Showing posts with label jalan. Show all posts

MISTERI PASAR BUNIAN LEBUHRAYA KARAK

MISTERI PASAR BUNIAN LEBUHRAYA KARAK. Pagi - pagi bangun dok mentelaah kisah misteri & mistik lebuhraya karak pulak hang ni.. Mimpi seram ke hapa semalam? Tak dak Aiihh.. kami mimpi indah ja semalam. Tidur pun lena.. Bangun pun seperti waktu sepatutnya. Tak dak terbabas pun. Betapa kami bahagia ja.. Cuma terbaca satu kisah misteri berkaitan dunia mistik di lebuhraya karak.


Lebuhraya karak ni memang dah sinonim dengan kisah seram.. Ramai orang takut nak guna jalan ni waktu malam. Aku pun ada pengalaman lalu jalan tu waktu malam.. Tapi Alhamdulillah la tak ada apa2 yang mistik & menyeramkan berlaku. Maybe hantu tengok aku pun lebih berpuaka dari depa kan.. Atau depa segan satgi aku dok up story jumpa depa dalam blog pulak. Kekekekekeke. Cakap besar lekatlekit Ooi.. Satgi dia jengoi (tunjuk) mai kat hang.. baru terkencing kuning kat situ. Dak Aiihh... kami melawak ja noh..

Kami terbaca satu kisah pengalaman seorang anak muda di rantauan... semua pulang ke desa.. Ops.. sorry ternyanyi lagi lagu raya pulak. Kisahnya seorang mamat ni yang duka nestapa kerana ibunya batuk....... kekekeke jangan marah. Ok.. ok.. betul betul cerita kali ni.

Alkisah seorang anak muda berusia 25 tahun yang pernah melalui pengalaman seram masa melalui jalan lebuhraya karak pada malam hari. Cerita depa sekumpulan ni guna jalan tu nak ke bandar bentong sebab nak cari tempat makan. Jauh sampai ke bentong yer nak korang pergi. Memang food hunter betul sanggup memalam buta redah lebuhraya karak semata mata nak makan jer. Tapi jangan buruk sangka sangat.. selain cari makan depa stay kat hotel sana selama 2 hari sebab nak buat kajian. Student lagi gamaknya..

Time tu pukul 2.45 pagi lebih kurang. Sedang elok memang waktu puncak makhluk halus nak berjimba raya. Jalan kat situ memang gelap. Sapa pernah guna jalan tu waktu malam tahu la.. Aku akui memang gelap gelita tak nampak masa depan time malam hari. Nak di jadikan kisah seram, misteri & mistiknya.. Sampai kat selekoh tiba tiba depa nampak cahaya terang & ada orang berniaga pulak di sepanjang jalan tu. Kerja gila kat hutan macam tu tiba2 ramai orang meniaga tetengah malam buta. Ada festival tangkap harimau ke hapa.. Memang tak logik sebab laluan tu bukan ada penempatan manusia pun.

Depa yang riuh rendah dok sembang tadi.. masing2 terdiam kaku membisu... Masing2 cuak la kan. Tempat yang tak pernah ada orang tiba2 tengah malam ada orang berniaga pulak. Masing2 maybe dalam kepala memang penuh seribu satu persoalan yang tak berjawaban gamaknya cuma nak suarakan tak berani. Yelah.. orang tua2 kata kalau lalu jalan hutan nampak benda2 pelik jangan tegur. Satgi tegur dia ikut balik... jenuh nak berubat pulak.

Sempat la mamat ni baca apa2 surah yang patut dalam hati untuk elak sebarang kejadian tak di ingini. Bila dah lepas dari kawasan yang dia nampak ramai orang berniaga tu.. dia usya kat cermin kat situ dah kembali gelap macam biasa. Dah tak nampak sebarang pasar malam yang meriah tadi. Masing terus diam menikmati perasaan seram sejuk sehingga sampai ke destinasi.. Nasib baik seram sejuk je dik.. Kalau seram serik lekatlekit jenuh nak cari bilik air mandi. hehehehe.

Menurut firasat orang2.. Katanya pasar bunian. Yelah kawasan hutan tak mustahil ada penempatan makhluk bunian ni. Saja la kot dia bagi bebudak tu nampak pasar malam depa.. Yelah niat depa nak pi cari makan kot2 nak singgah beli makanan kat situ ke kan.. Tapi depa pulak takut. Kalau tak boleh merasa air tangan orang bunian katanya. kekekekee

Moral of the story..  Makhluk ghaib memang wujud.. Tapi lebuhraya karak ni memang dah terkenal dengan kisah2 misteri & seramnya so mentaliti kebanyakkan orang ni lalu jalan tu ingat benda2 seram. Kawasan tu pun antara area kemalangan.. Tapi bukan semua di sebabkan gangguan makhluk halus.. Mentaliti & imaginasi kita yang kadang2 menakutkan kita sehingga berlaku kemalangan. Sampai jalan tu je kau nak pecut sebab takut.. Padahal tak ada apa2.. So tak mustahil benda tu juga salah satu faktor berlakunya kemalangan. Jadi jangan menakutkan diri sendiri dengan imaginasi liar anda. 

Tapi kisah seram di lebuhraya karak ni kira tak berapa rare dah la.. sebab dah sinonim kan? Kalau korang nak lebih seram lagi korang boleh tonton filem ni.. Menangis ok >> Inilah Filem Seram Wajib Tonton 2017 <<

KERASUKKAN AKIBAT AMBIL ORKID HUTAN TEPI JALAN DEKAT SUNGKAI

KERASUKKAN AKIBAT AMBIL ORKID HUTAN TEPI JALAN DEKAT SUNGKAI. Amboi asyik dok mengulas pasal mentor milenia ja sekarang ingat dah lupa la yang dia tu blogger puaka..Tak reti reti ke nak update cerita seram. Jangan biar identiti seram kat blog lekatlekit ni jadi suram pulak.. Mana ada. Kisah seram masih bertakhta di hati si lekatlekit katanya. Cuma kadang2 tak ada cerita yang seram nak share terpaksa la berehat sekejab segmen seram serik lekatlekit ni..


Alhamdulillah.. Ada seorang hamba Allah bernama Jamil kucing sudi sponsor sebuah kisah seram yang berlaku kira2 22 tahun yang lalu katanya. Abang Jamil ni kalau hangpa selalu ikuti dia.. Agak popular orangnya. Dia seorang aktivis penyelamat haiwan terbiar. Sekarang tengah kumpul dana untuk membuka sebuah taman kucing..Kalau ada yang nak menghulurkan sumbangan untuk aktiviti beliau boleh berurusan terus dengan Abang Jamil di account facebook beliau Jamil Bin Ismail.

Menurut abang jamil kejadian seram ni berlaku semasa dia bersama 6 lagi saudara dia yang lain dalam perjalanan dari Ipoh ke kuala lumpur. Masa tu katanya tak ada highway so menggunakan jalan dalam (jalan lama). Sebab lama sangat perjalanan tu.. Masing nak terkuncil bagai la.. Benda2 camni ada limit dia jugak nak bertahan. Sampai tahap empangan tak mampu menampung desakkan air yang nak keluar kalau tak di keluarkan.. terkeluar sendiri pun payah jugak kan. Jenuh pulak nak mencuci kenderaan nanti.

So depa pun berhenti la kat satu tempat ni.. Katanya lepas dari sungkai sikit. Tempat tu kira kawasan berhutan la.. Secara logiknya takkan nak membuang kat kawasan terang benderang.. Tu namanya buat show free la kan. Yang mana berhajat pakat2 la melempiaskan hajat masing2 dalam semak.. Salah seorang kakak saudara abang jamil ni tunggu dekat van yang depa naik. Dalam dok tunggu2 yang lain2 membuang hajat tu dia nampak pulak pokok orkid hutan. Orang perempuan la katakan.. Nampak pokok bunga dia susah sikit nak kawal nafsu.  Nak2 lagi menurut cerita abang jamil ni kakak sedara dia ni memang jenis gila dengan pokok bunga apa lagi di angkutnya masuk dalam van.

Selepas selesai semua berhajat dalam semak tu depa teruskan perjalanan semula ke kuala lumpur. Dalam pukul 11 malam macam tu tetiba.. satu kejadian seram telah berlaku melibatkan pokok orkid hutan tu.. Bukan!! Bukan pokok orkid tu bertukar jadi pontianak ke hapa.. Tak jugak pokok orkid tu tetiba mengilai.. Tapi.. tetiba salah seorang kakak sedara abang jamil ni menjerit jerit. Bila tengok lain macam kelaku kakak sedara dia tu masing2 mula membaca ayat2 al quran bagi menenangkan.. Apa lagi mengelupur terajang habis orang2 yang sedang membaca ayat2 suci al quran. Dalam celah2 dok menjerit & mengelupur tu tetiba keluar satu suara garau dari tubuh kakak sedara abang jamil ni dalam nada yang marah bertanya 'kenapa ambil pokok orkid tu'. Dan minta di pulangkan balik ke tempat asal dia. Mujur la dalam ramai ramai tu ada seorang kakak sedara abang jamil yang ada ilmu sikit untuk handle benda benda mistik macam tu.. Dia pun mula berinteraksi dengan makhluk yang merasuk salah seorang dari mereka tu.. Sebab nak patah balik ke tempat pokok orkid tu di ambil jauh sangat maka makhluk tu minta mereka buangkan saja pokok tu dekat hutan yang berdekatan mereka. Tempat depa buang orkid kepunyaan makhluk tu sekarang katanya di namakan setapak garden. Dulu katanya bekas tapak kilang getah. Berkat orkid berhantu maju jugak jer sampai di namakan setapak garden.

