HATI HATI DENGAN SEKUMPULAN INDIVIDU YANG BAGI GROCERY BAG PERCUMA DI TESCO MUTIARA DAMANSARA
HATI HATI DENGAN SEKUMPULAN INDIVIDU YANG BAGI GROCERY BAG PERCUMA DI TESCO MUTIARA DAMANSARA. Zaman sekarang ni orang berani buat apa saja jenis penipuan secara terang terangan di khalayak ramai. Hanya menggunakan trick & teknik yang licik segala aktiviti penipuan mereka akan nampak seperti urusan jual beli jer..Benda berlaku kepada seorang warga emas yang di kongsikan oleh anak dia di laman facebook. Cerita dia macam ni.. Pasangan warga emas ni pergi ke Tesco mutiara damansara tetiba di datangi individu yang menghulurkan grocery bag percuma. Orang bagi free katanya.. Takkan la nak tolak. Nak2 sekarang memang kalau kawasan selangor ni tak sediakan beg plastik dah.. Macam orang mengantuk di sorongkan bantal busuk la kan.. Bila pasangan warga emas ni terima dia minta pergi ke satu meja. Konon sesiapa yang terima bag tu kena isi nama. Mungkin depa fikir sekadar untuk record atau survey mereka je la kot.. Yelah.. Orang tua2 ni jenis lurus & berbaik sangka sebab zaman depa tak banyak manusia yang sanggup aniaya orang tua sampai tahap macam tu kan..
Lepas tu individu ni offer depa satu set vacum tapi pasangan warga emas ni tolak atas alasan kat rumah depa pun dah ada vacum. Lepas tu seorang perempuan nama Bella ni bagi satu gadget minta pasangan warga emas ni tekan tekan. Lepas tekan tu, Tetiba katanya pasangan warga emas ni menang barangan elektrik yang bernilai ribuan ringgit jugak la. Lepas dia bagi lagi kat si pakcik suruh tekan lagi.. tup tup menang lagi katanya RM100 & layak dapat satu lagi barang elektrik yang boleh guna secara percuma selama 3 bulan lepas tu baru bayar RM80 sebulan selama 48 bulan.
Lepas tu depa tanya si pakcik ni samada ada kad kredit ke tidak. Almaklum la zaman sekarang penyamun kolar putih memang dia tak ragut style2 mat rempit pakai motor.. Sebab dia tau zaman sekarang ramai tak bawa cash banyak.. Kalau tak guna kredit card mesti guna debit card.
Tak sure macam mana pakcik ni boleh bawa keluar wallet dia lepas tu bila depa nampak credit card pakcik ni depa terus ambil dari tangan pakcik ni. Tu dia.. Pakcik2 kau boleh la main rampas rampas camtu kan? Umur pakcik tu pun dah 74 tahun katanya. Lepas tu depa buat2 tanya berapa lama dah guna credit card tu konon kalau lebih dari 2 tahun akan dapat satu lagi barang elektrik secara percuma. Amboi banyak sungguh barang percuma depa bagi kan...
Tanpa sedar credit card pakcik ni dah kena swap.. kemudian pakcik ni di minta mengisi beberapa dokumen untuk di tandatangi. Lepas balik baru pakcik ni rasa nak tengok dokumen2 yang dia sain baru dia sedar dia kena tipu. Wah.. ada simtom2 kena pukau jugak. Sebab masa berdepan dengan depa.. dia macam ikut je apa depa minta dia buat. Secara logiknya kalau dalam keadaan yang waras mesti ada sesi soal jawab jugak kan. Nak2 lagi nak sain2 apa2 dokumen tu.
Bila anak anak dia tahu ayah dia di tipu so depa pakat pi serbu la kat tesco mutiara damansara tu.. Pulun fight pun tetap depa tak mau batalkan transaksi yang depa buat tu guna credit card bapak dia. Kemudian staff dia panggil supervisor dia pun katanya supervisor pun macam samseng tetap taknak bagi balik duit tu dengan alasan pakcik ni dah setuju dengan urusan pembelian tersebut.
Lepas kalah fight kat situ.. balik rumah depa sepakat adik beradik nak buat laporan polis. Lepas buat laporan polis tu katanya lepas maybe beberapa hari pihak kpdnkk pergi buat penyamaran kat situ & berjaya menaham & mendakwa sekumpulan individu yang cuba menipu orang ramai dengan trick yang licik.
Moral of the story cerita ni.. Kalau yang dok bagi barang free kat mana2 pasaraya atau mall atau kat mana2 saja please la fikir depa takkan bagi sesuatu percuma tanpa sebab untuk keuntungan mereka. Zaman sekarang memang penggunaan sihir macam pukau banyak di amalkan oleh semua bangsa. Tak kira cina,melayu, india, warganegara ataupun bukan warganegara sebab cara tu je cara paling senang nak melakukan apa2 aktiviti penipuan & jenayah. Jangan elakkan bercakap dengan orang tak kenal. Nak2 lagi yang mencurigakan.