Showing posts with label uji. Show all posts

INI YANG BERLAKU BILA BUAT UJIAN KEHAMILAN GUNA TERMOMETER

INI YANG BERLAKU BILA BUAT UJIAN KEHAMILAN GUNA TERMOMETER. Tak pernah terfikir kan kita nak guna termometer untuk buat pregnancy test atau ujian kehamilan. Tapi bagi sesetengah pasangan baru kawen ni mungkin benda tu sesuatu yang baru dalam hidup depa.. Nak2 lagi ada orang masih belum terbuka nak tanya atau cakap perkara perkara macam tu dengan orang lain. Masih ada perasaan malu yang kuat dalam diri mereka membuatkan mereka ambil keputusan cuba mencari penyelesaian sendiri..


Maka berlaku la kes Buat ujian kehamilan kat rumah guna termometer. Aku pun tak mau la gelakkan orang sangat sebab tak mustahil orang yang jenis malu bertanya ni akan buat kesilapan macam ni. Sebab pertama kali nak check sama ada pregnant atau tak selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga ni.. serius masih yang anggap benda tu satu isu yang sensitif. Yelah baru kawen la katakan..

Tapi bila tengok viral ni.. Cuba tahan gelak pun tetap aku tergelak. Salah faham maha besar berlaku nasib baik la dia rasa nak merujuk jugak dengan kawan dia. Kalau dia buat spekulasi sendiri.. tuduh bini dia bukan2 dari keputusan ujian kehamilan guna termometer tu tak ke jadi masalah besar pada rumahtangga dia yang baru je berusia 3 bulan tu. Hahaha.. Tu nasib baik yang keluar 36.. kalau tetiba termometer tu keluar digit 20.. confirm dia anggap bini dia dah mengandung 20 minggu. Boleh timbul syak wasangka jugak tu. Tapi kalau 36 minggu tu mungkin la dia rasa tak berapa logik tu dia refer jugak kawan dia...


aku tak rasa sesuatu yang pelik kalau salah faham macam ni berlaku sebab memang Alat ujian kehamilan yang digital sekarang ni nampak nak sama macam termometer pun. hehehehe

Sekali pandang memang macam termometer jugak Alat Uji Kehamilan Digital ni kan?


Moral of the story.. Malu bertanya tersalah beli termometer untuk buat pregnancy test kat rumah. hahahaha

CARA BUDAK SEKARANG NAK UJI IMAN BOYFRIEND DENGAN SENTUH KEMALUAN

CARA BUDAK SEKARANG NAK UJI IMAN BOYFRIEND DENGAN SENTUH KEMALUAN. Mak bapak di luar sana... mesti mengucap dua kalimah syahadah nak2 lagi yang ada anak dara sedang meningkat remaja ni. Tak bagi bersosial memberontak.. Dah bagi sedikit kebebasan mereka berkawan.. Mula la bukan bukan di buatnya. Yelah.. kita pun biasa muda remaja.. biasa nakal.. Faham sangat la dalam umur macam tu memang fasa fasa nak kebebasan yang tanpa batasan. Kalau di sekat mula la rasa macam di kongkong.. Mak bapak tak memahami bagai. Hehehehe...

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google
Dua hari lepas kot.. ada la ternampak satu status mungkin dia copy paste ke hapa.. Konon nak test tahap mana keimanan boyfriend try usik/sentuh kemaluan si boyfriend. kalau dia tepis atau elak maka lelaki tu lelaki yang baik la. Boleh di buat calon suami.. Aduhai.. Macam tak ada rasa segan silu budak perempuan sekarang nak tulis apa2 kat status media sosial tu kan? Kita yang terbaca ni pulak tolong rasa malu.


Bagi hakak la kan.. Dik kalau makwe korang test korang macam tu baik kau tinggalkan je dia. Nampak sangat la dia kurang 'kemaluan'. Tengah dok cinta monyet lagi ni dah buat perangai pegang2 kemaluan orang..  Tapi kalau hangpa pun jenis layan confirm la hangpa tak lepaskan peluang keemasan kan?

Kadang2 tengok adik2 yang dok kena troll atau viral dengan page KHK tu semua bertudung litup bagai.. Nak salahkan KHK pun tak boleh sapa suruh hangpa tak reti malu dok up status bukan bukan. Ada bagusnya KHK dok troll atau Viral kan.. At Least jadi pengajaran pada orang lain jugak. Jangan nak tulis benda2 tak senonoh kat media sosial ni walaupun sekadar bergurau. Betul la bukan semua yang dok tulis benda tak senonoh tu buat perkara tersebut tapi apa yang di tulis tu memang nampak macam awak awak tu perempuan cheap sangat. Kalau tak ada yang buat macam tu mungkin semakin bersepah budak2 dok buat status merapu yang memalukan diri sendiri & keluarga.

