KENAPA DIA JADI MANGSA BULI?
Buka je blog check Analitik di nuffnang & blogspot (keywords) ramai betul orang cari blog lekat lekit yer. Sang Lekit tahu kenapa? Tak perlu la di sebut lagi. Yelah ada orang memberi publisiti murahan di blog ni dengan mengembar gemburkan bahawasanya blog ini adalah blog mengumpat secara beramai - ramai & pageviews tertinggi sejak semalam & hari sudah tentu entri Lagi Isu Blogger maki hamun dalam blog. So, pada anda yang dah berkenalan dengan blog lekat lekit & membaca entri tersebut buat la penilaian & keputusan yer... Anda (pembaca) adalah juri. Jika korang ada sebarang Teguran, pandangan & nasihat sila la taip di komen entri tersebut atau di mana2 entri yang korang rasa nak tegur,bagi pendapat atau nasihat pada sang lekit.Okies bukan isu tu yang sang lekit nak kopek hari ni. Hari sang lekit nak imbau kembali kenangan masa kanak - kanak & mengupas isu kenapa dia jadi mangsa buli. Mari kita semua berada dalam sephia tone. Kan nak buat sesi imbauan ni.
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Asal gaduh jer dia lari balik rumah report mak dia kemudian mak dia akan datang sambil cekak pinggang depan kitorang & marah. Budak - budak bila dah orang tua marah diam je la. Esok pula anak dia akan datang balik nak berkawan & main semula dengan kitorang. Bila selalu sangat jadi macam tu maka kitorang ni jadi tak suka nak berkawan dengan dia. Memandang hanya group kitorang jer yang ada berdekatan dengan rumah dia maka dia akan cari kita balik bila bosan & takde kawan. Dengan terpaksa kitorang akan terima semula maka terjadi kes buli untuk membalas dendam. Sebenarnya kitorang kenakan dia macam - macam sebab memang tak suka dia, kedua kitorang memang taknak kawan dengan dia tapi dia still nak berkawan juga. Kitorang memang tak suka asal gaduh jer dia panggil mak.
Macam - macam kitorang kenakan dia.. Balik ngaji kitorang tinggalkan dia sorang2.. sorokkan selipar dia.. ejek dia macam - macam. Masa main kitorang jadikan dia watak yang bodoh untuk di perbodohkan. ada satu entri yang sang lekit buat cerita kenakalan sang lekit & kawan baik sang lekit kenakan dia.Tapi tak jumpa pula link dia.
Punca dia menjadi mangsa buli bagi sang lekit adalah kerana perangai dia sendiri & perangai mak dia yang mengundang perasaan benci kanak - kanak lain. Tak sepatutnya orang tua ikut campur dalam pergaduhan kecil melibatkan kanak - kanak kerana kita sedia maklum budak - budak ni gaduhnya sekejab kemudian berbaik semula. Sebab terlalu sayangkan anak dia, dia tanpa usul periksa menerima apa saja aduan anaknya sebagai benda yang betul. Kesan dari terlalu di manja tu membuatkan si anak di benci kawan - kawan & di pulaukan.
Dalam kes ni bagi sang lekit yang merosakkan si anak adalah ibunya sendiri. Terlalu di manja sehingga anaknya menerima kesan buruk tu dalam pergaulan. Kanak - kanak zaman dulu bukan macam zaman sekarang setakat berperang lidah kalau pukul pun sekadar tampar & cubit jer. Paling - paling pun gusti tarik rambut tapi sentiasa ada orang dewasa akan datang leraikan sebelum terjadi apa - apa kecederaan. Wajarkah seorang ibu yang nak ikut campur pergaduhan kecil kanak - kanak sehingga menyebabkan si anak di benci? Tengok pada kesan yang di alami anak tu jugak kalau nak masuk campur setakat hari ni gaduh esok dah berbaik bermakna takde la sampai trauma budak tu. Kalau dia trauma confirm dia tak datang berkawan dah, betul tak??
Moral dari kisah ni pada ibubapa di luar sana juga pada diri sendiri yang bakal bergelar ibu sayangkan anak jangan sampai merosakkan. Setiap aduan si anak sebelum mengambil tindakkan kaji & siasat dulu agar si anak tidak merasakan bahawa setiap perbuatannya itu betul walau salah. Ia memberi teladan & kesan pada proses pembesaran. Entri ini sekadar memberi pandangan peribadi tidak merujuk kepada mana2 pihak. Contoh di ambil adalah dari kisah sendiri jadi rasanya takde la minah2 atau mat2 yang terasa tak tentu pasal yer..