Showing posts with label isu besar. Show all posts

TAK PEGANG TANGAN PUN JADI ISU MACAM MINTA BERPOLIGAMI

TAK PEGANG TANGAN PUN JADI ISU MACAM MINTA BERPOLIGAMI. Dulu masa baru2 kahwin kemain sampai menitik peluh dia punya gengam tangan tak lepas lepas bila dah masuk tiga empat tahun kawen jangankan nak genggam tangan nak pegang hujung jari pun dah tak nak katanya. Bini mula makan hati.. Mula salahkan suami. Lelaki memang macam tu baru dapat sayang la.. Dah rasa semua mula la sayang pun macam bayang2. Nampak tak nampak je sayangnya. Bukan semua perkara tu salah suami. Bila dah tak seromantik dulu bukan semuanya salah lelaki.. Bila dia dah tak pegang tangan bini bukan semua salah suami. Kadang2 salah tu dari kita sendiri. Cuma kita perlu semak diri sendiri.. Kalau kita dah cukup menjaga semua perkara baru kita list salah suami.


Aku kalau jalan2 tengok orang masih berpegangan tangan suami isteri ni takde la terdetik apa2 perasaan tak puas hati ke. Apatah lagi nak jeling2 paku.. Kalau aku pegang lengan suami aku masa jalan tak jugak aku nak buat muka bangga & riak pada orang lain yang tak dapat buat macam aku buat. Aku tetap tak berapa peduli sangat pasal orang. Kalau ada orang jeling tajam sambil bisik2 mengumpat aku pun maybe aku tak perasan. Macam aku cakap la kadang2 aku tak peduli sangat. Nak2 lagi kalau masuk mall. Bukan salah laki aku tak romantik ke hapa. dah tak sudi pegang tangan ke.. Tapi aku cuma seorang wanita biasa yang kalau masuk mall tengok banyak perkataan sale mula kesetiaan aku tergugat katanya. Mula la aku serahkan anak pada suami aku & terus melempiaskan nafsu kearah perkataan2 sale. Tak dapat beli dapat tengok pun dah puas katanya. hahahaha

Kalau terlepas pegangan atau pandangan dengan suami & anak tu bukan pasal kami dah tak saling sayang menyanyang atau tak romantik macam dulu. Malah kami laki bini dari dulu sampai sekarang masih sama. Cuma kami ni jenis gila gila. Dalam rumah ni kadang2 macam pentas maharajalawak. Serius.. jenis lawak tanpa sempadan. Kalau nak buat aksi atau memek muka pelik2 tu memang tak rasa janggal dah. Sebab sejak kenal memang itulah perangai masing masing. Bila dah 6 tahun kawen.. lagi la tak ada apa nak malu sangat kan. Bagi aku macam tu pun dah romantik sangat la. Sebab aku bukan jenis romantik dengan ayat2 jiwang atau dengan bunga2 cinta layu di pusara.. Romantik aku asal aku enjoy je.

Sememangnya masa bercinta, baru kahwin & lepas dah lama kawen suasana tu akan berbeza. Kalau dulu jalan berdua sekarang mungkin jalan bertiga,berempat,berlima. Nak2 lagi anak masih kecik2 yang nak kena pantau. Kalau suami tak cukup tangan nak berpimpin tangan macam dulu jangan la jadikan benda tu isu bergaduh sangat. Mustahil sangat la fasa kehidupan kita statik macam tu jer tak berubah.. Kadang2 keadaan semasa mengubah segalanya. Dari pegang tangan bini sekarang mungkin ada tangan yang lebih penting dia nak kena pegang.. contoh tangan anak.

