KIRBY TIDAK GANAS MUSTAHIL JADI PENGARUH

KIRBY TIDAK GANAS MUSTAHIL JADI PUNCAKecoh kes seorang remaja perempuan yang masuk ke perkarangan sekolah & menikam salah seorang pelajar di SMK Banting. Selepas di tahan & di siasat remaja tersebut di katakan bekas pelajar di sekolah tu juga. Remaja tersebut juga di sahkan peguam seorang autisme. Macam macam cerita keluar ada kata budak tu mangsa buli & merancang untuk balas dendam tapi dah tersebar la penulisan dalam diari dia membuat perancangan sebelum kejadian. Dah siap senarai nama rakan rakan yang bakal di hukum tu. 

Bila budak tu adalah budak autisme orang mula la pandang serong pada golongan autisme walhal kalau setakat autisme bukan punca dia bertindak macam tu. Mesti ada sesuatu yang trigger atau pengaruhi dia. Orang normal pun kalau di pengaruhi sesuatu yang membuatkan seseorang jadi taksub boleh jadi hilang kewarasan ini kan pulak autisme. 

Apa aku baca ada yang kata tindakan budak tu di pengaruhi satu watak dalam games nintendo iatu kirby. Acik ni bukan tau sangat watak watak dalam games ni nak.. Terpaksa acik google juga la. Hasil google.. Seperti di bawah. 

Kirby ialah watak ikonik Nintendo yang dicipta oleh Masahiro Sakurai pada tahun 1992. Makhluk sfera berwarna merah jambu yang berasal dari Planet Popstar ini sangat terkenal dengan kebolehannya menyedut musuh dan meniru kuasa mereka.

Kisah dan profil ringkas Kirby:
Penampilan Pertama: Muncul dalam permainan Kirby's Dream Land untuk konsol Game Boy.

Kuasa Utama: Menelan musuh untuk menggunakan kebolehan mereka seperti memuntahkan api, bertukar menjadi ais, atau menggunakan pedang.

Keperibadian: Sangat ceria, sukakan makanan, suka tidur, tetapi merupakan wira yang kuat.

Trivia Menarik: Nama "Kirby" dinamakan sempena seorang peguam, John Kirby, yang pernah menyelamatkan Nintendo daripada saman hak cipta berkaitan Donkey Kong.

Punya comel macam ni di tuduh ganas. Boleh beli sekor plush ni buat peluk peluk kat Shopee


Ikut dari pembacaan watak kirby tidak ganas mustahil menjadi punca &  mempengaruhi budak tu. Apa aku baca yang viral kat social media katanya dia juga ambil vape. Vape sekarang ada flavour dadah sintetik yang boleh budak budak jadi khayal & berhalusinasi seterusnya mejadi ganas. Jadi bukan sebab kirby dan bukan sebab dia autisme dia bertindak sampai macam tu tapi mungkin sebab pengambilan vape ni juga. 

Autisme tak salah cuma kebetulan sahaja. Jadi jangan letak autisme sebagai punca. Anak aku pun autisme lebih kurang sebaya budak ni juga. Tak ganas pun. Elok je behave duduk dengan aku ni. Kalaulah sebab autisme dah tentu anak aku pun ganas. 

Moral of the story tak kira anak kita normal atau autisme pantaulah apa mereka buat, tonton & bergaul. 

Comments