Showing posts with label promo. Show all posts

TENGOK PROMO FILEM SERAM VOLKSWAGEN KUNING PUN DAH TAK BEST

TENGOK PROMO FILEM SERAM VOLKSWAGEN KUNING PUN DAH TAK BEST. Awal awal nak minta maaf la kepada semua yang di bayar untuk mempromosikan filem seram terbaru Volkswagen Kuning Terbitan MiG Pictures. Tahu.. korang buat sebab kerja kan.. Sumber rezeki korang. Jadi takkan korang nak cakap filem tu tak best kan? Sempenan hari raya Aidiladha ni aku minta maaf zahir & batin la yer pasal entri yang aku tulis ni. Sebab aku ni kan peminat filem seram.. Banyak kali filem terbitan MiG mengecewakan aku bukan sekali dua ok! Aku gigih beli dvd original tapi kualiti filem walau bergenre seram selalu buat aku sedih macam mati anak patung katanya.


Sekarang ni nampaknya mula di tayangkan promo Filem Volkswagen Kuning. babak yang di pertaruhkan dalam promo tu babak pelakon Pekin & Atikah Suhaime dalam kereta. Dengar Atikah Suhaime tu berdialog dalam babak tu pun dah nampak tak real & tak menjadi langsung. Serius tone dia memang nampak dia tak menjiwai watak yang di bawa. Masih tahap amatur je dia membaca skrip. Sayang sebab gandingan dia pelakon yang hebat bagi aku. Pekin sepatutnya tak di gandingkan dengan heroin pembaris macam tu. Gandingan tu buat spoil je bagi aku.

Video Trailer Filem Volkswagen kuning

Serius promo filem tu pun buat aku membayangkan filem tu memang tak menepati piawaian seram yang aku harap & filem tu pun aku rasa sama level macam filem Jalan Puncak Alam jugak. Aku beli dvd original ok filem Jalan Puncak Alam tu.. Bukan apa Jalan puncak Alam tu antara cerita seram legend di Malaysia juga sama macam kisah Volkswagen kuning. Bijak tau Uncle David Teoh nak berniaga filem.. Dia kutip cerita2 yang legend kemudian dia buat filem asal siap, upah pengamal media sosial promote di samping promosi jugak di buat di media2 cetak & elektronik maka filem dia nampak macam gempak sangat. Walaupun belum tengok tapi pengalaman pahit menonton filem2 seram terbitan MiG ni memang aku rasa sinonim.. Filem tak best datangnya dari MiG walau ada la satu dua tu boleh la hadap. Tapi tu la yang boleh hadap tu cuma satu dua.. beratus dua yang lain memang azab je menonton. hahahhaa.

Antara koleksi filem Mig Picture. Aku rasa ada lagi yang aku terbeli tapi malas nak selongkar Arkid seram aku tu hahaha. Bukan satu dua dvd seram aku ada ok!

Dari tajuk memang menggugat keimanan aku jugak la sebab aku kan peminat cerita seram & selalu membaca kisah2 seram berkaitan Volkswagen Kuning. Tu aku mengaku. Hati aku selalu jadi dalam dilema bila MiG keluarkan filem seram yang di adaptasi dari cerita2 seram yang popular kat Malaysia ni tapi.. entahlah aku fobia jugak nak beli filem2 terbitan MiG walau kadang2 terbeli jugak sebab tetap rasa nak tengok jugak macam mana cerita seram yang selama ni kita baca dari perkongsian mulut ke mulut di filemkan. Tapi bagus jugak tengok filem MiG ni ada sumber nak mengutuk filem dia.hahahaha. Tapi tu la entah kenapa walau di kutuk bagai nak rak orang ramai penonton pun tetap tak ada perubahan. Nak buat macam mana pejuang seni takkan sama dengan penjaja seni, ye dak?? Hope MiG buat la perubahan.. cari la pengarah yang berkualiti sikit untuk buat filem2 yang best agar tak jadi sumpah seranah penonton lepas beli tiket wayang atau beli dvd. Beli dvd cetak rompak pun aku rasa tak berbaloi tau kalau filem MiG ni apatah lagi yang original. Memang rasa macam membeli sampah jer.

Tu dia... filem belum tengok aku dah kutuk kaw kaw katanya. Tetiba filem tu best jenuh nak tarik balik kritikan membunuh ni katanya. Entahlah.. dari promo filem tu pun aku rasa memang tak best langsung. Filem tu tak tau la macam mana. Aku rasa bukan aku cakap hangpa rasa, ok!. Ini rasa aku yang selalu tertipu dengan filem MiG. hahaha Tapi entri mengutuk ni pun boleh jadi salah satu cara promosi filem tu jugak. aku tak kisah kalau ada orang pergi tengok filem tu lepas baca entri ni at least dorang boleh nilai sendiri tahap kualiti filem MiG.. tak kenal maka tak cinta katanya. Tapi sementara nak kenal kaya dulu uncle david teoh hahaha

Moral of the story.. Kalau orang yang punya citarasa tinggi dalam menonton filem aku tak rasa filem2 MiG menjadi pilihan mereka. Tapi kalau korang nak tau korang Citarasa korang terhadap filem ni boleh test kat sini >> Adakah Anda Mempunyai Citarasa Yang Tinggi & Baik Terhadap Filem. Ni cara untuk Anda tahu << Kalau jenis taste2 biasa yang mudah terawang bila tengok pelakon cantik & hensem memang dia tak kisah pasal kualiti filem. hehehe

TAWARAN PANAS! BOOK 1 MALAM DAPAT FREE 1 MALAM

TAWARAN PANAS! BOOK 1 MALAM DAPAT FREE 1 MALAM. Tu dia offer sempena apa ni. Book 1 malam dapat free lagi 1 Malam. dah macam sale kat mall pulak. Hot & spicy tawaran macam ni kan? Bayar satu dapat dua sapa tak nak. Boleh la menikmati sepuas puasnya. 2 hari tu golek2 dalam bilik rasanya dah cukup puas kot. Dah tu kat Thailand pulak makin menjadi jadi la. Almaklum la Thailand kan? Apa yang tak ada.. hehehe


Cerita apa pulak puas tak puas dalam bilik ni. Hang biar betul lekatlekit OOi.. Sejak bila jadi ibu ayam pulak ni. Hahahha... Apa pulak ibu ayamnya. Dah ada promosi baik aku share je la dengan hangpa. Salah ke? Benda baik memang kena share ye dak?

