Showing posts with label trajedi. Show all posts

VIRAL! BONTOT ANAK HAMPIR JATUH KETIKA IBU BAWA MOTOR ATAS HIGHWAY

VIRAL! BONTOT ANAK HAMPIR JATUH KETIKA IBU BAWA MOTOR ATAS HIGHWAY. Membesar dengan hanya ada motor sebagai kenderaan utama.. Sapa pernah rasa. Of course la kami antara mereka yang sempat merasai kesusahan hidup macam tu. Ayah saya jenis fokus pada anak anak dahulu dari fikir nak menambah hutang. Yelah.. masa tu kami adik beradik semua kecik kecik & masih bersekolah. Dia lebih fokus untuk bagi kami pelajaran.. Jadi kereta bukan sesuatu yang dalam kemampuan dia masa tu sebab dia tak suka di bebani hutang.


Anak ramai di tambah pulak rapat rapat.. Nak berangkut naik motor semua memang la tak mampu. Setakat nak balik rumah tokwan yang kampung kita macam berjiran jugak la tu boleh la kan. Di sebabkan tu jarang kami adik beradik nak di bawa bertandang rumah sedara mara yang jauh tapi ada jugak sedara mara yang tak faham.. Tapi berkat motor buruk tu la.. Arwah ayah berjaya bagi pelajaran kat semua anak anak dia.. termasuk la aku walau masuk U-Turn jer hehehe.. Yang lain tu Alhamdulillah ke IPT juga.

Bila terbaca kesusahan orang lain.. Hanya ada motor menjadi pengangkutan untuk kemana mana.. Memang hati tersentuh jugak. Yer.. kadang2 situasi tu bahaya.. meletakkan anak yang sekitar umur 4 - 5 tahun di seat belakang tapi nak buat macam mana kalay kat depan dalam bakul tu pun ada anak yang lagi kecil nak di letakkan. Macam tu la berlaku pada seorang Cik Puan yang tengah viral sekarang.. Hangpa baca kisah dia kat bawah ni sebab tak mau edit nanti jadi salah fakta..

BONTOT DAH JATUH SEBELAH
Pagi tadi otw ke Pulau, terserempak dgn akak ni perderaih laju membelah highway PLUS, bontot anak dia kat belakang tu (sekitar 4-5 tahun) dah jatuh dari seat senget sebelah sambil bergayut pada baju mak dia, gila b*b* seriau tengok. Boleh bayang tak tiba2 anak jatuh atas jalan tengah laju takde helmet? Budak2 naik motor pun boleh tido tau..sapa pernah bawa budak naik motor fahamlah..
Aku pun hon sebelah dia dan bagitau. Di cermin sisi nampak dia slow mungkin perbetul keadaan anak. Hati tak sedap aku slow balik tunggu dia. Sampai depan dah di escort oleh 2 org bikers ni yang sama-sama concern dengan safety anak ni. Setelah pelbagai option nak adjust pun tak boleh (dalam bakul ada sorang lagi anak umur dalam 2tahun), bawa beg lagi di bahu, pinggang plak XXXXXL nak peluk pun tak boleh, akhirnya brader ni decide bawak anak ni sampai ke tempat dituju.
Hargailah nyawa..bagai telur di hujung tanduk..

Situasi tu memang bahaya.. Hope cik puan tu nanti kalau terpaksa juga ikat anak di pinggang dia dengan kain. Macam pernah seorang bapa yang jadi viral bawa anak2 dia naik motor untuk balik beraya dulu tu. Dia ikat anak dia kat pinggang takut terlena kat atas motor ke hapa, tangan tu terlepas pautan kan. Yelah.. dalam keadaan kita yang tak ada kemampuan kadang2 tak ada pilihan. Orang berkemampuan memang senang cakap.. Tak sama situasi orang yang tak berkemampuan ni.

Apapun jom la kita doakan semoga Puan ni di limpahi rezeki untuk dia mampu memberi keselesaan pada anak2 dia supaya dapat mengurangkan risiko bahaya. 

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA. Kalau tahun tahun yang lepas hari raya la aku paling excited sebab boleh balik kampung. Tak kisah kena menempuh perjalanan yang sepatutnya 4 - 5 jam tapi kalau musim perayaan boleh kematu bontot 10 jam dalam kereta. Tapi tetap enjoy nak - nak lagi kami spesis tak suka sangkut dalam jam di tengah highway. Boleh stress ok kalau jam kat highway. Kami lebih suka menggunakan jalan lama.. Tak kisah la ambil masa yang panjang dalam perjalanan tapi bila boleh tengok pekan, kampung orang lain.. Nampak kemeriahan nak sambut raya tu serius memang satu terapi jugak. Aku memang kalau balik kampung tak kira la musim perayaan atau tak.. aku suka ikut jalan lama. Selain boleh tengok kampung2 orang boleh singgah banyak tempat. hahahaha..


