Showing posts with label autisme. Show all posts

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN?

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN? Aku ni nak kata aktif di tiktok tu tidaklah aktif buat konten tapi aku ada account tiktok. Aku suka skroll untuk tengok konten konten orang lain. Sekarang banyak konten konten tentang palestine untuk sama sama bantu repost sebagai tanda sokongan & untuk menyebarkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku. Sudah semestinya tak hanya konten tentang palestine. Apa yang fyp dan melintas di feed tiktok aku.. Aku tengok jer. 

Ternampak seorang tiktokers yang mengaku sebagai guru pendidikan khas di mana arwah adik zayn pernah bersekolah di situ. Ramai yang tahu kes pembunuh kanak kanak autisme 6 tahun di damansara damai. Sehingga ke hari ini, tiada siapa tahu pelaku yang tergamak melakukan perkara kejam terhadap seorang anak istimewa seperti zayn. Aku masih ikuti kes zayn tapi tidak la rasa sampai hati nak ambil kesempatan perkara tu untuk viral. Tapi aku macam tak puas hati juga tengok tindakan katanya bekas guru arwah zayn sering berkongsi video video zayn di account tiktok. Kita semua sedih.. Kita semua simpati tapi sebagai guru sepatutnya dia tahu apa dia buat dah melanggar etika seorang guru. Aku tak kisah kalau cikgu buat konten dengan untuk tujuan pembelajaran atau perkongsian yang berilmiah tapi kalau konten konten peribadi macam ni nampak sangat nak ambil kesempatan untuk meraih populariti & views di sosial media. 

Masa hayat arwah masih ada tak ada pulak guru guru yang obses sehingga nak jadikan dia sebagai konten. Bila kes kematian budak tu menjadi viral.. Dan dan la nak jadikan dia konten. Lain la ibu ayah dia. Dah semestinya itu anak dia. Dia lebih merasa kehilangan berbanding orang lain. Tak payah guna alasan simpati, rindu kalau sekadar mengambil kesempatan. 

Bagi guru guru kena tahu etika seorang guru.  Tak kira pelajar tu masih hidup atau dah meninggal dunia. Banyak cara kita nak zahirkan rasa simpati & rindu bukan cara menjadi gambar &  video murid sebagai konten. Kalaupun ingin bersolidariti bukan begitu caranya cikgu. Aku sebagai mak kepada anak yang masih bersekolah rasa macam 'tak selamat' dengan wujudnya guru macam tu. Aku tak suka sesiapa sahaja jadikan gambar atau video anak aku sebagai konten sosial media. Setakat cikgu share gambar gambar aktiviti di sekolah dalam group whatsapp atau page rasmi sekolah tu bagi aku, aku boleh terima lagi. Sebab page rasmi tak ada kepentingan peribadi selain perkongsian lebih kepada aktiviti di sekolah sahaja. 

Wahai guru.. Tugas anda di sekolah mendidik bukan menjadi content creator dengan gunakan murid sebagai subjek konten anda. Jadi jangan langgar etika. Mungkin ada ibu bapa tidak senang atau selesa gambar atau video anak mereka di kongsi secara umum lebih lebih lagi melibatkan anak anak istimewa ni. Kalau untuk tujuan pembelajaran pun perlu keizinan ibu bapa atau penjaga mereka. Jadi berpada pada lah. 

CARA MEMOHON MENANGGUHKAN SESI PERSEKOLAHAN ANAK ISTIMEWA

CARA MEMOHON MENANGGUHKAN SESI PERSEKOLAHAN ANAK ISTIMEWA. Bagi yang ada berkelainan upaya macam Autisme, Adhd (Hyperactive), Slow learner.. Kita sedia maklum kanak kanak macam ni walaupun fizikal nampak normal tapi perkembangan mereka tak berapa normal. Behavior mereka memang agak lain berbanding kanak kanak tipikal. Terutama perkembangan social skill & pengurusan diri.

Jadi benda tu macam sedikit bermasalah nak masukkan kanak kanak macam ni ke sekolah rendah sebab bila dah masuk ke darjah 1 atau PPKI sekurang kurangnya mereka perlu pandai menguruskan diri sendiri bila dia sekolah. Macam dah boleh handle sendiri kalau ke toilet, dah  pandai beli makanan sendiri & boleh duduk ikuti pembelajaran. Kalau perkara perkara asas macam ni mereka tak boleh ikut memang akan jadi masalah juga.

Ramai yang tak tahu sebenarnya bagi anak anak istimewa kita boleh buat permohonan untuk melewatkan sesi persekolah mereka. Bermakna masa umur 7 tahun mereka masih boleh skip untuk masuk ke sekolah rendah.. Kita boleh mohon tangguhkan untuk setahun bagi membuat persediaan untuk persiapan mereka melangkah ke alam sekolah rendah.

Bagi yang ada anak istimewa macam Autisme memang setiap 6 bulan akan ada follow up dengan Doktor Pakar kanak kanak (Pediatric ). Boleh berbincang dengan Doktor anak anda untuk memohon menangguhkan sesi persekolahan. Sekiranya Doktor rasa ada keperluan persekolahan anak anda di lewatkan setahun.. Doktor akan keluarkan satu surat rujukan untuk di hantar kepada kementerian Pelajaran Malaysia. Apa yang perlu anda buat untuk memohon menangguhkan sesi persekolahan anak anda adalah..

1. Kena daftar kat sini ➠ https://public.moe.gov.my/

2. Kemudian daftar anak anda untuk kemasukkan darjah 1 di sini ➠ https://public.moe.gov.my/?kpm=edr_langkah1 ( Yang ni daftar je dulu ok. Tak perlu risau )

3. Selepas daftar print bukti pendaftaran.

4. Bawa surat rujukan dari Doktor & surat pendaftaran sekolah ke Pejabat Pendidikan Negeri.

5. Di sana anda akan di minta isi borang permohonan & akan di beritahu apa yang perlu anda buat.

6. Permohonan memang mengambil masa untuk di proses tapi jika ada surat rujukan dari Doktor, Insya Allah permohonan anda akan di lulus.

7. Surat kelulusan akan di hantar melalui pos. Simpan surat & bawa ketika hendak mendaftar anak anda di sekolah nanti

Contoh Surat

Saya tahu ramai ibu bapa yang mempunyai anak autisme terutama yang dalam kategori mild autisme ni jadi risau bila mula nak hantar anak ke sekolah. Anak anak autisme ni.. kematangan mereka tak mengikut usia. Kebanyakkan ada masalah untuk berdikari & masalah tumpuan. Jadi mungkin dengan penangguhan sesi persekolah.. Boleh la mereka membuat persediaan.

Semoga info yang sedikit ni memberi manafaat kepada yang memerlukan.

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU?

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU? Kecoh minggu ni seorang remaja autisme berumur 22 tahun (lelaki) di tahan polis kerana di dakwa mencabul seorang perempuan. Ramai aktivis Autisme bangkit bersuara isu ni.. & ramai juga orang awam yang tidak memahami tentang autisme mempertikaikan macam macam perkara tentang individu autisme yang di dakwa tersebut.


Sebagai seorang ibu kepada seorang anak autisme (mild autisme level 1) memang isu ni sangat bagi kesan. Even anak saya perempuan & level autisme dia paling ringan tapi cabaran untuk membesar, mendidik & mengawal dia di tempat awam tetap mencabar. Walaupun dah umur 7 tahun.. Tapi tahap kematangan dia bukan seperti kanak kanak yang berumur 7 tahun walau orang nampak dia bersekolah di sekolah biasa dengan budak2 normal lain, boleh membaca & menulis (english & melayu) dengan baik tak bermakna segala perkembangan dia juga seiring dengan umurnya. Banyak perkara tentang pengurusan diri dia masih tidak cekap untuk handle sendiri. Masih perlu bantuan saya & bapak dia.

Saya risau juga nak hantar dia ke sekolah rendah tahun depan.. Tahun ni saya mohon pada KPM untuk lewatkan setahun sesi persekolahan dia.. so dia masih di tadika. Tahun depan saya tak ada pilihan.. Saya terpaksa untuk hantar dia ke sekolah di mana sekolah yang menempatkan pelajar dari usia 7 - 12 tahun. Dia perlu jaga diri.. boleh handle diri sendiri ke toilet semua. Dengan kes buli yang semakin menjadi jadi.. Allahu.. ikut rasa hati nak homeschooling jer. Tapi saya rasa benda tu tak baik untuk perkembangan dia.. Dia perlu bergaul & belajar untuk berdikari. Sekarang saya masih ada & masih mampu jaga dia.. akan datang saya tak tahu macam mana.

Orang takkan faham rasa hati seorang ibu & ayah anak autisme.. Nampak normal tapi tidak tipikal membuatkan masyarakat selalu salah faham. Benda ni mungkin mengundang bahaya & risiko kepada anak anak kami. Mungkin atas kekurangan mereka, mereka terbuat kesilapan seperti apa yang berlaku kepada individu autisme 22 tahun tu. Orang nampak dari pandangan mata kasar dia normal.. Mujur yang parents perempuan tu memilih buat laporan polis. Kalau di pukulnya budak tu.. Allahu tak terbayang macam mana perasaan & kesakitan di tanggung dia. Pasti dia akan jadi keliru kenapa dia di pukul sebab dia sendiri tak tahu perbuatan dia tu adalah satu kesalahan jenayah.

Ada mempertikai.. Autisme ni ada nafsu tak? Nafsu yang di maksudkan nafsu ke arah seksual..  Apa yang saya faham. Autisme dewasa ada nafsu seperti manusia lain cuma membezakan mereka dengan manusia lain sebab mereka melakukan sesuatu. Ada autisme mempunyai masalah sensory yang suka menyentuh. Termasuk menyentuh bahagian2 sulit orang lain bukan sebab bernafsu tapi keinginan mereka untuk merasai & meneroka. Anak saya suka menyentuh tapi bukan body part orang lain. Dia tak boleh tengok apa2 barang dia suka.. semua dia nak pegang. Dia bukan fikir boleh ke tak.. Yang dia tau kalau menarik dia nak sentuh. Sebab tu saya jarang bertandang atau bertamu rumah orang. Sebab anak saya ada behavior macam tu. Sebab saya tak nak menyusahkan tuan rumah & saya tak nak lepas saya balik mula la nak up status kat fb mengecam perangai anak saya. Ingat senang ka nak kepit anak sambil berbual dengan orang.

