Showing posts with label tunjuk. Show all posts

GAMBAR ANAK LANA NORDIN YANG JARANG DI TAYANG PADA MEDIA

GAMBAR ANAK LANA NORDIN YANG JARANG DI TAYANG PADA MEDIA. Selepas kahwin nampaknya artis yang memang sesak dengan pelbagai kontroversi semakin slow down sikit. Aktiviti seni dia pun tak serancak dulu rasanya. Mungkin dia nak fokus pada rumahtangga & anak yang masih baby tu. Mungkin jugak dia memang nak jadi surirumah terus.Bagus la. Sebab nak jadi surirumah ni hanya wanita wanita yang hebat je mampu. Kalau korang yang rasa nak jadi surirumah tu kena tahu dulu samada korang mampu ke tidak. Tapi bagus juga kalau Lana Nordin ni memilih fokus pada rumahtangga. Mengelak dari berlaku kontroversi yang mungkin boleh gugat keharmonian rumahtangga dia.


Pernah jugak jadi kontroversi lepas kelahiran anak dia.. Tapi tak payah sebut la. Mengaibkan dia padahal tak tau betul ke tidak anggapan peminat ni. Apapun anak tu di jaga dengan baik & membesar dengan comel & sihat. Almaklum la.. Anak mix melayu + mat salleh ni. Level comel semakin berganda ganda la. Tapi Lana Nordin nampaknya jarang nak share sangat gambar anak dia kat media sosial. Tak macam sesetengah artis.. Anak pun dah jadi retis. Sebab depa rajin share perkembangan anak depa kat media sosial. Mungkin depa nak anak2 depa sama2 jadi retis so kena cipta populariti sejak dari bayi la kan. hehehehe

Mungkin Lana Nordin dia tak nak anak dia jadi selebriti kot sebab kecil lagi. Risiko share perkembangan anak kat media sosial nak2 anak seorang public figure ni banyak. Yang tak tahan anak kena kutuk tu better privacy kan la anak. Kang anak kena kutuk masuk melodi pulak..

Tapi Lana Nordin walau tak buat account media sosial untuk anak dia tetap la dia share jugak wajah anak dia pada media. Rasanya dia tak ada niat nak sorokkan anak cuma dia tak rasa perlu nak expose sangat kot anak dia. Memang comel sungguh anak lana nordin ni. Meh la tengok kat gambar di bawah


Baby mana tak comel ye dak tak kira la mix ke tidak. Asal nama baby ni macam mana pun rupa dia tetap la comel tak hengat katanya.Apapun semoga dia membesar jadi anak yang cemerlang dunia & akhirat.

AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK

AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK. Sebelum ni jadi kontroversi jugak bila Lisa surihani & Yusri KRU ambil keputusan untuk membesarkan anak mereka seperti kanak kanak biasa. Tak nak dedahkan gambar anak depa kat media. Ada yang mengecam & ada yang menyokong tindakkan mereka. Sampai pernah berlaku satu isu bila ada peminat yang mencuri ambil gambar Lisa & anak dia kat luar kemudian menyebarkan di media sosial. Timbul rasa sedikit tak puas hati lisa dengan perbuatan peminat tu. Tapi semua isu tu dah selesai.


Tup tup hari ni terbaca kat beautifulnara katanya Yusri & lisa akhirnya berkongsi jugak wajah terkini anak kesayangan mereka Yahaira Leanna. Mungkin sekadar nak berkongsi dengan peminat yang teringin sangat nak tengok muka anak depa. Yelah.. bukan semua peminat bertuah terserempak dengan retis kat luar.. Nak2 lagi yang duduk kawasan luar bandar.

Katanya Yusri berkongsi gambar Yahaira Leanna yang dah berusia 9 bulan bersempena hari lahir dia semalam. Mungkin hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong dia selama ni walaupun sebelum ni depa sangat menjaga privacy anak mereka. Alah sekali sekala tunjuk bagi peminat tengok apa salahnya, ye dak? Jangan la show off anak sampai kecik2 lagi dah menang anugerah dalam industri hiburan walaupun anak tu sebenarnya tak ada terlibat dalam apa2 aktiviti seni pun. Lepas dah menang, luah perasaan risau pulak sebab anak dia terpilih sebagai yang paling popular katanya. Yang ko dok tayang serata alam maya gambar anak kau tu apa motif kalau tak sebab nak popularkan anak kau. Tak paham ah kak puaka tau! hahahahaha

Yahaira Leanna 9 Bulan. Comel macam mak bapak dia jugak

Tak salah nak abdikan kenangan dengan gambar & nak upload untuk berkongsi dengan orang lain.. Boleh jer cuma berpada pada. Gambar ni salah satu sebagai medium untuk menyimpan memori. Cuma jangan la share semua gambar dengan orang. Ada gambar boleh share & ada yang tidak. Jadi pandai2 la menapis ayak yang mana gambar sesuai untuk tontonan umum & tidak.