Tapi di sebabkan tahun ni.. Allah dah bagitau awal awal. Sehari sebelum puasa sampai surat saman, maka dari awal memang dah kumpul kekuatan mungkin tahun ni tak balik beraya. Hope orang yang dedahkan maklumat aku tu tahun ni raya dia lebih bermakna lah yer . Aku bayangkan dia beraya dengan penuh senyuman & kepuasan.. Apapun aku kena ucap terima kasih juga sebab dia pernah bagi aku rezeki untuk paid review yang dia ambil kat blog aku. Aku rasa aku tak ada apa2 dosa dengan dia sebab memang sepanjang aku bekerjasama dengan dia aku tak pernah pun menganiaya atau mengumpat atau ambil tahu apapun pasal dia sebab tu aku tak tahu rupanya dia ada connection dengan orang yang menyaman aku. Bayangkan aku tak pernah siasat pun siapa dia sebelum ni. Bagi aku antara aku dengan dia cuma atas urusan kerja. Apatah lagi nak menyindir atau mengumpat dia.. memang takde la sebelum ni.


Tapi tu semua asbab jer.. Sebenarnya apa yang berlaku semua dengan Izin Allah. Bukan kata Allah nak aniaya aku tapi mungkin ada sesuatu Allah dah rancang untuk buka semua mata mata yang tertutup melihat kebenaran. Kita tunggu jer apa akhirnya sebuah kisah sedih seorang blogger yang kena saman, sepanjang ramadhan 2017 ni katanya. Aku tak kata aku benar atau salah.. Tapi aku yakin kebenaran tu akan tertegak jugak. Kalah atau menang di mahkamah dunia bukan penentu siapa betul siapa salah. Moga yang benar di beri pembelaan sewajarnya. Sekali lagi aku cakap.. Aku tak kata siapa betul atau siapa salah. Cuma aku harap Allah beri kemenangan pada mereka yang benar. Amin....

Tahun ni aku rasa Ujian datang bertimpa - timpa jugak.. Selepas dapat surat saman.. dua tiga hari lepas dapat berita adik aku jatuh motor. Alhamdulillah sekarang dah ada berehat kat rumah. Lepas tu adik aku yang sorang lagi pulak jatuh dari bumbung sebab nak turunkan kucing. Sebelum tu katanya mak aku jatuh longkang depan rumah.. Masing2 tengah uzur la sekarang ada sorang jer kakak aku kat rumah untuk take over sediakan juadah raya mungkin mak aku bantu sikit2 kot sebab khabar dah boleh bangun sikit sikit. Yang jatuh motor dengan jatuh bumbung tu setakat ni masih di pembaringan la. Sepatutnya aku balik kampung & memasak untuk juadah raya. Tapi aku terpaksa spent duit yang ada untuk kes aku ni. Tu pun bukan cukup pun sebenarnya kalau nak ambil lawyer. Takkan nak menyusahkan adik beradik pulak kan. Kena la usaha sendiri... Apa yang berlaku sebab aku jadi aku la kena usaha cari penyelesaian.


Tetiba rindu arwah Ayah.. Kesian anak yatim beraya kat perantauan katanya. Erkk layak ke di gelar anak yatim lagi. hehehehe. Kalaulah arwah ayah masih ada.. Apapapun semoga Arwah Ayah damai di sana. Puteri2 Ayah Insya Allah.. akan terus kuat hadapi ujian demi ujian yang hadir. Yelah.. kami 6 adik beradik semuanya perempuan kan. Terpaksa masing2 men'sado'kan hati bila satu satunya lelaki dalam keluarga pulang kepangkuan pencipta.

Bohong la aku tak rasa sayu saat ni.. Dalam keadaan keluarga di timpa musibah macam tu aku tak dapat balik. Ya Allah semoga Dugaan ramadhan kali ni membawa seribu hikmah di masa akan datang. Moga aku dapat bayar balik moment2 yang sepatutnya jadi indah tapi yang berlaku sebaliknya.. Tahun depan. Moga kes saman ni dapat di selesaikan dengan cepat. Kalah atau menang.. dapat lawan atau tak.. terpaksa kalah sebelum bicara.. Aku redha Ya Allah. Sebab kemampuan aku sangat terbatas cuma selagi ada masa aku akan terus usaha. Bantulah aku Ya Allah.. beri aku kekuatan untuk hadap semua ni dengan cekal & tabah. Jangan sesekali detikkan rasa putus asa dalam hati ini. Sesungguhnya aku masih mahu berjuang dengan apa adanya, Insya Allah.

