Showing posts with label cerita dalam kain. Show all posts

BAHAGIA SAMPAI KELUAR CERITA DALAM KAIN

Melihat keterbukaan kaum hawa ni dalam menulis di laman sosial termalu seketika sang lekit. Kalau boleh, abis setiap inci apa yang ada kat badan nak cerita. Dari hujung kaki sampai hujung kepala. Nak2 lagi yang tengah berbahagia dengan pasangannya. Orang kata gurau laki bini ni kadang2 ada gurauan sensor2.. Tu biasa la. Dah jadi laki bini, biar la dia nak usik apa2 pun kat badan bini dia. Jangan sampai jadi penderaan fizikal & mental sudah la.

Tapi perlu ke kau cerita kat orang semua yang kau gurau, cerita & bincang dengan laki kau?? Laki kau nak cakap aset kau macam mana pun biarlah jadi rahsia korang berdua jer. Laki kau tak marah ke ko dok canang kat orang pasal apa yang dia cakap kat kau even bergurau pun?? Laki kau tak marah ke kau dok bagitau kat semua orang buah dada kau size berapa, punggung kau berapa lebar?? Itu sepatutnya jadi rahsia.. Baru la dia rasa dia je yang tahu size apa, warna apa & bentuk macam mana semua yang terselindung di sebalik pakaian kau tu.

Tahu la mereka2 itu sedang menyatakan kebahagian mereka.. Tapi tak perlu la over sangat sampai hilang 'Kemaluan' di khalayak ramai. Kami kami ini pun dah berlaki, kami kami ini pun bahagia & kami kami ini pun menikmati kehidupan rumahtangga yang macam kamu kamu itu tapi kami kami ini masih ada rasa malu untuk bagitau orang lain komen laki kami kami ini tentang aset2 di badan yang kami ada. Jadi kamu kamu itu.. pupuk la sifat malu sikit. Jangan rasa diri tu terlalu moden sampai berbogel walau berbaju. Kenapa berbogel walau berbaju?? Sebabnya kalau dah semua aset2 dalam kain cerita kat orang, maka takde apa lagi rahsia walau kau berbaju jubah besar gedabak pun orang tahu kat dalam tu size apa.. kan??

Bagi sang lekit orang spesis macam ni.. Masa bahagia dia bagitau la kelebihan dalaman laki dia.. Bila dah tak bahagia tak mustahil semua kekurangan dalam kain laki dia akan di canang seantero dunia. Betul tak?? Yelah.. bagi dia tiada apa yang perlu jadi rahsia. Semua boleh cerita.. konon open minded la sangat, kan??

Moga jadi pengajaran pada semua juga diri sendiri agar selalu beringat di kala menaip sesuatu di laman sosial tak kira blog, FB, twitter.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com