Tu dia.. tajuk entri mesti ramai pemandu2 wanita terbeliak mata nak baca kan? Almaklum perkataan wanita kat situ di highlight tapi macam biasa la mustahil semua pemandu wanita macam tu. Of course la nak cakap pasal segelintir yang pasti bukan pemilik myvi. Cuma kali ni nak cakap pasal Viva pulak.
Sekadar hiasan. Carian Google
Alkisahnya Ahad.. Hari berjimbaraya maka keluarlah kami 3 beranak. Dalam perjalanan nak menuju ke destinasi masa nak konar tiba2 berselisih dengan sekumpulan gegadis dalam Viva forever. Sampai nak berlanggar sebab tak menyempat sangat nak masuk. Yang bawak kereta nampak sampai nak melekat muka kat cermin kereta nampak sangat la memang tahap kecekapan dia bawak kereta tu tak seberapa. Even aku tak reti drive tapi aku tau sangat yang mana dah lama bawak kereta, yang baru dapat lesen & yang tak berapa confident drive. gaya depa pegang stereng pun boleh tau.
Bising2 la jugak drive berhemah aku ni.. Lepas tu tetiba nampak perempuan kat dalam kereta tu angkat jari tengah. Alahai.. yang drive tu pun nampak dada sampai melekat kat stereng. Cara dia drive pun nampak sangat2 tak berapa pandai sekadar kereta boleh gerak jer. Ni kalau samseng2 jalan raya lain maunya kena himpit kereta kau.. dah la salah, tunjuk jari tengah pulak kat orang mau terbabas gigit border jalan.
Aduhai.. Kalau setakat mampu angkat jari tengah simpan je dalam Bra katanya. Kiki stereng lock pun hanya berani samseng dengan orang tua. Kita ni perempuan. Bukan kata suruh tadah jer untuk di buli tapi kalau dah salah tu tak payah nak tunjuk samseng sangat la. Cuba angkat tangan dengan muka bersalah tanda minta maaf.. orang yang tengok pun sejuk sikit.
Moral of the story.. Bawak kereta bukan dada pegang stereng tapi tangan. hahaha
2 Komen Melekat:
atas jalan raya memang banyak kerenah dan pelbagai ragam pemandu...
Berlagak sungguh kan?
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini