INI YANG BERLAKU LEPAS SEBULAN GUNA BIO ESSENCE BIO GOLD WATER
Macam tu jugak Bio essence Bio Gold water yang aku dah guna sejak sebulan lepas. memula guna cuak.. aku rasa macam kulit jadi kering.. Arghh... sudah. Mahal kot RM77 tu. Tapi selepas dua tiga kali sapu dia mula serasi dengan kulit & memberi hasil yang memuaskan selepas sebulan. Katanya mampu buat kulit nampak flawless. Yer betul.. Tapi almaklum la muka bekas kawah bulan ni tapi tetap nampak la jugak flawless tu even tak la glowing macam sapu minyak rambut code 10 kat muka. Yelah aku tengok banyak sangat pengedar yang jual produk glowing2 ni share gambar dengan muka nampak berminyak macam sapu minyak rambur code 10 jer. Apapun selepas guna produk bio essence ni Kiranya tengok muka sendiri pun sekarang tak rasa nak histeria sangat la berbanding dulu. hahahaha.
Selain menaikkan seri wajah, muka nampak bersih, kulit rasa tegang & ada la sikit2 shinning gitu.. tak menyebabkan jerawat atau apa2 keradangan kulit. Kesan2 penuaan pun mampu di basmi. Dengan penggunaan berterusan Insya Allah awet muda katanya. hahahaha
Ada yang google cara nak pakai bio essence bio gold water ni.. Dia confuse la tu. Nak tenyeh ke, nak sapu ke camna. Cara pemakaian dia adalah tuang bio gold water atas tapak tangan lepas tu gesel dengan kedua belah tangan & cepat2 tepuk2 ke seluruh muka. Sebab gel dia cepat kering & meresap dalam kulit. Jangan nak ber ulit mayang sangat la masa nak pakai bio gold water ni. Untuk kesan yang lebih cepat sila guna 2 kali sehari pagi & malam. Cara aku guna lepas cuci muka, keringkan aku akan tempek dulu bio gold water sebelum tenyeh cream2 lain.
Moral of the story kalau korang terpengaruh dengan hasutan aku nak beli produk bio essence ni jangan ragu2.. Insya Allah sesuai dengan semua jenis kulit & tahan sehingga 3 bulan.
Saya baru je pakai produk ni. Pencuci muka guna bio gold 24k cleanser, then siang hari saya sapu sapu guna bird's nest collegen. Baru seminggu pakai tapi bird's nest collegen tu rasa best sgt soft je muka. Tapi takdelah nmpak kesan lagi, maklumlah muka pun berkawah. hahaa Harap berbaloi la beli benda ni. Saya beli time watson buat sales, memang murah.
ReplyDeletesebab kulit mudah berjerawat saya guna pencuci bio essence miracle bio water yang anti acne & free soap.. Alhamdulillah jerawat pun tak naik lagi. Siang sy guna bird nest cream jugak.. kalau jerawat banyak better guna siri yang snail dulu untuk redakan jerawat
DeleteAlhamdulillah, serasilah tu maknanya tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah farah bio essence serasi. senang nak beli kat luar banyak jual
Deletemenjimatkan
ReplyDeletewowwee..pasni meletoppp~
ReplyDeleteBio essence ni mmg sesuai kalau kulit jenis kering camtu...mmg rasa macam hydrated bila pakai :)
ReplyDeletebest
ReplyDeletewahhh mmg murah la gitu kan rm20 je sebulan ....
ReplyDeleteAkaklah tu salah seorang yang mudah terpedaya. Yang ni belum pernah beli lagi sebab first time terpedaya dengan review free Suria, akak beli Bird Nest satu set. Lamalah tahan. Belinya bulan Februari tak silap, pakainya entah bila ya tarikh (ni pun kalau buat review kena offer kat langsuir juga, tarikh pun tak ingat!) tapi masih banyak lagi sampai la ni (ada juga malam terbongkang dulu baru teringat belum pakai sleeping mask tu...hehehe....)
ReplyDeleteOkeylah bagi akak produk ni. Memang tak menyesal beli. Kulit pun takdalah berkarat macam lepas kena lava gunung berapi.
saya pun ade beli terikut cakap akk promoter tu ..erm kulit before ni mmg de jerawat pastu ok pastu gatal beli bio gold ni tetiba naik lak jerawat bsr2 gak la area dagu dan seangkatan dgn nya..siap de mcm nanah tu..tp sy teruskan pkai la smpi arini sb beli mhl tak kn nk buang kn beli 1 set lak tu de crem siang mlm tu..skg sy tk pkai bedak or foundation walaupun time pegi keje sb lau pkai muka jadi gatal lak..ermm lau cmni nak teruskan ke pkai bio ni atau stop dlu ek ???tp naik tkde la truk sgt sy tnya akk promoter die suh teruskan sb die ckp tu tindak bls utk mula lme2 akn ok katanya..btl ke ek ??