Lepas dah buang pokok orkid hutan tu barulah yang kerasukkan tadi sedar semula & pulih seperti sediakala.

Benda - benda dalam hutan ni memang tak boleh sebarangan kita nak ambil tak kira la pokok ke hapa.. Sebab hutan ni memang tempat tinggal jin. Tak mustahil apa yang kita ambil tu kepunyaan dia.. Kita pun marah orang petik bunga kat halaman kita, macam tu juga la jin. Jadi.. Kalau berhenti tepi jalan tempat2 yang berhutan terutama bukan dekat dengan kawasan penempatan manusia.. Jangan jadi monyet yer petik sana petik sini. 

Aku pun pernah ada pengalaman mistik berlaku kat anak aku dulu.. Aku pernah share kat blog ni dulu.. Aku tak petik apa2 cuma singgah bagi anak aku main air sungai kat hutan tepi jalan jer.. laluan yang nak ke fraser hill tu..kan banyak hutan. Sejak dari kejadian tu anak aku kena gangguan.. sampai sekarang kalau salah pergi tempat apa2 mesti akan terkena gangguan. Malah.. dulu masa mak mertua admit wad kat hospital selayang pun..sebab asyik sampai malam kami di wad.. anak aku kena jugak demam panas dekat seminggu tak baik baik.. checkup kat klinik.. buat blood test semua tak ada masalah. So, terpaksa bawa ke pusat rawatan islam Al Qayyum.. Ada gangguan sikit. Lepas tu baru la ok.

Memang kalau fikir balik menyesal jugak.. Macam tak pernah jumpa sungai pulak. Tepi hutan macam tu jugak nak berhenti. Tapi masa kat situ.. aku singgah tu aku dengar bunyi harimau mengaum tapi suami aku tak dengar & ada satu family berhenti jugak kat situ cuci muntah kereta dia.. pun tengok rilex jer.. So, aku anggap mainan perasaan aku je. Maybe bunyi benda tu.. dia saja nak bagi aku sorang je dengar kot. Apapun pengalaman tu memang jadi pengajaran kat kami laki bini sampai hari ni. Memang tempat2 yang berisiko.. kami takkan bawa anak kami even muzium pun sekarang kami tak berapa rasa nak bawa masuk. Anak aku masuk muzium mesti ada tempat2 dia tunjuk reaksi takut sangat. Balik mesti demam...

Moral of the story.. Samada percaya atau tak.. ia wujud. Jadi berhati hati la dalam setiap tindakkan kita di tempat2 asing yang kita tahu bukan tempat penempatan manusia ni. Supaya apa yang berlaku dari pengalaman orang lain tidak berlaku pada diri kita & keluarga kita.

P/S : kalau ada cerita seram nak share boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

SERAM! AKIBAT LANGGAR MAKHLUK HALUS DI ROUNDBOARD JALAN KE ERL PUTRAJAYA

SERAM! AKIBAT LANGGAR MAKHLUK HALUS DI ROUNDBOARD JALAN KE ERL PUTRAJAYA. Semakin menjadi jadi rajin menulis entri cerita seram sekarang ni. Almaklum la.. Mood puaka dah activated katanya. Kang aku melazer orang ada je yang tak ada kena mengena terasa hati maka meh la aku momokkan orang. Sapa2 berhak untuk rasa takut tanpa aku rasa bersalah katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ok untuk kisah malam ni.. suspek dia pontianak la. Menurut sumber cerita ni kejadian ni berlaku kepada family sepupu dia yang tinggal di presint 9 putrajaya. Peristiwa seram tu berlaku selepas katanya terlanggar makhluk halus yang berupa pontianak di salah satu roundboard di sebuah jalan yang tak jauh dari erl putrajaya.

Alkisahnya.. Kak Ros nama di beri. Tinggal bersama 4 orang anak & 2 orang adik dia lelaki & perempuan.Adik perempuan tu bernama Ika & lelaki bernama Wan. Suami Kak Ros ni kerja kat sarawak seminggu sekali baru balik. Depa ni kategori PJJ la. Nak di jadikan cerita pada satu malam, dalam jam 2 pagi.. erkk.. tadi kata malam tapi jam waktu pagi. Apa2 je la janji time tu memang time orang tidur. Tetiba adik dia si Ika tu mengadu sakit telinga sangat. Ika memang tidur sebilik dengan kakak dia & anak2 kakak dia. Adik lelaki dia jer tidur bilik berasingan. Bila di kejutkan Kak Ros ni bangun la ambil lampu suluh.. tengok ke dalam telinga adik dia kot2 luka ke hapa. Tapi punca tak dapat di kenalpasti maka di kejutkan adik lelaki dia si Wan suruh bawa si Ika ke klinik sebab nampak si Ika tu macam sakit sangat.

Maka si Wan tanpa banyak songeh bawa je si Ika ke klinik pagi2 buta macam tu. Kak Ros Tak ikut sebab anak2 dia tak ada orang nak jaga. Sampai klinik Ika je masuk, si wan tunggu dalam kereta je. Dah besar panjang boleh dah pergi jumpa doktor sendiri, ye dak. Dah habis rawatan tu Ika keluar la pergi ke kereta wan. Dia nampak ada seorang perempuan cantik dalam kereta wan senyum kat dia.. so dia senyum balik la. Almaklum la senyum tu kan sedekah yang paling senang & tak payah keluar modal. Dia ingat kawan wan so dia tak fikir bukan2 sangat la. Masa dalam perjalanan balik ke rumah tu dia tanya kat wan sapa perempuan lawa yang duduk kat seat belakang tadi. Wan pelik.. Mana ada perempuan dia bawa. Satu2 perempuan dia bawa Ika jer. So wan pun cakap la kat Ika takde dia bawa perempuan mana pun dalam kereta. Ika mula tak sedap hati wan pulak mula rasa tak puas hati. Wan patah balik ke klinik semata mata nak tanya staff kat kaunter klinik tu samada nampak perempuan dalam kereta dia ke tidak tadi. Ternyata Ika sorang je yang nampak. Kebetulan masa wan keluar dari kereta tak tutup pintu.. Tanpa sedar benda tu ikut dorang balik sampai rumah.

Sampai rumah jer ika terus lari masuk bilik & hempap pintu kuat kuat. Kak Ros pelik dengan perangai Ika, tanya la kat Ika apa berlaku. Kot2 bergaduh dengan wan ke hapa.. Ika pun cerita la dia takut sebab nampak perempuan cantik yang orang lain tak nampak dalam kereta wan. Time ni wan pun ada dalam bilik yang sama. Tiba2 Ika lari duduk bersila bawah katil sambil tangan dia menutup kedua belah telinga. Lepas tu Ika bagitau perempuan tu suruh kak Ros minta maaf sebab langgar dia kat rounddboard jalan nak ke erl putrajaya. Memang kak ros selalu lalu jalan tu hantar suami dia ke erl. Tapi kak ros berdegil tak nak minta maaf sebab katanya dia tak nampak pun apa dia langgar kenapa mesti minta maaf. Time tu makhluk tu dah masuk ke dalam badan ika. Lepas tu dengan menggunakan badan Ika.. benda tu tunjuk pada wan. Dia pun nak wan minta maaf sebab langgar dia. Amboi kemain kau cik ponti.. semua orang langgar kau. Dah kau lintas jalan tak tengok kiri kanan dulu sapa suruh. Dah tu bukan semua orang boleh nampak kau! Demand nak orang minta maaf bagai.. salah sendiri tak mengaku.

Kak Ros suruh wan Azan tapi makhluk yang merasuk badan ika tu pun ikut azan sekali lepas tu gelak2 macam mengejek pulak. Kurang asam sangat tau cik ponti ni!! Kak ros cuba berinteraksi dengan makhluk tu & suruh dia balik ke tempat dia tapi makhluk tu tak nak. Dia nak kak ros minta maaf dulu tapi sampai sudah takde orang minta maaf dengan dia. Last2 dia minta nak bawa balik anak kak Ros yang umur 8 bulan.. Amboi cik ponti sesuka je nak ambil anak orang. Kak Ros sempat halang dengan tangan sebelum cik ponti yang merasuk badan ika sentuh anak dia. kak ros cakap tak boleh! Sampai la azan subuh baru benda tu keluar dari badan ika. esok harinya tu kak ros bawa ika pergi berubat kat darussyifa bangi. Masa pergi darussyifa rupanya benda tu masih ada dengan ika & berkeras nak kak ros & wan minta maaf tapi sampai kesudah takde sapa minta maaf dengan dia. Last perawat kat situ bagi air penawar & Alhamdulillah berjaya memisahkan benda tu dari badan ika. Katanya sampai sekarang depa tak berani lagi lalu jalan tu.

