LEMBAGA HITAM BERLIDAH PANJANG DI HOSPITAL SINGAPURA
Kisah seram malam Jumaat minggu ni adalah berkisah 2 kejadian seram dalam 1 malam di sebuah hospital nun di singapore sana. Alkisahnya seorang pemuda yang hantar ibu dia yang sakit ke hospital. Sementara nak tunggu doktor periksa sakit mak dia.. dia dengan ayah dia tunggu la di bilik menunggu. Almaklum lelaki bukan boleh lama sangat dok tak buat apa, mula la rasa nak menyedut asap tembakau. Masa tu dah dekat pukul 4 pagi. Sebab dalam hospital memang kawasan larangan merokok so dia terpaksa keluar dari perkarangan hospital mencari port nak melempiaskan nafsu serakah dia terhadap sebatang rokok katanya. Dia berjalan sampai ke tempat letak kereta. Masa tu tak banyak kereta, ada beberapa biji motor & kereta juga 4 buah ambulan. Dia perlu melepasi 4 buah ambulan tersebut sebelum keluar dari kawasan hospital.
Kejadian kedua pulak berlaku kat mak dia. Pukul 8 pagi tu jugak mak dia di benarkan balik. Dalam perjalanan balik tu ibu dia mula cerita pasal bilik wad sebelah dia yang sekejab menangis & sekejab ketawa buat mak dia tak boleh tidur. Tapi alangkah terkejut bila adik dia yang jaga mak dia sepanjang malam cakap.. Bilik sebelah tu takde sesiapa. Bila dia pun turut share kejadian seram yang berlaku kat dia mereka semua jadi terkejut.
Pakej hantu hospital ni menyakat kan? Si adik dengan ayah terselamat tapi si abang dengan ibu menjadi pilihan untuk di sakat. Nasib baik si mak tu tak fikir bukan2 masa kejadian.. just fikir orang sakit bilik sebelah.. Kalau tetiba masa tu terfikir bukan2 maunya lari keluar wad.
Biasa la hospital macam port cerita seram je. Ada je la kejadian mistik berlaku. Dah nama pun hospital ye dak? Ada orang sakit, ada orang mati ada orang koma.. So port2 pilihan terbaik makhluk2 ghaib la. Cuma kita kena ingat, kita makhluk depa pun makhluk.. Tiada kuasa sehebat Allah maka mohonlah perlindungan dari Allah.
Moral of the story jangan merayap merata rata sebab nak hisap rokok sebab jin memang suka makan asap. Kalau terserempak tu.. maybe dia nak minta sikit asap yang hangpa sedut. hehehee
Sumber : Dunia Seram
Alahai... Seram pulak kes dekat wad tu sis.. Lari tak ckp tanah di buatnya..
ReplyDeletehaishh.. seram...
ReplyDeleteALHAMDULILLAH SEPANJANG KEJE HOSPITAL DULU SHIFT SIANG MALAM TAKDE LA GANGGUAN
ReplyDeleteSeram ni wooo tiba2 ade depan ni
ReplyDeleteApa kelas minta asap jerk, dia nak nyonyot sebatang rokok jugalah tu. Sebab tak boleh, itu yang dia sakat sampai ketaq kepala lutut!
ReplyDeleteHospital biasalah memang port paling indah untuk sang hantu berkumpul dan membina komuniti bahagia. Suria, boleh tak cerita pasal hantu awal minggu? Akak ni kalau hari Isnin, macam malas jerk nak kerja. Bolehlah akak hiburkan hati dengan cerita hantu kat sini.