Showing posts with label rm50. Show all posts

HANYA DENGAN 1 KOMEN DAPAT RM50 DARI DENAIHATI

HANYA DENGAN 1 KOMEN DAPAT RM50 DARI DENAIHATI. Pembukaan september ni nampaknya membuka senyuman seluas luas angkasa. Mana tidaknya... Tengok nuffnang earning rancak membiak.. 8share pun macam biasa la earning dia sentiasa subur sebab aku kan rajin buat post, chrupchrup pun tak nak kalah nak tunjuk kesuburan dia.. tup tup... Denaihati Ilhamku pulak umumkan aku antara tersenarai 5 pengomen terawal di salah satu entri di blog beliau & berjaya merangkul hadiah berupa RM50. lepas jugak nak beli satu produk bio essence ni. hahahaha


Macam mana nak menang RM50. Pastikan anda letak link url blog denaihati kat bloglist baru senang nak baca entri terkini. Mana tau rezeki dapat jadi pengomen terawal dapat la RM50. RM50 bukan sikit.. Bukan senang orang nak bagi. Komen pun bukan di pilih berdasarkan komen kreatif ke terbaik ke hapa.. Cuma jadi 5 pengomen terawal je. Senang kan?? Tapi tak tau bila lagi tawaran macam ni akan ada tapi janji Denaihati banyak lagi hadiah menarik untuk pembaca blog Denaihati di hujung tahun ni.



Apapun terima kasih kepada pihak Denaihati atas pemberian hadiah RM50 ni. I pun dah lama tak merasa menang apa2 dari blog. Yelah.. spesis malas nak join contest atau GA bagai.. Almaklum la rumit sangat syarat2 GA & contest sekarang. Kontot jari I nak like & follow macam2 blog & fanpage. Dah la jari I secara semulajadi memang kontot2 macam tuan dia jugak. hahahahaha

Moral of the story... Yakin & percaya rezeki tu dari Allah.. terus berusaha, Insya Allah ada bahagian kita sebab rezeki ni Allah nak bagi dalam pelbagai cara & sumber. Kata kunci dia tetap kena cuba & usaha selebihnya doa & tawakal kepada Allah.

AWAS! JANGAN KUMPUL EARNING 8SHARE LEBIH DARI RM50

AWAS! JANGAN KUMPUL EARNING 8SHARE LEBIH DARI RM50. Tu dia tajuk entri memang warning kaw kaw punya. Memang bahaya sangat katanya. Sebelum 8sharer lain terkena adalah lebih baik aku bagitau kat hangpa siap2 sebelum hangpa menanggung rugi & sakit hati yang tiada sempadan. Permainan 8share memang licik, hokay! Dua kali aku terkena memang rasa nak menyumpah seranah je tapi kali kedua ni rasa lebih tenang sikit berbanding kali pertama kena. Sebab rasanya aku dah boleh baca trick 8share so bukan sesuatu yang mengejutkan sangat la.


Dulu earning aku pernah kena reject & hampir2 di rampas 8share dengan alasan fraud. cara perkongsian aku katanya melanggar syarat & peraturan 8share biarpun tak di beritahu secara jelas kat ruangan do & don't. Aku fight jugak la.. penat2 aku kumpul earning 8share tetiba kau nak ambil camtu je. Pantang berundur kecuali mak panggil balik katanya.. Aku tetap pertikaikan semua tuduhan 8share dan akhirnya 8share mengalah mengaku kelemahan mereka & bagi balik earning aku yang kena hold sekejab tu.



Lepas tu aku pun share la macam yang di bolehkan. Aku ni gigih la buat post iklan 8share.. alih2 nak cashout reject alasan fraud buat kali kedua. Bukan aku sorang je kena macam ni malah ada blogger lain yang kena perkara yang sama. Normally yang earning beratus la. Bawah pada seratus kebanyakkan selamat.


8share punya term & condition.. dorang akan bagitau cara perkongsian korang salah bila korang request cashout je. Sebelum tu memang dia buat rilex.. wat peace kata bebudak zaman sekarang. berbanding chrup2.. dia detect korang salah terus email bagitau. 8share memang dia punya trick paling keji bagi aku.. Sebabnya dia tunggu je kita kumpul sebanyak yang boleh dah request cashout masa tu la kita akan tahu samada cara perkongsian kita salah atau tidak pada mereka. Selagi kau tak tekan butang cashout selagi tu kau takkan tahu cara kau berkongsi iklan tu salah atau betul. earning kau terus naik & naik sampai kepuncak lepas tu hati kau akan hancur bila tahu cashout kau kena reject.