Pasal minta maaf je pun... Aduhai, cik pontianak. Macam mana la depa nak minta maaf dengan hang kalau depa pun tak nampak hang tup tup hang tuduh depa langgar hang. Dah tau jalan raya hang gigih jugak nak bercekerama kat situ sapa suruh. hahaha... Lain kali ambil insuran. paling2 boleh claim kalau tercedera. hehehe

Mesti ika lepas kejadian tu takut nak duduk dalam gelap atau sorang2 kan. Yelah.. bila berlaku benda2 macam ni mungkin akan rasa sedikit fobia & trauma nak2 lagi dia nampak rupa cik ponti tu.

Moral of the story.. adakala beralah itu lebih baik dari mempertahankan ego. Rasanya cik ponti tu cuma minta depa minta maaf jer tak minta kita buat perkara2 yang syirik atau khurafat. Aku tak sure la hukum minta maaf kat makhluk ghaib tapi rasanya perbuatan tu tak ada la sampai menyekutukan Allah. Sebab tak salah minta maaf sesama makhluk katanya. Tapi biasa kita manusia kadang2 ego memang tinggi ke langit tujuh. Nak say sorry pun susah. hehehehe...

Sumber Cerita : Koleksi2 Cerita Seram Forum CariGold Terbaikk

KAMPUNG MISTERI MUNCUL WAKTU MAGHRIB DI JALAN PENGKALAN HULU

KAMPUNG MISTERI MUNCUL WAKTU MAGHRIB DI JALAN PENGKALAN HULU. Rasa macam lama pulak segmen seram serik tak muncul kat blog lekatlekit.com ni. Bukan apa kalau hari2 pun cerita seram.. dah takde sumber nak korek. So, kena ada cuti jugak kan. Malam2 minggu ni elok la kita santai2 baca cerita seram. Sebab esok cuti.. so, kalau malam ni takut sampai tak boleh tidur pun ok la boleh cover siang esok katanya. hehehe


Cerita aku nak share ni kisah seorang pemandu yang melalui jalan tu. Katanya jalan dari baling ke pengkalan hulu untuk ke Gerik ni memang bahaya sikit. Sebab jalan dia agak berbukit & banyak kona tajam. So kalau lalu jalan tu tak payah nak buat konar baring sangat la.. Takut terbaring tak bangun bangun pulak. Lain di tuju lain pulak destinasi yang sampai. Menurut cerita dia.. Sebelum sampai ke pekan pengkalan hulu dari gerik akan melalui satu kawasan berbukit yang suasana dia redup sebab banyak pokok2 kat kasawan situ. Normally kalau lalu jalan tu memang signal segala alat telekomunikasi akan hilang dalam 10-15 saat. Kiranya memang takde coverage. Nak di jadikan cerita mamat ni lalu kat jalan tu dah petang.. hampir2 nak maghrib. Sampai satu kawasan kona tu.. dia perasan ada satu perkampungan kecil. Rumah pun dalam 4-5 buah jer. Dia nampak la ada budak2 main tepi jalan & sekumpulan nenek2 lepak kat pangkin (beranda) rumah. Dia takde rasa apa2 pun sebab biasa la kampung. apa nak pelik dengan permandangan macam tu ye dak?

Tapi yang menjadi cerita seramnya esoknya dia lalu balik jalan yang takde coverage apa2 alat telekomunikasi. Dia tengok lain macam jer pokok2 kat situ. tetiba ada pokok tinggi seolah2 macam payung kawasan jalan tu & buat jalan jadi sedikit redup. Tapi kat tepi jalan lain semua pokok menegak. Time tu dia bawak kereta slow sebab ada sepupu dia sekali. So,kena cover la perangai tak semegah masa bawa kereta. Sekali lagi dia jadi pelik.. tempat yang dia nampak ada perkampung semalam, tup tup hari ni dah tak ada. Dia pun tanya sepupu dia yang memang orang situ untuk lebih kepastian..Jawapan sepupu dia bagi cuma 'jangan tegur'. Jadi pepaham je la apa yang dia nampak semalam. -sumber Jalan Berhantu Seluruh Malaysia-

Biasa la dalam hutan.. Memang la ada kampung 'Orang'. Apa nak pelik cuma yang bertuah je dapat nampak. Kalau dia dah tunjuk tu Insya Allah ada moral of the story. Tak paham lagi ke.. Lalu jalan kampung orang tak reti nak bawak slow slow. Kang terlanggar anak pinak 'orang yang tak nampak' tu kena sakit misteri kau nak salahkan depa. hahaha..

AWAS JANGAN LETAK ANAK ANDA DI SEAT HADAPAN KERETA YANG ADA AIRBAG

AWAS JANGAN LETAK ANAK ANDA DI SEAT HADAPAN KERETA YANG ADA AIRBAG. Kereta yang di lengkapi dengan airbag ataupun beg udara ni tujuan dia untuk keselamatan tapi kadang2 fungsi dia juga boleh jadi tak selamat untuk kanak kanak. Sedih pulak baca berita yang terjadi kat seorang budak berumur 8 tahun yang meninggal dunia akibat airbag ni.


Kisahnya cuma abang dia break mengejut sebab terlanggar bonggol jalan & Airbag auto terbuka mungkin akibat tendangan kuat dari airbag tu budak 8 tahun tu terus tercampak dia bawah seat belakang kereta. Tak tau la budak tu besar mana yang pasti mungkin orangnya tak berapa besar la kot. lagipun baru 8 tahun.

Walaupun benda tu di pasang untuk faktor keselamatan tetap jadi bahaya pada kanak kanak. Bukan la salah airbag tu mungkin kanak kanak dalam usia tu tak sesuai untuk duduk di seat depan dengan pemandu. Tapi mungkin sebelum ni jarang dengan airbag menjadi punca kematian maka kita pun tak terfikir benda tu boleh mendatangkan bahaya.


Bak kata pepatah malang tak berbau.. Ajal & maut semua ketentuan Allah. Kita  sebagai manusia cuma mampu ambil langkah keselamatan awal untuk mencegah dari berlaku perkara perkara tak di ingini.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga kanak kanak tersebut. Semoga mereka redha menerima ketentuan Ilahi.

MESTI TENGOK! 25 GAMBAR HITAM PUTIH SEKITAR JALAN DI MALAYSIA

MESTI TENGOK! 25 GAMBAR HITAM PUTIH SEKITAR JALAN DI MALAYSIA. Zaman dulu bukan macam zaman sekarang. Camera atas tapak tangan je. Boleh selfie,welfie atau buat photoshot kat mana2 saja. Zaman dulu jangankan nak beli camera.. ada orang camera pun tak pernah tengok. Paling2 gambar lukisan je la yang ada. Tu pun lukisan tangan. kalau ada pun yang memiliki camera.. gambar mana ada warna. Hitam putih je. Tu pun kalau dapat simpan sampai sekarang memang jadi sesuatu yang sangat2 rare & berharga. Memang nostalgia giler lah.


Walau sekarang bukan setakat mampu ambil gambar warna tapi tetap gambar hitam putih kadang2 menjadi hasil seni yang sangat sangat menarik. Mungkin hasil seni gambar hitam putih ni ada keistimewaan dia yang tersendiri. Memang tak susah kita nak ambil gambar dalam warna hitam putih sebab kat smartphone pun ada setting untuk ambil gambar hitam putih ni tapi bukan semua mampu mengambil gambar yang menarik & cantik dalam kesan hitam putih ni. Tak sama dengan walau nampak serupa, hitam putih.

Sebab tu korang yang suka ambil gambar & suka bergambar kena tengok 25 gambar kegemilangan hitam putih yang di ambil di sekitar negeri2 di Malaysia ni kat sini >>25 Gambar Hitam Putih Yang Mungkin Anda Belum pernah Lihat << Sebab korang akan jumpa sesuatu yang mungkin korang tak pernah tengok sebelum ni. Nak tau apa yang menarik kena la tengok kan.

Moral of the story.. Semua orang boleh ambil gambar & mempunyai camera tapi bukan semua orang boleh menjadi jurugambar. Seorang jurugambar bukan hanya memiliki DSLR. Kadang2 yang ada bakat dalam bidang photography ni guna camera smartphone yang tak cukup megapixel pun nampak cantik sebab dia pandai mencari sudut2 untuk membuatkan gambar tu jadi menarik.

LEMBAGA TAK BERKEPALA DI LEBUHRAYA AYER KEROH

LEMBAGA TAK BERKEPALA DI LEBUHRAYA AYER KEROH. Maaf la kalau hangpa mula bosan dengan cerita hantu lebuhraya.. Almaklum la dalam perjalanan ini menuju destinasi, berbagai lebuhraya di lalui. Ops.. ternyanyi pulak... Maka banyaklah hantu hantu berkeliaran di lebuhraya serata Malaysia. Sebab tak habis lagi cerita hantu lebuhraya ni maka segmen seram serik lekat lekit kali ni nak share lagi satu kisah seram lembaga tak berkepala di lebuhraya ayer keroh.