Pada adik adik yang rasa bosan sangat cuti sekolah dari dok mengadap FB & muat turun status bukan bukan tu ada lagi bagus korang berhibur dengan benda2 macam ni >> Hiburan Untuk Sepanjang Cuti Sekolah Yang Korang Boleh Dapat Hanya Dirumah Melalui Astro << At Least takde la adegan nak test iman pakwe pegang kemaluan bagai.

Moral of the story.. bersyukur la kita dari zaman remaja yang bebas dari media sosial tapi tu la mencabar jugak nak membesarkan & mendidik anak di zaman media sosial ni kan? Kecik2 senang nak control..Bila mula pandai buat hal sendiri ni yang agak susah.

KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA

KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA. Kalau dah nama kawasan perkuburan ni tak kira perkuburan apa bangsa & agama pun mesti terselit jugak kisah2 seram,misteri & mistik. Memang sinonim.. kubur je ada hantu. Bukan point kat satu bangsa jer... semua bangsa & warganegara ada kepercayaan macam tu. Sebab kalau dalam filem2 seram tempatan atau luar negara memang ada yang mengaitkan kawasan perkuburan dengan kejadian mistik yang melibatkan makhluk halus atau orang melayu gelar hantu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kadang2 terhibur jugak baca kisah2 seram yang berlaku kat kawasan tanah perkuburan ni. Bukan la kata baca tu sebab taksub sampai lebih takut pada jin & syaitan melebihi Allah.. Cuma aku memang suka baca & tonton cerita seram. Dah jadi satu hiburan bagi aku. Nak buat macam mana taste aku ter arah kepada perkara seram. Nasib baik dah kawen gamaknya kalau bujang ntah2 join team seekers ka hapa tak tau la... Amboi macam berani sangat kau lekatlekit. Setakat layan dvd filem seram je kau tu...

Terbaca kat satu forum ni bebudak kat situ dok share pengalaman seram depa kat jirat cina.. ada yang saja cari penyakit dok buat aktiviti paranormal ada yang tak sengaja terserempak dengan makhluk2 tu.. antara kisah yang di kongsi pelayar forum tu adalah...

