Macam tu jugak Bio essence Bio Gold water yang aku dah guna sejak sebulan lepas. memula guna cuak.. aku rasa macam kulit jadi kering.. Arghh... sudah. Mahal kot RM77 tu. Tapi selepas dua tiga kali sapu dia mula serasi dengan kulit & memberi hasil yang memuaskan selepas sebulan. Katanya mampu buat kulit nampak flawless. Yer betul.. Tapi almaklum la muka bekas kawah bulan ni tapi tetap nampak la jugak flawless tu even tak la glowing macam sapu minyak rambut code 10 kat muka. Yelah aku tengok banyak sangat pengedar yang jual produk glowing2 ni share gambar dengan muka nampak berminyak macam sapu minyak rambur code 10 jer. Apapun selepas guna produk bio essence ni Kiranya tengok muka sendiri pun sekarang tak rasa nak histeria sangat la berbanding dulu. hahahaha.
Selain menaikkan seri wajah, muka nampak bersih, kulit rasa tegang & ada la sikit2 shinning gitu.. tak menyebabkan jerawat atau apa2 keradangan kulit. Kesan2 penuaan pun mampu di basmi. Dengan penggunaan berterusan Insya Allah awet muda katanya. hahahaha
Ada yang google cara nak pakai bio essence bio gold water ni.. Dia confuse la tu. Nak tenyeh ke, nak sapu ke camna. Cara pemakaian dia adalah tuang bio gold water atas tapak tangan lepas tu gesel dengan kedua belah tangan & cepat2 tepuk2 ke seluruh muka. Sebab gel dia cepat kering & meresap dalam kulit. Jangan nak ber ulit mayang sangat la masa nak pakai bio gold water ni. Untuk kesan yang lebih cepat sila guna 2 kali sehari pagi & malam. Cara aku guna lepas cuci muka, keringkan aku akan tempek dulu bio gold water sebelum tenyeh cream2 lain.
Moral of the story kalau korang terpengaruh dengan hasutan aku nak beli produk bio essence ni jangan ragu2.. Insya Allah sesuai dengan semua jenis kulit & tahan sehingga 3 bulan.