Kisahnya pasa seorang pemandu teksi yang rutin harian dia memang selalu bawak penumpang dari KL ke Melaka & Melaka ke KL. Pada satu malam yang sepi..pi...pi... Dia dapat seorang penumpang yang nak balik KL. walau dah pukul 11 Malam tapi sebab dia fikir rezeki datang jangan di tolak.. Kang merajuk pulak si rezeki tu. Ambik je lah katanya tak payah banyak songeh sangat.

Lepas dah hantar penumpang tu balik KL.. dalam pukul 3 pagi macam tu dalam perjalanan pulang ke Melaka, berhampiran dengan plaza Tol Ayer Keroh dia nampak macam kelibat seorang lelaki muda dok lambai lambai tepi jalan macam tahan teksi.  Dalam pada masa yang sama dia teringat pulak kisah pasal hantu tak berkepala yang memang popular area jalan tu. Serba salah jadinya.. Nak berhenti risau hantu tak berhenti pun takut orang tu memang ada masalah & perlukan pertolongan. Dilema sungguh kalau jadi kes macam tu tengah2 malam kan?? Tapi dia berhenti jugak jauh sikit dari pemuda tu. Dia tengok melalui cermin rear view Alhamdulillah nasib baik ada kepala. Bila tengok mamat tu ada kepala dia reverse balik.

sampai je depan mamat tu.. dia turunkan tingkap & mamat tu bongkok kepala ke tingkap & tanya pasai pa tak berhenti tadi. Si Pakcik teksi tu pun habaq la dia takut.. manalah tau kot2 hantu tak dak kepala katanya. Sambil gelak2 mamat tu cabut kepala letak atas dashboard teksi tu sambil tanya " Takde kepala macam ni ke?" Pengsan sampai ke siang driver teksi tu. Gila kau tak pengsan.. Nasib baik pengsan kalau kena serangan jantung.. Tak pasal2 muncul pulak kisah seram baru kat lebuhraya ayer keroh hantu teksi bersama hantu tak berkepala. Depa duet pulak menyakat orang. Lagi haru biru. lagi banyak pusara di lebuhraya katanya

Moral of the story.. Jin ni boleh menjelma dalam rupa manusia jadi apa nak pelik benda macam ni boleh berlaku cuma kita jangan terlalai la dengan permainan jin & syaitan sebab spesis depa ni nak muncul tak kira tempat. Suka hati depa ja nak buat port seram kat memana pun.. Spesis tak kena gst memang camtu.Macam pendatang haram jugak.. hahahaa

Sumber : Sharafiedotnet

VIDEO! PELANGGAN TERKEJUT LEPAS TENGOK HIDANGAN NI KAT MELAKA

Kontroversi apa pulak yang berlaku kat Melaka ni? Tak nampak jadi viral pun tup tup keluar video ni. Sesuatu sangat tau.. kalau pasal hidangan tu.. orang terkejut sebab hidangan ni pelik ke, tak halal ke, atau mengarut???


Kalau tak lain dari yang lain memang reaksi orang takde la terkejut bagai kan. Confirmlah ada something ni. Yelah.. kita manusia ni kalau tengok benda biasa kita jarang ambil peduli kalau yang pelik sikit jer selalu kita lebih bagi perhatian. Kadang2 benda tu perkara biasa tapi maybe dia muncul dalam size atau bentuk yang berlainan dari kebiasaan so dia tetap jadi luar biasa di pandangan mata orang.

Apa gamaknya yang depa ni tengok sampai terkedu & tergamam. Seram ke? Ganas ke? ngeri ke? Atau depa ni over acting sangat nak Impress something. Kalau korang nak tahu korang tengok video ni. Maaf aku tak reti pulak nak upload video kat kat blog so korang kena tengok sendiri kat sini >> [VIDEO] Malaysians go hysterical when served with something shockingly BIG on the streets of Melaka <<

Moral of the story.. tak salah mencipta kelaianan dari benda biasa tapi jangan sampai terkeluar dari logik akal seorang manusia nak terima. Pelik sangat pun nampak macam gila. Biarlah kelainan tu mampu menarik perhatian orang bukan menyusahkan orang. Peace


SERAM! MYVI LANGGAR JELMAAN NENEK TUA DI JALAN PUNCAK ALAM

Nak jugak tu tumpang glamer myvi katanya highlight kat tajuk entri. Abis kejadian ni berlaku pada seorang pemandu myvi kena la tulis. Semalam dah cerita pasal Iswara biru kan..  Tak adil pulak bila tiba giliran myvi tak highlight myvi. Hahahaha... Kereta tak penting.. yang penting siapakah nenek tua yang di langgar myvi tu? Nak tahu... Meh la baca

Sumber Google. Sekadar hiasan

Alkisahnya seorang mamat pemilik myvi putih tak sure la dia ada join club familia myvi club tapi kisah dia menambahkan lagi rencah seram di jalan puncak Alam. Jam waktu tu dah pukul 11.45 semasa dia melalui jalan puncak Alam tu. Time kereta pun tak banyak. Ada la sebiji dua katanya dari jalan bertentangan. Malam pun tak berapa bercahaya.. ada dua tiga ketul twinkle twinkle little star. Bukan kali pertama dia lalu jalan tu.. kiranya dia dah biasa cuma malam tu mungkin jadi malam horror bagi dia. Segalanya bermula bila tiba di satu selekoh...

Tiba tiba dia ternampak seakan sekujur tubur yang terbaring atas jalan. Susuk tubuh tu seakan bergolek sekejab kiri sekejab kanan seolah2 nak halang laluan dia. Mula la jantung mengepam laju.. Rasa macam belon terlebih udara menanti nak pecah je. Time tu mulut terkumat kamit membaca ayat2 Al Quran yang harap boleh menjadi senjata mengalahkan makhluk seram yang di lihat. Semakin hampir dengan sekujur tubuh tu semakin gigil dia rasa. Sebab takut sangat dia tekad nak langgar jer sekujur tubuh yang dok bergolek macam batu giling atas jalan tu. Tekan minyak kuat2.. akhirnya dia langgar jugak. Tiba2 terdengar bunyi macam kereta dia melanggar sesuatu buat dia cuak. Takkan langgar hantu ada sound effect macam langgar benda bernyawa lain. Arghh... sudah! dia mula rasa dia langgar orang bukan hantu.

Nak tak nak dia terpaksa juga berhenti kereta ni make sure apa yang dia langgar. Sepantas kilat dia keluar dari kereta & berlari kearah sekujur tubuh yang dia langgar. Tubuh yang di langgar kaku di atas jalan & darah mula memenuhi atas jalan. Bau hanyir pun mula menusuk ke hidung. Kelihatan seorang nenek tua berpakaian serba putih & sebahagian badan dia putus. Dalam gelabah dia cuba tarik perempuan tua tu ke tepi jalan.. Dalam dok kerah tenaga tarik perempuan tua tu tepi jalan tiba2 dia rasa tangan dia macam di cengkam kuat. Dia ingat hanya mainan perasaan rupanya2 betul. Dia cuba lepaskan diri dari di tarik perempuan tua tu tapi tiba2 perempuan tua tu memalingkan muka yang penuh darah & mata putih sambil berkata "nak..taknak tarik nenek lagi..tarik lah lagi..anak yang langgar nenek kan" kata2 itu disusuli dengan hilaian yang menyeramkan..

Sekuat hati dia cuba lepaskan diri kemudian sekuat hati juga dia cuba larikan diri dari lembaga nenek tua tu. Dia masuk kereta cuba hidupkan enjin tapi enjin kereta pulak tak nak hidup. Dari cermin belakang jelas nampak kelibat perempuan tua tu terjengkek jengkek datang kearah keretanya. Dia cuba baca ayat2 Al Quran tapi bila tengok perempuan tua tu ada betul2 sebelah cermin seat pemandu terus jadi kelu. Sebab muka perempuan tua tu ngeri sangat.. penuh darah, biji mata terjojol keluar mamat ni tak sanggup tengok lalu dia pejamkan mata. Lepas tu dia buka mata.. dah takde lagi lembaga nenek tua yang menakutkan. Apa lagi, try hidup enjin kereta dah hidup berdesup la dia pecut. Tak sampai berapa minit tiba2 dia dengar pulak orang menangis kat seat belakang. Dia cuba tengok melalui cermin memang ada perempuan tua tu mencangkuk kat seat belakang sambil menjelirkan lidah dia yang panjang. Tiba2 rasa nafas perempuan tua tu dekat je dengan telinga dia. Akibat tak dapat tahan rasa takut yang teramat dia berhentikan kereta kat semak & terus berlari keluar.

Mujur ada kereta peronda polis lalu masa tu. Bila tengok mamat ni menangis tak tentu pasal tepi jalan peronda polis tu pun berhenti tanya. Bila di tanya mamat ni dalam menangis ketakutan cerita ada hantu dalam kereta dia. Dia pun cerita la pasal kejadian dia langgar nenek tua & badan hampir putus. Lepas tu polis tu pun cerita.. sehari sebelum tu ada berlaku kemalangan maut kat situ.. seorang perempuan tua. kaki dia putus tapi kaki dia tak jumpa. Tiba2  sorang lagi polis yang periksa kereta mamat ni datang pada mereka ajak beredar sebab dia rasa tak sedap hati.