Kisah pasal sekumpulan 5 budak lelaki yang terlebih berani katanya. Konon nak uji keberanian la. Pergi kat satu jirat cina yang terkenal dengan kisah2 orang di sakat makhluk halus kat situ. Nama je makhluk halus tapi yang menjelma tak halus sangat la.. Tak tau la kenapa orang panggil makhluk halus. nanti la aku kaji balik... ok ok.. berbalik kisah budak 5 orang tadi. Depa pergi dengan satu kereta. 4 dalam kereta sorang kena duduk dalam bonet. Yang duduk dalam bonet konon paling berani la jadi volunteer nak duduk dalam bonet. Dia tak tau azab bakal dia tanggung lagi. Maka bergerak la budak2 takde kerja berfaedah nak buat ke jirat cina tersebut. Sesampai di sana.. jam lebih kurang 1 pagi. Kalau pukul 1 tengahari pergi jirat cina berhantu macam tu tak mencabar la kan. Kereta di pandu perlahan lahan melalui kawasan jirat cina tu. Memang suasana agak seram sebab jalan kat situ gelap giler.. Kalau cerah benderang tak feel la seram. Bila sampai je kat tengah2 kawasan jirat cina tu, semua stanby. Pintu tingkap kunci rapat & enjin kereta di matikan. Maka depa lepak2 dalam kereta sambil buka cerita seram. Lebih kurang setengah jam macam tu dok borak.. Yang memandu tu reverse kereta lebih kurang 1 meter dari batu di jirat cina tersebut. Kemudian Dia buka bonet belakang. Salah seorang yang duduk dalam bonet tadi slow buka bonet tu.. Dia pun sebenarnya tak tahu pun dia kat mana. Lepas buka bonet tu tetiba dia jerit suruh kawan2 dia blah cepat. Katanya dah tak tahan. Tak tau la tak tahan nak berak ke nak kencing ke atau tak tahan tengok something yang menyeramkan. Yang dalam kereta mula cuak.. apa lagi kelam kabut la start kereta nak berambus dari situ. Tapi malangnya kereta pulak tak boleh gerak lepas start.Dah sudah.. Jin apa pulak yang landing atas kereta sampai tak boleh gerak katanya. Kalau setakat Jin Tan Manis.. rasanya hembus jer terbang la dia. Ni mungkin JinTabota ke hapa tak tau la.. Tapi pasal jin tu cuma spekulasi jer.. Yang drive tu suruh la kawan2 dia turun tengok apa yang buat kereta dorang tak boleh gerak. Kawan dia bagitau katanya tayar tenggelam dalam tanah. Dah tayar pulak tenggelam pulak.. dia suruh kawan2 dia keluar tolak kereta tapi sorang pun tak berani. Masa nak datang konon nak uji keberanian tapi belum keluar Jin mata toncet dah semua pancit dalam kereta sebab takut. hahahaha... Jadi solution yang ada semua keluar tolak kereta. Jenuh jugak nak menolak kereta macam tak logik je berat yang di tanggung tu. Tiba2 salah seorang tu rasa macam ada something tolak dia dari belakang bila dia toleh terus terpandang tokong cina dalam satu kedai yang seolah olah memandang tepat pada dia. Apa lagi berdesup dia masuk kereta.. Yang lain2 tengok dia masuk kereta, apa lagi mendesup jugak la masuk walau tak tahu apa apa. Lepas kereta yang boleh jalan mereka pun bergerak la meninggalkan jirat cina tersebut. Lepas dah jauh sikit dari jirat cina tu.. dari luar pagar yang drive tu tengok balik kat tempat tayar kereta depa tenggelam tadi. Akak ponti elok je lepak atas batu kat sini.. Patut la berat semacam rupanya ada makhluk halus yang tak berapa halus. Apa lagi..maka di pecut selaju mungkin agar segera sampai kerumah. Bila sampai je kat rumah dia pun tanya la kawan yang duduk dalam bonet tadi kenapa jerit suruh blah lepas buka bonet... menurut cerita penghuni bonet kereta tu dia nampak lutut pontinak berpakaian serba putih lepas dia buka bonet kereta. Tu baru nampak lutut kalau nampak dia senyum gamaknya koma dalam bonet kereta. hehehe

Begitulah kisah 5 budak nakal yang konon nak menguji keberanian akhirnya kecundang dengan akak pontianak. Baru akak ponti sakat2 manja belum akak ponti beramah mesra dah macam lipas kudung memasing.

Moral of the story kalau dia tak cari kita.. tak payah la acah acah berani cari dia. Biar dia dengan dunia dia kita dengan dunia kita.

ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC

ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC. Confirm sentap orang bandar baca tajuk entri aku kan? tapi nak buat macam mana.. rata2 aku dok tengok orang yang rasa dia budak bandar sangat walau duduk kat Paya jaras je pun suka buat2 jakun benda2 yang kita rasa takde sebab dia nak rasa macam teruja sangat macam selama umur dia.. dia tak pernah jumpa. Bukan Tempat yang dekat dengan KL ni semua bandar je. Tak payah feeling macam orang datang dari planet sangat la bila jumpa kampung yang berada di kawasan luar bandar atau jauh dari bandar.

Ada orang walaupun tak berapa bandar mana pun tempat dia lahir & membesar tapi dia punya feeling macam budak bandar tu agak melampau lampau. Buat2 Jakun tengok sawah padi. Tu ok la.. Yang buat cempeqa jumpa sungai paling tak boleh blah. Macam la kat Key el tak pernah ada sungai. Dekat2 Kl ni melambak kot sungai. Punya nak tunjuk bandarnya dia macam dia lahir & membesar dalam KLCC jer... hahaha. Tak pernah pergi beriadah kat kawasan2 yang penuh dengan alam semulajadi. Padahal ulu yam.. sungai pisang.. apa nama sungai kat selayang baru2 ni aku pergi pun lokasi bukan jauh sangat dari bandar. Selama dia membesar mak dia bawak beridah dalam mall je ke? hahahaha


Aku mengaku terang terang aku lahir & membesar di kampung. Aktiviti aku buat masa kecik2 pun tak jauh beza dengan budak kampung lain. Sebab tu aku sentiasa ada idea update blog. hahahaha.. kreatif katanya (statement minta kena pijak dengan orang bandar ) yelah.. budak2 kampung ni main dengan pasir,lumpur, sungai,rumput,hutan bagai kan.. So, benda2 macam tu kan membantu merangsang perkembangan otak kanak kanak. Penting tau benda2 tu dalam perkembangan kanak kanak ok! Anak aku yang ada masalah sensory ni pun therapist suggest main benda2 macam tu. Biar comot tapi meransang otak.