Jadi pada korang yang masih nak mencuba cari side income dengan 8share jangan kumpul banyak2 sangat earning korang. Cukup RM50 cashout. Kalau korang tengok earning korang dah cukup RM50 tapi belum sampai tarikh cashout stop la dulu share iklan 8share. Takut nasib tak baik tetiba cashout 8share cakap reject sebab fraud clik. At least kalau reject setakat RM50 tu tak la rasa meraung sangat. Tunggu cashout dah verify baru share balik iklan. 8share memang dok target golongan earning yang lebih dari RM100 sekarang. 8share buat duit topup je. Tak payah berangan sangat nak kumpul banyak2 nanti ada je alasan depa nak reject.

Moral of the story.. ambil langkah selamat jangan jadi macam aku hanya dapat penat.

P/S : Zaman ringgit jatuh nilai ni semua orang nak save budget. Even kena reject tapi earning still naik. Yelah.. kan aku buat post entri iklan 8share. Selagi orang baca & clik link iklan tu selagi tu la 8share dapat benefit aku dapat tengok je la. Habis tu je cara yang di bolehkan berkongsi iklan 8share kat blog tapi tetap la kena reject dengan alasan fraud. Macam review produk @ service jugak la orang bayar sekali tapi post kekal dalam blog. Untung tak? So sesapa berminat nak beriklan,review di blog lekat lekit mai PM kat FB atau email je.


BANGLO BERHANTU RM50 KINI JADI PUSAT ASUHAN KANAK KANAK

banglo yang terkenal dengan kisah seram sekumpulan budak Universiti yang pernah menyewa kat situ dengan sewa yang sangat murah iatu RM50 berakhir dengan trajedi seram & dari cerita yang tersebar & kesahihannya tak pasti.. ada yang mati dalam kejadian malam pertama depa tinggal kat situ. Alahai.. nak cerita panjang2 rasa ramai dah tahu kot cerita pasal banglo berhantu RM50 kat shah alam tu kalau tak tau sila guna khidmat bomoh google yer...

Wajah seram sebelum di touch up cecantik. (sumber google)

Terbaca kat Blog Hisyamuddin katanya sekarang dah di jual kepada seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa. Sekarang dah tak menyeramkan & usang lagi. Segala gambaran2 misteri & mistik yang di lihat kat rumah tu pun dah di bersihkan.. di cat.. di renovate cecantik.. (boleh tengok kat blog shakiddo.com untuk lihat wajah baru banglo berhantu RM50 ni) Hantu2 yang katanya pernah ada kat situ je aku tak sure dah pindah ke belum. Maybe dah kena halau la kot.. lama tinggal kat situ tak bayar sewa, orang sewa dia menyakat.

Bagus jugak la banglo tu di beli & renovate semula.. Tempat2 yang terkenal dengan kisah seram & mistik ni selalunya jadi port kaki2 khurafat & syirik selain geng2 paranormal yang gigih cari hantu. Aku pernah la jugak lalu jalan berhampiran banglo tu dulu.. tapi masa aku lalu kat situ dok lagu tu lagi.. Baru lagi kot di bersihkan & di cantikkan.

Hope selepas di jadikan pusat untuk pelajar luar negara tu berkumpul kisah mistik & seram yang pernah di kaitkan dengan banglo tu pun tak ada lagi lepas ni. Jin & syaitan pun makhluk Alllah.. depa pun ada kelemahan so tak mustahil boleh di usir dari penempatan manusia. Jadi.. kisah hantu di banglo RM50 kini hanya tinggal kenangan...


KISAH BANGLO BERHANTU RM50 DI SHAH ALAM DI FILEMKAN

Musim cerita hantu kembali memeriahkan filem tempatan. Selepas penanggal.. bakal muncul filem yang di adaptasi dari kisah banglo di shah Alam yang katanya berhantu & di sewakan dengan harga yang murah iatu RM50. Rasanya ramai yang pernah baca kisah seram sekumpulan pelajar lelaki yang pernah menyewa tak sampai 1 hari pun kat banglo tu & mengalami kejadian misteri & seram sehingga mengakibatkan kematian. Kalau korang nak tau kisahnya nanti korang google la yer...

Inilah gambar banglo yang di maksudkan..

Yang den nak cerita ni pasal kisah ni dah di filemkan. Rentetan daripada kisah itu, M Jamil membawakan sebuah filem Rumah Sewa RM50, yang digarap semula berdasarkan kisah tersebut. Wah bunyi macam best je kisah ni di filemkan. Dari cerita yang di sebarkan kat internet memang agak seram tapi bila di filemkan ni kena tunggu filem keluar dulu la baru boleh nilai. Hope.. takde seram hanya pada tajuk.. tapi bila tengok sedih gitu. Sedih  bukan pasal cerita sedih.. tapi cerita seram yang tengok tengah malam pun feel seram tu takde. Memang menyedihkan.
M.Jamil

Terus terang tak sabar jugak nak tunggu filem ni keluar dalam pada masa yang sama harap tak mengecewakan sangat la filem ni. Semoga berjaya M.Jamil..

Sumber Sinar Harian

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com