Sejak kejadian tu mamat myvi putih ni memang tak lalu lagi jalan tu. Sampai sekarang katanya lembaga nenek tua tu menghantui mimpi dia.

Moral of the story.. Kalau langgar hantu jangan berhenti. Langgar & lari. Kalau berhenti jugak jadilah seperti mamat myvi putih ni. Di hantui misteri nenek tua kaki putus sepanjang hidup. Tapi jangan pulak racing haram.. nanti jadi macam ahli group familia myviclub tu dihantui kecaman dari orang ramai.

Sumber : Pencari Entiti Crew

 

KISAH DI GANGGU LANGSUIR JALAN BUKIT LENGKOK KULIM

Malam ni kan Malam Jumaat jadi segmen seram serik lekat lekit tak nak lepaskan peluang memomokkan makhluk alam maya dengan cerita cerita seram. Jadi operasi memburu hantu di teruskan dengan jayanya. Hasil buruan malam ni.. Kita singgah berkenalan dengan Langsuir Bukit Lengkok, Kulim Kedah. Manalah tau korang terlalu jalan tu.. Takde la culture shock sangat kalau terserempak. Takde la jam sangat jantung katanya hahahaha


Jalan ni rasanya aku pun biasa lalu lalang tapi biasa la aku spesis yang tak serasi bercinta dengan jalan maka aku jarang merindui jalan2 yang pernah aku lewati. So,aku jarang nak sematkan dalam hati setiap jalan yang aku tempuhi. Maka even 100 kali pun aku lalu lalang guna jalan tu kadang2 aku tak tau pun nama kawasan @ jalan tu... hehehehehe. Ok tu tak seram.

Kita kembali ke cerita seram.. Cerita pasai terserampak atau di tumpangi langsuir jalan bukit lengkok ni memang banyak. Tapi kebanyakkan cerita langsuir ni memang suka tumpang kenderaan orang. Suka sangat menyakat orang memandu malam malam.. Tak tau la apa sebab, maybe hobi la kot. Antara cerita yang sempat aku baca kisah wartawan sinar harian. Kisahnya wartawan sinar harian bersama anggota polis melalu jalan bukit lengkok dalam pukul 4 pagi. Mula2 depa terserempak dengan batu nisan besar setinggi setengah meter tepi jalan tapi masing2 buat2 tak tak tau je. Tapi bila tiba2 salah seorang penumpang kereta tu menjerit minta di bacakan Surah Yassin sebab makhluk tu ada kat sebelah dia. Lepas anggota polis tu membaca beberapa potong ayat Al quran barulah wartawan tu tenang.

Yang paling best bila di periksa rakaman yang mereka buat.. ternyata ada satu makhluk seram berambut panjang di rakam dalam kenderaan mereka & hilang selepas azan subuh.

Ada jugak cerita penunggang motorsikal yang berhenti cucuh rokok & tetiba di bonceng lembaga yang separuh kepala remuk & biji mata terjuntai keluar. Dah la malam.. naik motor. Bayangkan macam mana gigil lutut dia.. rasa nak tekan padel gear pun tak lepas. Kalau ikutkan banyak cerita seram pasal Jalan Bukit Lengkok ni.. Tapi takut korang tak tidur malam pulak.

Katanya kejadian kejadian seram yang melibatkan gangguan lembaga perempuan berambut panjang ada kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita & mayat dia di buang dalam gaung di sekitar jalan tersebut. Alah.. sebenarnya jin ambil kesempatan je tu nak orang percaya roh perempuan mati di bunuh tu bertukar jadi langsuir. Korang jangan terpedaya dengan tipu helah jin & syaitan padahal yang dok jadi langsuir golongan depa jugak. hahahaha

 Langsuir ni dia tak kira kau tunggang apa.. motor ke kereta ke mesti dia akan tumpang. Sebab kebanyakkan cerita dia semua melibatkan pemandu & penunggang motorsikal. Banyak kemalangan berlaku kat situ.. Faktor di sakat langsuir tu faktor mistik tapi jalan kat situ pun jalan kecik. Bentuk jalan pun macam S, bengkang bengkok. Kat situ pulak memang kawasan hutan.

Moral of the story... Jin & syaitan memang tak boleh membunuh manusia secara terus tapi tu la dengan cara membuat manusia panik & hilang kawalan salah satu caranya. Maka bila melalui jalan Bukit lengkok ni kena lebih berhati hati sebab faktor jalan yang memang berisiko & faktor langsuir yang tak pernah bosan nak menyakat orang. hehehehe

PONTIANAK BERPAKAIAN PENGANTIN DI JALAN KOTA SARANG SEMUT KEDAH

PONTIANAK BERPAKAIAN PENGANTIN DI JALAN KOTA SARANG SEMUT KEDAH. Kembali menyeram di segmen seram serik lekat lekit. Even cerita seram pasal hantu dah tak rare tapi tetap masih menjadi pilihan pembaca katanya. Orang sekarang memang jenis suka cabar keberanian kot. Takut pun tetap nak baca even tengok hujung mata sekalipun. Tetap nak tau apa cerita.

Sumber Google

Malam ni nak share kisah seorang mamat yang naik motor dari penang nak balik ke rumah dia di Jitra. Ni spesis yang suka pilih time2 hantu beriadah nak mulakan perjalanan. Walau katanya pernah di sakat hantu.. tetap jugak tengah malam jadi pilihan dia nak jadi riding. Alkisah pada satu malam yang sepi..pi..pi.. (effect gema katanya baru seram sikit starting tu.hikhikhik) sampai je kat daerah kota sarang semut. Jalan tu katanya gelap sebab ada dua tiga jer lampu jalan. Jalan pun lenggang takde kenderaan lalu lalang. Time tu dah melepasi jam 1 pagi...

Masa melalui jalan tu.. dalam dok mengantuk bawak motor tiba tiba dia terpandang satu lembaga berpakaian pengantin serba putih bertenggek kat sebatang ranting pokok yang rendah sebelah kiri jalan dia. Kaki pun boleh cecah tanah sebab pokok tu memang rendah sangat. Yang pelik kaki dia mengadap jalan tapi kepala mengadap ke belakang. Tapi dia tak sure sangat sebab rambut lembaga tu panjang ke paras dada menutupi muka dia tapi apa yang dia nampak lembaga tu memang seolah2 kepalanya kebelakang. Aku syak pontianak. Sebab pontianak jer sangat di kenali dengan pakaian pengantin & bertenggek atas pokok selain langsuir. Kalau uniform serba putih maybe langsuir tapi dah kata pakai baju pengantin aku kategorikan dia sebagai jelmaan pontianak.

Bila dah nampak makhluk macam tu tengah malam.. harus jantung laju macam LRT. Nak2 lagi masa melintasi lembaga tu. Rasanya kalau jantung macam enjin motor, confirm terbarai atas jalan. Takut tak payah cakap katanya tapi gagah jugak meneruskan perjalanan. Patut la katanya kat jalan tu banyak signboard bagi amaran kawasan kemalangan. Maybe ni la salah satu punca kemalangan berlaku. Tak sempat nak fikir benda lain yang dia ingat cuma nak baca ayatul Qursi sebagai pendinding agar lembaga tu tak ikut dia sampai rumah.

Lebih kurang pukul 2 pagi dia sampai kerumah. Akibat terlampau mengantuk dia takde nak cuci muka ke cuci kaki. Terus terlentang tidur.  Tengah2 tidur dalam pukul 3.30 pagi dia bangun nak minum air tiba2 dengar orang ketuk pintu tapi dia buat tak tau terus sambung tidur. Tengah nyenyak2 tidur lagi sekali dia terbangun dengar ketukkan pintu. Tiba2 bulu roma dia meremang bila teringat lembaga berpakaian pengantin tadi.. Maybe ayat qursi dia baca tadi tunggang langgang buat lembaga tu ikut dia balik.. maka terus dia bangun buka laptop pasang ayat2 Al quran baru lah dia boleh tidur nyenyak sampai ke pagi.

Moral of the story.. dah kau tau tengah malam tu time untuk hantu2 maka pilih la perjalanan waktu siang kecuali emergency. Tapi kalau kau memang tahap keberanian yang hantu pun takut silakan pilih waktu hantu sebab tak jem dengan manusia cuma maybe jantung la boleh jam kalau tetiba dia muncul dengan muka tak semegah. hahahaha

Sumber : Cari

PEREMPUAN MISTERI BERJALAN ATAS AIR DI TASIK HARAPAN,USM PENANG

Kita kembali bersegmen seram serik lekat lekit. Insya Allah selagi ada cerita seram best yang nak share kat blog, aku akan tulis tanpa prejudis. Yang mana rasa suka boleh baca yang rasa duka pergi la masuk selimut & tidur. Jangan seksa zahir & batin baca cerita seram kat blog aku ni.

Alkisahnya pasa suatu hari di tengah malam.. seorang pemuda baru balik kerja tunggang motor lalu depan Masjid Al-Malik Khalid yang berhadapan dengan Tasik harapan, USM. Dia pelik bila nampak seorang perempuan dok jogging tengah malam buta kat situ. Sebab dah pukul 12 tengah malam pejadahnya jogging tengah2 malam. Dah tu pakai pakaian serba putih.