Apapun di kesempatan ini.. Aku nak mohon kemaafan kepada semua pembaca blog, kawan kawan.. andai sepanjang perkenalan kita ada kata2 yang menguris hati semua. Aku tetap doakan raya hangpa tahun ni menjadi raya terindah.. Selamat makan ketupat rendang lemang serunding bagai.. Lepas raya jangan menangis atas penimbang yer... kekekekeke

VIDEO KRONOLOGI NAHAS HELIKOPTER DI SARAWAK

VIDEO KRONOLOGI NAHAS HELIKOPTER DI SARAWAK. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter di sarawak. Kita sedia maklum Semalam para penyelamat berjaya menemui mayat pertama mangsa nahas helikopter tersebut. Beliau adalah Datuk Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Jenazah mangsa telah selamat di kebumikan semalam. Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau & menempatkan beliau di kalangan orang orang beriman.

Hari ni tengok berita terkini pagi tadi katanya para penyelamat berjaya menemui dua lagi mayat. Bermakna ada lagi 3 mangsa masih hilang. Apapun kita doakan yang terbaik pada mereka yang masih hilang. Doakan keluarga mereka di beri kekuatan & kesabaran untuk menerima kemungkinan yang bakal berlaku.

Turut menaiki pesawat malang itu adalah Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun, Suami dato Noriah  Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Bagi yang terlepas berita kemalangan helikopter yang melibatkan orang orang kenamaan boleh tonton video kronologi kejadian kat bawah ni.

Sumber Harian Metro

Sebagai rakyat Malaysia berita berita macam ni memang sangat menyentuh perasaan. Rasanya lebih sedih berbanding dengan isu di tuduh rampas tanah orang. At least masih hidup & masih boleh bagi kenyataan untuk membela diri.. Tapi mereka yang terlibat dalam kemalangan maut macam ni dah tak ada cara untuk kembali. Hilang harta boleh cari balik hilang nyawa tiada ganti. Nahas2 macam ni bukan di rancang atau apa2.. Bukan sesaja depa nak buat aksi berani mati macam ni >> Lelaki ini 4 kali di tahan kerana buat aksi merbahaya Tapi akhirnya berjaya Mengadakan Live Show di Genting << Tapi perkara berlaku di luar jangkaan manusia. Hope takde sapa nak buat spekulasi yang bukan2 yang boleh menguris perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Ajal & maut semuanya ketentuan Allah.. Kita doakan semoga semua mangsa yang masih hilang berjaya di temui secepat mungkin.

PESAWAT PENUMPANG TAMBANG MURAH TERHEMPAS DI TENGGARA RUSIA.

PESAWAT PENUMPANG TAMBANG MURAH TERHEMPAS DI TENGGARA RUSIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun... Salam takziah buat semua penumpang & anak kapal yang terlibat. Entah kenapa setiap kali membaca berita pasal pesawat penumpang yang terhempas dada mesti berdebar debar. Mungkin masih fobia dengan kejadian yang pernah menimpa pesawat penumpang MH17 & MH370 yang sampai sekarang masih hilang. Juga pesawat tambang murah Air Asia Indonesia yang terhempas tak lama dulu. Walaupun tak ada ahli keluarga yang terlibat tetap memberi kesan di hati aku ni.


Terbaca berita pasal pesawat penumpang tambang murah Flydubai yang katanya terhempas sekitar 3.50 pagi tadi di kawasan tenggara rusia. Paling memilukan bila kesemua penumpang & anak kapal di sahkan terkorban. Meremang bulu roma baca berita2 macam ni. Lebih2 lagi melibatkan nyawa.

Sumber astroawani

Semoga semua keluarga mangsa tabah & sabar menghadapi pemergian orang orang yang di sayangi dalam trajedi tu. Sesungguhnya mati itu pasti.. cuma kita tak tahu bila & bagaimana. Memang bukan mudah untuk terima pemergian orang2 yang tersayang dalam trajedi macam ni tapi tiada siapa mampu mengubah apa yang dah di takdirkan.

TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5

TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5. Slot seram serik lekatlekit kali ni nak berkongsi cerita seram berkaitan sebuah bilik darjah di sebuah sekolah. Murid2 yang tak boleh control perasaan takut di nasihatkan jangan baca nanti terbayang bayang pulak masa pergi sekolah. Kang taknak pergi sekolah acik jugak di salahkan. Ini untuk bacaan mereka2 yang dah matang & abis sekolah yer. Yang masih sekolah pi baca buku. Alkisahnya bermula...


