Excited la kot kisahnya ni.. Yelah baru masuk JJCM, nak tengok la kot feedback orang cakap @ review pasal restoran depa la kot. Alih2 google jumpa satu je blog puaka niyang rapik KL yang tulis pasal restoran depa, kan??
Apa ko merepek ni sang lekit?? Ni kisah di serang bakteria bernama Anon pasal entri sang lekit yang bertajuk
KALI KE 2 TERPEDAYA DENGAN RANCANGAN JALAN2 CARI MAKAN. Memula rasa biasa la di serang bakteria Anon ni.. Tak nama blogger la kalau tak kena serang dengan Anon. Nak2 lagi yang jenis outspoken ni kan?? Memang pilihan Anon la nak bertandang & tinggalkan komen berunsur kritikkan konon membunuh la sangat. Hujung kuku pun aku tak tacing tau!!
Antara komen Anon (Part 1)
Entri ni bukan entri tacing, ok! Entri cuma entri sebab rasa lawak.. Yelah, lepas tengok JJCM ahad lepas sang lekit ada google pasal restoran ni nak tau map & kot2 ada review dari orang2 yang pernah makan kat sana sebelum terjah tapi sedih sangat tau.. takde langsung dalam carian google. Lepas balik makan dari restoran Dapur DD ni try google lagi gambar restoran tu sebab takde material nak buat entri pun syahdu memang takde langsung dalam carian google.
Komen Anon (Part 2) Yang sorang Anon tu bukan bakteria ok! hahaha. dia pun pernah terkena
Alih2 hari NI dapat bertubi2 komen Anon yang ala2 marah je sang lekit cakap restoran tu tak best.. Ok lagi. Takde terfikir apa2. Sekali check keywords Nuffnang rupanya ada yang mencari pasal restoran Dapur DD ni. Hati mula cuit2 manja.. owner restoran ke bebudak staff situ yang cuba search pasal restoran depa ni.. hik hik hik.. gelak nakal la sikit. Untuk kepastian sang lekit try google sendiri.. Memang yang ada review pasal Restoran Dapur DD ni cuma blog daku jer.
Nuffnang keywords
Ehemm.. hem.. bukan nak tuduh tapi hati ini berkata2 anon2 itu adalah mereka2 yang berkaitan denga Restoran Dapur DD jer.. Maybe la kot depa nak tau berapa orang yang datang makan kemudian review pasal restoran dorang. Kat sini sang lekit cuma nak cakap.. Kalau tak sedap, kalau tak best & kalau service tak pantas.. takkan sang lekit nak paksa diri cakap restoran kau best, paling pantas & paling sedap kat mukabumi ni. Kenapa sang Lekit puji Restoran Aroma Ikan Bakar kat Jeram sana?? Sebab memang makanan dia best2.. restoran dia besar, service dia takde la lembab sangat kalau lambat sikit boleh accept sebab orang memang ramai & restoran dia memang besar.
Dalam carian google nampaknya setakat ni hanya blog melekit je yang review pasal Restoran Dapur DD tu. Untuk selepas ni & akan datang tak tau la yer
Moral of the story.. khas buat semua peniaga2 makanan.. Kalau orang cakap masakan kita tak best.. kita kena la best kan bukan marahkan orang yang cakap. Kalau majoriti cakap sedap, sorang je cakap tak best.. buat bodoh je la. Tak terjejas pun. Restoran Dapur DD.. kalau sang lekit je cakap tak best jangan risau kalau beratus lagi orang cakap best sebab daku bukan sesapa. Daku cakap bagi pihak tekak daku & tekak suami daku. harap maklong & paklong yer.. sekian makaseh! kekekekeke
P/S : Pasal sang lekit cakap kedai 1 lot jer tu.. salah ekk?? Ok kedai 2 lot tapi orang tak ramai masa sang lekit datang tetap kena tunggu dekat 2 jam jugak padahal seciput je kitorang order. Yelah2.. bakar pakai api arang kan mesti lambat. Takpe nanti kita gi try makan ikan bakar berempah pula.. mana tau sedap sang lekit boleh buat review semula. Manalah tau jenis bakar kosong tu popular kat pantai timur.. kami laki bini tak sampai pantai timur lagi kot. Kalau Belah Utara bakar kosong pun paling2 garam kunyit nampak pun indah sikit.