NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI
NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI. Untunglah sapa2 masih anak dara.. Nak tambah pakej lagi yang cantik. Buka meja tepi jalan, jual nasi lemak berbaris abang abang setia menanti menunggu giliran merasa nasi lemak anak dara cantik katanya. Gamaknya kalau mak dara cantik macam aku berniaga ada tak orang berbaris panjang macam tu. heheheheBila dah jadi viral.. Yang meniaga macam tu memang dapat benefit. Yang tu kita tak payah pertikai la.. dah rezeki dia. Walau ada jugak yang para wanita macam sinis bila nasi lemak anak dara laku keras & pembeli pula di kalangan abang abang. Risau pulak depa kalau yang berbaris tu cik abang depa. Aku? Tak risau apa2 pun.. Kalau laki aku kemaruk sangat nak makan nasi lemak anak dara jangan lupa bungkuskan sekali untuk aku. Nak rasa jugak sedap sangat ke nasi lemak anak dara tu. Ada ke sesedap nasi lemak sambal petai yang sri damansara yang selalu aku makan tu. Kalau lebih sedap dari tu tak heran la laku.. Kalau rasa ala ala jer.. Memang pelaris dia cuma muka cantik je. hahaha
Penangan nasi lemak anak dara.. Bagaikan ubat kuat untuk lelaki. Jarang nak tengok fenomena lelaki sanggup berbaris macam ni kecuali nak beli tiket perlawan bola jer.. Kerana nasi lemak anak dara abang abang semua jadi kuat, sabar, tabah & sangat setia menanti giliran. Semua sopan santun jer.. Takde pun yang potong Q atau bertumbuk sebab nak beli nasi lemak anak dara katanya. Baru la nampak ciri2 idaman dara.. manalah tau sambil membeli sambil mencuri.. Bukan mencuri duit jualan nasi lemak anak dara.. mencuri hati anak dara katanya. Selagi belum di ijabkabul selagi tu ada peluang.. ye dak??
Para2 isteri korang tak payah cuak sangat la dengan fenomena macam tu..Depa nak beli nasi lemak je pun. Kalau rasa tergugat sila belajar masak nasi lemak paling sedap.. Insya Allah asal makan nasi lemak tak kira anak dara ka, mak dara ke.. mesti ingat bini dia kat rumah. hehehehe
Pada abang abang tu tak payah poyo sangat la kot macam mamat mamat ni >> [VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? << Nasi lemak je kot. Setakat ni yang viral sebab anak dara cantik je yang jual. Selain dari anak dara & cantik.. lain2 kelebihan nasi lemak tu tak dengar lagi la jadi viral. hahahaha
Moral of the story.. Tu la orang kata rezeki. Sebab kena saman dia jadi viral kemudian semua orang tahu ada anak dara cantik jual nasi lemak. Berpusu2 orang datang beli yang majoriti lelaki. Peliknya.. kenapa takde pelanggan di kalangan akak2 lepas viral. Akak2 semua menangis bawah tudung saji ke camna? hikhikhik