Walaupun autisme tapi kadang2 setiap individu atau kanak kanak yang ada masalah austime ni tak sama tingkah laku & pemikirannya. Mereka berbeza tapi tetap mempunyai kelainan yang menjadikan mereka golongan autisme. Kelainan tu dah tentu di luar kebiasaan orang normal even kadang2 nampak sama tapi sebenarnya berbeza. Contoh masalah behavior ada orang cakap biasa la budak tak boleh behave sebab fitrah mereka bermain tapi kanak kanak yang ada autisme.. mereka bukan sebab fitrah yang normal tapi sebab masalah autisme mereka. mereka memang akan jadi lost control bila teruja kepada sesuatu yang mungkin boleh mengundang bahaya atau menganggu orang lain.

❝Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun❞

Autisme ni ada beberapa level.. ada teruk, sederhana & ringan. Ada golongan autisme bila dewasa dia mampu survive & hidup macam manusia lain. Belajar, bekerjaya, berkahwin & bekerluarga & ada yang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain sepanjang hayat. Bukan semua autisme tu.. Tak mampu berdikari. Bergantung pada tahap autisme mereka miliki & bergantung pada penjaga mereka juga untuk bantu dari peringkat awal. Autisme boleh di kesan seawal 2 tahun.. So, kalau di kesan awal ia lebih baik sebab terapi dari peringkat awal sangat membantu seseorang anak autisme tu berkembang dengan lebih baik. Tapi kebanyakkan parents ni ada denied pada peringkat awal.. yelah, saya dulu pun rasa macam tak percaya anak saya autisme. Lahir normal, fizikal normal, perkembangan sebelum 2 tahun tu semua nampak normal je.. selepas 2 tahun perasan dia tak ada sebarang perkataan boleh sebut baru refer pakar pediatric. Dari situ perkembangan dia di pantau sehingga umur 4 tahun lebih nak masuk 5 tahun di dignos secara rasmi sebagai mild autisme level 1. Tapi sebab saya refer dari umur 2 tahun.. masukkan dia terapi semua even masa tu masih dalam pemantauan pakar dari situ saya buat persediaan. Anak saya mungkin autisme. Yer.. dia autisme. Semasa di dignos saya dah boleh terima.

Dalam kes individu autisme yang menyentuh dada seorang perempuan tu saya sendiri tak tahu dia melakukan perkara kerana masalah sensory atau di dorong sebab nafsu seksual tapi yang pasti seorang yang normal takkan melakukan perkara tu secara terang terangan di tempat awam. Saya percaya dia sendiri tak tahu perkara tu perkara yang salah sebab dia autisme. Ketidakmampuan dia berfikir seperti seorang yang normal dalam usia dia mungkin mendorong dia melakukan apa saja yang dia rasa nak buat.. kemampuan dia berfikir tidak sama seperti orang normal even dia berusia 22 tahun tapi tahap pemikiran & kematangan dia tak seperti lelaki 22 tahun tau. Dia masih kebudakkan sebab tu dia masih di jaga & di pantau oleh keluarga.

Sensori kehendak (seeking/craving)
⚗ Secara aktif mencari sensasi dengan cara yang tidak boleh diterima dari segi sosial.
Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang hiperaktif.
Contohnya:
❣ Sensori kehendak di bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak akan memasukkan semua benda atau bahan yang dijumpainya ke dalam mulut. Kanak-kanak juga akan menjilat-jilat semua benda atau bahan yang dijumpainya.
❣ Sensori kehendak pada deria sentuhan dan proprioseptif menyebabkan kanak-kanak suka bergerak, menyentuh dan memanjat sebarang objek untuk merasai pengalaman tersebut

Bukan saya kata memiliki autisme tiket untuk melakukan jenayah tanpa di ambil tindakkan undang undang.. Tapi cuma harap masyarakat faham & tidak menghukum hanya kerana mereka nampak seperti orang normal. Kadang2 apa yang mereka lakukan bukan sebab mereka berniat untuk menganggu atau menyakiti orang lain tapi itulah kekurangan mereka kerana tidak mampu membuat penilaian atau keputusan yang matang seperti usia mereka. Orang normal pun even sempurna akal fikiran pun kadang2 boleh terbabas dalam perbuatan inikan pula golongan istimewa yang menghadapi masalah perkembangan tingkah laku & kecelaruan emosi.

Saya tak salahkan pihak polis menahan dia.. sebab polis bertindakkan mengikut undang undang. Bukan bidang kuasa polis nak sahkan dia autisme ke hapa.. Polis bila dapat aduan cuma menjalankan tugas. So bukan salah polis. Bab isu parents wanita tersebut yang tidak mahu menerima alasan lelaki tersebut autisme & bertegas nak buat laporan polis & mendakwa.. Pun saya sebolehnya tak nak judge apa apa. Sememangnya masyarakat di Malaysia masih ramai kurang kesedaran tentang autisme. Mereka judge dari apa yang mereka nampak pada pandangan mata kasar. Anak autisme memang kebanyakkan nampak normal tapi di sebaliknya mereka tidak tipikal. Mereka dalam kategori golongan berkeperluan khas. Sebab tu penting yer parents ada anak autisme apply OKU card. Memang berat nak declare anak kita sebagai golongan OKU.. Tapi benda ni sangat penting kalau berlaku apa2 yang tidak di ingini, kita ada bukti anak kita tidak tipikal.


Ada yang cakap.. Kalau dah macam tu kurung je dalam rumah. Jangan bawa keluar sampai ganggu orang lain. Allahu.. adakah anda anggap golongan autisme ni macam haiwan buas yang mengancam manusia? Even anak anak normal pun tak terlepas dari menghadapi masalah behavior di tempat awam apatah lagi golongan autisme. Manusia normal pun kalau di kurung boleh ganggu perkembangan fizikal & mental bayangkan golongan autisme jika di kurung. Bawa mereka keluar bersosial & beriadah juga salah satu terapi untuk membantu mereka berkembang & belajar cuma kami mohon masyarakat memberi sedikit ruang kepada anak anak kami. Mohon fahami kekurangan mereka.. Kami pun seboleh bolehnya mengawal tingkah laku mereka di tempat awam.. tapi kami manusia seperti anda. Anda juga pernah terlepas pandang anak anak anda.. begitu juga kami. Kadang2 hanya tertoleh ke tempat lain seminit pun dah jadi macam macam hal.. Jangan anggap anak kami seperti haiwan buas yang hanya layak hidup dalam kurungan atau jauh dari manusia.

Tiada ibu bapa minta anak mereka lahir autisme atau apa2 kekurangan lain.. Tapi ini bukan pilihan manusia tapi ini ketentuan Ilahi. Menerima mereka dalam kehidupan kita bukan bermakna membiarkan mereka melakukan apa saja sesuka hati tanpa pantauan. Tapi mengharapkan kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat untuk memahami kami ibu bapa anak autisme yang struggle untuk mendidik & mengajar mereka untuk memahami situasi & bertindak mengikut keadaan yang sepatutnya. Kalau anda rasa susah nak didik anak anak normal.. Berganda susah kami sebagai ibu bapa anak autisme untuk jaga & didik mereka.

Moral of the story.. Harap masyarakat di Malaysia lebih memahami apa itu autisme. tak semestinya kita perlu memiliki anak autisme atau ahli keluarga yang mempunyai autisme tapi mengambil tahu untuk anda lebih memahami & tidak memandang serong pada golongan ini. Autisme bukan sakit mental tapi Autisme adalah masalah gangguan perkembangan.

ANAK LEBIH KREATIF & MEMAHAMI ARAHAN DENGAN ESSENTIAL OIL BRAIN POWER YOUNG LIVING

ANAK LEBIH KREATIF & MEMAHAMI ARAHAN DENGAN ESSENTIAL OIL BRAIN POWER YOUNG LIVING. Sejak dua menjak ni dok baca pertikaian tentang testimoni & claim claim yang di buat oleh agent2 Essential Oil. Tak tau la brand mana.. tak di petik pulak nama2 jenama. Jangan tak tau Essential Oil ni banyak brand juga ok cuma yang saya amalkan untuk anak saya yang ada ASD.. ASD tu Autisme Sindrom Disorder. Masalah Autisme. Sapa yang follow saya kat FB rasanya tahu.. Anak saya ada mild autisme.

Saya amalkan untuk anak saya sejak 2015.. Nak kata lama tak lama sangat. Nak kata baru tak baru tapi saya tak guna yang pure oil la. Tak mampu katanya. Saya cuma guna yang oil blend. Selalu seller EO Young living akan siapkan oil blend dalam botol roll on mengikut fungsi yang kita nak la. Macam sebelum ni saya guna Focus Blend & Homework Blend. Untuk membantu perkembangan anak saya yang ada masalah focus. Alhamdulillah.. sedikit sebanyak membantu juga & ada improvement la sejak amalkan selain didikan & terapi lain yang di buat.



Essential oil ni.. Fungsi adalah minyak aroma terapi. Bukan ubat atau supplement ok. Tapi jangan pandang remeh pada terapi bau bauan ni ok! Bau pun boleh merangsang mood & focus ok! lebih2 lagi bau2 tumbuhan macam bau pokok, daun, bunga, laut, rumput semua tu.. Untuk budak budak autisme yang memang selalu ada masalah dengan sensory tak kira sentuhan, bunyi atau bau.. Untuk pengalaman sendiri la kan sepanjang saya mengamalkan EO untuk shahila.. terapi bau dengan aroma terapi ni ada kebaikkannya & banyak jugak membantu perkembangan shahila.

Anak saya sebelum ni di sahkan Mild Autisme kombinasi dengan ADD iatu masalah kurang focus @ low attention selain speech delay. Masalah low attention tu bagi saya masalah paling besar anak saya.. Therapist anak saya dulu pernah cakap.. Kalau boleh settle masalah focus dia, Insya Allah perkembangan dia yang lain semua akan improve dengan baik. Macam macam cara saya cuba.. terapi tata kerja & termasuk mengamalkan EO.

Setelah bertahun.. Alhamdulillah fokus tu ada peningkatan. Kalau dulu memang tak pernah nak buat homework cikgu bagi, Alhamdulillah sekarang dah boleh buat. Kalau dulu buku latihan dia banyak conteng sekarang Alhamdulillah boleh siapkan latihan latihan yang cikgu bagi di sekolah. Untuk buku latihan awal tahun sampai pertengahan tahun, Alhamdulillah.. majoriti latihan dia siapkan. Ada la sikit2 dia tak siap tu tapi 90% dia habiskan semua latihan dalam buku latihan, Dan baru baru ni masa hari perjumpaan ibu bapa bulan puasa haritu.. Cikgu dah naikkan kelas shahila ke kelas lebih advance bila nampak peningkatan dia dari segi pembelajaran, behavior & pemahaman. Termasuk mendengar arahan. Dah banyak perkembangan positif dari segi tu. Sebagai seorang ibu yang ada anak special kids ni.. Sapa tak happy dengar macam tu. Shahila belajar bukan di sekolah khas tapi di sekolah tadika bersama anak anak normal yang lain.