Sekumpulan pelajar nakal ni suka sangat menjelajah tempat2 yang di katakan berhantu & seram. Pada suatu hari tu depa pergi ke sebuah bangunan lama di sekolah mereka yang sudah tidak di gunakan lagi. Semasa mereka dalam bangunan lama tersebut berlaku kejadian yang menyeramkan. Mula2 mereka di ganggu hantu dari roh seorang pelajar yang mati bunuh diri akibat kecewa tak dapat menempatkan diri ke universiti. Sehinggalah mereka berjumpa dengan seorang guru yang sebenarnya mereka pun tak kenal kat dalam bangunan tersebut. Mereka cuba minta perlindungan dari guru tersebut & akhirnya mereka di kurung dalam sebuah bilik darjah. Disitulah segala rahsia mula terbongkar. Bilik darjah M 6/5 pernah berlaku satu trajedi bunuh membunuh antara 3 orang guru yang mengalami konflik percintaan. Dua guru wanita & seorang guru lelaki. Seorang guru suka kat cikgu lelaki ni tapi cikgu lelaki tu pulak dah ada bercinta dengan seorang cikgu perempuan seorang lagi. Akibat cemburu cikgu perempuan yang cintanya di tolak menikam dua guru tersebut & akhirnya dia sendiri pun mati tertikam pisau. Selepas kejadian tu sekolah tu di hantui roh guru yang berdendam tu. Dendam dia bukan sebab cinta tak berbalas je.. semasa masih hidup cikgu ni di rogol ketika mabuk tapi dia salah sangka. Dia ingat cikgu lelaki yang dia suka tu yang merogol dia. Sebenarnya ada 4 pelajar jadi saksi ada seorang cikgu lain yang merogol. 4 pelajar tersebut jugak di bunuh oleh roh cikgu yang berdendam ni. Bila berlaku kejadian macam tu bangunan tersebut di tutup & tidak di gunakan sehingga berabad lamanya. Sehinggalah sekumpulan pelajar nakal ni konon cuba mencari kebenaran cerita hantu dalam bangunan tersebut. Dan akhirnya mereka terperangkap & terpaksa berdepan dengan situasi menakutkan bila roh guru yang berdendam itu cuba membunuh mereka. 2 orang roh guru yang di bunuh cuba membantu & menghalang roh guru yang berdendam ni membunuh kumpulan pelajar ni. Selepas semua pelajar ni insaf dengan perbuatan nakal mereka barulah mereka di lepaskan.


Itulah sinopsis ringkas filem seram thailand bertajuk Make Me Shudder. Filem ni bagi aku.. best. Sebab dia seimbang. Ada lawak & seram. Memang mula2 korang tengok filem ni rasa nak gelak jer... Pertengahan cerita baru keseraman dia tu serius sikit. Tu pun masih ada unsur komedi yang orang penakut takkan stress sangat sebab takut tengok cerita ni. Walaupun ada banyak unsur komedi tapi sound effect dia mampu buat kita terkejut jugak la. Perjalanan cerita dia dari starting sampai ending memang tak membosankan. Filem ni tak silap aku filem 2013. Beli dvd ni dah lama tapi tak sempat tengok lepas dvd player rosak. Tu yang episod memburu dvd seram tergendala sekejab katanya.hahahaha

Done!

Tu kisah bebudak nakal takde penyakit cari penyakit. Hantu dok dendiam kat situ dia pergi cari.

Moral of the story.. Budak2 sekarang kadang terlampau berani nak buat aktiviti paranormal tanpa pengawasan orang yang lebih pakar sebab tu berlaku kejadian kejadian tak di ingini. Konon berani sangat padahal angin tolak pintu jer bersepah lari sampai jatuh patah riuk bagai. Kalau dah keberanian tu sejengkal jangan highland tower nak di jelajah.

TRAJEDI SAKITOBER

TRAJEDI SAKITOBER. Mesti semua pening menda pulak sakitober tu kan? Bukan apa dok tengok dayang deno selalu up status inktober aku pun nak buat jugak sakitober katanya. Bersempena cerita pasal sakit di bulan oktober. Aku ni jarang la nak dapat sakit teruk2.. Sebab aku memang takut sangat dengan sakit. Aku tak suka jumpa doktor sebab aku tak suka kalau kena cucuk (injection) atau makan ubat sebenarnya. Tapi bila dah sakit memang kadang2 tak ada pilihan terpaksa hadap semua benda yang aku tak suka.


Kisahnya semalam.. aku syak aku kena keracunan makanan lepas makan nasi lemak yang asben aku beli kat luar. Tapi yang pelik asben aku makan benda yang sama malam sebelum tu ok je sihat. Aku pulak melampau2 sakitnya. Pagi2 dah rasa perut memulas. Rasa sakit perut yang aku tahu ni mesti salah makan. Awal pagi tu ada la sikit cerry berry tapi tak berpanjangan. Dua tiga kali jer masa.. lepas tu perut makin sakit macam contraction bersalin. Sekejab2 sakit macam ada orang tarik usus2 dalam perut disusuli dengan muntah non stop sampai pedih & berdarah jugak tekak aku ni. Sampai petang berlarutan macam tu. Badan pun dah rasa macam layang layang terbang melayang. Dah la dari pagi satu hapa pun tak masuk dalam badan.. minum pun semua keluar balik. Asben suruh siap jugak nak pergi hospital. Tapi mention siap2 tak payah makeup. hahaha.. almaklum la dia tau bini dia jenis selangkah nak keluar rumah pantang tak menconteng arang kemuka katanya. tapi semalam rasanya kalau dia tak pesan pun aku dah tak daya nak tenyeh bedak sekalipun. Keluar dengan muka bogel. Anak aku pun keluar dengan versi mak lampir. rambut tak berikat bagai.

