TAK SEMUA PERKARA SEORANG PAKAR ITU TAHU WALAU DALAM BIDANGNYA
Gambar sekadar Hiasan. Sumber Google |
Hanya 3 sesi sahaja dalam masa lebih kurang 3 bulan. setiap sebulan ada 1 sesi.. & setiap sesi berlangsung selama 1 jam. Tapi di sebabkan masalah low attention (kurang tumpuan) buat anak aku ni susah nak bagi kerjasama semasa sesi review & IQ test berlangsung. Masalah low attention bukan berkaitan dengan masalah tumpuan jer.. Ia ada berkaitan dengan masalah behavior (kelakuan) juga. Budak2 macam ni normally memang susah untuk follow arahan.. Suka nak buat hal sendiri. Bukan boleh di suruh suruh sangat.. Lepas tu kalau buat apa2 task memang mereka tak boleh fokus lama.. Fokus mudah hilang bila banyak perkara yang menarik perhatian mereka. Contoh tengah menulis tetiba dia nampak toys ke hapa.. So dia akan pergi pada toys tu.
Untuk sesi pertama di sebabkan baru first time jumpa pakar psychiatirc tu.. dia malu malu. Duduk diam je atas riba aku. Bila doktor tanya dia cuma tunduk muka ke bawah. Bagi mainan pun dia jeling2.. Sebab tak kenal & dia masih malu. Sesi kedua dia mula rasa selesa sebab pernah jumpa.. Tapi still dia tak nak bagi kerjasama bila IQ test di jalankan. Suruh padankan gambar pun* tak nak.. Aku nampak tu je yang doktor cuba suruh dia buat. Lain2 takde pulak.. Selebihnya macam sesi pertama doktor akan tanya tentang perkembangan & history dia..
Untuk sesi ketiga test yang sama cuba di buat pun tak berjaya juga.. Sebab dia memang susah nak bagi kerjasama. Dia jadi terhegeh2 pulak dalam bilik doktor tu sebab maybe dia rasa doktor tu macam suka bila dia buat something yang boleh attract orang tengok kelakuan dia. Biasa la budak2 punya behavior kan.. So, IQ tak dapat di buat. Doktor putuskan untuk buat semula next year bila komunikasi dia dah semakin baik. Sebab dia masih speech delay.
Semalam bila tengok result.. Sedikit terkilan bila tertulis dalam tu shahila masih tak kenal beberapa huruf, nombor & bentuk sedangkan aku rasa doktor tak ada buat ujian tu pada dia. Sekadar doktor suruh dia padankan gambar menggunakan cara menunjuk dengan jari pada gambar di atas buku je! Aku yang 24 jam dengan dia. Kat rumah aku yang mengajar dia.. Memang aku tak boleh terima sebab aku tahu tahap perkembangan anak aku setakat mana. Kalau dia tak mengenal huruf.. mustahil dia boleh menulis & membaca secara spontan. Doktor berpendapat dia menghafal bukan mengenal walau aku tunjuk video2 dia membaca perkataan2 & ayat yang aku tulis secara spontan. Mustahil la menghafal kalau boleh menyebut atau baca secara spontan. Jika menghafal dia cuma tahu perkara2 atau perkataan2 yang di hafal sahaja. Tapi shahila apa yang aku nampak kadang2 dia tengok signboard pun ada certain perkataan dia boleh baca walau bunyi kadang2 tak berapa betul kalau ejaan tu panjang lebih dari 3 suku kata. Doktor seolah2 tidak menerima apa yang aku bagitau tentang perkembangan anak aku. Sekarang ni pun hari2 aku buat latihan spelling. Dimana aku menyebut huruf2 & suruh dia tulis. Mustahil shahila tak kenal huruf boleh menulis setiap huruf yang aku sebut.
Bagi aku sepatutnya seorang pakar memahami behavior kanak kanak yang mempunyai masalah low attention ni. Tak semua mereka tidak tahu cuma mereka sukar mengikut arahan & sukar untuk fokus kepada sesuatu perkara dalam jangkamasa yang lama. Aku rasa 3 sesi terlalu singkat untuk seorang pakar membuat keputusan.
Kecewa tu memang ada tapi tak ada la sampai rasa down terus. Aku just teruskan apa yang aku usahakan untuk improve perkembangan anak aku. Pendapat doktor yang aku rasa kurang tepat memang aku ignore sebab bukan doktor yang jaga anak aku hari hari. Potensi shahila mungkin kurang menyerlah buat masa ni so pakar atau sesiapa yang baru kenal dia mungkin susah nak nampak. Akan datang bila masalah yang dia hadapi semakin baik.. Insya Allah potensi yang dia ada akan menyerlah jugak. Tak perlu risau apa - apa. Dignosis doktor pun ada yang salah. Doktor yang follow perkembangan shahila dulu pun pernah cakap macam tu kat aku. Melibatkan masalah perkembangan macam ni.. Kadang2 sukar nak buat keputusan dalam perjumpaan yang singkat macam tu. So, kalau pakar tersilap pun kena la kita terima. Mereka pun manusia.. Mereka menilai atas dasar apa yang mereka belajar & nampak. Mereka bukan ada magic boleh tahu apa yang mereka tak nampak.
Walaupun kecewa membaca report keputusan review shahila tu.. Aku terpaksa terima je. Apa boleh aku buat adalah terus membantu anak aku berkembang dengan lebih baik sehingga dia boleh duduk & belajar seperti rakan sebaya dia yang lain. Tiada yang mustahil dengan usaha, doa & tawakal. Yakin Allah lebih tahu yang terbaik untuk anak kita.. Special atau tipikal.. Mereka tetap kain putih yang perlu di corakkan untuk menentukan siapa & dimana mereka di hari depan. Teruskan berusaha bagi mereka yang mempunya special kids... Tak semua orang terpilih untuk anugerah istimewa ni. Petanda Allah lebih menyayangi kita.
semoga semuanya dipermudahkan olehNya
ReplyDeleteDoktor hanya doktor, akak lebih mengenali Lala. Semoga Lala membesar menjadi bertambah cerdik. Selalu kanak-kanak low attention ni hakikatnya mereka bijak dari banyak segi dan perkara :)
ReplyDelete