Baru baru ni saya cuba pulak Brain Power Essential Oil.. Untuk brain power oil ni dia lebih focus pada daya ingatan. Yer.. dia tetap berfungsi sebagai aroma terapi. Anak autisme ni memang kebanyakkan mempunyai daya ingatan yang tajam.. So dari segi daya ingatan tu shahila memang ada kelebihan tu.. So takde masalah sangat cuma sejak try EO brain power ni nampak kreativiti dia lebih menyerlah. Cara dia bermain & mainkan watak toys2 dia tu nampak lebih kreatif. Macam mana dia nak olah watak & bagi watak tu.. Memang nampak macam main je kan tapi sangat penting tau dalam perkembangan setiap kanak kanak pretend play tu. Ia berkaitan dengan perkembangan otak jugak. Seorang kanak kanak memang perlu ada imaginasi & boleh bermain olok olok dalam step perkembangan dia. Anak autisme normally ada masalah tu. Tak pandai bermain olok olok atau Pretend play ni.. Dulu shahila pun macam tu tapi semua tu tak bersifat kekal.

kadang2 kelakar tengok shahila dok melakonkan setiap watak toys dia.. siap dengan dialog bertukar tukar tone suara lagi. Bila tengok macam tu.. Rasa syukur. Walaupun dia ada autisme tapi at least banyak ciri2 autisme dia dah berjaya di atasi & di hilangkan/dikurangkan.

Selain tu speech dia pun dah banyak sangat. Sebab focus dia pun dah semakin baik.. So benda tu membantu juga untuk masalah speech delay dia. Dia dah pandai menyusun ayat bila bercakap walau kadang2 terbalik juga ayat dia cakap & terpaksa di betulkan. At least.. dia dah boleh berkomunikasi & bercerita walau cerita yang simple macam.. apa dia buat dengan toys dia. Contoh masa dia tengah main & dia tidurkan toys dia.. Dia akan bagitahu saya.. Mummy.. Jamal dah tido. Toys shahila memang ada nama.. kalau sapa ikuti saya kat FB maybe tahu saya ada juga kongsi cerita2 tentang nama2 toys shahila ni.

Memahami arahan pun nampak improvement yang sangat baik. Kalau Tahun tahun yang lepas.. dia akan jadi confuse bila kita bagi banyak arahan dalam satu masa. Contoh shahila ambil buku, pensil, pensil warna & beg.. Maybe dia akan ambil beg sahaja. Tahun ni nampaknya.. Takde masalah dah. Di tambah saya memang latih dia dengan memberi arahan untuk dia buat kat rumah. Walau terpaksa repeat berkali kali.. Shahila ambil tu.. kat situ.. tepi tu.. Dulu memang agak struggle nak minta dia buat sesuatu walau dia nak buat cuma dia akan jadi keliru kalau banyak perkara dalam 1 arahan atau permintaan kita pada dia. Nampak EO yang saya amalkan ni membantu juga dari perkembangan shahila untuk memahami arahan yang di beri dengan lebih detail. So,kat situ nampak dia cepat pickup bila di beri arahan. Benda tu pun antara perkara yang cikgu dia kat sekolah bagitau ada peningkatan yang agak baik. Dia boleh ikut arahan yang di beri kat sekolah.

Shahila memang suka menulis sekarang. Dari menulis single words sekarang dia mula menulis ayat.

Tapi di ingatkan ia bukan semata mata bergantung pada Essential Oil yer.. Ia kena di susuli dengan didikkan & terapi terapi lain. Essential Oil ni bagi saya macam booster jer.. Membantu sedikit sebanyak untuk perkembangan shahila. Saya pernah tanya doktor yang follow up perkembangan shahila.. dia kata tak ada masalah nak teruskan kalau mampu & ada perkembangan positif.

Cuma apa yang saya baca dari perkongsian aktivis medic yang terdiri dari para doktor.. Untuk rawatan kesihatan terutama pada bayi agak berisiko di beri EO. EO ni memang fungsi dia sebagai AROMA TERAPI bukan UBAT yer. Ada certain EO yang maybe boleh bagi kemudaratan pada bayi jadi elakkan bagi pada bayi anda EO ni terutama bagi tujuan merawat masalah kesihatan. Sebab baby ni Imun badan dia masih tak kuat takut tersilap EO, nak rawat jadi sakit pulak. Jadi elakkan mengunakan EO pada bayi tanpa merujuk pada doktor. Mungkin ada jenis2 EO yang tidak sesuai di beri pada bayi akan memudaratkan kesihatan bayi anda.

Memang saya tak pernah guna EO untuk merawat apa2 masalah kesihatan even demam atau selsema. Saya tak guna EO sejak shahila bayi.. Saya start EO rasanya masa shahila umur 4 tahun untuk tujuan terapi melalui bau bauan. Kita sedia maklum bau ni pun boleh merangsang mood & memberi ketenangangan atau rilex. So benda tu sangat penting untuk membantu perkembangan shahila. Sebab dia ada masalah add iatu low attention atau kurang focus. Dia memang tak boleh statik buat apa2 perkara dalam tempoh yang lama dia cepat bosan. So, EO ni membantu dari segi beri dia tenang & focus untuk buat sesuatu task sehingga habis.

Apapun.. tak salah bagi saya kita nak ikhtiar untuk perkembangan anak kita guna Essential Oil dari brand young living ni. Sebab bau bauan dia berasaskan tumbuhan. Terapi bau ni pun main peranan juga untuk merangsang mood & meningkatkan daya kreativiti seseorang. Bila bau yang menenangkan kita akan jadi lebih focus & happy. Bila boleh focus & hati pun rasa senang, benda tu membantu kita lebih kreatif & bersemangat nak buat apapun. Memang bau dia pun bau tumbuh tumbuhan.. Kalau lavender tu wangi la macam lavender tapi ada bau bauan tumbuhan tumbuhan yang bau dia memang tak macam perfume ok! Ada yang bau macam rumput bak kata suami saya hehehe..

Untuk shahila sekarang saya amalkan Focus Blend, Homework Blend & Brain Power EO. Kalau nak cuba dulu.. Boleh je cuba yang blend tapi better merujuk dengan Agent Young Living yang sah.

Kalau nak cuba Essential Oil Young Living ni boleh hubungi pengedar sah

Puan Shareena 
☏call/whatsapp☛ 013 3993407 
✍facebook☛ shareena shaifudeen 

KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG

KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG. Autisme.. Di Malaysia masih ramai kurang kesedaran. Autisme ni takkan nampak dari fizikal kerana fizikal anak anak autisme tiada beza dengan anak anak normal. Yang membezakan anak autisme & anak normal adalah tingkahlaku (behavior).


Autisme ni sangat unik sebab tak semua anak anak autisme tu mempunyai ciri ciri yang sama dengan anak anak autisme lain. Autisme ni pulak ada level dia.. Jadi tahap seriusnya Autisme tu bergantung pada level seseorang anak autisme tu. Ada yang several, Moderate & Mild. Dalam setiap kategori tu pun ada lagi level.. level 1, level 2 & level 3. Ada yang high functioning. Susah untuk di jelaskan.. Kalau yang ingin tahu & anak anak autisme je mungkin berminat untuk mencari pengetahuan tentang Autisme. Sebab tu Autisme sangat unik sebab mereka walau dalam 1 Nama Autisme tapi berbeza beza.

Terbaca satu kisah di group Autisme Malaysia kisah seorang anak Autisme yang di kongsikan oleh parents dia sendiri.. Memang sedih. Mungkin Billa antara anak autisme yang agak agresif jadi terpaksa ibu bapa dia mengambil keputusan yang macam tu.. Yelah bila dia tantrum memang susah untuk di kawal... Aku malas nak mengedit kisah Billa ni.. Sebab tak nak tersalah sampai fakta so korang boleh baca jer cerita yang aku copy paste dia bawah ni..


Ini (dalam gambar) anak aku bernama Fara Nabila yang kami panggil Billa, lahir pada tahun 1990. Billa menghadapi masalah Autisme. Autisme satu penyakit yang tidak pernah aku dengar dan ketahui sehinggalah Billa berumur 2 tahun. Kebetulan aku terbaca artikel yang berkaitan Autisme dan aku dapati semua yang diceritakan tentang Autisme dalam artikel itu betul-betul menyerupai apa yang terdapat pada diri Billa. Tidak seperti kanak-kanak Down Syndrome yang mudah dikenali dan biasa kita jumpa, kanak-kanak Autisme susah kita nak jumpa, apatah lagi fizikalnya sama seperti kanak-kanak normal, yang berbeza hanya tingkahlakunya sahaja.

Satu dari sifat kanak-kanak Autisme tidak suka kepada perubahan. Kalau kali pertama kita bawa Billa pergi ke shopping complex Angsana di JB bermula dengan kedai di aras lima dan selepas itu baru turun ke aras bawah, di lain kali bila datang ke Angsana, jangan pula mulakan dari kedai aras bawah, di situ juga dia akan mengamuk, menjerit seperti kena hysteria, dan terpaksa mengambil masa setengah jam untuk menenangkannya kembali. Perkara yang kita anggap kecil, tetapi sangat besar kepada Billa.

Kalau sekali kita singgah kedai Sedap Koner untuk makan makan tengahari, di lain kali kalau lalu depan kedai Sedap Koner jangan pula kita tak singgah, sekali pun kita tidak berniat untuk makan di kedai Sedap Koner ketika itu. Untuk menghadap dia menjerit hysteria untuk selama setengah jam tentulah tidak berbaloi, lebih baik singgah saja ikut kemahuannya.

Itulah masalah yang sangat kami takuti bila membawa Billa berjalan ke luar. Bila Billa menjerit hysteria, sudah tentu dia akan jadi perhatian mata orang ramai yang ingin menonton benda pelik ini.

Billa bukan sahaja menimbulkan masalah di luar rumah, tetapi juga di dalam rumah. Walaupun terlalu berat rasa hati, Billa terpaksa dikurung dengan pintu grill besi berkunci, di sebuah bilik khas untuk dia di dalam rumah kami.

Berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang memikul. Sebab itu aku tidak melulu menghentam dan menyalahkan ibubapa yang kadangkala mengabaikan anak-anak OKU mereka, sehingga membawa tragedy yang menyedihkan. Kita tidak pernah mendengar dan menjenguk apa masalah sebenar yang mereka tanggung.

Bila berlaku tragedy yang menyayat hati yang melibatkan anak-anak OKU, maka gemparlah masyarakat di seluruh negara, secepat itu juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mempamirkan mukanya di kaca TV sambil bercurahan air mata tanda kesal atas tragedy yang tidak patut dilakukan oleh ibubapa.

Kalau hanya sekadar untuk mencurahkan air mata untuk ditonton oleh rakyat, aku rasa Maya Karin dapat melakukannya dengan lebih baik dan lebih sesuai untuk jadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Harap faham maksud aku yang tersirat itu.

Sebab tu aku bila nampak ada anak orang menjerit, menangis atau mengamuk kat public kalau boleh tak nak pandang sebab bila anak aku buat perangai kat public orang pandang2 nak2 lagi buat muka sinis.. Memang macam macam rasa akan timbul. Sebab tu aku lebih banyak ignore pandangan mata orang. Itu pilihan kita untuk tidak menyakiti hati sendiri.

Moral of the story.. Menuntut orang memahami adalah sesuatu perkara yang sangat susah, jadi untuk mencari bahagia kita perlu membuat pilihan sendiri. Lebih2 lagi ibu bapa yang mempunyai anak autisme yang nampak normal tapi tidak tipikal ni.

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG. Tiap kali raya isu ni mesti jadi viral nak nak lagi keluar dari mulut selebriti kan.. Kesahnya budak budak yang tak reti behave bila bertandang kat rumah orang. Sepahkan makanan... berlari sana sini, main tu ni.. Pecahkan pinggan mangkuk tuan rumah bagai. Akan keluar la rungutan & kecaman dari netizen yang akan menyalahkan mak bapak budak budak yang katanya tak reti nak ajar anak. Yelah anak depa tertib lentik katanya. Suruh duduk.. dia duduk.. suruh makan dia makan.. seinci pun tak bergerak kalau kat rumah orang. Anak hang pulak macam lipas kudung.. seminit pun tak boleh diam. Confirm la hang tak reti ajar anak katanya...

Gambar sekadar hiasan

Aku ni rasa raya tahun ni selain rumah mertua aku.. ada sebuah rumah je kawan kepada suami aku level pakcik2 dah aku pergi masa raya pertama. Anak aku takde la ramas2 kuih, pecahkan gelas orang atau lari sana sini. Sebab rumah pakcik tu ada kucing2.. dia dok mengadap kucing tu jer sampai balik. Tak pulak dia sepak2 atau pukul2 kucing tu. Dia cuma tengok usap2 & mengomel sorang2 dengan kucing tu.. Even anak aku mild autisme + Add.. tapi dia tak hyper atau agresif cuma kalau not in mood memang dia meragam jugak.

Tuan rumah pun takde la urut dada sangat kan even aku dah mention awal2 anak aku ni macam mana tapi sebab sepanjang kat rumah kawan suami aku tu dia sangat behave senang sikit mak bapak dia nak menyembang sambil makan makan. Tapi tengok budak lain yang normal pulak tak behave tumpahkan air bagai. See.. tak semua special kids ni bermasalah ok! Nak2 lagi ada anak pakcik tu dok melayan dia.. selfie bagai. Elok pulak dia bagi kerjasama dengan anak dara tu.. Autisme ni kalau di terapi, dididik & di asuh dengan baik.. makin besar ciri ciri dia semakin hilang. Macam anak aku pun banyak ciri2 autisme dia yang dah hilang sebab tu orang yang pertama kali jumpa bila aku cakap autisme masing2 macam tak percaya. Tapi still ada la masalah behavior kadang2. Bergantung pada mood tapi di sebabkan aku ni mak yang garang maka boleh la control juga.

Pun macam tu memang aku tak suka bertandang rumah orang. Sebab anak aku pun macam anak orang lain tak kira normal ke tidak.. Nak2 jumpa budak2 lain yang tengah dok melasak. Dia pun akan naik tocang dua juga la. Sebab aku taknak kalau anak aku terbuat perangai yang orang tak suka.. orang bercakap belakang. Zaman viral media sosial ni satgi dok up pulak anak aku buat tu ni padahal orang tak tahu masalah dia. Nampak normal tapi tidak tipikal. Orang ni kadang2 depan kita je dia manis mulut.. konon takpe budak budak je katanya. Belakang kita mulut muncung sedepa punya nak mengumpat. Status FB boleh buat novel dia punya karang.. Jadi berhati hati la. Memang ramai spesis bermuka muka macam ni.

Dulu.. Nak beraya kat rumah orang ni maybe tak jadi masalah even anak lasak tahap gaban tapi zaman sekarang ni.. Rasanya tak lama lagi budaya kunjung mengunjung ni akan hilang. Hanya di pratikkan oleh golongan tua yang anak2 dah besar panjang jer.Yang anak2 kecik tengah membesar maybe rasa duduk rumah layan TV lagi bagus dari bertandang rumah orang. dari kena umpat & jadi viral.. Kalau aku memang sakit hati orang mengata anak aku beb. Biar umpat aku jangan anak aku.. Kalau anak hangpa macam budak2 ni ok la kan bawa pi beraya rumah orang >> [VIDEO] Keluarga Dilawat 'Tetamu Special' Di Pagi Raya. Nampak Seram, Tapi Sebenarnya..<<

Kadang2 bukan salah didikan.. Ada budak2 yang jenis tak makan saman. Macam status blogger diana rashid tulis.. Takkan kat rumah orang kita mak bapak nak tunjuk perangai singa kita depan orang. Budak2 ni kadang2 bila kat rumah orang, jumpa pulak geng.. dia lupa dah cubit tampar mak dia. Jadi Bukan semua salah didikan. Budak.. fitrah dia bermain. Bersyukur la dapat anak yang dengar cakap.. Tapi kalau dapat anak tak makan saman ni, hangpa duduk je kat rumah tunggu orang datang. Biarlah orang nak kata apapun.. kalau angkut anak beranak pi beraya rumah orang anak buat perangai pun orang mengata jugak. So, memang tak ada cara nak elak dari tutup mulut orang mengata. Macam aku senang.. mampuih pi la nak mengata janji aku tak mau menyusahkan orang & aku tak mau menyusahkan anak aku jugak. Nak jaga hati orang takkan sampai nak menyakitkan anak sendiri. Dah tau ada memang tak boleh behave.. tak payah pulun sangat la kan.

Nak2 lagi yang ada anak ADHD @ hyperactive, autisme bagai ni.. Budak2 macam ni orang nampak je macam normal sebab tu ramai yang salah faham. Jadi.. bagi aku la yang ada special kids nak nak lagi yang memang tahu dia tak boleh nak duduk statik 1 tempat.. korbankan la keinginan kita nak bertandang rumah orang terutama hari raya. lebih lebih lagi rumah manusia yang tak faham masalah anak kita. Tak payah sesedih sangat la.. Banyak cara kita boleh buat untuk cari keseronokkan & kebahagian sendiri.

Moral of the story.. Kalau rasa anak kita memang jenis tak reti diam.. duduk je kat rumah atau berkunjung kerumah orang yang kita tahu boleh terima anak kita. Selalunya keluarga terdekat je la kan.. Buat apa kita nak pergi rumah orang yang kita tahu banyak rules kalau nak beraya kat rumah dia & salah sikit asyik nak viral je. Takut orang kata tak bermasyarakat atau tak reti bersosial? Sematkan dalam hati.. Ada ku kesah apa orang nak kata. Tu je cara paling berkesan. Orang tak boleh faham masalah kita so kita tak perlu terhegeh hegeh sangat nak bertandang rumah depa. Alah setakat jamu air oren dengan ketupat rendang tu.. apa la sangat.

WALAU MASIH 'SPEECH DELAY' TAPI DAH LANCAR MEMBACA SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL HOMEWORK BLEND

WALAU MASIH 'SPEECH DELAY' TAPI DAH LANCAR MEMBACA SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL HOMEWORK BLEND. Lama tak share perkembangan anak aku yang masih speech delay & masih lagi ada isu ADD (Attention Deficit Disorder).. Tapi Alhamdulillah semakin hari semakin menunjukkan progress yang positif. Tapi dia tak improve secara semulajadi tanpa buat apa - apa ok! Semua tu berkait rapat dengan macam mana usaha mak bapak dia membantu. Benda boleh di pulihkan... Sayang la kita biar macam tu. Sebab masalah macam anak aku ni memang perlukan terapi, latihan, peransang & didikkan untuk masalah yang dia hadapi tu semakin berkurangan & hilang.


Selain terapi semua tu.. Rasanya ramai orang tahu aku sekarang consistent dengan produk young living essential oil tapi aku guna yang blend je bukan single oil (pure oil) sebab bajet tak berapa nak lebih lagi. Insya Allah ada rezeki.. Aku memang nak try yang pure oil tu.. Mesti kesan dia lagi bombastic mr loba loba kan.. Sebab guna yang blend pun kesan dia sangat sangat positif & sangat puas hati aku tengok perkembangan anak aku sejak amalkan essential oil ni. Ada jugak aku guna yang pure oil yang budget2 ni.. Macam cedarwood tu.. Yang tu guna sebelum tidur. Memang berkesan untuk budak2 yang susah tidur awal atau yang suka terbangun tengah2 malam.. menangis bagai. Cedarwood oil membantu membetulkan waktu tidur & memberi tidur yang berkualiti & nyenyak. Ni aku cerita dari segi pengalaman aku sendiri ok!


Shahila memang masih dalam zon speech delay walau dah banyak improvement dalam komunikasi cuma masih perlu terapi lagi. Dia pun masih under speech therapy di klinik Audiologi & sains pertuturan UKM, titiwangsa. Tapi ok la.. At least aku tahu anak aku verbal (boleh bercakap) cuma lambat sikit berbanding budak2 lain. Jadi aku terus je buat apa yang boleh membantu dia improve dalam speech & komunikasi dia tu.. Setakat ni dah ada perbualan dua hala.. contoh  aku bertanya, dia boleh menjawab even certain soalan dia macam tak boleh nak jawab terutama yang dia kena explain dalam bentuk cerita. Kalau dalam bentuk fakta senang sikit dia jawab. Takpe nak.. Insya Allah tak lama lagi ok la tu kan?

