Showing posts with label Pucuk paku. Show all posts
Showing posts with label Pucuk paku. Show all posts
01 June 2025 1 Komen Melekat

PUCUK PAKU 3 IKAT RM5

PUCUK PAKU 3 IKAT RM5. Kalau dulu kita kat kampung ni zaman budak budak dulu jumpa pokok paku ni kadang kutip buat main. Daun kaduk & banyak daun daun yang di buat sayur atau ulaman yang tumbuh meliar kita buat main masak masak je kan? Sebab banyak. Dulu nak buat nasi ulam pergi jer kutip daun ulam ulaman. Tak susah pun semua ada di sekeliling. Sekarang ni jangankan nak kutip.. Nak beli pun susah kadang kadang nak dapat daun sayuran atau ulaman yang dulu tumbuh meliar jer. Zaman dah berubah itulah harga yang perlu di bayar untuk sebuah pembangunan. Hutan hutan di tarah, bukit bukau di gondol jadi tumbuhan macam tu semakin hari semakin kurang populasinya. 

Bila jumpa orang jual daun atau sayuran yang dah kategori kayangan nak makan sekarang ni dengan harga murah, kondisi yang segar & baik rasa macam tak percaya pulak. Lebih lebih lagi kita tinggal di tengah hutan konkrit ni. 

Ceritanya semalam suami aku balik bawa pucuk paku 3 ikat. Cantik cantik daun dia. Hijau segar lagi. Dari bahan dia bawa balik tu tahula dia nak makan masak lemak cili padi pucuk paku. Jadi aku potong la pucuk paku tu. Betul betul pucuk bukan bercampur daun tua. Memang mengagumkan juga la kan. Biasa yang jual kat sini pucuknya 2-3 batang yang banyak daun je. Ni dia bagi pucuk lembut lembut manalah laki aku dapat pucuk paku elok macam ni. Sebab lepas hantar barang suami aku keluar balik jadi aku dapat tanya mana dia beli. 

Malam tu dia balik.. Dia sendiri bagitau dia nampak ada orang asli jual pucuk paku tepi jalan jadi dia beli la. Aku tanya harga berapa sebab elok elok pucuk paku tu. Terkejut aku dia kata 3 ikat RM5. Murah gila kot. 3 ikat tu aku masak setengah periuk 24cm. Boleh makan 4-5 orang juga portion tu. RM5 je?!! Kalau seikat RM5 dengan kondisi pucuk paku yang terbaik macam tu pun aku rasa masih murah apa lagi 3 ikat RM5. Tu macam nak bersedekah je. Moga murah rezeki yang jual tu. Puas la makan masak lemak cili padi pucuk paku. Suami aku sambung makan lagi hari ni sebab ada lebih. Yelah dalam rumah kami ni 2 orang je makan nasi berlauk. Dua lagi budak dalam rumah ni tak makan nasi nak suruh makan pucuk paku memang tak la. 

Kalau dah rezeki kan.. Memang rezeki juga la. Dapat harga murah macam tu. Mungkin dia petik sendiri dalam hutan & jual. Biasa orang macam ni dia petik sama macam dia sendiri nak makan. Bukan senang nak jumpa peniaga ikhlas macam ni. Kadang kita makan kat luar pucuk paku tu batang keras pun peniaga masak sekali. Nak gigit tu rasa macam gigit ranting kayu je. 

Apapun Alhamdulillah.. Dapat makan masak lemak pucuk paku. Sayur yang jarang jarang dapat makan. Biasa sawi, kangkung, bayam gitu je la kan. Yang senang dapat kat kedai. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;