Blogger ni tetiba jadi misteri.. Tak siapa tahu siapakah gerangan orangnya. Macam mana rupanya. Siapa dia? Anak sapa? Manusia ke jin? Perempuan ke lelaki? Hanya yang ada kata2 puaka.. hot & spicy. Seram, ganas, ngeri.. Amboi over sangat dah kot intro. sikit2 sudah la kau buat kontroversi katanya... hahahahaha
Sumber google
Rupanya ramai tak kenal.. aku pun tak tahu. Ingat orang dah biasa nampak gambar2 dia pernah upload.. rupanya ramai tak perasan akan kewujudan gambar2 dia di media sosial. Nampak sangat la orang tak berapa kesah tapi kesah jugak pasal blogger ni.
Hari tu lepas keluar artikel pasal blogger melekit ni.. kat blog retis bro Framestone baru aku tau bukan je admin blog retis ni yang tak pernah tengok rupa Suria Lekatlekit malah ramai lagi tak tahu macam mana rupa blogger Lekatlekit ni. Dulu masa blog aku views tak berapa meriah, nama pun tak berapa jadi kontroversi, haters pun tak berapa banyak apatah lagi fans memang takde lah.. Aku memang rajin jugak jual muka kat blog & FB. Yang mana follow blog aku dari awal, depa memang pernah tengok gambar2 aku. Bila dah keluar produk penyambung keturunan.. aku mula slow slow... menghaibkan wajah aku di alam maya. Nak2 lagi aku semakin di kenali dengan penulisan berpuaka.. so, kena misteri sikit baru seram ye dak? kekekkekeke... tapi bukan la tu sebabnya aku mem private kan semua wajah2 seram aku ni. Bukan pasal takut di kecam sebab penulisan lantang aku, tapi memikirkan kebaikan & keburukkan yang terlalu banyak boleh berlaku maka takpe la.. Tak payah extreme sangat la tayang muka. Lagipun aku di dunia blog sekadar menjual ayat bukan menjual muka.
Bukanlah kata.. misteri sampai orang tak tahu manusia ke jin. Ada jugak la satu dua aku upload muka puaka aku kat IG & blog.. bergantung kepada keperluan. Ada yang sebab review yang maybe rasa perlu aku guna muka aku & takde pilihan lain, so aku guna la jugak even kadang2 ada terselindung la. Takde la 100% tayang sangat. Lagipun aku bukan tahap comel macam Yuyu Zulaikha.. nak jadikan muka sebagai pelaris blog kan. So, kelebihan aku bukan la kat rupa.. aku rasa kelebihan aku maybe pada penulisan je kot. So, aku pilih untuk lebih mengetengahkan penulisan aku dari rupa aku.
Pernah atau tak hangpa tengok muka berhantu aku ni.. Yang pasti aku bukan 'Fake'. Kewujudan aku bukan jenis manusia yang baling batu sorok tangan. Yang bukan jenis bertukar tukar identiti macam sesumpah bila rasa terancam. Aku tetap la aku.. kau suka ke, kau meluat ke, kau nak rasa apapun.. tetap la aku kat sini bersama blog melekat lekit aku ni. So, takde masalah aku nak privacykan wajah aku sebab aku buat buat tujuan nak menyusahkan orang pun. Aku buat untuk protect diri aku.
Lagipun dari awal berblog.. target aku adalah orang membaca apa yang aku tulis bukan setakat nak tengok muka aku je. Aku bukan menulis sekadar untuk syok sendiri. Itulah kepuasan aku bila menulis di blog bila ada orang yang baca. Aku tak nak hipokrit macam sesetengah blogger.. konon menulis untuk diri sendiri tapi kemain cari populariti. aku memang nak popularkan penulisan aku tapi bukan diri aku. Sebab tu aku tulis blog. kat luar aku lebih selesa orang tak kenal aku sebagai blogger.
Jadi.. Inilah cara berblog aku setakat ni. Akan datang mungkin berubah, aku tak berani nak cakap sombong sangat la. Untuk setakat ni, sememangnya aku lebih selesa jadi blogger macam ni. Cukup sekadar kau kenal penulisan di blog aku tak perlu kenal sangat la rupa aku atau kehidupan peribadi aku.