MISTERI PASAR BUNIAN LEBUHRAYA KARAK. Pagi - pagi bangun dok mentelaah kisah misteri & mistik lebuhraya karak pulak hang ni.. Mimpi seram ke hapa semalam? Tak dak Aiihh.. kami mimpi indah ja semalam. Tidur pun lena.. Bangun pun seperti waktu sepatutnya. Tak dak terbabas pun. Betapa kami bahagia ja.. Cuma terbaca satu kisah misteri berkaitan dunia mistik di lebuhraya karak.
Lebuhraya karak ni memang dah sinonim dengan kisah seram.. Ramai orang takut nak guna jalan ni waktu malam. Aku pun ada pengalaman lalu jalan tu waktu malam.. Tapi Alhamdulillah la tak ada apa2 yang mistik & menyeramkan berlaku. Maybe hantu tengok aku pun lebih berpuaka dari depa kan.. Atau depa segan satgi aku dok up story jumpa depa dalam blog pulak. Kekekekekeke. Cakap besar lekatlekit Ooi.. Satgi dia jengoi (tunjuk) mai kat hang.. baru terkencing kuning kat situ. Dak Aiihh... kami melawak ja noh..
Kami terbaca satu kisah pengalaman seorang anak muda di rantauan... semua pulang ke desa.. Ops.. sorry ternyanyi lagi lagu raya pulak. Kisahnya seorang mamat ni yang duka nestapa kerana ibunya batuk....... kekekeke jangan marah. Ok.. ok.. betul betul cerita kali ni.
Alkisah seorang anak muda berusia 25 tahun yang pernah melalui pengalaman seram masa melalui jalan lebuhraya karak pada malam hari. Cerita depa sekumpulan ni guna jalan tu nak ke bandar bentong sebab nak cari tempat makan. Jauh sampai ke bentong yer nak korang pergi. Memang food hunter betul sanggup memalam buta redah lebuhraya karak semata mata nak makan jer. Tapi jangan buruk sangka sangat.. selain cari makan depa stay kat hotel sana selama 2 hari sebab nak buat kajian. Student lagi gamaknya..
Time tu pukul 2.45 pagi lebih kurang. Sedang elok memang waktu puncak makhluk halus nak berjimba raya. Jalan kat situ memang gelap. Sapa pernah guna jalan tu waktu malam tahu la.. Aku akui memang gelap gelita tak nampak masa depan time malam hari. Nak di jadikan kisah seram, misteri & mistiknya.. Sampai kat selekoh tiba tiba depa nampak cahaya terang & ada orang berniaga pulak di sepanjang jalan tu. Kerja gila kat hutan macam tu tiba2 ramai orang meniaga tetengah malam buta. Ada festival tangkap harimau ke hapa.. Memang tak logik sebab laluan tu bukan ada penempatan manusia pun.
Depa yang riuh rendah dok sembang tadi.. masing2 terdiam kaku membisu... Masing2 cuak la kan. Tempat yang tak pernah ada orang tiba2 tengah malam ada orang berniaga pulak. Masing2 maybe dalam kepala memang penuh seribu satu persoalan yang tak berjawaban gamaknya cuma nak suarakan tak berani. Yelah.. orang tua2 kata kalau lalu jalan hutan nampak benda2 pelik jangan tegur. Satgi tegur dia ikut balik... jenuh nak berubat pulak.
Sempat la mamat ni baca apa2 surah yang patut dalam hati untuk elak sebarang kejadian tak di ingini. Bila dah lepas dari kawasan yang dia nampak ramai orang berniaga tu.. dia usya kat cermin kat situ dah kembali gelap macam biasa. Dah tak nampak sebarang pasar malam yang meriah tadi. Masing terus diam menikmati perasaan seram sejuk sehingga sampai ke destinasi.. Nasib baik seram sejuk je dik.. Kalau seram serik lekatlekit jenuh nak cari bilik air mandi. hehehehe.
Menurut firasat orang2.. Katanya pasar bunian. Yelah kawasan hutan tak mustahil ada penempatan makhluk bunian ni. Saja la kot dia bagi bebudak tu nampak pasar malam depa.. Yelah niat depa nak pi cari makan kot2 nak singgah beli makanan kat situ ke kan.. Tapi depa pulak takut. Kalau tak boleh merasa air tangan orang bunian katanya. kekekekee
Moral of the story.. Makhluk ghaib memang wujud.. Tapi lebuhraya karak ni memang dah terkenal dengan kisah2 misteri & seramnya so mentaliti kebanyakkan orang ni lalu jalan tu ingat benda2 seram. Kawasan tu pun antara area kemalangan.. Tapi bukan semua di sebabkan gangguan makhluk halus.. Mentaliti & imaginasi kita yang kadang2 menakutkan kita sehingga berlaku kemalangan. Sampai jalan tu je kau nak pecut sebab takut.. Padahal tak ada apa2.. So tak mustahil benda tu juga salah satu faktor berlakunya kemalangan. Jadi jangan menakutkan diri sendiri dengan imaginasi liar anda.
Tapi kisah seram di lebuhraya karak ni kira tak berapa rare dah la.. sebab dah sinonim kan? Kalau korang nak lebih seram lagi korang boleh tonton filem ni.. Menangis ok >> Inilah Filem Seram Wajib Tonton 2017 <<
memang misteri la ni
ReplyDeleteJENG JENG JENG .. MISTERI NUSANTARA
ReplyDelete