Showing posts with label kisah sedih ustaz kazim elias. Show all posts

KISAH SEDIH SELUAR DALAM PERTAMA USTAZ KAZIM ELIAS

Dua tiga entri ni asyik share pasal kisah sedih ustaz kazim elias je kan?? Nak buat macam mana hati tersentuh membaca kisah pendek kat status post di Fanpage Ustaz Kazim Elias memang memang rajin update dengan macam - macam cerita tak kira cerita sedih, cerita kelakar juga perkongsian ilmu, nasihat juga teguran.

Kisah kali ni yang buat daku tacing.. kisah pasal seluar dalam pertama Ustaz Kazim Elias. Bukan cerita lawak.. bukan cerita lucah tapi cerita yang bagi sang lekit menyentuh hati jugak la. Jom la baca cerita sedih dari ustaz kazim ni..


Kadang2 - kadang kita rasa susah.. Tapi setiap kesusahan tu ada level. Kadang2 susah kita cuma tak mampu nak pakai gadget mahal2.. Tengok orang pakai iPhone 5 bagai kita cuma pakai android yang mini2 jer. Kita rasa kita susah dari bab tu.. Tapi walau kita susah tak mampu pakai note mahal2 kita kena bersyukur kita mampu lagi beli susu anak.. beli pampers anak tanpa perlu meminta simpati & ehsan orang lain. Ada orang yang tahap kesusahan dia sampai tak mampu beli susu anak.. mustahil dia mampu pakai gadget2 mahal kan?? Kalau susu anak tak mampu beli tapi update status FB guna note nak meraih simpati.. tu den tak dapat nak teka la level kesusahan yang macam mana. kalau den lagi sanggup tak de enpon dari anak tak minum susu kot..

Moral of the story.. apa je kita miliki sekarang ni kita patut syukur sebab di sebalik apa yang kita tak nampak ada orang lain lebih susah.. even nak dapat seluar dalam sepasang pun susah apatah lagi nak pakai bra yang rega rm500 sepasang. Jadi sentisa ingat, kalau kita rasa susah tak mampu miliki sesuatu kehendak tu.. ada orang lagi susah sebab keperluan hidup pun tak cukup apatah lagi nak dapat yang kehendak. Dengan cara tu kita akan rasa kita lebih bertuah dari mereka & patut kita rasa syukur & tidak merungut.

Deme tak mampu nak pakai bra rega RM500 cikgu. Deme kagum dengan cikgu. kekeke



** Makhluk asing mengejar manusia?? betul ke?? Jom tengok >>  Apakah yang dikejar makhluk asing di Stuttgart? <<

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <


IBU USTAZ KAZIM MENYUSU ADIK BAWAH KAKI PENUMPANG BAS

Tersentuh hati baca kisah pendek yang di kongsikan ustaz kazim Elias di status fb beliau.. pendakwah agama yang semakin terkenal sekarang ni. Di sebalik kejayaan dia hari ni banyak terselit kisah2 sedih yang kita sendiri tak pernah terteka.

Sayu hati bila baca.. Kecik hati bila kenang masyarakat kita waktu kejadian tu yang membiarkan seorang ibu mengendong bayi bersama seorang anak yang waktu tu membawa beg. Sanggup mereka2 waktu tu tengok & biarkan jer seorang wanita mencipta kreativiti yang mensayukan hati untuk berusaha tenangkan anaknya yang sedang lapar & dahaga. Jom kita baca dulu kisah sedih ni sebelum daku mengupas kopek secara rakus nya cerita ni


Kau bayangkan waktu tu mak kau yang berdepan dengan situasi macam tu. Duduk bersila di tepi kaki2 manusia yang padat dalam bas sedangkan mata2 yang sedang duduk & berkemampuan untuk berdiri tak bangun tapi hanya melihat tanpa ada rasa sedikit pun bersalah apa lagi simpati dengan nasib si ibu dengan anak kecil dia tu.

Kita ni (tak merujuk pada sesapa. sapa terasa dia buat).. Jenis kalau tak kena setempek kat batang hidung sendiri memang la tak ambil kisah sangat dengan rasa orang lain, kan?? Tak mustahil ada yang rasa lucu jugak. Cuma zaman tu takde enpon camera & FB bagai.. kalau tak confirm ada yang amik gambar upload dengan caption konon prihatin la sangat padahal ntah2 dia pun sedap2 duduk dok cari point2 menarik untuk snap dengan DSLR gedabak dia untuk kepentingan sendiri. Sapa tahu.. kadang2 manusia ni hanya prihatin pada kata kata bukan perbuatan pun walau dia mampu waktu tu. ye tak??