Sebelum ke hospital singgah jalan duta, kebetulan adik aku datang dari kedah. Dia nak pergi kursus kat terengganu hari ni. Singgah kl kejab. Dia malas nak drive so dia naik bas je la. Lepas ambil dia terus ke hkl. Kat hkl sakit menjadi2 sampai melutut aku atas lantai pintu masuk hkl tu. Suruh adik aku je pergi buat pendaftaran. Sebab rasa nak muntah aku pergi la jauh sikit. duduk dekat longkang kering. Dia gaya menahan sakit teramat. Aku duduk je atas lantai tepi longkang. Datang sorang pakcik ni dengan panik tengok aku sakit, tanya kenapa. Dia suruh masuk terus jumpa doktor. Banyak soalan dia aku tak boleh jawab sebab sakit sangat. Aku minta maaf je la.. Aku paham dia sangat prihatin. Muka dia pun nampak risau. Asben aku time tu tengah cari parking tak dapat2 lagi. Sampai adik aku datang cakap dia dengan aku baru pakcik tu beredar. Kesian pakcik tu. Risau betul dia.

Lepas jumpa doktor sakit pun kurang. Lepas bawa adik aku pergi makan sebab aku memang tak masak apa2 kat rumah. Balik rumah malam tu sakitober datang balik. Ni pun masih sakit cuma kurang sikit. Tapi azab masih rasa la. Kalau hari ni gejala yang sama berterusan doktor dah pesan kena refer balik kat hospital sebab sekarang musim demam kepialu. Dengar kepialu terus pilu jadinya. Hope cepat sembuh. Kalau sakit sapa nak jaga anak aku ni wei. Memang terus awan yang terpilu la kenang anak.

Orang kata sakit penghapus dosa2 kecik.. Hope ringan la bahu belah kiri tu yer. Sapa2 yang dok menyumpah aku terima musibah tu mohon la reverse balik doa tu yer. Kesian anak aku takde orang jaga. Sekarang ni aku jadi trauma nak makan apa2.

Moral of the story.. tengah2 penyakit macam2 ni kurangkan makan di luar & kalau nak makan pun pastikan tempat tu bersih. Yang meniaga tu jangan nak untung je lebih.. Sila jaga kebersihan. Jangan sampai tikus berjamban di dapur masak anda.

TRAJEDI MAKKAH! 4 JEMAAH DISAHKAN MENINGGAL 1 SELAMAT & 3 MASIH HILANG

TRAJEDI MAKKAH! 4 JEMAAH DISAHKAN MENINGGAL 1 SELAMAT & 3 MASIH HILANG. Awal malam tadi pengumuman dibuat bahawa seorang jemaah malaysia diantara 8 yang hilang dalam trajedi kren runtuh di makkah disahkan meninggal dunia.terbaru 3 lagi jemaah dari malaysia di sahkan meninggal dunia & seorang ditemui dengan selamat.Hanya 3 lagi jemaah masih belum di temui.

Takziah pada seluruh ahli keluarga mangsa trajedi kren runtuh di makkah.Tabahlah kerana ia adalah ujian terindah dari Allah bila ahli keluarga anda terpilih untuk menghabiskan hayat mereka didepan kaabah.Sesungguhnya mereka insan2 istimewa yang terpilih untuk di ambil nyawa disana.

Berbahagialah semua roh2 terpilih.Sesungguhnya ramai manusia mencemburi anda. Semoga Allah menempatkan semua mangsa yang terkorban bersama orang2 yang beriman disana.Alfatihah


SENTAP! 2 BAYI DALAM PESAWAT MH17

Semalam sempat dengar ucapan dari PM kat TV yang umumkan mulai hari ni sehingga 21 July bendera Malaysia akan di kibarkan separuh tiang di seluruh Malaysia bagi menyatakan kesedihan terhadap trajedi pesawat MH17 yang katanya di tembak & terhempas di sempadan Russia.