ReplyDeletekalau bagi kesan macam tu jangan teruskan. saya tak pakai set.. saya pakai bio gold. kulit saya pun jenis berjerawat sebelum saya pakai bio gold water saya rawat dulu dengan siri snail bio essence. lepas jerawat dah reda baru sapa pakai bio gold & cream siang saya pakai birdnest.
DeleteSekarang tgh offer..rm50++ je..nk beli masa tu was2 sbb baru lepak tsalah guna produk..naik jrwt..tp produk local..
ReplyDeleteKalau muka ada bekas jerawat sesuai tak pakai bio gold ni eak ?or pakai snail dulu ?
ReplyDeleteKalau muka bekas jerawat sesuai tak bio gold ni eak ? ke pakai snails dulu ?
ReplyDeleteUntuk sy bio essence mmg terbaik..masa umur 20 muka agak kelam..sy try bio essence tanaka white..terus flawless pink2 gitu..lepas tu bila umur 23 terpengaruh dgn bird nest dia..anjal kulit..hehe..la ni dh umur 28 try 24k gold dia..mmg berseri2..bg sy bio essence punya produk xpernah rosakkan kulit sy..dia nya bb cream dgn sunscreen pun best..tak berminyak..miracle water pakai kalau waktu malam panas sgt spray kat kaki beberapa minit pastu bole tido..miracle sunguh..haha..ni la produk yg sy puji sgt2..walaupun kesan dia bukan 3 atau 7 hari..tp terbaik..
ReplyDeletesalam, selama ni kulit saya tak bermasalah.. saya pengguna tegar cleanser Garnier for years. krim malam saya pakai etude house collagen for one year. now saya pakai cleanser 24k gold and bio gold kulit saya start berjerawat di mana mana. saya tak pernah ada jerawat, adakah ini tindak balas awal? saya risau dengan kulit muka saya sekarang. :(
ReplyDeletesaya tak pasti sebab semenjak saya pakai bio gold even kulit saya sebelum ni memang ada masalah jerawat tapi bio gold tak menyebabkan jerawat. Dia juga bukan berfungsi untuk merawat jerawat.. Alhamdulillah setakat ni kulit saya makin sihat & bebas jerawat lepas penggunaan produk lain jugak. Bio gold berfungsi untuk menegangkan,memberi kesan flawless, kulit jadi lembut & licin. sekarang saya maintain bio gold, bio essence hydra tri-action moisturizing gel selebihnya saya guna scrub dari clinelle yang memang membantu mencegah jerawat & memudarkan parut jerawat. untuk cleanser sekarang saya pakai sabun susuk emas.
DeleteAlhamdulillah saya pengguna baru gol water ni dah 2 bulan..kulit flawless value for money dn tahan lama sebotol besar tu.. should try!! day & night cream dia tak try lagi, since gold water sesuai untuk sya nanti nak try cream dia pula..ada sapa2 nak comment cream dia plss..tq
ReplyDeletesy ade menjual bio gold water blh contact sy 0148398651
DeleteMaaf nk tanya klu kulit berminyak sesuai ke guna bio gold water
DeleteNi lg semangat nak bli nih...br nak cuba2
ReplyDeleteSerius terpengaruh dah ni. Semalam beli dh trial pack hahahaaaa
ReplyDeletesy ade menjual bio essence 24k gold water yg trial pack (20ml)..berminat blh pm sy..(0148398651)
ReplyDeleteSaya dah pakai... Osem sangat.. Muka pun mula geglowing giteww... Mulus je kulit.. Alhmdlh mmg puas ati.. Guna sikit kesan banyak.. Love it
ReplyDeleteNak minta advice. Saya baru guna seminggu. Tapi kulit saya terkupas & kering sangat. Itu perkara normal ker utk 1st time guna atau saya patut berhenti sbb tak sesuai bg saya ye?
ReplyDeleteYup.. stop pakai sebab keperluan produk untuk setiap kulit tak sama. Produk yang selamat & bagus pun kalau tak menepati keperluan kulit kita jadi tak sesuai jugak. Saya pun ada siri produk bio essence yang tak sesuai dengan kulit saya macam Bio essence Tanaka white cleanser. Jadi saya stop guna bila saya rasa dia bagi kesan negatif pada kulit
Deleteok. thanks yer.
ReplyDeleteSyukur. Selepas sekian lama gunakan local skincare, saya beralih kpd bio essence tanaka white. Lebih selamat dan terbukti berkesan, kulit muka lebih sihat tanpa jerawat. Cleanser foam terasa begitu lembut pada kulit even pd kulit sensitif.
ReplyDeletehai sy baru cuba bio essence bio miracle water. hanya pakai pencuci muka, baru guna dlm seminggu.. kesannya, muka jadi kering dan ad menggelupas sikit. bila bcakap tu, mmg rasa kulit mukaa kering huhuhu.. sebelum cuba yang ni, sy dlm breakout phase and baru lepas stop pkai dnars. what shud i do? risau sbb kulit kering n menggelupas je..
