Menurut pakcik tu lagi.. Bila rantai tu nanti dah bertukar dari warna kuning jadi warna merah, anak dia akan hilang. Rantai kain kuning tu sebagai tanda.. sampai masa nanti akan ada seorang budak kecik datang & bawa anak dia pergi. Tapi yang ambil rantai anak dia tadi tu nenek tua..
Maka si bapak budak ni baru perasan perangai pelik anak dia sebelum ni.. Kadang2 bersembang sorang sorang tapi macam berbual dengan someone. Ingat budak2 buat pretend play ke apa.. Pernah berlaku satu malam tengah makan anak dia berdiri kat kerusi tiba2 seolah olah menegur seseorang.. Dia cakap "kakak nak?" sambil hulur kentang goreng. Mak bapak dia terkedu & terdiam sekejab. Sebab rasa lain macam si bapak azan 1 rumah.. Yelah la sapa tak seram kan? Kita tak nampak apa budak tu nampak. Kau tak gila ke??
Mak mertua dia pun pernah bagitau.. Kadang2 waktu tengahari budak ni selalu lambai tangan seolah olah sedang panggil seseorang dari luar rumah sambil gelak gelak. Selama ni mak mertua dia ingat dia main dengan abang dia.. Tapi lama2 baru perasan dia main sorang sorang tapi gaya macam main dengan seseorang.
Sebab semakin pasti budak tu sedang di dampingi bunian.. So si pakcik kawan kepada bapa mertua tadi mulakan ritual untuk hentikan gangguan tu. Ada la beberapa barang di gunakan. Semasa ritual tu di buat, satu rumah di gelapkan. Selepas berzikir semua dia keluar dari dalam rumah ke halaman rumah mertua sipolan ni berborak dengan someone yang sapapun tak nampak dengan siapa. Bukan sebab gelap tapi memang tak nampak apapun.
Pakcik tadi pun csrita la.. dia dah jumpa dengan nenek tua yang ambil rantai anak dia tu dengan penghulu bunian sekali & dah bawa berbincang secara berhemah antara 2 alam. Bunian tu bunian Islam, kampung depa tak jauh dari kawasan tu. Memang depa berhajat nak bela budak tu, tapi pakcik yang jadi perantaraan tu cakap tak boleh & tak setuju. So, hasil perbincangan masing masing setuju budak tu tak di ambil.
Sebenarnya bunian ni tak suka budak yang makan buah labu atau apa2 yang berkaitan buah labu. Barulah si bapak ni perasan masa dia pernha bawa bapak dia pergi ikhtiar berubat dengan seorang Ustaz, ustaz tu tengok anak dia & cakap suruh depa bagi anak depa makan apa2 berkaitan buah labu.. pengat labu ke, gulai labu. Dia masa tu tak tahu.. simbolik labu tu ustaz tu mungkin nak bagitau anak dia sedang di dampingi jin bunian.. Tapi manalah kita tahu bunian tak suka budak makan labu. Den pun baru hari ni tahu hahahhaa...
Kesimpulannya pada cerita ni.. Erkk.. rantai budak yang nenek bunian tu ambil dia bagi balik tak? Alah.. kenapa tang rantai tu bapak dia tak cerita? Apa jadi dengan rantai tu? dapat ganti rugi macam harta ahmad albab ke kan? Spoil betul la tetiba rantai tu pulak jadi misteri & tanda tanya. Ni la kalau cerita melayu mesti tak habis. hahahaha