Masa PM umumkan jumlah mangsa yang terkorban mengikut negara.. Hati ini benar2 sentap bila di celah - celahnya ada 2 orang bayi dari Malaysia dari Jumlah 44 orang yang ada dalam pesawat MH17 (Kalau aku tersalah dengar tolong betulkan). Berkaca mata (bukan pakai spek yer.. bertakung airmata) jugak la. Setiap kali baca @ tonton berita kemalangan ni.. Paling aku sentap kalau ada melibatkan kanak kanak & bayi. Bukan kata yang dah besar tak sedih.. Tapi entahlah lebih sedih kalau terselit bayi dalam kisah trajedi macam tu mesti terus mood jadi suram.

Macam tu jugak bila melihat orang dok share gambar bayi & kanak2 Palestine @ Syria yang tercedera atau terkorban dalam serangan tentera Zionis. Hati jadi tak keruan setiap kali melihat seolah2 aku melihat anak aku, shahila dalam wajah setiap kanak2 yang tercedera atau terkorban tu. Kadang2 aku sendiri tak boleh selami betapa kuat mereka yang dok share gambar kanak2 dalam keadaan ngeri akibat terkena bom peluru bagai... Aku yang tertengok sebab muncul kat news feed FB pun bagai di rentap naluri seorang ibu ni.

Takde apa yang mampu kita hantar sebagai perisai untuk mereka yang dalam peperangan selain doa.. & pada mereka yang terkorban dalam tarjedi MH17 jugak pada mereka yang masih hilang bersama MH370. Dengar jugak pasal pergolakkan kat sabah tapi tak dapat fakta @ info sahih tapi kita doakan jugak keselamatan buat semua mereka di sana. Tiada alasan kita tak mampu menyumbang apa2 pada mereka kerana doa tak perlu di bayar jugak tenaga yang banyak.

P/S : Semoga yang terkorban tak kira dalam trajedi MH17 atau mereka yang syahid di Palestine @ Syria.. Kini berada tenang di tempat teristimewa disisi Nya.. Amin

#PrayForPalestine #PrayForGaza #PrayForSyria #PrayForSabah #PrayForMalaysia #PrayForMH370 #PrayForMH17 #PrayForOurFamily


TANGISAN MH17 YANG KITA TIDAK DENGARI

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam pesawat MH17. Sesungguh terlalu sukar untuk menerima kenyataan kehilangan sebegini... Namun percayalah setiap dugaan di sertakan bersama kekuatan. Allah menguji kita dengan kemampuan yang kita ada.. Bertabahlah.. Sesungguhnya urusan dunia mereka telah selesai.. Kita juga akan kesana cuma entah bila

Coretan puisi ini sekadar rasa hati melihat trajedi ngeri.. Saya jugak punya hati

 TANGISAN MH17 YANG KITA TIDAK DENGARI




Tak terbayang..
Bagaimana riuh rendah suara jeritan
erat berpelukan dalam tangisan
Sebuah ketakutan di ambang kematian
Kita hanya melihat
Jasad menjadi serpihan bergelimpangan
Terasa bagai di siat perasaan
 Ya Allah.. itu anak, itu suami, itu isteri, itu cucu kami
Ya Allah.. baru sebentar tadi mereka berjanji akan kembali
Ya Allah.. kini mereka sudah pergi 
Pulang ke pangkuan Ilahi
Pedih.. Ya Tuhan
Tak tertanggung hati 
Yang menanti..
Hanya khabar bagai mimpi ngeri
Sakit.. Ya Tuhan
Tak terluah dengan perkataan
Lalu menjadi Trauma sebuah trajedi
Takut untuk terbang tinggi
Bukan takut untuk mati
Takut untuk mengingati peristiwa ngeri
meragut nyawa insani

Semoga  Allah tempatkan semua mangsa (Yang beragama Islam) di kalangan orang2 yang beriman. Semoga Allah beri semua keluarga mangsa kekuatan. Semoga kita semua mendapat teladan.. Semoga Allah melindungi negara kita dari sebarang ancaman. Semoga Allah beri perlindungan pada semua umat Islam. #PrayForMh17 #PrayForMh370 #PrayForGaza

Kadang2 kita tak boleh hanya jadi manusia.. ada ketika kita perlu jadi seorang insan untuk membuktikan kita masih waras dalam perasaan.


MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI BUKAN KESIMPULAN NAMUN ITULAH JAWAPAN

Semalam hampir seluruh dunia berhujan airmata.. Tapi bagi mereka2 yang ada rasa simpati & hati la sebab bukan semua manusia yang ada rasa sedih untuk trajedi ni. Masih ada yang rasa.. takde rasa apa2. Takpe.. hak masing2 la nak rasa apa - apapun tapi yang penting even kita takde rasa apa2 pun hormatilah perasaan orang lain.

Semalam.. kenyataan DS Najib yang dengan sedihnya mengatakan...  Pesawat MH370 di sahkan berakhir di lautan hindi memang merentap jiwa2 kita apatah lagi jiwa2 ahli keluarga mangsa.