Walau shahila ni masih kategori speech delay.. Tapi Alhamdulillah membaca semakin lancar. Memang sejak tahun lepas dia mula dah boleh membaca perkataan yang dua suku kata  tu.. Tahun ni nampaknya skill membaca dia semakin improve.. tiga suku kata.. empat suka kata semua dah nampak semakin berkembang dengan baik. Dah boleh membaca sepintas lalu perkataan2 yang dia nampak. Kadang2 terkejut jugak aku.. tetiba dia sebut something dengan tidak semena mena.. rupanya dia dok baca status orang kat news feed facebook mak dia dari skrin pc. Habis la mak dia tak boleh nak meroyan lagi kat fb hahahaha



Satu lagi.. dulu dia tak suka belajar matematik walau dia kenal & boleh kira sehingga 100. Cuma nak ajar dia kira2 macam tambah, tolak bagai tu.. memang sangat susah. Dia tak mau ikut. Nampak dia macam tak berminat.. Tapi Alhamdulillah sejak amalkan Essential oil Homework Blend ni.. Dia dah mula nak buat latihan matematik. Aku perasaan shahila ni hanya dengan sekali ajar jer dia boleh faham & tahu buat. Cuma datang mood dia malas dah.. jangan di paksa la kan. Tapi bila mood dia nak belajar dia sendiri akan ambil kertas & buat latihan sendiri. Sejak guna essential oil ni nampak lebih mudah nak ajar shahila. Dia memang cepat pickup apa yang di ajar.

A post shared by Surialekatlekit (@lalalekatlekit) on

dua tiga hari ni dia mula tunjuk potensi menggunakan pc pulak walaupun aku tak pernah ajar dia pegang mouse sebab biasa la.. Mak tak mau bagi anak kacau workstation dia kan? Pc tu macam opis aku.. Jadi kalau expose budak shahila guna pc satgi jenuh berebut pulak.. Tapi tak tau la sejak amalkan essential oil ni dia macam booster tau.. merangsang otak dengan sangat baik. Shahila ni kadang2 dia belajar dengan hanya melihat apa yang kita buat.. Tup tup aku nampak dia dok scroll news feed fb dengan sangat cekap gunakan mouse. Seolah olah dia pernah belajar guna personal computer ni. Terkejut jugak aku.. So, aku test dia bagi main game.. Subahanallah.. dia boleh menggunakan mouse tu untuk handle game kat pc. Aku test dia bagi lukis2 kat paint pun dia boleh melukis & menulis huruf. Terkejut jugak aku. Rasanya baru 2 minggu aku amalkan essential oil homework blend ni.. Boleh tahan kesan dia merangsang otak.


Kesimpulannya kat sini.. Memang bagus tau essential oil homework blend ni untuk anak anak kita yang masih belajar terutama yang dah bersekolah. Sebab sejak amalkan homework blend ni kan.. aku nampak anak aku semakin kreatif masa di bermain. Imaginasi dia semakin berkembang berbanding dulu. Benda tu memang sangat penting dalam perkembangan seorang kanak kanak.. Imaginasi tu adalah satu kemampuan mereka berfikir. Kurang imaginasi pun kurang bagus jugak. Sebab dalam perkembangan kanak kanak.. cara mereka bermain tu pun akan di ambil kira. Ada kanak kanak tiada keupayaan bermain dengan berimaginasi atau orang panggil 'pretend play'. Alah senang faham.. main macam berlakon la. Main masak2 tapi bukan masak betul2.. sekadar pretend macam masak. Benda tu berkaitan dengan imaginasi jugak la. Selalu kita tengok budak2 yang cerdik ni memang dia banyak imaginasi, betul tak?

Homework blend ni.. salah satu oil yang ada dalam blend ni adalah brain power. Benda ni memang bagus untuk otak terutama untuk ingatan la. Sebab tu kalau yang jenis cepat lupa, lambat faham atau yang jenis slow je nak tangkap apa orang cakap bagus guna oil ni. Bukan je untuk kanak kanak malah semua peringkat umur boleh guna. At least membantu sedikit sebanyak merangsang otak mereka untuk bekerja sebab fungsi oil ni adalah sebagai aroma terapi. Apa juga namanya terapi kita cuba ye dak??

Dok cerita kebaikkan.. satgi nak beli kat mana hangpa tak tau pulak kan? Kalau rasa nak cuba samada nak beli yang pure oil atau blend boleh je beli dengan pengedar sah produk young living. Contact number dia kat bawah...

Puan Shareena 
call/whatsapp: 013 3993407
facebook: shareena shaifudeen

Benda ni salah satu ikhtiar.. yang menyembuhkan atau memulihkan sesuatu masalah adalah Allah SWT. Tapi sebagai manusia kita di tuntut berusaha. Apapun produk apapun ia umpama pelincir atau perangsang je.. tetap kena di sertaikan dengan latihan, didikkan atau yang special case macam anak aku kena di terapi. Tak boleh kau sapu2 & tak buat apa2.. memang tak ada hasil jugak. Lagi satu kena consistent. Macam homework blend ni aku guna.. sapu 2 kali sehari jugak macam oil2 yang lain.

MASALAH ANAK SUSAH TIDUR MALAM CUBA GUNA PURE ESSENTIAL OIL CEDARWOOD

MASALAH ANAK SUSAH TIDUR MALAM CUBA GUNA PURE ESSENTIAL OIL CEDARWOOD. Sejak berkenalan dengan produk young living essential oil ni serius aku pun fall in love jugak la. Bila cuba satu dia mula la tamak nak cuba semua tapi nasib baik tak berapa mampu nak rembat semua yang ada so beli ikut keperluan je la. Nasib baik duit dalam account bank tak sama amount macam Najib Razak.. Kalau tak aku borong semua hahahahaha


Sebelum ni aku dok share banyak pasal essential oil focus blend untuk bantu perkembangan anak aku yang speech delay & low attention tu kan.. Yang cedarwood ni pun aku guna untuk anak aku jugak. Pendek kata bila jadi mak mak ni..Kebanyakkan apa semua untuk anak lebih dari diri sendiri. Kau tak jadi mak maybe kot tak alami situasi ni.. Tunggu jadi mak nanti maka korang akan faham. Benda ni berlaku secara semulajadi..

Ni la rupa budak shahila beringus masa mula2 baru nak try cedarwood ni

Tapi kan.. pure essential oil ni aku perasan..  aku sapu malam2 sebelum budak shahila tidur.. elok je tidur awal. Rupanya dia berfungsi untuk betulkan timing tidur kanak kanak yang lambat tidur. Ni kalau anak korang ada masalah tidur.. Sangat bagus ok guna pure essential oil cedarwood ni. Tak payah nak bagi ubat tidur yang memang tak bagus untuk otak tu... Bukan je kanak kanak.Orang dewasa yang ada masalah tidur pun boleh amalkan. Mungkin bau dia menjadi aroma terapi yang membantu untuk mudahkan kita tidur.


Boleh jugak di gunakan untuk improve perkembangan anak - anak. Sebelum ni aku guna yang blend.. Baru kali ni try yang pure essential oil. Boleh nampak shahila punya speech tu makin lancar. Otak dia pun boleh tahan sangat cepat belajar. Pergi sekolah tahun ni apa dia belajar setiap hari memang dia boleh adapt. Sebab sebelum tidur aku jadikan amalan sapu pure essential oil cedarwood ni bangun pagi pun dah tak ada adengan nak merajuk tak mau mandi bagai. Kejut bangun ajak pergi bilik air senang je menurut perintah. Mungkin sebab dia rasa fresh lepas bangun tu buat dia tak meragam. Aku rasa cedarwood tu bantu dia dapat tidur yang berkualiti & merangsang mood dia jugak. Sebab memang lepas amalkan nampak perbezaan perangai dia tu. Serius.. Ni bukan aku cakap kosong. Berdasarkan pengalaman aku sendiri ok!

Macam mana la aku tak ketagih nak kumpul koleksi minyak terapi ni kan.. Gila kau setiap kali cuba yang baru ada je hasil yang buat aku rasa kagum & puas hati. Jarang mengecewakan produk ni walau produk ni bebas chemical & berasaskan tumbuh tumbuhan. Walau bau dia memang bau bau natural. Bau tumbuh tumbuhan.. Yang kadang2 agak kuat. Percayalah bau tu pun membantu merangsang atau merawat masalah ok! Nak wangi wangi macam perfume hadap la bahan2 berisiko yang mereka guna. Kalau kata produk natural bau dia memang natural ok! Kalau yang claim natural produk tapi bau wangi sangat tu.. Kau patut ragu ragu jugak. hehehehe

Aku kalau di serang sakit kepala pakej sekali rasa nak muntah bagai. Macam morning sickness. Almaklum la dah ada essential oil cedarwood ni. Sebenarnya ni untuk budak shahila tapi sebab katanya boleh rawat migrain takkan tak boleh melegakan sakit kepala. Tadi sapu jugak kat kening dengan hidung. Main hentam je sapu sebab sakit kepala sangat. Tak sampai setengah jam sakit kepala takde, mual & nak muntah pun hilang. Doakan aku ada budget lebih boleh beli banyak single oil ni. Memang dah fall in love dengan essential oil. Aku malas nak jawab pm so bagitau siap2 korang nak try contact je shareena 013 3993407. Sebab dia salah sorang trusted seller. #youngliving #essentialoiltestimoni #essentialoils #ceramics #sakitkepala #migrain #mual #muntah #bloggermalaysia #bloggerreviews #lensalekatlekit #lekatlekitdotcom #galaxys4zoom
A post shared by Surialekatlekit (@lalalekatlekit) on

Kelebihan & khasiat lain Cedarwood Essential oil adalah.. Yang istimewanya cedarwood ni sebab dia boleh bagi 2 kesan yang bertentangan dalam 2 keadaan yang berbeza. Memang unik & memang sangat special ok. Selain tu ia sangat tinggi kandungan bahan yang di sebut sebagai sesquiterpenes yang berfungsi membekalkan oksigen ke otak untuk membantu manusia lebih fokus. Jadi sebab tu bila aku guna untuk anak aku.. Fokus dia semakin baik & boleh nampak benda tu membantu dia mengingati setiap perkara yang di belajar & di ajar tak kira dalam pelajaran, rutin harian atau apa2 di sekelilingnya. Serius aku tak tipu. Korang kena try kalau nak tahu keberkesanannya.

Bukan tu jer.. Ia juga membantu kita bila kita tak cukup rehat.. penat sebab ia akan hasilkan melatonin yang membantu kita supaya boleh tidur lena & nyenyak di waktu malam. Yup betul.. benda ni berlaku bila aku pakaikan shahila cedarwood sebelum tidur. So aku jadikan ia sebagai ubat tidur jugak. Ubat tidur yang selamat berasaskan pati tumbuh tumbuhan yang hanya perlu sapu2 je ok!