Moral of the story.. jangan biarkan gambar menjatuh maruah anda. Sekian terima kasih. selamat berselfie semua

KALAU DAH SAYANG BERJIMAK PUN NAK BAGITAU ORANG

KALAU DAH SAYANG BERJIMAK PUN NAK BAGITAU ORANG. Trend orang sekarang nak2 lagi pengamal media sosial. Kalau dah tengah angau.. tengah sayang.. tengah mood bulan madu di awan biru.. Kalau boleh berjimak pun dia nak bagitau orang. Punya nak tunjuk betapa bahagianya dia.. Bahagia yang seolah olah dalam dunia ni dia sorang je rasa. Orang lain tumpang tengok je dengan kebahagian dia.


Bukan kata salah berkongsi kegembiraan dengan orang lain cuma kadang2 walaupun bahagia apa yang kita kongsi tu tak sepatutnya orang lain tahu. Benda tu kadang2 patut jadi rahsia pasangan jer.. Tapi sebab ada yang rasa tak puas nafsu serakah dia kalau dia jer yang rasa sweet tu tapi orang lain tak tahu.. Tu yang bukan2 je dia share kat media sosial. Hari ni encik papa / cik mama kiss sampai lekat merah kat leher.. watdehek benda macam tu nak tulis kat media sosial. Ada orang sampai bersama pasangan pun dia nak bagitau biarpun cara kiasan/hint. Semalam yang hangat.. Sampai ke subuh bersenam. Jangan kata aku buat cerita memang aku pernah jumpa status2 macam tu sebab tu aku tulis kat dalam entri ni. Tu yang kadang2 aku suggest jer.. Lain kali snap pic sekali lepas tu upload baru status kau meletop kebabom masuk Amran Fans, KHK, siakap keli bagai.. Silap2 Walau kau tak retis beautifulnara pun up cerita pasal semalam yang hangat kau tu.

Sebenarnya.. banyak cara yang lebih baik untuk kita meluahkan rasa sayang, gembira & bahagia dengan pasangan. Menulis di media sosial bukan sesuatu pilihan yang bijak. Kalau kau private post tu & tag laki kau je takpe.. Orang lain tak boleh baca.. Ni post kau memang public. Motif sangat tau. Kalau dah rasa hangpa tu couple yang sweet like kencing manis.. Yang tunggu hari nak kena potong kaki tangan bagai... Meh lempiaskan nafsu kasih sayang hangpa dengan cara macam ni.  Setakat nak lock mangga cinta tu tak payah pergi korea.. Kat Bukit bendera pulau pinang pun dah ada katanya. Tapi kalau jauh sangat nak pergi bukit bendera banyak lagi cara boleh buat. Meh la tengok cara mana yang korang rasa sesuai nak buat >> Ini Cara Nak Buktikan Anda Memang Sweet Couple <<

Moral of the story... Perasaan sayang pada pasangan tu adalah normal.. Kalau tak ada rasa sayang susah untuk bertahan dalam hubungan tak kira bercinta atau berkahwin. Tapi tak semestinya kita menjadikan media sosial sebagai diari hati yang tiada rahsia lagi. Terlajak perahu boleh undur.. terlajak tulis kat media sosial orang printscreen memang susah dah nak delete bila tersebar. Ingat... Kadang2 sebab bahagia sangat pun boleh jadi malapetaka.

PESERTA GIMNAS MALAYSIA TUNJUK LURAH KEMALUAN

rasanya isu tasha shila yang gambar dia separuh bogel tak reda lagi ni isu atlik yang mewakili Malaysia di sukan SEA pulak orang kecoh. Katanya dia memuatnaik gambar yang nampak lurah kemaluan dia. Almaklum la atlet Gimnas bukannya pakai track suit tapi pakai costume yang ala2 bikini dah. Baju dengan kulit melekat macam gam. Ternampak lurah tu tak mustahil sangat.


Terbaca kat Astro awani dengan tajuk dari statement hamba Allah ni
'Bising bila nampak lurah faraj, diam bila tengok drama peluk-peluk' - Dr Mariani. rasa macam Dr Mariani tak up to date. Maybe dia takde account laman sosial kot sebab dia mempertikaikan babak2 peluk peluk dalam drama yang katanya orang tak kisah. Kalau rajin baca portal hiburan maka tahulah macam mana reaksi penonton drama2 yang over sangat peluk cium. Tetap jugak jadi bahan kritikkan, makian, hinaan & kejian. Dia tak tau ke pengguna laman sosial Malaysia ni garang2 belaka. hahahaha

Tu peluk cium sampai lunyai kena maki apatah lagi nampak lurah kemaluan.. Memang saja bagi isu la orang nak hentam. Aku sampai sekarang pelik kat Malaysia ni.. Yang Ratu cantik orang Islam tak boleh sertai, yang gimnas, renang kena pakai bikini boleh pulak. Aku pernah tulis isu ni bertahun lamanya dulu (boleh baca kat entri ni :KENAPA PEREMPUAN MELAYU TAK BOLEH MASUK PERTANDINGAN RATU CANTIK TAPI BOLEH SERTAI PERTANDINGAN GYMNASTIK) . Sepatutnya sukan gimnas ni pun rasanya tak payah la peserta beragama Islam join. Kita sedia maklum depa kena perform dengan aksi2 terkangkang tertonggek terlentang bagai... Bila jadi isu camni minta orang berfikiran terbuka macam terbukanya costume Gimnas tu.