Bila dia nampak macam perempuan tu lari ke arah tasik, dia rasa tak sedap hati. Maybe dia rasa perempuan tu nak bunuh diri la kot, kan? so dia perlahankan motor dia. Tapi bila dia nampak perempuan tu betul betul kearah tasik apa lagi kelam kabut dia berhentikan motor & terus terpa gaya ala2 hero hindustand nak selamatkan gadis impian.

Tapi.. Niat dia terbantut bila apa yang di lihat satu kejadian yang sangat mengejutkan sebab perempuan tu bukan terjun dalam tasik tapi berjalan atas air sehingga ke tengah tasik kemudian hilang macam tu jer.  So, tanpa termenung jauh lagi dia cepat2 pusing balik terus blah dari situ. Kalau korang adakah korang akan tunggu umpama geng seekers yang nak jumpa hantu untuk dapatkan rakaman menarik? Mustahil sangat.. Geng paranormal pun kalau nampak hantu pun kadang2 bersepah lari apatah kita individu yang tak berapa paranormal sangat katanya.

Bukan gambar sebenar

Nasihat si mamat yang serempak dengan makhluk berjalan atas air dalam tasik tu supaya sesapa yang balik lewat malam terutama wanita elak melalui jalan tu. Sesungguhnya dia juga makhluk.. Bagi la dia privacy nak jogging kat situ. Asyik serempak dengan manusia jer.. spoil mood dia nak amalkan gaya hidup sihat katanya

Moral of the story... Bumi ni bukan di huni manusia & makhluk2 yang kita mampu lihat dengan mata kasar malah kita berkongsi bumi yang sama dengan makhluk2 ghaib. Tak pelik la kalau ada yang boleh ternampak sebab jin ni boleh menampakkan diri pada manusia dengan izin Allah. Sapa tak percayakan kewujudan  jin.. Maka dia tak percayakan ajaran Islam la. Peace!

Sumber : FB

JALAN BATU KURAU KE TAIPING SERAM & BERHANTU

Malam ni segmen seram serik lekat lekit ke bahagian utara tahan air pulak.. Kisah seram malam ni adalah berkisarkan kejadian2 seram yang berlaku di jalan yang menghubungkan batu kurau dan taiping. Banyak versi jelmaan2 seram berlaku di jalan ni.. Tarik nafas, baca bismilillah.. kosongkan minda meh kita baca Kisah Misteri & seram Jalan Batu Kurau ke Taiping.


Alkisah.. kisahnya jalan ni di katakan amat menyeramkan sehingga kalau ada mana2 pemandu teksi atau orang yang bekerja sampai lewat malam yang nak balik rumah & terpaksa guna laluan ni sanggup tak balik rumah dulu. Tidur la mana2 masjid katanya dari mengadap benda2 seram yang dok main aucak tetengah malam. Boleh kering darah di buatnya.

Antara kejadian seram yang pernah berlaku pernah orang terserempak dengan orang tua tak berkaki naik basikal yang laju mengatasi logik akal seorang manusia di tengah malam. Orang tua, naik basikal tua, kayuh kemain laju.. dia kayuh pakai apa tu aku takde jawapan. Yang di ceritakan cuma tu jer. Siapa orang tua tu.. Misteri nusantara lagi.

Kisah lain.. seorang perempuan dukung anak menahan teksi di tepi jalan tengah2 hutan yang takde penempatan manusia. Siapa perempuan tu? takde jawapan.. secara logik buat apa seorang perempuan kat hutan tengah malam buta dengan anak. Antara kejadian2 lain yang takde kaitan dengan jelmaan jasad seperti manusia.. adalah babi putih lintas jalan.. bebola api yang tiba2 muncul depan cermin kereta. Kalau ikut kepercayaan orang2 kampung.. jenis bebola api ni maybe langsuir. Tapi yang dok menyakat orang yang guna jalan tu.. tak tau la spesis hantu apa. Aku agak je la...

Tak pelik sangat kalau tiba2 mahkluk ni muncul sebab kawasan hutan salah satu penempatan jin. tetiba tebuk hutan buat jalan dia pun nak menikmati prasarana yang kerajaan sediakan jugak even tak layak mohon BR1M.Yelah.. rakyat Malaysia juga so dia berhak guna kemudahan di sediakan. hehehehe

Moral of the story... Balik kerja awal sikit. Kalau tak serempak dengan hantu pun takut orang kat rumah naik hantu. hahahaha

Sumber Anjang Dollah

KISAH SERAM KELIBAT PUTIH JALAN JENIANG - SIK, KEDAH

Tak kira hari minggu ke hapa segmen seram serik lekat lekit akan terus bersiaran. Memang tak bagi change la hangpa hidup tenang tanpa di selubungi misteri katanya. Harus rasa seram baru reti tidur awal. Kalau tak online sampai ke subuh. Ok cerita terpilih kali ni adalah kisah sekumpulan pelajar yang berdepan dengan kejadian misteri masa dalam perjalanan dari kedah nak ke kelantan. Alkisahnya bermula...


4 orang pelajar ni lepas mendaftar untuk kemasukkan baru sebuah kolej untuk pengajian dalam bidang agama di alor star kedah. Walaupun depa baru je sampai dari kelantan ke kedah tapi lepas pendafataran sebab kelas belum bermula pakat ambil keputusan nak balik kelantan jugak malam tu. Depa ni bertolak time tu dah dekat pukul 12 tengah malam. Time2 hantu beridah la katakan...

Jalan punya jalan.. katanya dah masuk jalan jeniang - sik tiba2 depa termasuk satu jalan yang gelap. Orang pun takde lalu lalang.. rumah pun tak nampak ada di tepi jalan2. Normally jalan kampung ni ada jugak rumah orang kampung kan. Masing2 tak tahu dorang kat mana masa tu. Sepatutnya dorang dah masuk satu simpang untuk tembus jalan Baling - Gerik tapi simpang tu tak nampak2 pun.

Sebab tak jumpa simpang tu, depa decide untuk U-Turn patah balik. Masa U-turn dua daripada mereka yang duduk kat seat penumpang di belakang tiba2 rasa seram sejuk semacam jer. Harus tegak berdiri bulu roma kalau rasa seram ni kan. Maka depa pakat2 la baca ayat2 suci Al Quran yang mana boleh jadi pendinding dari gangguan makhluk2 yang tak nampak ni sambil meneruskan perjalanan. Sedar2 dekat 50KM dorang tersesat masuk jalan gelap tadi. Akhirnya jumpa jugak simpang, tapi sekali lagi mereka salah masuk simpang & melalui semula jalan gelap gelita. Yang si pemilik kereta tu rasa lain macam, so stereng bertukar tangan. Tadi kawan dia drive sekarang dia pulak take over kereta kancil dia tu.

Bila dah tukar driver, Alhamdulillah jumpa jugak simpang sepatutnya. Akhirnya sampai jugak ke jalan besar. Tup2 tengah borak2 yang 3 lagi tu tertido tinggalah yang sorang ni drive. Kebetulan hujan renyai2 so kelajuan pun setakat 60kmj je masa tu. Time tu tengah naik bukit so memang tak boleh pecut sangat la... Tiba tiba... Jeng! jeng! jeng!

banyak kelibat putih tiba2 muncul depan kereta dia yang jarak tak sampai 50km pun. Apa lagi break mengejut la. Sekali Prang! Hancur bonet kereta katanya terempuh kelibat putih tu. 3 lagi yang tidur terbangun sebab terkejut dengan pelanggaran tu. Memula dia cuak takut terlanggar orang ke hapa tapi bila tengok takde sapa atau apa2 yang di langgar. Jadi pelik sekejab.. kereta remuk teruk kat depan tapi mangsa langgar takde pulak. di teruskan jugak perjalanan. Nasib baik enjin tak mati. Lampu jer pecah tapi mentol dia elok terpasang. Yang pelik lampu tinggi yang sebenarnya dah rosak tetiba hidup pulak dia lepas perlanggaran tu berlaku.

Sampai la satu tempat dorang berhenti nak check kerosakkan kereta. Tapi tak perasan tempat depa berhenti tu di belakangnya ada kawasan perkuburan cina.  Lepas tu depa teruskan perjalanan sampai ke tasik Banding semua fikir nak berhenti rehat tapi tak jadi sebab nampak dari side mirror macam ada something tengah tengok depa semua. Diteruskan perjalanan sampai depa jumpa satu kontena trailer yang berhenti tepi jalan. So depa decide berhenti kat trailler tu je la. Tumpang berehat. Sebab kat situ je yang ada lori kontena berhenti tepi jalan di tengah gelap gelita. At Least kalau ada apa2 berlaku ada peneman. Apa lagi Padamkan lampu kereta, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertdo..

Tiba2 kawan dia menjerit.. kata kereta bergerak sendiri naik bukit. 
Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Dia tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Kereta pulak bergerak ke arah gaung. dalam mengelabah dia cuba kawal kaki dia yang bagai di kawal oleh orang lain pijak2 padel, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kereta.