Bagi aku yang pernah menghadapi kehilangan orang tersayang.. Sekurang kurangnya aku nampak.. dia pergi dengan tenang.. dia di mandikan, di sembahyang dan seterusnya di kebumikan.. Dan sehingga kini aku masih boleh melihat 2 nisan kaku sebagai tanda di situ bersemadinya dia yang ku sayangi.. Tapi mereka.. 17 hari menanti, dan berakhir dengan satu kenyataan.. semua bersemadi di lautan hindi.. mereka takdapat mandikan, sembahyangkan & semadikan.. apatah lagi dapat meletak tanda 2 nisan untuk jadi peringatan di situ bersemadi insan tersayang... Sungguh perit melaluinya.. kita melihat dengan hati pun tak mampu rasa apa yang mereka rasa

Tuhan menulis mereka yang terpilih. Mendapat jutaan doa.. sesungguhnya mereka terlalu istimewa. Mereka di limpahi kasih dari semua orang.. biarpun dari orang2 yang selama ini tak pernah di kenali.

Biarpun hanya dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan.. Pesawat Mh370 berakhir di lautan hindi.. masih belum ada bukti yang mengesahkan mereka bersemadi di lautan ganas itu tapi dari analisis, teori.. Mereka mengesahkan itulah yang berlaku. Masih ada harapan biar setipis kulit bawang, namun kenyataan semakin nyata. Redha... Mungkin tidak mustahil ada keajaiban.. Namun jangan sandarkan. Kan lebih terluka bilamana harapan cuma berjawab hampa. Cuma terus berdoa semoga Allah memunculkan semua petanda.. samada hidup atau mati nya mereka.

 Berakhir di lautan hindi mungkin itu bukan kesimpulan selagi bangkai pesawat masih belum di temui tapi terimalah itulah jawapan yang kita tertanya tanya selama 17 hari lalu. Yang terbaik adakalanya pahit.. Namun hikmah tersembunyi memberi ganjaran di masa depan nanti. Allah itu tidak pernah kejam... Percayalah,ini cuma teguran kecil pada kita yang selama ini leka.

Buat semua keluarga mangsa.. Salam takziah moga Tuhan memberi kamu semua kekuatan & kepada Alfatihah untuk yang beragama Islam.. Moga kamu di tempatkan bersama orang2 yang beriman.. Pergilah dengan tenang, Mungkin itu lebih baik dari menghadap hari hari yang mendatang, sesunguhnya kamu semua istimewa terpilih untuk mendapat jutaan doa dari manusia.

Sebahagian dari krew & penumpang

24 Mac 2014
Berhujan airmata seluruh dunia
Pada insan2 berjiwa
Tunduk mengadap kenyataan
Tenggelam Mh370 bersama insan
Mungkin selepas ini
Tiada lagi tangis tawa mereka
Ya Allah ku hanya membayang
Kedukaan mereka yang bukan kepalang
Aku sudah rebah, Aku rasa lemah
Aku seolah mendengar
mereka menangis dalam samar
Meratapi pemergian tak berjenazah
Peluk cium kain baju arwah
Rupanya tiada tertulis
Mereka bertemu, berpelukan & menangis
Ya Allah.. Aku yang rebah
Ya Allah kau sertakan bersama tabah
Agar mereka gagah biar payah
Ku kira 16 hari lalu..
Mereka masih menunggu
Namun takdir Allah menulis segalanya
Mereka menunggu kita di sana
Memori penuh duka dan airmata
MH370 terpahat kenangan luka



MH370 BERSEMADI DI LAUTAN HINDI, SALAM TAKZIAH

Akhirnya.. segala teka teki.. segala spekulasi.. segala andaian.. segala tuduhan terjawab malam ni. Ya Allah.. Kau lebih mengetahui segalanya.. Kau lebih mengasihi mereka.. Kau akhiri destinasi di lautan hindi.. Kau juga lebih tahu kenapa mengapa..


Salam takziah & Al fatihah buat semua mangsa. Ya Allah kurniakan kekuatan & ketabahan pada semua keluarga mangsa agar mereka dapat redha dengan ketentuanNya..