Jadi.. renung renungkan selamat berfikir dengan kepala otak & akal bukan kepala lutut & tapak kaki. sekian makaseh. Pada calon2 yang bakal bertanding dalam PRU13 tak kira dari parti mana even parti bebas berlambang kunci (Tok Mun) semoga berjaya. Berkempen berpada2 pada ponyokong fanatik.. jangan kerana mengundi 1 hari.. pangkah 1 kertas.. hari2 malaikat catat dosa maki korang.




** Makhluk asing mengejar manusia?? betul ke?? Jom tengok >>  Apakah yang dikejar makhluk asing di Stuttgart? <<

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

KISAH USTAZ KAZIM ELIAS DI HINA DI HARI RAYA

Tersentuh hati membaca cerita pendek dari Ustaz Kazim Elias ni.. Kita tengok dia hari ni menikmati kehidupan yang selesa, dengan rezeki yang ada dia membuka sekolah tahfiz pada anak2 yatim & anak2 miskin tapi ramai yang tak tahu sejarah hidup ustaz kazim yang bergelar anak yatim sejak dari usia 8 bulan selepas ayahnya meninggal dunia.

Lahir dalam keluarga besar, bila arwah ayah ustaz kazim ni meninggal dunia jadi ibu dia la memikul semua tanggungjawab dengan berbekalkan pendapatan dari hasil menjadi guru mengaji al quran. Zaman kanak - kanak beliau menyelitkan 1 kisah yang sangat2 menyentuh hati daku bila membacanya.. Jom la kita sama2 baca


Dari cerita ustaz kazim ni sang lekit pun terasa jugak sebab sang lekit pun lahir dalam keluarga yang tak berapa kecik. 6 orang adik beradik perempuan yang lahir jaraknya tak jauh. setahun.. dua tahun macam tu la. Bayangkan masa kecik.. semua pun lebih kurang je usianya. Time tu kita boleh nampak mana yang anggap kita sedara mana yang anggap kita ni bala. Bukan semua orang suka bila orang tu anak ramai & bukan dari keluarga kaya raya cuma sekadar cukup je keperluan untuk hidup. Boleh sekolah.. merasa jugak pakai baju raya.. merasa jugak jenjalan setahun dua kali (time cuti raya ler) tapi nampak macam anak itik pulang petang la bila keluar kan. Time tu la bermula episod terasa hati & jauh diri dengan sesetengah sedara.

Bila dah besar.. dah terbiasa tak rapat dengan sesetengah sedara akibat dari pengalaman buruk & sedih masa kecik jadi tak rapat la sampai sekarang. Bila dah besar pandai pulak sesetengah sedara ni nak salahkan kita kurang bergaul dengan depa. Depa terlupa kot masa kecik2.. depa tak pandang pun kita melainkan.. Family makcik dengan anak tunggalnya yang kami panggil ABANG sampai hari ni. (kakak kepada arwah ayah yang pernah jaga sang lekit masa kecik dulu). Ada pulak sedara yang nak dengki dengan Abang & makcik sebab segala kesenangan & keselesaan kami hari ni kami kongsi dengan mereka. Bagi sang lekit Makcik & family Abang adalah keluarga kami. Susah senang depa yang ada selama ni dari kecik sehingga semuanya dah ada kerjaya sendiri. Abang la banyak tolong masa adik beradik sang lekit nak masuk IPT. Tolong hantar & tolong banyak benda even dari segi kewangan abang tak kaya tapi dari segi kudrat abang memang banyak tolong. Masa sang lekit nak nikah dulu pun abang la yang uruskan semua. Arwah ayah sebelum meninggal (4 hari sebelum sang lekit nikah) pun sempat amanahkan abang untuk uruskan. Betapa arwah ayah percaya pada abang. Yelah.. arwah ayah kan takde anak lelaki.. Itulah anak lelaki yang dia boleh harap pun.

Yang jadi pengajaran sang lekit sampai sekarang & selalu pesan dengan adik beradik yang lain, jangan bezakan layanan dengan anak buah. Shahila ada seorang sepupu (anak adik sang lekit) & 3 orang lagi dua pupu (anak abang.sebenarnya shahila ramai dua pupu ni tapi tulis yang paling rapat je la.. kekekeke). Apa yang kami pernah rasa dulu dah cukup membawa kesan pada hari ni. Moga kisah ni jugak jadi pengajaran pada kita semua lebih2 lagi yang ramai anak buah. Tak kira dia miskin, kaya, comel atau comot.. Itu semua hari ini. Akan datang kita tak tau dia lebih berjaya dari anak2 kita atau kita sendiri, masa tu baru nak mai ngaku sedara, kirim salam saja la bila hati dah terluka terlalu lama. ye dak??



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com