KISAH BANGLO BERHANTU RM50 DI SHAH ALAM DI FILEMKAN
Musim cerita hantu kembali memeriahkan filem tempatan. Selepas penanggal.. bakal muncul filem yang di adaptasi dari kisah banglo di shah Alam yang katanya berhantu & di sewakan dengan harga yang murah iatu RM50. Rasanya ramai yang pernah baca kisah seram sekumpulan pelajar lelaki yang pernah menyewa tak sampai 1 hari pun kat banglo tu & mengalami kejadian misteri & seram sehingga mengakibatkan kematian. Kalau korang nak tau kisahnya nanti korang google la yer...
Yang den nak cerita ni pasal kisah ni dah di filemkan. Rentetan daripada kisah itu, M Jamil membawakan sebuah filem Rumah Sewa RM50, yang digarap semula berdasarkan kisah tersebut. Wah bunyi macam best je kisah ni di filemkan. Dari cerita yang di sebarkan kat internet memang agak seram tapi bila di filemkan ni kena tunggu filem keluar dulu la baru boleh nilai. Hope.. takde seram hanya pada tajuk.. tapi bila tengok sedih gitu. Sedih bukan pasal cerita sedih.. tapi cerita seram yang tengok tengah malam pun feel seram tu takde. Memang menyedihkan.
Terus terang tak sabar jugak nak tunggu filem ni keluar dalam pada masa yang sama harap tak mengecewakan sangat la filem ni. Semoga berjaya M.Jamil..
Inilah gambar banglo yang di maksudkan..
M.Jamil
Sumber Sinar Harian
Kakpb rasa baru ni ada tayang drama/telemovie Banglo apa tah tajuknya. Pelakonnya Hairul Azreen. Kisah yg sama juga. Masalah filem melayu ni kekadang seramnya tah hape2. Tak real.
ReplyDeletetak sanggupnak layan cerita seram2 ni... nnt nak g toilet tgh malam pun pikir 5,6 kali.. huhu
ReplyDeletesaya ada tengok rasa drama ni dekat astro
ReplyDeletesaya tak pernah tengok cerita seram dekat wayang
jenis penakut...hehe =)
makin byk cerita rumah berhantu.
ReplyDeletesalam Mummy Lala,,
ReplyDeletepernah terbaca kisah ni dlm mastika..
tak tau la true story or tidak..
nk difilemkan pulak..? hihi..harap meletop2 kat panggung..