ReplyDeleteuntuk cleanser bio miracle water memang dia akan jadi kering sikit kulit sebab dia untuk kulit berminyak & berjerawat. So seeloknya apply dengan pelembab. boleh try Bio essence hydra tri-action aqua moisturizer.
Deletesaya baru pakai smlm pun da nampak glowingnya hee.puas hati
ReplyDeleteSy pn pakai gold water ni sbg penganti serum.. mmg best muke jd lembut dan kurang oily. Slps tu .Sy pakai snail cream utk moist dan pulihkan kulit jerawat dan sensitif.. cepat serap dan muke jd selesa sgt..
ReplyDeletedulu muka berminyak sekarang dah ok ...i luv bio essence..produk terhangat di watson..
ReplyDeletekalau muka brjeragat cmne ye..bintik2 htm..tlgg
ReplyDeletekalau muka brjeragat cmne ye..bintik2 htm..tlgg
ReplyDeleteUmur sy 25 tahun. Boleh ke sy pakai bio essence 24k gold??
ReplyDeletemuka sy xberjerawat cuma sensitif sbb dlu try mcm2 produk .skrg pakai bio enssense snail tp naik jerawat pasir plak.tp sy baru je pakai seminggu.perlu ke tnggu sebulan ??sy paka pencuci snail cleanser dan snail serum..
ReplyDelete25 keatas boleh guna kan..hehhe sy baru beli semalam set combo cleanser + gold water ni harga 99.90
ReplyDeletebelum try lagi sebab nak tengok feedback dlu..terjumpa blog ni hehe
salam sejahtera,
ReplyDeletesaya baru beli bio essence 24K gold..tak guna lagi.
saya cuma nak cari kepastian tentang samada kita orang islam boleh tak pakai produk ni, kutnyer ada unsur bahan daripada serbuk emas kan. takut jatuh ke syubhah pulak jadinya, sebab tak betul2 pasti boleh tak guna sebenarnya.
ada sesiapa yang arif atau ilmuwan yang tahu berkenaan perkara ni. harap dapat membantu saya yang dalam dilemma nak guna atau tidak..
terima kasih banyak.
......
ReplyDeleteSerius i terpegaruh dah...bty thnks kat cik akak lekatlekit..now i dag jumpa produk yg sesuai sngt ngn kulit...
ReplyDeleteBoleh hilgkan jeragat tak
ReplyDeleteDulu sy guna serum snail tu, Alhamdulillah mmg mujarab hilg parut jerawat hitam2 & kulit makin cerah. Tapi xsuka rasa pedih2 kat muka tiapkali application. But sy teruskan juga sbb nak hilangkan parut tu. Skrg ni sy guna bird's nest + peptides essence tu suka sgt rasa mcm plump2 rasa pipi lembut ja. Pastu sy cuba campurkan bird's nest essence + peptides dgn 24k gold water, suka sgt la pula effectnya just right: x keringkan muka & tak basahkan muka lelebih bahkan muka nampak glowing. Lepas tu sy nak try apply aqua moisturizing gel tu, tp sy cuba kat pipi gatal2 pedih la & bau dia sy kurg favor. So sy just applykan kat lutut & tumit kaki yg merekah. Sy guna crystal moist face gel sebagai ganti moisturizer sy Alhamdulillah serasi bila digabung dgn bio essence. Pencuci muka pula sy baru guna yg snail tapi kering & muka nampak lagi gelap so sy gunakan kat sisi lengan je sbb ada ingrown hair kat lengan biji2 tu, makin berkurangan. Rasanya sy nak try pencuci muka bird's nest je la pasni.
ReplyDeleteBoleh kah umur 17 tahun pake 24k bio gold water ?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak..saya nak tanya,kulit kombinasi ni pakai yang mana ye?saya nak pakai tanaka white,ok ke?
ReplyDeleteNak tanya apa beza rose gold dengan gold? Lain2 ker fungsi nya kak?
ReplyDeleteBaru amalkan product ni dalam masa 2 minggu...kelembapan kulit sangat bagus, baru pakai cleaser dengan gold water
ReplyDeletebird nest xsesuai ngn sy.dh try naik byk jerawat.snail xpnah try lg.tp sy mmg guna bio essence rose gold water.mmg ok sgt.yg lain product essence tu mgkin xsesuai ngn kulit sy.kulit sy bermnyk,klu slh pkai mmg naik jerawat byk sgt
ReplyDeleteNk tanya produk bio essence ni ada sijil halal x?
ReplyDeleteselepas pakai rose gold kulit keluar jerawat merah kecik2 lepas tu dah stop guna rasnya sebb ingredients apa ye? sebb tgh nk thu elergic kt ingredients apa
ReplyDelete