JADI ISU BESAR KALAU ARTIS YANG PAKAI JENAMA TIRUAN
Bila tengok tajuk berita Harian Metro Yang Highlight pasal kebanyakkan artis pakai jenama tiruan rasa macam nak gelak sambil hentak2 kaki je. Katanya segelintir artis tempatan di kesan menggunakan jenama tiruan. Tak paham lagi ke bapak2 menteri.. Rakyat Malaysia sekarang memang terpaksa berjimat termasuk artis kecuali che ta jer.. Sebab kos hidup dah meningkat. Jadi segelintir retis terpaksa guna jenama tiruan yang lebih murah bagi nak cut kos. Yang harian metro highlight pasal retis guna jenama tiruan macam retis tu bukan manusia pulak. Jadi pelik ke kalau retis guna barang jenama tiruan. Bukan semua retis dapat sponsor barangan berjenama, hokay. Yang hot & spicy mungkin la.. yang suam2 kuku tu kau tahu ke ada yang nak makan pun jenuh kais kais. Kena mengemis job kat producer filem. Lagi kau nak suruh dia beli beg mahal.
Memang tak semua benda jenama tiruan tu kualiti dia baik.. Tapi kalau dah tak ada pilihan tapi perlu guna untuk rutin harian so apa pilihan yang ada. Takkan tak mampu beli beg Gucci original kena pakai beg plastik atau beg guni pulak. Cuma tu la produk tiruan yang di seludup masuk ni tak semua kita boleh guna. Ada produk @ barangan yang memudaratkan macam ni >> Mungkin Kita Tak Sedar Kita Sedang Guna Produk Yang Merbahaya macam ni <<
Tapi kalau setakat beg selagi kita yakin & tahu bukan di perbuat dari kulit haiwan yang haram.. Rasanya tak pernah lagi dengar beg tiruan menyebabkan jangkitan kulit serius sehingga menyebabkan kematian. Biasa la orang tak kaya ni.. keinginan nak bergaya macam orang lain pun ada tapi kemampuan setakat boleh beli barang tiruan je nak buat macam mana. Kalau kau tak nak tolong beli kau jangan banyak komplen katanya.
Moral of the story.. Bukan semua rakyat Malaysia ni kaya raya jadi sampai bila2 pun barang tiruan akan terus dapat sambutan.
Untunglah jadi retis.. pakai bag pun orang zoom..
ReplyDeleteSelamat yang dalam-dalam orang tak pergi check buat berita...
dah nama retiss..kena lah glem2
ReplyDelete