Showing posts with label berseri. Show all posts

GIGI BERKARAT? KUNING? CELUP CELUP & BERUS JE DENGAN CARBONMINT TERUS PUTIH

GIGI BERKARAT? KUNING? CELUP CELUP & BERUS JE DENGAN CARBONMINT TERUS PUTIH. Assalamualaikum.. Kat sini sesapa ada masalah dengan gigi tak? Orang muka cantik, makeup tebal 3 inci sekalipun kalau gigi tak cantik pun tak guna jugak kan? Nak2 lagi gigi berkarat, kuning bagai.. Alllahu.. Rasa macam tak berapa nak murah senyuman sangat la kan. Kalau senyum pun sedaya upaya cover gigi dari orang nampak. Senyum pun nampak tak ikhlas je kalau cover cover ni Ok.. Bila kurang senyum ni kurang la pahala sebab senyum tu kan satu sedekah. Sedekah ni dapat pahala. hehehehe. Jadi memang penting sangat la penjagaan gigi agar kita mampu melemparkan senyuman paling manis yang menyenangkan semua orang.


Masalah gigi kuning ni ramai orang hadapi.. Ia berpunca dari faktor pemakanan juga selain sebab merokok. Antara makanan & minuman yang menyebabkan gigi kuning macam kari, minum minuman berkafien semua tu. Faktor lain gigi kuning ni adalah sebab cara penjagaan gigi yang tak betul atau malas gosok gigi. Jadi nak cantik apapun kena rajin.

Yang ada masalah gigi kuning atau berkarat ni saya nak suggest hangpa try Carbonmint. Tu dia pakat kerut kening habis dah.. Menatang apa Carbomint tu? Sedikit info pasal Carbonmint ni adalah sejenis pemutih gigi yang di perbuat dari Arang Aktif. Kalau orang dulu2 memang guna arang nak putihkan gigi terutama orang India. memang terbukti penggunaan arang ni mampu memutihkan gigi. Selain untuk gigi, Arang ni menjadi penyerap terbaik.. Sebab tu mampu menyerap makanan beracun & bakteria. Dianggarkan penggunaan boleh melebihi 50 kali- Min sekali sehari boleh bertahan sehingga sebulan lebih Kebaikan.

Jadi memudahkan hangpa nak memutihkan gigi tanpa direct guna seketol arang tu.. Di formulasikan dalam produk bernama Carbonmint ni. Takde la rasa pelik, rasa nak muntah bagai berbanding nak gosok terus guna arang hitam tu. Hat tu hangpa simpan buat bakar satey sudah. Nak putihkan gigi sila guna carbonmint ok!


Selain memutihkan gigi, Carbonmint juga sangat efektif untuk membersihkan gigi kerana ia sangat halus & tidak menghakis gigi. So tak payah risau gigi mereput ke hapa. Ia juga Memutihkan gigi, Detoks Mulut dan gigi Arang aktif bertindak dalam menyerap toksin dan kekotoran yang menyebabkan plak gigi terhasil. Ia Meneutralkan PH mulut & Menghalang mulut berbau. Calcium carbonate berfungsi membersihkan permukaan gigi akibat pengambilan caffein yang tinggi. Sodium Bicarbonate pula membuang kotoran yang mengaktifkan gusi bengkak dan berbau. Peppermint dan clove essential oil berfungsi memberi nafas, dan bau mulut yang segar.


Mesti ramai nak tau kalau amalkan Carbonmint ni berapa lama boleh nampak kesan positif tu? Seawal seminggu, sekiranya digunakan secara konsisten. Elakkan minuman bercaffein sepanjang rawatan untuk maksimumkan result. Atau kalau nak ambil minuman bercaffein minum dengan menggunakan straw sahaja. Ingat tu kalau memang tak boleh hidup tanpa minum minuman bercaffien masih ada option guna straw. Takde la menderita sangat sepanjang rawatan gigi dengan Carbonmint ni kan?

Cara nak guna: 
1. Basahkan berus gigi Celup pada serbuk carbonmint.
2. Berus gigi seperti biasa perlahan-lahan dan dalam keadaan mulut tertutup.
3. Kemudian Bilas bersih dengan air.

Amalkan sekurangnya seminggu 4-5 kali untuk kesan yang terbaik.


Tarikh luput 8 bulan selepas di buka

Yang perlu anda tahu Kandungan Arang aktif Calcium carbonate Powder bicarbonate Organic Peppermint Clove Essential Oil selamat untuk wanita mengandung dan menyusu bayi kerana diperbuat daripada Bahan Semulajadi malahan tidak berbahaya sekiranya tertelan kerana arang berstatus Food Grade. Tidak megandung 7 Toxic toothpaste ingredients yang berbahaya iaitu: Triclosan Sodium Lauryl Sulfate (SLS) Artificial sweeteners Fluoride Proplene Glycol Diethanomine (DEA) Microbeads.