Lepas sampai semua kat rumah masing2.. Masa di tertido petang tu tiba2 mak dia kejutkan dia katanya ayah dia meracau2 macam kena rasuk. Suara dia berubah jadi suara perempuan dok tengking2 habis semua orang. Skip cerita bawak pergi berubat, termasuk geng dia yang dalam kancil tu jugak. Kata perawat tu 'benda' tu sekarang ada dengan depa semua. So, perawat tu cuba berinteraksi dengan 'benda' tu. Katanya perempuan asalnya perempuan cantik yang mati di gilis trailer kat jalan yang mula2 dorang sesat tu, sampai separuh kepala hancur. Jadi dia berdendam dengan manusia.. Lepas rawat semua, katanya benda tu pun di hantar balik kat tempat asal dia. Semuanya kembali seperti sediakala.

Tapi aku confius walau cerita ni aku baca katanya yang merawat tu seorang ustaz, budak2 yang terkena gangguan tu katanya pelajar jurusan agama tapi takkan tak tau kot orang yang dah mati mana boleh menjelma sebagai hantu ke hapa untuk balas dendam. Yang ada cuma jelmaan jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia.. hahahaha konpius kat situ.

Moral of the story.. hati2 di jalan raya bukan je hati2 sesama manusia malah hati2 sesama makhluk yang ada tak kira yang nampak atau tak nampak. Peace!

PONTIANAK PETRONAS SUBANG AIRPORT

Jalan subang Airport ni pernah jadi laluan aku hari2 dulu sebab tempat aku kerja dulu kena lalu jalan kat situ. Memula opis aku depan rumah jer... Bukan la buka pintu terus nampak pintu opis.. maksudnya opis aku jalan kaki jer la pergi keja hari2. Cuma seberang jalan. tapi akibat berpindah ke Ara damansara maka aku tak mampu lagi berjoging ke opis. So, kos pun meningkat even duit minyak aku tak pernah bayar pun sebab menumpang gi kerja dengan asben. yelah.. kami se opis katanya. Sempat la merasa menumpang boipren & menumpang suami gi kerja. Yelah.. opis aku berpindah sebelum aku kawen, tak berapa bulan lepas tu baru aku kawen.

Erkk.. tercerita kisah sweet2 kencing manis pulak.. Berbalik kisah seram2 menegak bulu roma katanya. Kisah ni kisah seorang lelaki yang di sakat seekor hantu perempuan yang aku rasa kategori pontianak kot sebab jenis menumpang kereta orang kan? kebanyakkan cerita pontianak ni memang suka tumpang kereta, motorsikal atau basikal orang. Almaklum la tak berkaki katanya hahaha... Ops terbebel pulak.

 Sumber Google

Ok ok.. kita mulakan kisah dari sekarang. Kisahnya seorang lelaki ni balik lewat malam. Dalam perjalanan nak balik rumah tu dia singgah isi minyak kat petronas Subang Airport. Masa tu dah dekat pukul 2 pagi.  Disitulah bermulanya kisah seram yang mungkin sampai mati dia takkan lupa. lepas isi minyak dia pun gerak la nak balik. Keluar je dari stesen minyak tu tetiba jer kereta dia rasa berat lain macam pakej sekali dengan bulu roma meremang. Dia pun cuba tengok melalui cermin kat seat belakang. Macam kering darah di buatnya bila apa yang dia nampak tu. Satu lembaga berupa seorang wanita berambut lurus, baju lusuh warna kelabu atau hitam dia tak sure sebab nampak samar samar jer, tapi muka tak nampak sangat. Ok la tu tak nampak muka buatnya dia tunjuk muka macam hantu kum kum, mau keras kejung kat situ katanya. Dia cuba beranikan diri berdialog dengan makhluk tu, katanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" dalam nada terketar ketar. Even kau makhluk aku pun makhluk tang takut tu memang tak boleh hilang. ye dak??

so dia drive terus sampai la ke Ara Damansara dia buat U-turn untuk pergi semula ke stesen petronas Airport subang tu. Punya seksa dia drive sementara nak sampai ke petronas tu sebab berat hantu tu, katanya berat sangat.  macam pandu 30/kmj dengan bawa beban 50tan. sambil drive sambil dia usya kat belakang dengan mulut terkumat kamit membaca ayat Qursi. Tapi hantu kat belakang tu rilex takde kesan sampingan pun dari bacaan ayat2 suci al Quran. maybe sebab baca sambil gigil so bacaan pun jadi tunggang langgang la kot. Hantu dengar pun macam dengar lagu pop katanya. Sampai je ke petronas Airport subang dia pun turunkan cermin belakang & berdialog " Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil dok pantau seat belakang melalui cermin. Lepas tu dia toleh belakang awek hantu tu pun dah takde. Lepas tu memang tak toleh kiri kanan dia terus je pecut kereta.

Kisah ni rasanya ramai dah pernah baca tapi demi memartabatkan hantu2 tempatan aku up la kat blog aku. Spesis2 hantu menumpang kenderaan orang ni memang jenis berat2 belaka kan? Majoriti kita dengar atau baca kisah hantu menumpang kenderaan orang mesti ada rasa berat. Makan batu gamaknya spesis hantu macam ni. hahahaha

Moral of the story.. Jangan percaya dengan effect langsing yang kita nampak dari jelmaan hantu2 ni sebenarnya depa umpama guna teknik photoshop jugak nak bagi nampak langsing hakikat besar macam gajah. Berat tak mampu menipu. hahahaha

Sumber : himpunan kisah seram


LANGSUIR JALAN PUNCAK ALAM

Bagi memartabatkan hantu tempatan maka aku up lagi story seram berkaitan cerita mistik yang ada di tanahair. Lokasi pilihan kali ni adalah Jalan Puncak Alam.. Aku tak kisah kalau ada blogger menjadikan blog aku sebagai inspirasi untuk depa pun share kisah seram. Sebab aku bukan blog pertama yang share kisah2 seram ni cuma sebab aku minat maka terdetik di hati nak share kisah seram kat blog melekit aku ni.Takde hak nak halang semua tu pilihan masing2. Cuma jadilah blogger berhemah. Jangan copy paste bulat2 entri orang. Boleh ambil cerita yang sama dengan olahan & gaya penulisan sendiri.


Sebab tertengok iklan filem seram terbitan MiG Jalan Puncak Alam terus aku google. Apakah kisah seram yang berlaku kat jalan Puncak Alam sehingga di adaptasi untuk filem. Susah jugak nak cari kisah2 seram yang di ceritakan berlaku kat Jalan Puncak Alam ni.. Tak banyak sangat kot orang tulis pasal tu tapi demi kegigihan aku yang nak tau jugak kisah seram macam mana pernah berlaku kat situ aku tak putus asa. Harus memburu sehingga ke asap kemenyan terakhir katanya.. Amboi mistik sangat kan ayat. hahahaha

Antara kisah seram yang aku jumpa kebanyakkan jumpa spesis pontianak & langsuir la kot sebab jenis terbang2 ni. Antara kisahnya...  seorang gadis yang balik lewat malam melalui Jalan Puncak Alam, berdekatan dengan pasar malam katanya. Tengah drive tetiba dia terpandang satu makhluk serba putih bertenggek atas pokok.Sebab cuak & terkejut dia tak terus pandang makhluk tapi mengalihkan pandangan ke depan. Bila kereta dia melintas kawasan pokok tu, makhluk tu tiba2 terbang atas bumbung kereta dia sampai berbunyi seperti terhentak. Yelah sebagai manusia biasa, aku pun gigil berdepan dengan situasi macam tu maka seperti biasa apa saja ayat Al Quran yang ingat dia baca bertalu talu dengan harapan makhluk tu tak melekat la atas bumbung kereta dia. Sampai jer kat kawasan rumah dia, nampak security guard kat situ pandang kereta dia macam takde apa2 so dia anggap makhluk tu tak menumpang kereta dia la ikut balik. Sampai rumah dia cuba call mak dia tapi tak jawab, call adik dia tidur tak sedar diri. Akibat takut dia tak berani keluar kereta takut terserempak lagi dengan makhluk tu. Lepas dia dengar suara jiran dia dari luar rumah baru dia berani keluar dari kereta & masuk rumah. Sampai sekarang dia tak pasti apakah spesis hantu tu sebab katanya nampak putih terbang & macam bentuk ikan pari. Ada mata & bersayap. Aku syak langsuir kot.. entahlah. Wallahualam.

Kisah kedua yang aku baca seorang pengajar yang balik dari mengajar. Tetiba bila lalu jalan puncak alam tu macam ada benda jatuh atas bumbung kereta dia. Tapi dia ambil keputusan tak berhenti & check apa benda yang jatuh atas bumbung kereta. Dia drive terus. Tapi kereta dia rasa berat sangat selepas tu. Lebih memelikkan lagi kereta yang berselisih dengan dia asyik bagi high-beam. Rasa tak sedap hati, dia baca ayatul qursi. Selepas beberapa kali ulang baca ayat qursi tetiba kereta dia kembali jadi ringan.

