGAS

ZUAN MELODI BIKIN PANAS DENGAN GAMBAR PM KENA GANTUNG TUGAS. Dari sejak 2 hari lepas kot aku baca pasal ni. Katanya Zuan wartawan bikin panas rancangan melodi di gantung tugasannya sebab upload sekeping gambar editing yang mengaibkan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak. Rasanya aku ada baca permohonan maaf dari dia di media sosial pasal isu tu. Katanya gambar tu dia cuma share bukan dia yang edit. Perkara biasa berlaku kat laman sosial.. Bukan jer PM yang pernah jadi mangsa malah ramai lagi termasuk Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.


Tapi tu la... Kalau dari kalangan pemimpin pembangkang ni susah sikit la nak kenakan tindakkan.. Tapi kalau kau cuit sikit je pemimpin dari kerajaan pemerintah, siap la ko. Tak see u in court, kena gantung tugas atau kena tukar department katanya. Aku bukanlah sokong mengaibkan orang dengan editing gambar2 yang memalukan.. Malah aku pun tak suka sangat nak share benda2 macam tu tak kira datang dari penyokong parti politik mana2 pun. Kau boleh menentang, membangkang tapi bukan la sampai menghina macam tu.

Cuma keadilan tu nampak macam berat sebelah je la.. jadi salah pada pemimpin dari kerajaan pemerintah tapi kalau kena kat orang lain kena buat cool, buat peace, buat bodo, buat dono.. Isu Zuan tu rasanya cukup sekadar warning tak perlu gantung tugas. TV3 bodek sangat. Tak payah teruk2 sangat menjilat. Dia pun dah buat permohonan maaf secara terbuka.. Terimalah maaf tu.

Moral of the story untuk zuan.. Hang silap bikin panas la bro... hehehehe. Apapun hadapi dengan tenang. Nanti cheq angkat sepanduk "We Love Zuan Bikin Panas" tanda sokongan.

PADAH UPLOAD GAMBAR SURAT BERANAK BAYI DI LAMAN SOSIAL

PADAH UPLOAD GAMBAR SURAT BERANAK BAYI DI LAMAN SOSIAL. Orang sekarang ni dapat anak jer bukan takat gambar anak sampai surat beranak pun dia nak upload tunjuk kat orang. Gamaknya kalau dah register nama wajib kena tunjuk bukti surat beranak kot. Seolah2 kalau tak tunjuk nanti kena saman.. Alah setakat upload gambar & bagitau nama pun rasanya dah cukup. Yang gigih nak upload surat beranak tu tak tau nak menunjuk apa. Menunjuk anak dia dah ada surat beranak ke? Macam la anak orang lain takde surat beranak..

Sumber Google. Sekadar hiasan

Bukan la dengki tapi zaman media sosial sekarang ni benda yang kita rasa macam tak ada apa2 sangat tu la boleh jadi perkara yang di luar jangkaan kita. Alah tunjuk surat beranak je kot... Yelah, sebab belum berlaku apa2 perkara yang mengaibkan memang la benda tu kita anggap tak memudaratkan. Baru2 ni viral surat beranak sorang baby yang kononnya bernama sabrina kekasih lama.. Aku mula2 tengok pun logik akal aku fikir. Ni mesti editing. Tak kuasa aku nak teruja sangat apa lagi nak turut jadi salah seorang yang gigih share benda tu. Apa gila merapu sangat mak bapak budak tu nak letak nama macam tu zaman sekarang ni?? Nak rare?? Dia pun fikir kesan yang mungkin anak dia tanggung di masa depan dengan nama macam tu. Takkan dia nak malukan anak dia untuk kepuasan dia kot...

Alah bukan susah pun nak edit nama macam ni. Aku pun reti buat. Dulu aku selalu la di tugaskan mengeditkan payslip gaji & macam2 statement orang.

Ternyata betul memang nama tu sekadar edit golongan manusia yang tak tau beza melawak dengan mengaibkan orang. Tak tau la mana depa dapat surat beranak tu.. Sebab tak sure samada di upload parents baby tu atau orang dalam JPN yang upload sebab baca artikel berita tu tak jelaskan macam mana surat beranak baby tu boleh di edit & tersebar. Tapi tetap moral of the story.. Inilah risiko2 yang boleh berlaku bila kita nak menunjuk sangat surat beranak baby kita kat media sosial.

sumber harian Metro

Moral of the story.. yang jenis kaki menayang segala benda kat media sosial tu ambil la pengajaran. Laman sosial bukan zon selamat berkongsi semua perkara malah media sosial sekarang la paling bahaya sebab bahaya media sosial adalah bahaya yang kita tak mampu nak ramal. Siapa akan jadi mangsa kadang2 di luar logik akal kita. Contoh macam baby ni.. sebab nama dia sabrina je tetiba orang cuba mengaibkan dengan mengedit nama dia & seterusnya jadi viral seantero alam maya. So, sila berwaspada selalu.