Moral of the story.. Berani buat berani tanggung. Kau sanggup pakai pakaian yang tutup celah kangkang jer maka kau tak boleh marah bila orang lain memperkatakan tentang celah kangkang kau. Kau tunjuk, orang tengok & nilai. Tu benda normal yang berlaku. Peace!

PEMANDU WANITA SAMSENG CUMA BERANI TUNJUK JARI TENGAH

Tu dia.. tajuk entri mesti ramai pemandu2 wanita terbeliak mata nak baca kan? Almaklum perkataan wanita kat situ di highlight tapi macam biasa la mustahil semua pemandu wanita macam tu. Of course la nak cakap pasal segelintir yang pasti bukan pemilik myvi. Cuma kali ni nak cakap pasal Viva pulak.

Sekadar hiasan. Carian Google

Alkisahnya Ahad.. Hari berjimbaraya maka keluarlah kami 3 beranak. Dalam perjalanan nak menuju ke destinasi masa nak konar tiba2 berselisih dengan sekumpulan gegadis dalam Viva forever. Sampai nak berlanggar sebab tak menyempat sangat nak masuk. Yang bawak kereta nampak sampai nak melekat muka kat cermin kereta nampak sangat la memang tahap kecekapan dia bawak kereta tu tak seberapa. Even aku tak reti drive tapi aku tau sangat yang mana dah lama bawak kereta, yang baru dapat lesen & yang tak berapa confident drive. gaya depa pegang stereng pun boleh tau.

Bising2 la jugak drive berhemah aku ni.. Lepas tu tetiba nampak perempuan kat dalam kereta tu angkat jari tengah. Alahai.. yang drive tu pun nampak dada sampai melekat kat stereng. Cara dia drive pun nampak sangat2 tak berapa pandai sekadar kereta boleh gerak jer. Ni kalau samseng2 jalan raya lain maunya kena himpit kereta kau.. dah la salah, tunjuk jari tengah pulak kat orang mau terbabas gigit border jalan.

Aduhai.. Kalau setakat mampu angkat jari tengah simpan je dalam Bra katanya. Kiki stereng lock pun hanya berani samseng dengan orang tua. Kita ni perempuan. Bukan kata suruh tadah jer untuk di buli tapi kalau dah salah tu tak payah nak tunjuk samseng sangat la. Cuba angkat tangan dengan muka bersalah tanda minta maaf.. orang yang tengok pun sejuk sikit.

Moral of the story.. Bawak kereta bukan dada pegang stereng tapi tangan. hahaha

YANG SUKA TUNJUK KEMESRAAN LAKI BINI SECARA UMUM TU ELOK BACA

Sekarang aku perasan satu trend asal ada retis upload gambar mesra laki bini je mesti jadi kontroversi. Ramai yang mengutuk & ramai jugak yang menyokong.Dan yang pasti ramai yang tak tahu samada boleh atau tak menunjuk kemesraan suami isteri secara umum walau hubungan mereka halal untuk mereka bergaul mesra.

Gambar carian google sekadar hiasan

Akibat dari fenomena tu melanda maka aku pun rerajin la google untuk pengetahuan aku sendiri & untuk di share dengan sapa2 jer yang sudi baca blog comot lagi melekit ni. Mesti ramai yang kata.. Alah laki bini beromen pun dapat pahala apatah lagi setakat bercium.. Yer betul tapi tetap ada batasan kemesraan tu. Bukan dalam semua keadaan & tempat kau boleh bergomol & tayang, hokay! Dari pembacaan aku ni.. aku nak share la dengan korang. Meh la baca supaya faham apa yang boleh & tak boleh

sumber rujukan & artikel penuh baca kat SINI

Apapun.. berpada pada dalam nak tunjuk kemesraan kita dengan pasangan kita di khalayak ramai even hanya kata kata sekalipun. Zaman media sosial ni nak cakap rindu kat asben pun up status kat FB walhal secara personal boleh lafazkan. Kalau malu nak cakap boleh sms wassap wechat segala bagai tapi tetap la kan nak cakap biar orang nampak & tahu. Gambar2 mesra pulak.. bukan la kata tak boleh tapi jangan sampai dok baring2 atas katil sambil berselimut pun nak upload tunjuk kat orang. Tau la hangpa dah kawen tengah honeymoon. cium mium bagai tu.. tak payah la nak tunjuk kat orang.

Sumber Google

Moral of the story.. setiap apapun perbuatan kita kalau melebih lebih yang halal pun boleh jadi haram. So, renung renungkan selamat berfikir termasuk untuk diri sendiri juga moga jadi peringatan setiap masa. Manalah kot2 tetiba jadi terlampau romantik mengalahkan romeo & juliet lupa pulak batas2 apa yang boleh & tak boleh, kan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com