Boleh di gunakan sebagai..

1. Untuk bantu lebih fokus
2. Masalah keguguran rambut

Jadi sangat rekemen kalau anak anak korang atau korang sendiri ada masalah perkembangan ke atau apa sahaja.. Try la produk young living. Produk ni selamat. Dia cuma minyak terapi berasaskan tumbuh tumbuhan yang sangat membantu merawat atau merangsang. Sebab dia guna pure ekstrak tumbuh tumbuhan tanpa campuran bahan bahan lain.. Memang la harga dia tak sama macam minyak angin kat luar atau minyak aroma terapi yang lain. Tapi harga berbaloi dengan khasiat & keberkesanannnya.

Yang mana2 parents yang ada anak adhd, autisme tu memang ada masalah dengn tidur.. Jadi boleh cuba ikhtiar dengan produk pure essential oil young living sebagai terapi aroma. Harga dia tak mahal sangat. Tak sampai beratus pun. Tapi kebaikkan & khasiat dia memang banyak. Bukan je membantu masalah anak anak kita malah sekaligus bantu kita jugak dapat tidur yang cukup. Yelah.. kalau anak tidur awal mak bapak dia pun boleh tidur awal jugak kan? so takde la berpanda sangat mata tu.. hehehehe

Berminat nak cuba produk young living essential oil cedarwood atau mana2 single essential oil korang boleh hubungi..

Puan Shareena 
call/whatsapp: 013 3993407

** Penting beli dengan seller produk young living bukan dari mana2 website sebab setiap single oil tu ada cara nak guna dia tersendiri mengikut masalah yang anda hadapi. Perlu guideline.. Bukan main sapu ikut suka je ok. Memang la sapu ikut suka pun tak memudaratkan apa - apa cuma takut tak dapat kesan yang di harapkan je **

Apapun semua ni cuma ikhtiar.. Yang tu paling penting kita kena sematkan dalam hati. Yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Sebagai manusia kita memang di tuntut berusaha mencari penyelesaian atau penawar kepada sesuatu masalah atau penyakit. Tanpa usaha.. doa pun jadi sia - sia ye dak.

AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME

AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME. Selalu cakap pasal isu semasa jer kan.. sekali sekala kita jadi parenting blogger sekejab yer. Almaklum la blog lekatlekit ni macam2 niche dia boleh tulis. Kira blogger serba boleh jugak la kan.. hahahaha. Ok jangan marah. Kita kena bagitau orang kelebihan kita kalau tak macam mana orang nak tahu apa skill kita ada, ye dak? Bukan isu puji diri sendiri ke hapa.. Isunya sebagai blogger orang kena tahu apa kepakaran kau kalau orang nak guna khidmat kau menulis sesuatu, betul tak??


Ramai yang dah tahu kalau selalu follow aktiviti aku kat facebook. Aku memang agak aktif di support group Austime. Tapi korang jangan ingat group Autisme tu untuk parents yang ada anak2 Autisme jer.. Kat situ ramai je followers di kalangan guru, therapist, parents yang ada anak untuk macam2 masalah perkembangan terutam speech delay, hyperactive, low attention (kurang fokus/Fokus Pendek) & ada jugak di kalangan ibu bapa yang ada anak yang normal sekadar untuk knowledge mereka tentang autisme. Benda ni sebenarnya sangat penting nak2 lagi bagi mereka yang merancang untuk ada anak.. atau ibu bapa yang baru dapat anak yang masih kecil untuk kita pantau perkembangan anak anak kita samada normal atau ada kelaianan yang biasanya masyarakat anggap normal tapi sebaliknya tidak normal.

Almaklum la.. Masyarakat kita ni banyak sangat mitos.. lambat cakap katanya biasa la. Ada budak cepat berjalan lambat bercakap.. ada budak lambat jalan cepat bercakap & ada budak katanya lambat sikit semua perkembangan dia tapi nanti semakin besar dia improve sendiri. Bila kita selalu dengar sangat mitos2 macam ni mungkin kita terlambat untuk ambil tindakkan. Sampai umur anak dah 4 tahun baru kita mengelabah cari solution. Baru rasa perlu jumpa pakar & terapi bagai. Adalah lebih baik merawati atau membantu dari peringkat awal. 2 tahun tu bagi aku masa yang sesuai untuk kita tengok perkembangan anak kita samada normal atau tidak. Kalau nampak ada yang terlewat sikit tak salah terus refer dengan pakar Paedriatik. At least kalau ada masalah kita boleh ambil langkah awal untuk membantu. Sebab Autisme ni memang boleh di bantu dengan terapi ok.. Jangan putus asa bila doktor cakap.. Anak anda suspect autisme atau di sahkan autisme. Jangan down atau putus asa.. Autisme ni sangat lain. Ciri2 dia boleh hilang & tak mustahil dengan usaha kita membantu anak kita boleh improve sampai ke level normal, ok! Yang penting jangan berhenti berusaha & berharap. Yakin tiada penyakit tak boleh sembuh kecuali mati. Selebihnya doa & tawakal kepada Allah.

Selalu sagat baca luahan perasaan ibu bapa di support group Autisme Malaysia yang selalu anak mereka yang ada masalah autisme ni di salah anggap sebagai budak nakal, budak jahat bagai padahal ramai yang tak tahu anak2 mereka ni Autisme. Dari pandangan mata kasar mereka tak nampak ada kekurangannya..

Autisme ni korang kena tahu banyak level & berbeza beza walau di dignos sebagai autisme. Ada yang several.. mungkin dia perlu bergantung sepanjang hayat dengan orang lain sebab dia tak mampu nak uruskan diri sendiri, moderate ni Insya Allah masih boleh di ajar untuk berdikari & mild Autisme kebanyakkan boleh berdikari, belajar hingga peringkat universiti, bekerjaya, berkahwin seterusnya berkeluarga macam orang lain.

Salah satu ciri autisme yang dapat di kesan adalah bila perkembangan pertuturan dia lewat atau tiada (non verbal). Kebanyakkan parents akan tahu anak mereka autisme bila dah melepasi peringkat umur sepatutnya belum bercakap berbanding ciri2 lain. Tu salah satu.. sebenarnya untuk di dignos autisme kena ada sekurang kurangnya 3 ciri autisme. Antara ciri tu adalah tiada hubungan mata (eye contact), bila kita panggil dia tak respond. Dia buat macam tak dengar, suka menyusun barang secara barisan & tantrum yang teruk. TU antara ciri2 tipikal autisme tapi kadang2 ada jugak yang takde ciri2 tu.. Dia ada ciri ciri lain. nanti korag google la ciri2 lain autisme yer.

Tapi hari ni aku nak cakap pasal Mild Autisme. Yang kategori ni selalunya nampak normal.. Nampak je normal sebenarnya tidak tipikal sebab tu kadang2 orang salah anggap dengan anak2 Mild Autisme ni. Kebanyakkan orang akan anggap kurang ajar.. kurang didikan.. mak bapak terlampau manjakan anak.. nakal.. bla.. bla.. lagi yang negatif tanpa tahu apa sebaliknya yang budak ni hidapi. Yang kategori mild ni ada jugak yang perkembangan speech (pertuturan) dia tak ada masalah. Boleh cakap.. Lagi la mak bapak dia rasa anak dia takde masalah cuma mungkin di salah anggap kelainan yang mereka ada cuma masalah behavior biasa kanak kanak. Ni yang kebanyakkan parents salah faham. Walaupun anak dia ada ciri2 autisme yang lain di sebabkan anak dia boleh bercakap dia rasa anak dia cuma nakal tapi bukan autisme.

Kalau Mild Autisme Level High Functioning & Asperger lagi susah untuk explain pada masyarakat yang anak mereka sebenarnya special kids. Boleh belajar di aliran perdana dengan kanak kanak normal.. Boleh cakap.. boleh buat aktiviti cuma mungkin ada sedikit masalah dalam pergaulan sebab itulah kekurangan mereka. Ramai anak yang Mild Autisme ni boleh belajar & bekerjaya macam orang normal. ramai dah yang belajar hingga peringkat Universiti & pegang jawatan tinggi. Kat situ kita boleh nampak kemampuan mereka lebih kurang macam kita yang normal atau mungkin mereka lebih bijak dari kita. Ada yang genius jugak. Cuma mungkin ciri autisme tu masih ada.. Terutama pergaulan la. Selalunya anak anak autisme susah sikit nak ada kawan ramai.. Tapi rasanya orang normal pun ada masalah macam ni. So jangan anggap ia masalah besar sangat. Asalkan mereka tahu berdikari & boleh jaga diri tu pun satu perkara yang baik untuk mereka survive dalam dunia yang mencabar ni.

Mempunyai anak Mild Autisme ni.. Memang aku rasa ujian dia besar juga sebab kesedaran orang awam tentang autisme masih kurang malah masih ramai yang tak tahu tentang autisme. Kalau macam sindrom down boleh nampak dari pandangan mata kasar tapi Mild Autisme selalunya tak nampak.. sebab ciri2 autisme dia yang tak ketara cuma mungkin masalah behavior (kelakuan) je lain sikit semakin susah nak mengubah tanggapan buruk masyarakat pada anak anak macam ni. Pergi rumah orang.. orang benci sebab tak behave. Kadang2 bawa keluar tengok barang orang yang dia suka terus pergi ambil. Tu antara perangai budak2 autisme sebab mereka perlu ambil masa memahami sesuatu terutama berkaitan perkara perkara macam ni. Tapi boleh di asuh & mereka akan faham juga. Cuma perlukan sedikit masa untuk mereka faham. Tengok macam normal je kan.. tapi tidak tipikal.

Tapi kelebihan anak anak autisme ni kebanyakkan dengan ingatan. Ingatan mereka sangat tajam ok! Sebab tu ada parents yang hantar anak autisme mereka masuk tahfiz bagai & mereka mampu menghafal Al Quran berbanding kita yang normal kadang2 orang kata macam benak sikit nak menghafal. Maha suci Allah.. dia jadikan setiap manusia tak kira yang normal atau tidak tipikal dengan kelebihan & kekurangan masing masing.