HINANYA ORANG YANG EDIT MUKA BAGI CANTIK

Zaman sekarang ni nak gambar nampak cantik dah tak susah. Tak payah nak teruk2 belajar photoshop atau apa2 software editing. Melambak boleh cari aplikasi camera yang auto menukarkan wajah pontianak kepada wajah bidadari katanya. Hanya dengan satu snap.. ting! terus cantik.

Sumber Google

Bagi aku.. biarlah dia nak nampak diri dia dalam keadaan cantik. Yelah.. bukan semua orang di lahirkan dengan kelebihan muka lawa, ensem bagai. Mungkin benda tu buat dia happy even dia tahu hakikat sebenar dia tak secantik gambar. Bukan dia nak perasan cantik pun sebenarnya.. Tapi dia teringin nak nampak cantik. Manusia mana yang tak suka kecantikkan. Semua orang suka nampak cantik.

Sekarang ni sebab ramai yang nampak cantik dengan editing ataupun aplikasi camera.. banyak troll2 di buat untuk sindir golongan cantik editing ni tak kurang statement2 berunsur menghina. Alahai.. dia cuma nak nampak cantik macam satu dosa besar pulak. Macam aku pulak kalau aku tengok muka aku ter over cantik hasil editing benda tu bagi motivasi pada aku untuk cari produk yang boleh merawat masalah kulit aku sekaligus mencantikkan aku macam dalam gambar even aku tak upload pun muka aku tunjuk kat orang. Buat untuk kepuasan sendiri & motivasi diri. Sebab tu aku selalu mention muka aku cantik macam kawah bulan. hahahaha

Dan berhenti menghina orang yang cantik dari editing sebab majoriti ramai yang guna aplikasi editing sekarang untuk cantik. Retis pun yang korang nampak cantik pun hasil editing jugak.. tak 360, makeup. Apa ko fikir makeup tu bukan satu editing ke?

Bersyukurlah hangpa yang natural beauty katanya tak payah nak edit2 muka sedia lawa macam puteri gunung gondol tu.. sebab bukan semua orang di beri kelebihan mempunyai wajah cantik tapi kalau dia beri pilihan semua orang nak cantik.

Moral of the story... Allah boleh tarik kecantikkan yang dia bagi pada kita dengan sekelip mata so jangan sebab kita cantik kita boleh hina orang lain yang cuba untuk nampak cantik macam kita even fake pun.

P/S : kita pun tahu beza kot antara natural & edit sebab effect flawless @ glowing dia tak sama. So, tak jadi isu sangat la...

KAU SUKA ORANG EDIT MAK BAPAK KAU BERBADAN BABI

Tu dia.. hot & spicy tajuk entri dengan soalan kau suka? Dah tentu takde yang jawab suka,kan? Sentuh bab mak bapak ni kadang2 lebih sensitif dari orang sentuh pasal diri kita, kan? Ada orang kita boleh hina dia sampai ke urat saraf paling halus tapi sentuh atas kulit mak bapak dia je pun dia sanggup berbunuh sebab nya benda yang takde jual & cuma satu dalam dunia ni adalah mak bapak.

Asal nak menghina atau cerca mesti babi.. babi lagi mulia dari spesis yang suka membabikan orang ni.

Semalam ternampak satu post gambar DS Rosmah isteri kepada perdana menteri kita di edit berbadan haiwan nampak macam babi.. teringat aku Almarhum TG Nik Aziz pun pernah gambar dia di edit macam tu. Tujuan dia semua orang tahu untuk menghina.. Ni semua atas dasar perbezaan fahaman politik. Yang buat dah tentu bukan di kalangan orang2 kat atas.. tapi politikus2 takde masa depan yang taksub pada parti yang di sokong.

Kalau kita melihat mereka2 yang di hina dengan cara macam tu sebagai seorang individu memang kita takde rasa kesian.. Cuba melihat dia sebagai seorang ibu atau bapak orang lain.. Dan bayangkan orang buat macam tu kat mak bapak kau! Kau fikir semua orang suka mak bapak kau ke even kau sayang mak bapak kau! Kalau orang tak suka mak bapak kau hina mak bapak kau dengan cara macam tu, kau rasa kau happy ke tak? Kau rasa bangga ke tak? Macam tu perasaan orang lain tengok mak bapak dia di hina macam tu. Tak tau la kalau kau jenis anak memang suka orang aniaya mak bapak kau..

Orang yang taksub ni bukan jer bila terjebak dalam politik negara je jadi tak berapa manusia.. kalau dalam apa2 perkara pun kalau taksub memang hati lebih di kuasi nafsu dari akal maka tindakkan macam fikir guna tapak kaki bukan otak. Orang yang fikir guna tapak kaki ni memang layak kena pijak je. Jadi.. berpada2 lah dalam menyatakan sokongan pada sesuatu atau seseorang tak payah over sangat. Mati esok orang yang korang sanjung tu tak tolong bagi jawapan dalam kubur.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com