TENGOK PROMO FILEM SERAM VOLKSWAGEN KUNING PUN DAH TAK BEST
Sekarang ni nampaknya mula di tayangkan promo Filem Volkswagen Kuning. babak yang di pertaruhkan dalam promo tu babak pelakon Pekin & Atikah Suhaime dalam kereta. Dengar Atikah Suhaime tu berdialog dalam babak tu pun dah nampak tak real & tak menjadi langsung. Serius tone dia memang nampak dia tak menjiwai watak yang di bawa. Masih tahap amatur je dia membaca skrip. Sayang sebab gandingan dia pelakon yang hebat bagi aku. Pekin sepatutnya tak di gandingkan dengan heroin pembaris macam tu. Gandingan tu buat spoil je bagi aku.
Antara koleksi filem Mig Picture. Aku rasa ada lagi yang aku terbeli tapi malas nak selongkar Arkid seram aku tu hahaha. Bukan satu dua dvd seram aku ada ok! |
Dari tajuk memang menggugat keimanan aku jugak la sebab aku kan peminat cerita seram & selalu membaca kisah2 seram berkaitan Volkswagen Kuning. Tu aku mengaku. Hati aku selalu jadi dalam dilema bila MiG keluarkan filem seram yang di adaptasi dari cerita2 seram yang popular kat Malaysia ni tapi.. entahlah aku fobia jugak nak beli filem2 terbitan MiG walau kadang2 terbeli jugak sebab tetap rasa nak tengok jugak macam mana cerita seram yang selama ni kita baca dari perkongsian mulut ke mulut di filemkan. Tapi bagus jugak tengok filem MiG ni ada sumber nak mengutuk filem dia.hahahaha. Tapi tu la entah kenapa walau di kutuk bagai nak rak orang ramai penonton pun tetap tak ada perubahan. Nak buat macam mana pejuang seni takkan sama dengan penjaja seni, ye dak?? Hope MiG buat la perubahan.. cari la pengarah yang berkualiti sikit untuk buat filem2 yang best agar tak jadi sumpah seranah penonton lepas beli tiket wayang atau beli dvd. Beli dvd cetak rompak pun aku rasa tak berbaloi tau kalau filem MiG ni apatah lagi yang original. Memang rasa macam membeli sampah jer.
Tu dia... filem belum tengok aku dah kutuk kaw kaw katanya. Tetiba filem tu best jenuh nak tarik balik kritikan membunuh ni katanya. Entahlah.. dari promo filem tu pun aku rasa memang tak best langsung. Filem tu tak tau la macam mana. Aku rasa bukan aku cakap hangpa rasa, ok!. Ini rasa aku yang selalu tertipu dengan filem MiG. hahaha Tapi entri mengutuk ni pun boleh jadi salah satu cara promosi filem tu jugak. aku tak kisah kalau ada orang pergi tengok filem tu lepas baca entri ni at least dorang boleh nilai sendiri tahap kualiti filem MiG.. tak kenal maka tak cinta katanya. Tapi sementara nak kenal kaya dulu uncle david teoh hahaha
Moral of the story.. Kalau orang yang punya citarasa tinggi dalam menonton filem aku tak rasa filem2 MiG menjadi pilihan mereka. Tapi kalau korang nak tau korang Citarasa korang terhadap filem ni boleh test kat sini >> Adakah Anda Mempunyai Citarasa Yang Tinggi & Baik Terhadap Filem. Ni cara untuk Anda tahu << Kalau jenis taste2 biasa yang mudah terawang bila tengok pelakon cantik & hensem memang dia tak kisah pasal kualiti filem. hehehe
Filem seram Malaysia mmg sy tak tonton.. tahu dah tak mencapai piawaian seram yg dikehendaki... Hehe...
ReplyDeleteBerbeza pendapat dengan auni, rasa macam menggugat jiwa nak pergi tengok.. tapi hakikatnya tunggu keluar tv baru nak donlod.. haha
ReplyDeleteyang selalu tengok filem seram memang tahu la kualiti Filem MiG macam mana. tu pun yang betul2 taste seram la.. yang seram2 manja maybe filem MiG dah cukup seram hahaa
Deletesaya memang takkan tengok citer seram. penakut
ReplyDeleteMemang malang pekin kategori A berlakon dgn artis perempuan blakon cm pembaris. Harap rupa n kontroversi je.. Mmg flop la cte ni nnt
ReplyDeleteDah xde mood nk tgk volkswagen kuning.bru duk google nk book tiket. :-(
ReplyDeletehihi. Pekin memilih pelakon, tapi dia bagi peluang kat atikah utk asah bakat. atikah nampak cam fazura dlm filem ni. Nampakla ada improvement sikit. and filem ni so far ok gak. Sebab tak macam cerita hantu lain. Plus expectation dya pun takda la tinggi melangit. Cuma santai2, hilangkan stress and lawak cerita ni..lagi2 watak pak ayob.
ReplyDelete