Showing posts with label nama panjang. Show all posts

CIKGU SHIDA KOMPLEN NAMA ANAK MURID PANJANG

Orang kata tak suka tak semestinya benci. Tak suka tak semestinya asyik pandang buruk jer walau ada yang baik juga dalam dirinya. Orang kata walau selalu tak sama pendapat tak semestinya takde satu pun perkara yang ada persamaan pandangan. Macam tu la sang lekit umpamakan sang lekit VS cikgu shida ni.

Kali ni sang lekit setuju dengan cikgu shida. Apa yang cikgu shida cakap kat status FB dia yang satu ni memang betul. Sebagai cikgu memang tu salah satu masalah jugak. Nama anak murid berjela jela panjangnya.

 Kesian cikgu shida nak menaip nama anak murid yang panjang2. agaknya sorang anak murid berapa minit nak menaip yer..

Nama panjang berkajang ni yang sang lekit perasan mula popular tahun 90an. Kalau boleh satu keturunan tu dia nak berkait kait nama tu dalam nama anak dia. Sudahnya panggilnya gegurl @ boboy saja. Tapi dalam surat beranak sampai tak cukup ruangan nak tulis. Tu baru surat beranak tak lagi borang2 lain. Orang kata sampai tak cukup kotak la nak isi huruf2 nama anak dia tu.

Bukan saja takde manafaatnya nama panjang2 ni.. juga menyusahkan orang lain contoh macam cikgu. Nak isi itu ni untuk anak murid.. bila dalam kelas nak menyebutnya panjang lebar. Maunya bersimpul lidah. Ada tu nama ala2 mat saleh gabungan melayu. Keju + Belacan punya nama. Orang tua2 nak sebut pun bunyi lain macam dah. kan??

Biarlah nama tu ringkas.. mudah di sebut & ada makna yang baik. Senang nak panggil kan?? Dah tu jika makna dia baik.. hari2 kita panggil nama dia, seolah2 mendoakan kebaikkan untuk dia juga hari2. Nama panjang2 ni banyak keburukkan dia.. walau gabungan nama dari makna yang baik2.. tapi boleh jadi takde makna atau makna jadi sebaliknya bila panggilan tu di pendekkan. Tu memang ada terjadi. Jadi pada bakal2 ibu tu.. pilih la nama yang sedap di panggil, baik maknya supaya tak menyusahkan orang lain 1 hari nanti. Yang dah terlajak bagi nama tu takpe la.. mungkin masa tu terikut2 dengan trend karang nama anak berkajang2 kan.

P/S : entri ni sekadar pandangan peribadi tak berniat nak menyindir atau menyakitkan hati mana2 pihak. Kalau ada yang terasa sang lekit minta maaf yer..

P/S II : Shahila yang nama pendek pun di pendekkan lagi jadi lala..(Sebenarnya Acu yang mula panggil cik lala masa sang lekit dalam pantang. Acu adik bongsu sang lekit). Di sebabkan Acu.. mak2 sedara dia yang lain (sebelah sang lekit) kebanyakkan panggil lala.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com