Aku bukan seseorang yang suka jadikan isu remeh sebagai masalah dalam rumahtangga aku sebab mungkin Allah terlalu sayangkan aku maka Dia dah training aku dari awal perkahwinan dengan Dugaan yang sangat2 mencabar maka hari ni aku rasa lebih menghargai segalanya. Berkat sabar & tabah.. aku memiliki bahagia hari ni. Jadi aku memang tak fikir sangat benda2 remeh ni.. Bahagia mungkin tak sama cara.. Ada orang rasa bahagia sangat suami sentiasa pegang erat tangan dia & ada orang rasa malu nak tunjuk kebahagian tu depan khalayak ramai walau dah halal. Asalkan kita buat benda yang kita suka & selesa.. dah cukup. Bahagia tu sama jer rasanya walau tak sama cara. Ada orang macam tu tak kira lelaki atau perempuan. Nak buat macam mana dah perbuatan tu dia tak selesa bukan bermakna pasangan tu tak romantik. Bukan semua orang suka nak tunjuk atau cerita kisah romantik dia dengan pasangan.

Moral of the story.. Bila melangkah ke alam perkahwinan ada perkara kita dah tak boleh buat keputusan macam budak budak. Setakat suami terlupa nak pegang tangan masa berjalan kita paut je la tangan dia kalau nak sangat berkepit, settle. Ni tidak.. Suami makan tak habis masakan kita pun kita merajuk.. Suami terlepas tarikh hari lahir pun kita nak lari balik rumah mak.. Benda tu sangat remeh untuk kita jadikan masalah besar. Cukup la sekadar buat2 muncung lari nyorok belakang pintu tunggu laki datang pujuk tak payah la sampai nak up kat FB atau mengamuk macam laki minta sain borang poligami.

JADI ISU BESAR KALAU ARTIS YANG PAKAI JENAMA TIRUAN

JADI ISU BESAR KALAU ARTIS YANG PAKAI JENAMA TIRUAN. Gamaknya kalau jadi retis kat Malaysia ni kena perfect serba serbi. Kena bergaya mewah2 jer.. Bila beli barangan tiruan terus jadi isu besar. Ingat income semua retis kat Malaysia ni mampu bermewah ke? Ada yang cukup2 makan je. Tapi sebab mereka retis kadang2 orang rasa mereka berpendapatan tinggi & mampu untuk beli barangan mewah. Hakikatnya.. Tak semua retis kaya macam Che Ta, hokay!


Bila tengok tajuk berita Harian Metro Yang Highlight pasal kebanyakkan artis pakai jenama tiruan rasa macam nak gelak sambil hentak2 kaki je. Katanya segelintir artis tempatan di kesan menggunakan jenama tiruan. Tak paham lagi ke bapak2 menteri.. Rakyat Malaysia sekarang memang terpaksa berjimat termasuk artis kecuali che ta jer.. Sebab kos hidup dah meningkat. Jadi segelintir retis terpaksa guna jenama tiruan yang lebih murah bagi nak cut kos. Yang harian metro highlight pasal retis guna jenama tiruan macam retis tu bukan manusia pulak. Jadi pelik ke kalau retis guna barang jenama tiruan. Bukan semua retis dapat sponsor barangan berjenama, hokay. Yang hot & spicy mungkin la.. yang suam2 kuku tu kau tahu ke ada yang nak makan pun jenuh kais kais. Kena mengemis job kat producer filem. Lagi kau nak suruh dia beli beg mahal.


Memang tak semua benda jenama tiruan tu kualiti dia baik.. Tapi kalau dah tak ada pilihan tapi perlu guna untuk rutin harian so apa pilihan yang ada. Takkan tak mampu beli beg Gucci original kena pakai beg plastik atau beg guni pulak. Cuma tu la produk tiruan yang di seludup masuk ni tak semua kita boleh guna. Ada produk @ barangan yang memudaratkan macam ni >> Mungkin Kita Tak Sedar Kita Sedang Guna Produk Yang Merbahaya macam ni <<

Tapi kalau setakat beg selagi kita yakin & tahu bukan di perbuat dari kulit haiwan yang haram.. Rasanya tak pernah lagi dengar beg tiruan menyebabkan jangkitan kulit serius sehingga menyebabkan kematian. Biasa la orang tak kaya ni.. keinginan nak bergaya macam orang lain pun ada tapi kemampuan setakat boleh beli barang tiruan je nak buat macam mana. Kalau kau tak nak tolong beli kau jangan banyak komplen katanya.

Moral of the story..  Bukan semua rakyat Malaysia ni kaya raya jadi sampai bila2 pun barang tiruan akan terus dapat sambutan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com