Anak aku.. potensi dia yang aku nampak boleh belajar. 5 tahun tu dia dah mula tunjuk skill membaca & Sekarang pun dah boleh membaca walau kadang2 apa yang dia eja bunyi kelaut juga tapi at least dia boleh juga membaca secara spontan perkataan atau ayat yang dia nampak tapi bukan hyperlexia ok. Kebolehan dia sebab di ajar & di pupuk dari awal usia. Tapi Normal la budak2 yang baru belajar membaca ni kalau sebutan ada yang masih tak betul nak2 lagi perkataan yang lebih dari 2 suku kata ni. Masalah fokus dia memang perlu improve lagi tapi lebih baik dari sebelumnya. At least boleh ikuti aktiviti kat tadika tu kira baik sangat la... Speech dia pun dah banyak sangat sebab sekarang dia dah boleh cakap ayat2 spontan menunjukkan sesuatu atau memberitahu sesuatu. At Least apa yang dia sebut bukan hanya meniru apa yang dia dengar atau orang sebut echolalia.. Tapi dia tahu dah berkomunikasi menggunakan ayat2 yang betul secara spontan mengikut situasi. Tapi benda ni bukan semata mata guna produk ok! Semua kena seiringan.. terapi, didikkan, kena hantar ke sekolah supaya dia boleh bergaul dari situ akan improve komunikasi & social skill dia..

Kalau ikut pandangan mata kasar.. Yer shahila nampak macam budak2 normal yang lain cuma tak ramai orang yang perasan dia sebenarnya tidak tipikal. Masalah speech, masalah low attention (kurang fokus) & masalah behavior (kelakuan).. Kalau dalam istilah perubatan ia di sebut ADD (Attention Deficit Disorder Association ). Bila masalah attention (tumpuan) dia semakin baik, boleh nampak perkembangan dia yang lain lain pun turut berkembang dengan baik. Sebab tu kalau apa2 produk aku cari sebagai perangsang yang boleh improve focus dia. Sebab dari awal dia masuk terapi. Therapist pun dah mention kalau tumpuan dia ok maka yang lain2 akan ok! Yup betul apa yang therapist cakap sebab sekarang aku boleh nampak bila dia boleh duduk dengan tenang & focus.. Perkembangan yang lain secara tak langsung banyak dah improve.. Semakin la orang tak tahu masalah yang dia hadapi. Tapi sebagai ibu bapa memang kita harap anak kita berkembang baik sehingga ke level yang normal kan.. Jadi semua tu adalah pencapaian yang positif dalam perkembangan dia. Allahmdulillah.. Salah satu ikhtiar aku selain terapi adalah Essential Oil Focus Blend dari produk young living.. Selebihnya Allah yang maha menyembuhkan, Aku share sebab aku sendiri beli & cuba.. Jadi aku kongsi dengan niat berkongsi kebaikkan bersama. Sebab ramai ibu bapa di luar cari produk2 yang boleh membantu merangsang anak mereka untuk berkembang dengan lebih baik. Ada budak2 normal pun kadang2 lambat pickup.. susah sangat nak faham apa yang di ajar.. Tak boleh focus. Bagi aku semua ni berkaitan dengan focus.. Focus tak semestinya dia tumpu dengan mata je.. dia kena ada tumpuan mata & otak (fikiran) baru apa yang di ajar dia akan faham. Sangat penting ok tumpuan ni.. Tak kira budak tipikal atau tidak.

Nak cuba produk young living essential oil focus blend sangat rekemen beli dengan Puan Shareena ni sebabnya dia akan bagi guidlines cara nak guna supaya dapat kesan yang baik. Yang cedarwood tu kalau ada anak bermasalah dengan tidur.. jenis tidur lewat boleh la cuba. Insya Allah membantu juga. Berminat Boleh contact Puan Shareena di : 013 3993407


.Kat sini bukan aku nak jual produk sebab aku bukan seller apa2 produk pun cuma aku nak bagi info kepada orang di luar sana supaya jangan menilai dari apa yang kita nampak dari pandangan mata kasar kita. Nampak normal tapi sebenarnya tidak tipikal. Bertanya sebelum membuat spekulasi atau persepsi nak2 lagi berkaitan masalah kelakuan kanak kanak ni. Jangan terus nak hentam kat media sosial.. siap buat rules bagai kat orang yang bawa anak bertandang ke rumah depa. Takpe hak korang nak buat rules tapi jangan kecik hati kalau kami2 yang ada anak tidak tipikal tapi nampak normal ni tak bertandang kerumah hangpa sampai anak kami mampu control behavior depa bila berada di rumah orang. Sebab hanya mereka yang ada anak2 macam ni je faham.. Orang lain susah nak faham atau mereka tak peduli pun. Yelah.. bukan anak depa kan. Jadi sesetengah orang fikir tiada keperluan dia nak tahu atau faham tentang anak anak macam ni. Tu biasa la manusia. Even aku dulu sebelum ada anak pun tak terfikir nak cari info berkaitan perkara ni. Sebab masa tu rasa macam tak ada kepentingan lagi.

Moral of the.. kepada ibu bapa yang di kurniakan anak istimewa hanya dengan bersyukur & sentiasa positif dengan pemberian Allah sahaja boleh buat kita redha. Selagi kita tak mampu positif selagi tu kita tak mampu untuk menerima sekaligus membantu anak kita berkembang dengan lebih baik. Autisme bukan satu kegagalan tapi ia satu anugerah sangat istimewa sebab mereka masih ada banyak potensi & peluang untuk bersaing & berjaya seperti anak anak normal. Tapi ia bergantung pada kita.. bagaimana kita membantu mereka dari peringkat awal. Sama je macam mana kita nak bentuk anak anak normal kita dari kecik cuma beza autisme ni perlu lebih sikit didikan.. sebab tu mereka perlu masuk sesi terapi & di terapi setiap masa kat rumah. Jadi tak payah sedih sangat, enjoy je dengan hidup membesarkan anak anak autisme. Ignore segala tanggapan buruk.. terus didik mereka menjadi manusia yang berguna. Contohi atlik Paralympic yang baru kahwin tu. dia seorang autisme tapi tak nampak pun autisme dia. Dia boleh berjaya & boleh berkahwin. So, tak ada apa yang mustahil.

MASIH ADA YANG PERLU TUTORIAL CARA PAKAI SELUAR DALAM

MASIH ADA YANG PERLU TUTORIAL CARA PAKAI SELUAR DALAM.  Di luar logik akal la bagi mereka2 yang tahu menggunakan carian google tapi tak reti nak pakai seluar dalam. Itulah persepsi kita bila nampak ada keywords cara nak pakai seluar dalam melekat kat search keywords blog kita kan... Rasa macam tak logik pulak ada orang yang masih tak tau pakai seluar dalam sendiri tapi reti pulak kau guna kemudahan internet. Ke kau saja cari bahan2 porno.. Tu dia menuduh dah. Tanggung la dosa kau dengan orang yang kau tak tau sapa tu hahahaha

Ni mesti masa kecik2 tak belajar cara pakai seluar dalam. hahaha

Nanti dulu beb! Jangan negatif sampai macam tu ok! Tak semestinya yang google cara pakai seluar dalam tu dia tak reti pakai seluar dalam. Sebenarnya boleh jadi benda tu di google oleh golongan parents. Kenapa golongan ibu bapa cari benda ni, takkan dah jadi mak bapak orang pun tak reti nak pakai seluar dalam. Habis selama ni depa tak pernah pakai seluar dalam ke camna??

Bukan depa tak reti atau tak pernah pakai seluar dalam.. boleh jadi apa yang mereka cari bertujuan nak ajar anak dia cara pengurusan diri. Cara pakai seluar dalam pun salah satu perkara yang termasuk dalam pengurusan diri jugak ok! Mesti ada yang kata.. Eleh mak mak kita dulu internet tak ada ok je ajar anak2 dia tentang pengurusan diri. Takkan nak ajar pakai seluar dalam pun perlu google. Ni zaman teknologi la beb.. Jangan kau nak compare sangat zaman mak2 kita dulu dulu. Apa guna teknologi kalau tidak di gunakan. Takkan nak simpan dalam muzium je kot.

Ni search keywords yang melekat kat blog aku semalam

Bagi yang tak faham kenapa perlu google cara nak pakai seluar dalam. Takkan tak boleh ajar terus anak - anak pakai seluar dalam tanpa bantuan info di google. Meh sini senah, jemah,lijah,seman,abu, dolah.. cheq nak habap kat hangpa. Pernah dengar kaedah 'story telling'? Tak pernah mungkin sebab hangpa mungkin tak ada anak anak keperluan khas seperti ada masalah hyperactive, autisme, sindrom down & sebagainya.. Kaedah 'story telling' ni mengajar melalui cerita bergambar. Sebab biasa la anak anak keperluan khas perkembangan mereka akan perlahan berbanding kanak kanak normal & tipikal. Kaedah nak mengajar mereka pun kadang2 berbeza sedikit dari kanak kanak tipikal. Bahan mengajar kena attractive & pratikal. Macam kaedah 'Story Telling' ni dia ada gambar yang boleh kanak kanak lihat perkara tersebut kemudian di sertai dengan explanation secara lisan.

Boleh jadi jugak keywords macam ni di cari oleh para ibu bapa yang tengah cari bahan 'Story Telling' untuk anak anak mereka. Mungkin dia tengah cari bahan bergambar nak ajar anak dia untuk pengurusan diri. Tak semestinya kanak kanak keperluan khas.. Cara ni sebenarnya kanak kanak normal & tipikal pun boleh guna. Cuma sediakan gambar perbuatan yang kita nak ajar anak kita buat.. Tunjuk & ceritakan sahaja apa yang sedang di lakukan dalam gambar tu, bila masa perlu di buat & macam mana cara nak melakukan. Sebenarnya kaedah story telling ni lebih berkesan sebab ia lebih menarik kanak kanak untuk belajar sesuatu. Yelah.. ada gambar berwarna warni.. memang normally kanak kanak suka dengan benda2 tu semua.

Contoh bahan2 & buku yang di gunakan untuk kaedah mengajar cara 'Story Telling' kepada kanak kanak

Jadi tak pelik kalau masih ada mencari bahan untuk tutorial pakai seluar dalam. Apa ingat lahir2 terus pandai pakai seluar dalam ke? Semua ni melalui proses 'belajar' dulu ok! Tak kira la dia belajar melalui melihat perbuatan orang lain atau perlu di ajar cara one to one oleh penjaga mereka. Jadi tak payah rasa annoying sangat la kalau ada orang cari perkara perkara macam ni. Boleh jadi tujuan mereka kepada perkara yang baik.