Sekiranya korang berminat nak cuba boleh hubungi :

FB page & IG: Organichana 

SEQY BEAUTY BB CREAM BERFUNGSI SEBAGAI BEDAK ASAS JUGA MERAWAT KULIT BERMASALAH JERAWAT

SEQY BEAUTY BB CREAM BERFUNGSI SEBAGAI BEDAK ASAS JUGA MERAWAT KULIT BERMASALAH JERAWAT. Bedak asas ni sangat penting kalau nak bersolek. Tanpa bedak asas rasa macam tak lengkap solekkan & kadang2 pemakaian bedak pun jadi macam tak sekata atau tak melekat pada kulit. Bedak asas seperti yang kita sedia maklum.. Selain menyempurnakan solekkan ia jugak berfungsi menutup cela pada wajah.


Tapi awas.. Bedak asas @ foundation ni.. Bukan semua boleh main pakai jer. Aku pernah jugak tersilap pakai sejenis foundation yang ada brand & harga pun bukan murah sangat. Tapi di sebabkan ia tidak sesuai dengan kulit wajah aku.. Maka tumbuhlah jerawat monster kat muka. Tapi masa pakai memang best.. nampak sekata, kulit jadi cantik tapi kesan dia selepas tu memang menangis depan cermin ok! Jadi penting untuk kita pilih foundation atau apa2 jer produk yang berfungsi sebagai bedak asas yang menepati & bersesuaian dengan kulit wajah kita.

Salah satu produk bumiputera yang selamat & Insya Allah tidak memudaratkan kulit wajah anda adalah Seqybeauty BB Cream. Sebab selain ia mempunya fungsi seperti bedak asas dalam pada yang sama ia juga melindungi & merawat kulit anda. Bagus kan.. Kalau kulit bermasalah seperti jerawat.. Dengan pemakaian yang berterusan boleh merawat masalah yang ada pada kulit anda di samping ia boleh menyembunyikan cela di wajah anda juga.

Testimoni pengguna

Selain menutup cela & merawat kulit, Seqybeauty mempunya SPF 30 di mana melindungi kulit anda dari sinaran UV. So, takde la sunburn sangat kan sebab kesan sinaran UV yang berlebihan ni boleh menyebabkan jeragat & kesan penuaan.

Sesetengah BB Cream kadang2 bila kita berada di tempat panas ia akan jadi pecah minyak tapi BB Cream Seqybeauty ni Tidak berminyak. Kalau jenis kulit kering dah tak perlu apply pelembab sebelum bersolek. Just pakai terus Seqybeauty BB cream ni.. Ia mengawal kelembapan pada kulit & kulit anda tidak kering.


Secara ringkasnya kelebihan Seqybeauty BB Cream ni adalah..

* Sesuai untuk semua jenis kulit.
* Menutupi cela di muka.
* Sebagai bedak asas.
* Lebih ringan dari foundation.
* Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
* Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
* Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
* Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
* Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
* Melambatkan penuaan.
* Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Antara bahan yang di gunakan dalam SeqyBeauty BB Cream adalah

* Aqua Cream
* Beeswax
* Cetyl Alcohol
* Octyl Methoxycinnamate
* Cyclopentasiloxane
* Dimenthicone
* Caprylic/Capric Triglyceride
* Propylene Glycol
* Titanium Dioxide
* Iron Oxides
* Sodium Chloride
* Phenoxyethanol

Berminat untuk mencuba boleh hubungi :
Whatsapp : 014 9712982


BERUS GIGI DARI ARANG DISALUTI WARNA EMAS

Zaman dahulu petua orang tua tua supaya gigi putih berseri adalah gosok arang pada gigi sebab ini terbukti arang mempunyai kebaikkan untuk tubuh badan & kecantikkan. selain memutihkan gigi salah satu kegunaan arang untuk mengubati keracunan dalam badan.


Kebaikkan arang untuk gigi pula sifat poros pada arang membantu untuk menarik enamel yang melekat pada gigi walau dalam tempoh yang lama sekaligus membersih, mengilatkan & memutihkan gigi.

Kalau cara orang dulu - dulu serbuk arang akan di letakkan pada jari kemudian di gosok pada gigi tapi zaman dah berubah teknologi jugak dah canggih jadi arang di formulasi menjadi berus gigi yang mempunyai fungsi membersih & memutihkan gigi sama seperti mengosok gigi dengan arang.

Sebab tu colgate keluar dengan produk terbaru Berus Gigi colgate 360' Gold Charcoal yang mempunyai sentuhan warna emas dengan bulu berus arang untuk kebersihan yang menyeluruh. Berkesan menghalang pembiakan bakteria pada berus sehingga 90 hari & mampu membersihkan kotoran pada gigi.Mudah kan? Tak perlu lagi guna jari dengan serbuk arang untuk mengosok gigi semata mata nak dapat gigi bersih & cantik. Cuma perlu guna berus gigi 360' Gold Charcoal Colgate ni jer.