Ku bingkiskan kata dalam puisi
Kerana tiada ayat lagi mampu ku bercerita
Perit rasa hati
Menerima suratan dari Nya
17 hari kami menanti
penuh teka teki
penuh spekulasi
penuh andaian itu ini
Masa telah tiba
Rahsia Allah terbongkar juga
Dengan izin Nya
Kau khabarkan pada kami
Dengan berita dukacita ini
Namun tetap kami syukur
Kau lebih mengasihi mereka
Kasih yang tak mampu kami ukur
Trajedi ini bukan satu malapetaka
Tanda bencinya Allah pada manusia
Tapi peringatan kepada kita
yang adakala lalai dan leka
Ya Allah terima kasih mendengar doa & rayuan kami
Selama  17 hari.. akhirnya kau bersimpati
Moga yang pergi Kau jaga disana
Kami disini akan terus berdoa
Moga dosa kami & mereka mendapat keampunan dari Nya
Pada mereka bersemadi di Lautan hindi
Moga kamu bersama orang2 yang di kasihi
Jangan menangis waris mereka
Kerana Ajal kita semua
sudah di tulis yang Esa
Biar airmata menjadi kekuatan
MH370 memori,trajedi kekal dalam ingatan.
Tenang kamu semua disana

24 Mac 2014
Berhujan airmata seluruh dunia
Pada insan2 berjiwa
Tunduk mengadap kenyataan
Tenggelam Mh370 bersama insan
Mungkin selepas ini
Tiada lagi tangis tawa mereka
Ya Allah ku hanya membayang
Kedukaan mereka yang bukan kepalang
Aku sudah rebah, Aku rasa lemah
Aku seolah mendengar
mereka menangis dalam samar
Meratapi pemergian tak berjenazah
Peluk cium kain baju arwah arwah
Rupanya tiada tertulis
Mereka bertemu, berpelukan & menangis
Ya Allah.. Aku yang rebah
Ya Allah kau sertakan bersama tabah
Agar mereka gagah biar payah
Ku kira 16 hari lalu..
Mereka masih menunggu
Namun takdir Allah menulis segalanya
Mereka menunggu kita di sana
Memori penuh duka dan airmata
MH370 terpahat kenangan luka


KEHILANGAN MH370 ALLAH MASIH SEMBUNYIKAN MEREKA DI HARI KELIMA

Hari ini hari kelima misteri kehilangan MH370.. tiada satu petanda atau petunjuk pun di jumpai selain spekulasi, berita2 tak sahih, andaian2 tak berasas sahaja yang semakin bertambah namun rahsia masih menjadi rahsia dan tiada satu manusia pun berjaya merungkai rahsia Allah ini sehingga hari kelima.

Letih akal waras menjadi jawapan.. Namun sangat misteri untuk siapa2 simpulkan. Tapi masih ramai yang berlagak bijak pandai, takpe biarkan. Biarlah orang2 bodoh macam aku ni terus ikhtiar dengan doa, biarkan orang2 yang konon pandai terus dengan tafsirannya.

Tapi ada satu keajaiban dari trajedi ni.. aku tiba2 kembali mengarang puisi.. dah lama aku tinggal hobi aku yang satu ni. Pernah jugak dulu cuba tulis balik tapi tak boleh. Idea takde..  macam beku jer. Mungkin sebab aku terlampau fikir pasal MH370 ni kot.. Apapun, yang aku tulis semua lahir dari hati aku sendiri. Aku taip cuma kat status wall FB aku tanpa clik post jer dulu.. kemudian aku edit atas gambar baru aku share.

Sungguh.. trajedi misteri kehilangan pesawat MH370 sangat sangat bagi kesan dalam diri aku secara peribadi. Aku lebih banyak fikir pasal MH370 dari perkara lain dah sekarang ni tapi yang pelik sepanjang 5 hari ni takde sekali pun aku mimpi pasal MH370. Sungguh pelik sebab aku jenis kalau aku terlalu fikir pasal sesuatu akan terbawak2 sampai dalam mimpi sebab aku manusia yang terlelap jer mesti ada mimpi walau 5 minit aku tidur sekalipun. Aku sendiri tak tau.. tidur aku yang mana takde mimpi, setiap hari yang aku tahu ada saja mimpi. Semalam aku mimpi aku tengah sarat mengandung anak kedua. siap nampak baby bergerak2 dalam perut aku. Takde kena mengena langsung mimpi aku dengan trajedi MH370

Sungguh Allah belum mahu bagi sebarang petunjuk atau petanda pasa sesiapapun sehingga hari kelima ni. Entah di mana mereka? hidup atau mati? Makin di fikir makin tiada jawapan. Sungguh teka teki Allah yang satu ni mampu merentap perasaan.

Ya, Allah jika ini balasan dari dosa2 kami yang melakukan kerosakkan & kemungkaran di bumi Mu ini Ya Allah.. maka ampunilah kami. Tiada daya kami sebagai manusia merungkai teka teki Mu, dimana mereka berada. Sungguh kerdil kami berbanding Mu, Ya Allah. Maka kepada Mu juga kami meminta & merayu simpati.. berilah petanda untuk pasukan penyelamat menjejaki mereka tak kira dalam apa juga keadaannya.



sejak semalam & pagi ni.. inilah hasil nukilan aku untuk trajedi #MH370. Semua aku tulis dari hati yang mengharap semoga pesawat Mh370 bersama mangsa2 nya di temui


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com