Moral of the story.. Yang pelik tak semestinya jelik. Jadi pepandai la nak positif & negatif pada sesuatu perkara tu yer. hehehehe

WALAU DI ANGGAP TIDAK KENAL HURUF TAPI DAH BOLEH TULIS NAMA SENDIRI SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL

WALAU DI ANGGAP TIDAK KENAL HURUF TAPI DAH BOLEH TULIS NAMA SENDIRI SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL. Seronok tau bila boleh tengok progress anak yang nampak semakin laju bila kita amalkan sesuatu produk. Tak sabar nak share dengan orang lain supaya orang yang memerlukan sama sama dapat manafaat & kebaikkan. Sebab aku percaya dengan berkongsi kebaikkan dengan orang lain, kita akan sama2 mendapat kebaikkan tu. So, tak payah kedekut sangat kan..

Comel kan tulisan shahila bila menulis hahahaha

Dah masuk bulan kedua shahila amalkan pengambilan produk Young Living Essential Oil untuk focus blend. Kesan dia pada shahila boleh nampak seawal 3 hari. Nanti korang boleh baca entri sebelum ni yang aku share pasal perkembangan shahila selepas guna essential oil, focus blend ni. Seperti semua sedia maklum shahila ada masalah dalam perkembangannya.. Sebab kekurangan dia memang tak nampak dengan mata kasar so selalunya orang nampak dia macam budak2 normal yang lain. Kena mendekati & mengenali dia.. Baru akan nampak kekurangan dia tu. Baru2 ni shahila di refer ke pakar psychologist kanak kanak untuk membuat IQ test & dignosis. Malangnya shahila kurang bagi kerjasama sebab masalah low attention (Kurang Tumpuan) & Speech Delay (Lambat bercakap). Walaupun shahila dah masuk kategori Verbal (boleh bercakap) tapi masih dalam level speech delay. Sebab komunikasi dia masih di tahap kanak kanak 3 tahun setengah macam tu menurut doktor.

Dalam laporan review & IQ test tu ada perkara aku tak puas hati dalam laporan di keluarkan di mana tertulis shahila masih tidak mengenal beberapa huruf, nombor & bentuk.. sedangkan test yang di buat keatas shahila cuma memadankan gambar jer. Macam mana seorang pakar boleh menulis laporan macam tu tanpa ujian. Sedangkan shahila kenal huruf, nombor & bentuk sejak umur 3 tahun setengah. Mustahil dia boleh menulis ejaan perkataan yang aku sebut kalau dia tak kenal huruf. Mustahil dia boleh membaca 1 - 100 kalau dia tak kenal nombor. Kadang2 dia membentuk nombor2 sendiri guna magnet nombor kat peti ais. Walau bukan dalam susunan yang betul dia boleh baca semua nombor yang aku tanya dengan betul. Dia tidak menghafal seperti yang doktor sangka tapi aku tahu shahila kenal semua number & huruf. Takpe aku just ignore semua yang aku rasa tidak tepat berkaitan shahila sebab aku lebih tahu tentang anak aku berbanding orang lain yang tak bersama dia hari hari. Dalam perjumpaan yang singkat doktor pun kadang2 boleh buat silap dalam penilaian dia. Aku terus ajar dia kat rumah macam biasa. Takde apa yang buat aku rasa down pun..

Kalau nak tengok banyak lagi aktiviti & perkembangan shahila boleh follow IG : @lalalekatlekit kat sini susah nak upload video2 dia belajar.

Sekarang shahila dah semakin boleh menulis & mengeja banyak perkataan.. Sebelum ni pun dia dah tahu membaca sikit sikit tapi bila kita suruh tulis apa2 perkataan memang susah even nak ajar tulis nama sendiri pun cukup payah dia nak bagi kerjasama. Bagi dia menulis perkataan tu perlu ambil masa yang lama berbanding menulis huruf macam ABC... Kalau membaca tu dia nak juga sebab hanya perlu tengok & sebut je kot. Tu pun tak lama sekejab sekejab je. Bukan tak reti tapi dia tak boleh fokus pada sesuatu perkara dalam jangkamasa yang lama. Baru2 ni dia bagi kejutan..dia menulis sendiri nama dia. Ya Allah.. Dalam usia 5 tahun dengan masalah yang dia ada.. Dia berjaya menulis nama sendiri & beberapa perkataan yang lain. Alhamdulillah.. Tumpuan dia pun semakin baik bila dia boleh menulis lebih dari 12 perkataan dalam 1 masa. Melukis pun dah semakin nampak dia pandai menggunakan imaginasi. Kalau dulu awal tahun serius hanya menconteng memang tak ada nampak gambaran apa2 pun dalam lukisan dia. Alhamdulillah selepas lebih dari sebulan amalkan Essential Oil Focus Blend banyak sangat perkembangan positif yang dia tunjuk. Salah satu dulu dia memang tak reti guna konsep melukis & mewarna. Baru2 ni aku nampak dia melukis kemudian dia mewarna lukisan dia sendiri berbanding sebelum ni dia kalau lukis just lukis je la.. Kalau mewarna dia akan mewarna pada lukisan yang dah di cetak pada buku atau kertas. Sekarang dia boleh melukis & mewarna lukisan dia dengan guna pelbagai warna sebab dulu kalau dia mewarna dia just guna satu warna je. Lagi satu dia boleh focus 2 perkara dalam 1 masa.. Sambil tengok Tv sambil dia melukis & mewarna. Fokus dia pun dah semakin lama & baik berbanding dulu. Alhamdulillah.. Tu antara perkembangan yang baik untuk persediaan dia ke tadika tahun depan. Hope dia boleh duduk & belajar macam budak2 lain nanti.

Video yang sempat aku record masa shahila menulis nama dia sendiri

Untuk masalah Behavior (kelakuan) pun nampak perubahan yang banyak. Kanak kanak yang ada masalah attention memang sukar duduk statik di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.. Dia akan nak sentiasa bergerak setiap 5 - 10 minit. Nak2 kat tempat yang dia rasa boring. Baru2 ni ada bawa dia pergi planetarium negara.. So kali kedua shahila kami bawa masuk tengok teater kat planetarium tu.. Memang shahila nampak tak berminat sangat nak tengok tentang angkasa lepas. Dengan sound effect yang kadang2 buat dia rasa seram tu.. lagi la dia tak nak tengok. Tapi yang bagusnya dia tetap duduk diam & tak bising atau mengamuk sampai habis tayangan. Yang best habis je tayangan terus dia cakap.. 'Dah habs". Macam nak bagitau lega sangat bila dah habis. hehehehe. Kalau dulu confirm dia dah nak bangun & bergerak atau mengamuk nak keluar. Alhamdulillah.. Dia dah boleh behave kat tempat2 yang memerlukan dia duduk diam dalam tempoh yang lebih dari 30 minit.

Dari segi komunikasi Alhamdulillah semakin banyak dari masa ke semasa selain echolalia. Dia dah pandai menggunakan ayat untuk bercakap pada situasi yang betul.Dia nak cakap apa2 sekarang ni dia dah boleh bagitau dengan cara komunikasi dua hala. Insya Allah.. Akan berkembang lebih baik dari masa ke semasa.

Selain tu dia lebih dengar kata la & kurang tantrum bila dia tak dapat sesuatu. Kalau dulu, pantang kena reject permintaan dia confirm mengamuk walau tantrum dia tak lama.. Kalau kat rumah ni aku bagi arahan apa2 pun banyak dia boleh buat dah. Walaupun doktor anggap dia menghafal rutin bukan memahami arahan tapi aku sentiasa test dia dengan task2 baru.. Benda2 yang mungkin aku tak pernah minta dia buat & aku akan tiba2 suruh dia buat. Yup banyak jugak dia faham & tahu buat. Bagi aku doktor berpendapat macam tu sebab shahila susah nak bagi kerjasama setiap kali appointment dia dengan doktor.. Kadang2 dia malu.. kadang2 memang faktor masa. dia dah letih, mengantuk.. Yelah.. kalau appointment kat hospital tu dari pagi sampai pukul 1 - 2 baru dapat turn jumpa doktor. Time tu dia memang kadang2 dah mengantuk.. So, dia dah taknak bagi kerjasama untuk apa2 aktiviti dah dengan doktor.

Lagi satu.. Shahila sekarang suka selfie ok! Normally budak yang ada masalah low attention ni memang susah nak tengok camera ambil gambar, tapi shahila ni sekarang kalau nampak je aku atau bapak dia nak selfie.. time tu la dia nak posse jugak. Dia pun pandai dah buat posse ok! Lagipun shahila punya eye contact memang dah ok berbanding masa umur dia 2 - 3 tahun dulu. Takde masalah respond bila di panggil. Cuma selepas amalkan essential oil, focus blend ni dia banyak tunjuk ciri2 yang biasa ada pada kanak kanak tipikal. Yang paling penting sangat suka meniru. Behavior ni maybe ada pada kanak kanak yang masuk usia 2 tahun.. Tapi shahila baru ada dalam usia 5 tahun. Aku ni kan suka makeup jadi anak aku pun pantang jumpa makeup jugak la.. Kalau masak.. pun dia nak join buat apa yang kita buat. Shahila tak ada sangat sikap yang suka berada dalam dunianya sendiri sebab dia lebih suka apa2 aktiviti ada yang join dia bersama. Bermakna kalau dia nak bermain atau belajar dia suka kita participate jugak. Kalau dulu dia suka menyanyi jer.. Sekarang dia dah boleh ikut step tarian dari lagu kanak kanak yang dia tengok. Tu pun satu perkembangan yang baik juga bagi aku.

So, far.. Shahila nampak semakin baik perkembangan dia tak kira dari segi pelajaran & kelakuan dia selepas aku amalkan secara consistent essential oil, focus blend ni. Sebab dalam flavor essential oil yang di gunakan untuk focus blend memang ada khasiat2 yang membantu kanak2 lebih focus, lebih tenang & boleh meransang perkembangan pertuturan bagi anak2 yang speech delay.. Juga sesuai untuk kanak kanak yang ada masalah hyperactive. Bila kanak - kanak lebih tenang dia akan lebih focus apa saja yang  diajar & dia boleh ikut. Untuk Perkembangan otak shahila pun aku nampak sangat membantu sebab nampak dia lebih cepat belajar walau sekali je aku ajar. So, tak kira la anda ada anak yang normal atau ada masalah autisme, disleksia, hyperactive, slow learner atau apa2.. Boleh cuba produk young living essential oil ni. Salah satu ikhtiar selebihnya tetap kena usaha, doa & tawakal. Yang Maha memberi kesembuhan adalah Allah SWT.

Essential oil,Focus Blend

Kalau berminat nak cuba untuk anak anak anda boleh hubungi :

Puan Shareena Shaifudeen : 013-3993407
Facebook : Shareena Shaifudeen

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com