Selain tu.. Kalau anda beli berus gigi colgate 360' Gold Charcoal ni korang berpeluang menang 360gram emas atau kalau korang nak menang gold bar bernilai RM1800 boleh jugak cuma perlu main games mudah kat sini >> Craving to win some gold? Do not miss this opportunity to win 360g of gold!

Jadi, yang mengimpikan gigi sihat putih berseri bertukarlah kepada berus gigi colgate 360' Gold Charcoal. Insya Allah pasti buat anda tidak rasa was was lagi untuk tersenyum pada semua orang. Bukan jer nampak manis, Insya Allah menjadi pahala jika dengan niat yang betul sebab senyum kan satu sedekah.


INI YANG BERLAKU LEPAS SEBULAN GUNA BIO ESSENCE BIO GOLD WATER

Setiap produk yang baru kita cuba pasti ada risiko. Risiko samada dia jadi baik atau sebaliknya. Tak kira produk tu selamat atau tak tapi penerimaan kulit kita tak sama. Ada baik & berkesan untuk kulit orang lain tapi tidak kita. Macam tu jugak produk bio essence yang aku guna ni.. Nak confident sangat cakap memang confirm baik untuk semua orang tak berani la tapi Insya Allah setakat ni belum dengar produk bio essence memberi kesan memudaratkan pada sesiapa. Ada la cakap.. cleanser ni macam tak effective.. tapi tak pernah lagi dengar kata ada mana2 siri produk bio essence yang menyebabkan kulit jadi semakin teruk.

Macam tu jugak Bio essence Bio Gold water yang aku dah guna sejak sebulan lepas. memula guna cuak.. aku rasa macam kulit jadi kering.. Arghh... sudah. Mahal kot RM77 tu. Tapi selepas dua tiga kali sapu dia mula serasi dengan kulit & memberi hasil yang memuaskan selepas sebulan. Katanya mampu buat kulit nampak flawless. Yer betul.. Tapi almaklum la muka bekas kawah bulan ni tapi tetap nampak la jugak flawless tu even tak la glowing macam sapu minyak rambut code 10 kat muka. Yelah aku tengok banyak sangat pengedar yang jual produk glowing2 ni share gambar dengan muka nampak berminyak macam sapu minyak rambur code 10 jer. Apapun selepas guna produk bio essence ni Kiranya tengok muka sendiri pun sekarang tak rasa nak histeria sangat la berbanding dulu. hahahaha.

 Bukti aku dah sebulan guna bio gold. tengok tarikh aku beli tu 5/4/2015 8.12PM

Selain menaikkan seri wajah, muka nampak bersih, kulit rasa tegang & ada la sikit2 shinning gitu.. tak menyebabkan jerawat atau apa2 keradangan kulit. Kesan2 penuaan pun mampu di basmi. Dengan penggunaan berterusan Insya Allah awet muda katanya. hahahaha

Nampak tak parut jerawat kat pipi tu dulu lagi terang tp dah banyak hilang & pudar.. tapi bukan tu yang aku nak tunjuk. Cuma nak tunjuk kulit nampak ada sedikit cahaya kat situ lepas sebulan guna bio gold water. Dulu kusam & sedih. Maaf la aku ambil Ju-on sebagai model kali ni. almaklum guna model hantu tak payah bayar hahahaha

Sebenarnya Bio gold water ni memang jimat. Sebulan aku pakai, satu hari 2 kali aku tenyeh. pagi & malam... Tapi yang luak. tak sampai separuh botol pun. Sebotol Bio Gold water ni, aku yakin tahan 4 bulan. RM77 bahagi 4 bulan.. sebulan cuma RM19++ je pun. Tak mahal sebenarnya sebab kuantiti dia banyak. So, nak beli produk yang harga macam ni mindset kita kena fikir kuantiti dia banyak & tahan lama. Baru la kita redha membelinya... hahhahaa

Sebulan guna baru abis takat yang dalam gambar ni. Jimat tak?

Ada yang google cara nak pakai bio essence bio gold water ni.. Dia confuse la tu. Nak tenyeh ke, nak sapu ke camna. Cara pemakaian dia adalah tuang bio gold water atas tapak tangan lepas tu gesel dengan kedua belah tangan & cepat2 tepuk2 ke seluruh muka. Sebab gel dia cepat kering & meresap dalam kulit. Jangan nak ber ulit mayang sangat la masa nak pakai bio gold water ni.  Untuk kesan yang lebih cepat sila guna 2 kali sehari pagi & malam. Cara aku guna lepas cuci muka, keringkan aku akan tempek dulu bio gold water sebelum tenyeh cream2 lain.

Moral of the story kalau korang terpengaruh dengan hasutan aku nak beli produk bio essence ni jangan ragu2.. Insya Allah sesuai dengan semua jenis kulit & tahan sehingga 3 bulan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com