Mesti ramai tertanya tanya apa benda yang book 1 Malam dapat free 1 malam lagi. Dah tu kat Thailand pulak. Ni cerita malam2 ni memang sensitif sikit katanya. Hangpa ni.. Asal malam ja mesti fikir projek 1 night stand jer. Cuba positifkan sikit kepala hotak hangpa tu. Tapi tawaran ni memang baik punya. Nak2 lagi yang memang ada plan nak pergi Thailand. Elok la grab terus offer ni.

Kalau hangpa ada niat nak one night stand tu aku tak campur la tapi memang offer ni Book 1 malam dapat 1 malam free. Berminat nak rebut tawaran hangat ni sila tengok kat sini >> Wajib Grab!Promo Beli 1 Malam, Percuma 1 Malam << Manatau nak Ber'Isteri'rehat ke? memang sangat sesuai untuk golongan yang jarang2 ber'isteri'rehat.

Apapun selamat ber'isteri'rehat buat anda semua di hari minggu ni. Aku hari2 pun isteri & rehat so takde beza sangat la dengan hari minggu & hari biasa hahaha. Cuma hari minggu kebiasaannya aku akan banyak bergerak sikit nak2 singgah kat Mall. Jadi istilah Isteri & rehat aku hari minggu ni kurang berbanding hari biasa hahahaha.

JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT

JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT. Ni yang buat jiwa puaka aku memberontak ni. Dah la tak habis sesi pemburuan.. Dah datang hantu hantu baru. Tak tercapai tangan & poket nanti. Kiranya trend seram belum lagi habis.. Tak kira di Malaysia mahupun luar negara masing2 berlumba nak buat filem seram. Yang sakit jiwa orang2 macam aku la.. Nak tengok wayang tak boleh.. Dok kuatkan iman je tunggu sampai dvd keluar. Kalau Ah Lang Nun memang cepat tapi tu la.. 2 dvd filem omputih aku beli baru2 ni dua2 ada suara misteri yang tak ada kena mengena dengan filem tu. Nampak sangat kualiti rakam sambil menonton dalam pawagam.


Terbaca pulak kat Astroawani satu filem baru Australia, Goodnight Mommy yang katanya Trailer pun dah seram sangat. Ramai yang tak sabar tunggu filem tu keluar panggung. Aku je tak sabar filem tu keluar dalam bentuk dvd. Yelah.. Nak tengok wayang tak sesuai la nak berangkut anak aku. Malas dah nak explain sebenarnya tapi tu la bosan pulak orang asyik suggest bagi orang tu ni jaga kejab.. Kami laki bini memang takkan tinggalkan anak kami untuk orang lain jaga semata mata nak pergi berseronok.

Sumber Astroawani

Konar balik cerita pasal trailer filem Goodnight Mommy ni.. Dah kata seram sangat aku pun nak tengok jugak la kot2 trailer ni mampu buat aku tutup muka dengan bantal. Ok la not bad suspend jugak la even belum tahap mampu buat tutup muka dengan bantal. Kiranya trailer tu pun berjaya jugak menghasut aku untuk tengok filem tu nanti. Korang nak tengok jugak ke? Meh la tengok kat bawah



Moral of the story... Pada penggemar filem seram macam aku, sapa tengok dulu sila share seram ke tidak. Tapi rilex belum keluar panggung ok apatah lagi astro first.


SESUATU BAKAL BERLAKU DI IKEA BERMULA HARI NI

Mesti ramai yang tertanya tanya apa yang akan berlaku di ikea? Ada rusuhan ke? demo minta Ikea turun harga ke? Atau minta Ikea besarkan restorance Meatball sebab hari minggu manjang full katanya? Jangan panik semua... Tarik nafas hembus... tenangkan fikiran.. mari mari puan dengar ini cerita... (pinjam lagu iklan Axion)


Alkisahnya aku terbaca sesuatu yang bakal berlaku bermula hari ni di Ikea.. Tak bagitau kesian tapi kalau bagi tau boleh datangkan kemudaratan jugak la...  Bukan apa kalau orang tahu pasal ni akan jadi gangguan emosi jugak kalau tak dapat pergi.. Mesti kemurungan jugak la dua tiga hari.

Almaklumla.. Kaum wanita ni. Kalau di hantui saka "sale" ni rasa panas badan je nak duduk rumah. Nak2 lagi saka 'sale' tu sedang menghantui Ikea... Bukan kecik2 punya sale ni... Tergugat Iman mak ni nak... Harga ribu riban tinggal ratusan.. ratusan tinggal puluhan.. puluhan tinggal ringgit2 je harga.. Sapa tak meroyan kalau macam ni punya sale. Dah la cecantik barang2 kat Ikea.

Sungguh aku tak tipu. Tak caya sebelum pergi hangpa tengok dulu kat sini >> Ikea Sales 6 - 23 August <<

Kaki2 shopping ikea boleh la serbu sampai runtuh sementara harga tengah runtuh. Boleh la upload gambar makan meatball kat Ikea nanti. hehehhee

P/S : Blog under construction... Tengah renovate. 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com