Jadi budak bandar ni sebenarnya bukan best sangat pun.. Aku tengok rutin anak aku tak best langsung. Banyak masa habis kat dalam rumah.. Paling2 pun main kat playground. Terhad sangat aktiviti dia. Tak macam aku dulu.. segala bukit bukau kami daki. Sungai kami redah. tak payah swimming pool

Tapi yang perasan bandar walau tak berapa bandar sangat kalau nak tahu kau memang betul2 budak bandar atau tak meh test kat sini >> Nak tahu samada anda betul budak bandar atau kampung, test kat sini << Bandar ke tidak kau nanti kau dapat jawapan. Kalau jawapan kau tak berapa nak membandar sangat, sedarlah sebenarnya kau pun ada kampungnya. Hahahaha

Apa nak malu jadi budak kampung & apa nak bangga sangat jadi budak bandar. Dua2 pun ada keistimewaan & kekurangan masing masing. Tapi aku rasa bertuah sebab di lahirkan sebagai budak kampung kemudian dewasa kat bandar katanya.So, aku dapat rasa dua2 kehidupan. tapi sebagai anak kampung bila rasa terlampau lama kat bandar memang akan rindu suasana kampung. Memang di kampung sebenarnya lagi best.

PRANK 'DIANA' MUNGKIN BUAT PASANGAN BERGADUH BESAR

Kang ada pulak mencebik.. dia tu memang. semua tak boleh! Semua mudarat! Nak melawak pun tak boleh... Keras kejung la kau kat situ!! Apa orang buat semua salah.. dia jer betul! Cemuih aiih.. dengan lekatlekit ni. Mari kita boikot sampai blog dia tutup...

Amboi marah sungguh noh hangpa dengan blog lekat lekit.. tak bagi peluang cheq nak explain seribu patah kata.

Mula - mula aku tak paham jugak tetiba nama diana ni jadi sebutan seluruh rakyat jelata alam Maya. Maka aku menilik la dalam geluk 'google' katanya nak cari apa kes dengan 'Diana' ni? Dia nurse ke? Sebab dok tengok prank2 pasal diana ni semua berkaitan dengan kemalangan kemudian diana datang membantu...

Rupanya nama 'Diana' ni di gunakan untuk menguji tahap kecemburuan pasangan.Bermula dari seorang insan membuat satu post untuk mengambarkan betapa cemburunya seorang perempuan & menggunakan contoh nama diana.. Maka yang lain2 pun berpusu la try bereksperimen dengan pasangan masing2 menggunakan nama 'Diana' ni.


Tapi kan.. Memang best prank pasangan tengok betapa kuatnya cemburu. Yelah.. orang kata cemburu tanda sayang, ye dak?? Tapi hati2 tak semua orang faham pasal prank 'Diana' ni. Kena jenis pasangan memang tak bersosial di laman sosial maybe boleh mencetuskan pergaduhan besar hanya kerana gurauan macam ni. Nak explain pun susah kalau dia mula syak wasangka. Satgi kita kata prank je.. dia tak caya. Mampuih.. nak explain.


So, nasihat aku sebelum nak prank pasangan korang tak kira la dengan nama 'Diana' @ 'Daniel'.. kena tengok jugak pasangan hangpa tu jenis macam mana. Kalau jenis susah nak percaya, terlampau cemburu tahap buta mata kasar & hati tu.. cari lawak lain la. Tak payah dok cari pasal sangat la. Kalau jenis pasangan sporting boleh bawak gurau sampai ke surau.. ok la. Bukan apa takut nak bergurau jadi bercakau.. Time tu takde 'Diana' boleh tolong selamatkan.

Moral of the story... Limit lawak bagi setiap orang tak sama.. Jadi pepandai la tahu limit lawak yang pasangan hangpa boleh terima. Kalau aku.. banyak lagi lawak lain boleh berlawak dengan asben aku dari dok prank diana daniel bagai ni.. Tak kuasa Mak nak layan katanya. Prank biasa laki aku buat menyamar jadi operator TM.. Tu pun aku dah tak terpedaya. hahahahaha


Yang menarik
Sapa kata minum kopi tanpa gula @ krimer tak sedap. Ada cara nak bagi sedap & manis.. Nak tau caranya meh tengok kat sini >>  >>  Selain Krimer & Gula, Nikmati Variasi Kopi Baru Dengan 6 Bahan Mudah Ini! <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com