Cukuplah dua kisah tu aku share. Kesimpulannya langsuir ke pontianak tak tahu la spesis apa hantu tu tapi aku syak maybe langsuir la kot sebab suka terbang. Memang jenis suka terjun atas bumbung kereta orang kot. Dia punya trademark gitu gamaknya. Asal nak menyakat terjun atas bumbung kereta orang. hahahaha

Pasal filem terbaru MiG Jalan Puncak Alam tu.. Tengok la kalau aku rasa tertarik dengan thiller dia aku beli la dvd dia nanti. Ni dok cari dvd jengka tak dapat lagi. Macam best jer.. Kena jugak support filem seram tempatan ye dak? Best kita puji melambung lambung, tak best kita kritik hingga ke titisan air liur terakhir katanya. hahahaha

Moral of the story.. Kalau dah orang kata tempat tu selalu ada makhluk lepak, kalau boleh elak, elak la. Kalau tak boleh elak sentiasa beringat bila melalui jalan tu sebab makhluk ni tak membunuh kita secara terus tapi melalaikan kita dengan cara2 menyakat macam tu yang mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan bila kita hilang fokus semasa memandu.

BILA IA HILANG DARI RADAR HATI DAN BELUM PULANG KE PANGKAL JALAN

Nasib baik la berblog ni bukan satu kerjaya tapi lebih kepada hobi. Kalau la berblog ni macam kerja makan gaji gamaknya dah lebih 3 warning letter dapat & last sekali kalau tak dapat terminate letter mesti di nasihatkan hantar resign letter kan?? Yelah.. jenis tak cari makan dengan blog ni memang kurang rasa tanggungjawab atas amanah kepada blog yang di pikul, ye dak??

Dalam takde cerita aku nak kupas kupis kopek, tetiba datang pulak mood nak menulis tapi takde isu nak di jadikan bahan. Puas spin otak level 5 pun tak datang2 jugak bahan. So, aku cuma menulis la apa yang aku rasa. Lagipun berkurun dah tak tulis rasa hati.. erkk.. selama ni entri2 yang berunsur pendapat & pandangan aku pada sesuatu isu tu bukan lahir dari rasa hati ke?? yelah.. yelah.. tu lahir dari ibu yang sama juga bernama rasa hati.

Petang hujan sambil menyaksikan budak lala melompat lompat depan TV sambil tengok wonderpets dengan rumah yang sangat sangat berkonsepkan abstrak yang di ilhamkan budak lala dengan mainan dia aku cuba menaip sesuatu. Dah besar anak aku yer.. 2 tahun setengah ++ dah pun (Aku malas nak kira bulan tu yang ++). Lama aku tak cerita pasal dia kat blog bukan aku dah kurang kasih sayang kat anak yer... aku malas nak tulis cerita pasal anak sebab aku tahu yang baca blog aku bukan yang suka dengan aku jer... Malah yang tak suka pun ada yang suka baca blog aku atas dasar benci tanpa sempadan. Hahahaha... So, aku tak nak setiap kali cerita pasal anak aku di baca oleh orang yang tak suka mak dia.. Terilham pulak di hati mereka doa2 yang tak baik untuk anak aku. Jadi aku hilangkan ingatan depa pada anak aku.. so, mereka tak terfikir la nak doa apa2 untuk anak aku. Jadi selamat.

Sumber gambar googgle

Bila Mood hilang dari radar hati untuk mengupas isu hangat & hangit & sampai sekarang belum kembali ke pangkal jalan... Makan terilhamlah entri santai dari apa yang aku nampak di sekeliling aku. Sudah tentunya rumah & anak aku. Sebenarnya.. Kita boleh jadikan apa saja sebagai cerita kalau kita kreatif & kalau kita ada perasaan terhadap sesuatu tu. Takde isu takde cerita nak tulis kalau kita hendak menulis. Kuncinya adalah kita nak buat atau tak?? Betul tak?? Bak kata pepatah hendak seribu daya.. tak hendak seribu dalih.

P/S :dah 50 pesawat MH370 bersama ratusan nyawa hilang khabar. Sehingga kini belum ada petunjuk. Ya Allah misteri sungguh kehilangan ini.. Jom kita sama doakan moga misteri ini terbongkar & semoga nasib mereka yang hilang di ketahui.

P/S : mesti ada orang akan cakap aku ni jenis takde life.. Life aku ni tak tentu nak keluar bila2 masa. Tak mustahil setengah jam lagi ntah aku dah otw kemana mana. Itulah life aku.. Biarpun nak kemana mana macam satu kejutan tanpa planning tapi bagi aku dah takde apa nak terkejut tup tup malam kang aku berada kat luar kawasan liputan. hahahahaha


GEMPAR! JENAZAH SIAP DI KAFANKAN DI TINGGALKAN DI TEPI JALAN BUKIT MINYAK

Terbaca kat mynewshub satu berita agak seram bagi yang penakut.. agak pelik bagi mereka yang suka berfikir & agak kejam bagi mereka yang berperikemanusiaan. Apa tidaknya.. Satu jenazah yang siap di kafankan di tinggalkan di kaki lima tepi jalan di bukit minyak, pulau pinang pagi tadi.

Tak tau apa motif jenazah yang siap di kafankan tu di tinggalkan di tepi jalan.. Mustahila terjatuh dari van mayat atau kereta mayat kan melainkan sengaja di tinggalkan tapi kenapa di perlakukan jenazah tu macam tu kena tunggu siasatan polis dulu la.

Sumber Mynewshub

Jenazah tu pun tak sure meninggal sebab apa.. samada mati secara semulajadi akibat sakit ke atau di bunuh kena tunggu jugak laporan dari pihak polis.

Pelik2 je kejadian yang berlaku sekarang ni. Rasanya ni kali pertama aku terbaca kes jenazah siap berkafan di tinggalkan di tepi jalan macam ni. Apapun semoga roh si mati tu di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman & semoga di permudahkan urusan perkebumiannya dengan cara terhormat.


DAH DAPAT LESEN BERJALAN

Akhirnya setahun 4 bulan..  dapat jugak lesen P.. sebulan lagi Insya Allah dapat lesen penuh la tu. Bila dapat lesen penuh nanti confirm la berdesup perginya kesana sini. Almaklum la time time macam ni la dia nak menjelajah seluruh pelusuk yang ada.

Masalahnya cerita pasal lesen apa ni?? Siapa yang dapat lesen?? Alkisahnya budak lala akhirnya dah pandai berjalan sendiri jugak. Sejak awal bulan haritu (maybe hujung bulan 12 kot..) dia dah tunjuk tanda2 nak berjalan bila dia mula bertatih setapak dua. Sekarang dah bertapak2 dah dia bertatih tapi jalan jatuh lagi la. Rajin betul budak lala practice berjalan.. Dan makin jauh pula dia menjelajah. Tapi nasib baik la rumah kami ni kecik jer.. Lega rasa hati mummy. walau lambat akhirnya lala berjalan jugak. Memang betul2 anak dady la lala ni. Semua nak lebih kepada dady. Muka pun lebih mirip bapak.. berjalan pun ikut bapak.. setahun lebih baru jalan macam bapak dia juga (menurut cerita ibu mertua ku ler..)

Dah dapat skill baru maka dia punya ragam pun dah bertambah la. Dia punya lasak pun semakin naik level dia. Almaklum la dah boleh berjalan kan?? Bab makan.. lala dah makan nasi. Lega tengok dia nak makan tapi masih terus bagi dia Appeton Multivitamin lysine & Scott Emulsion. Susu haritu masa takde selera nak makan lala minum dugro sekarang dady lala dah tukar susu fernleaf. Makin selera pun dia minum susu fernleaf tu. Termasuk mak & bapak lala pun suka jugak susu fernleaf tu. Kurang manis tapi sedap. Sesuai pula dengan lala bila sejak kali pertama dia minum & hari ni dah masuk minggu kedua dia minum dia takde sembelit atau cirit birit. Dulu lala ada masalah sembelit jugak.. sekarang takde lagi. Hari2 mesti berak berbanding dulu kadang2 2 hari sekali. Dugro pun ok jugak.. membantu naikkan berat badan lala masa dia taknak makan langsung. Tapi fernleaf ni nampak lala lebih suka rasanya walau lala ni jenis bagi susu apapun dia minum cuma banyak dengan sikit je la. Kebanyakkan susu lala dady yang pilih kecuali dugro tu je mummy yang suruh dady beli atas rekemen seorang kawan.

Bab lain.. bagi sang lekit ok jer. Lala susah meragam, susah menangis & memang suka main la. Normal la budak2, kan?? Makin hari cuma dia makin manja la sikit. Suka lentok2 kat badan mummy & dady. Suka tido beralas peha mummy masa tengok TV. Yelah makin besar makin berperasaan la kot.. Macam biasa lala senang nak bawak kemana mana. Sebabnya dia jarang sangat nak buat perangai. Dia punya perangai bagun tidur terus hala kat tv. Lala memang hantu tengok tv sikit walau masa dia bangun tu tv off tetap dia akan pergi kat tv dulu.

Lala ni jenis kalau tengok tv nak cium skrin tv tu.. tak larat nak angkat & ubah dia jauh dari tv..

Diam tak diam.. dah semakin membesar budak shahila tu. Rasa sayang pulak nak tinggalkan saat2 boleh peluk lala selalu, mandikan dia, suapkan dia makan, main dengan dia, cium dia.. Yang pasti semua tu satu hari akan jadi kenangan. Kenangan yang semua ibu ibu akan merinduinya jadi waktu yang ada nikmati sebaik mungkin.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com