KALAU DAH SAYANG BERJIMAK PUN NAK BAGITAU ORANG
Bukan kata salah berkongsi kegembiraan dengan orang lain cuma kadang2 walaupun bahagia apa yang kita kongsi tu tak sepatutnya orang lain tahu. Benda tu kadang2 patut jadi rahsia pasangan jer.. Tapi sebab ada yang rasa tak puas nafsu serakah dia kalau dia jer yang rasa sweet tu tapi orang lain tak tahu.. Tu yang bukan2 je dia share kat media sosial. Hari ni encik papa / cik mama kiss sampai lekat merah kat leher.. watdehek benda macam tu nak tulis kat media sosial. Ada orang sampai bersama pasangan pun dia nak bagitau biarpun cara kiasan/hint. Semalam yang hangat.. Sampai ke subuh bersenam. Jangan kata aku buat cerita memang aku pernah jumpa status2 macam tu sebab tu aku tulis kat dalam entri ni. Tu yang kadang2 aku suggest jer.. Lain kali snap pic sekali lepas tu upload baru status kau meletop kebabom masuk Amran Fans, KHK, siakap keli bagai.. Silap2 Walau kau tak retis beautifulnara pun up cerita pasal semalam yang hangat kau tu.
Sebenarnya.. banyak cara yang lebih baik untuk kita meluahkan rasa sayang, gembira & bahagia dengan pasangan. Menulis di media sosial bukan sesuatu pilihan yang bijak. Kalau kau private post tu & tag laki kau je takpe.. Orang lain tak boleh baca.. Ni post kau memang public. Motif sangat tau. Kalau dah rasa hangpa tu couple yang sweet like kencing manis.. Yang tunggu hari nak kena potong kaki tangan bagai... Meh lempiaskan nafsu kasih sayang hangpa dengan cara macam ni. Setakat nak lock mangga cinta tu tak payah pergi korea.. Kat Bukit bendera pulau pinang pun dah ada katanya. Tapi kalau jauh sangat nak pergi bukit bendera banyak lagi cara boleh buat. Meh la tengok cara mana yang korang rasa sesuai nak buat >> Ini Cara Nak Buktikan Anda Memang Sweet Couple <<
Moral of the story... Perasaan sayang pada pasangan tu adalah normal.. Kalau tak ada rasa sayang susah untuk bertahan dalam hubungan tak kira bercinta atau berkahwin. Tapi tak semestinya kita menjadikan media sosial sebagai diari hati yang tiada rahsia lagi. Terlajak perahu boleh undur.. terlajak tulis kat media sosial orang printscreen memang susah dah nak delete bila tersebar. Ingat... Kadang2 sebab bahagia sangat pun boleh jadi malapetaka.
Nasihat yg baik. Elok berhati2 dgn apa yg kiya share di laman sosial.
ReplyDeleteNasihat yg baik. Elok berhati2 dgn apa yg kita share di laman sosial.
ReplyDeleteDah ada segan silu tu LL..
ReplyDeleteSebab tu bagi tahu seluruh dunia..
Tak malu kan tulis camtu...cite dlm kelambu bior le tersimpan dlm kelambu gak tak payah sampai bawak keluor...orang tanak tahu pon...
ReplyDeleteBla terlalu berlebihan dgn media sosial, segalanya akn d cerita.. sapa2 yg de FB or Twitter dll kawal2 ler ayat dlm Post..
ReplyDeleteagreed!
ReplyDeleteaida x fren dgn mr.asben.
dulu yes. later, aida unfren dia.
he is not a fren. he is my asben. ekslusif!
buat pe nak inform org hi hi hi...