Showing posts with label twitter. Show all posts

TUANKU PERMAISURI AZIZAH HANYA HANYA KETAWA BACA KECAMAN

TUANKU PERMAISURI AZIZAH HANYA HANYA KETAWA BACA KECAMAN. Kecoh seluruh alam maya bila Tuanku Permaisuri Azizah deactived account twitter yang memang aktif dengan update setiap aktiviti beliau. Den pun follow juga sebab Tuanku sangat humble.. apa yang di share tak nampak langsung untuk tujuan riak. Jarang nampak dia nak share aset aset mahal even kita sedia maklum kemampuan mereka. Yelah.. Keluarga di raja kan hidup orang kata bersalut kekayaan tapi sebab sikap dia yang sangat humble. Update update beliau pun buat kita tak rasa jurang dengan beliau.. So sebagai rakyat benda tu memang la kita rasa selesa.


Tapi tu la.. Sebab beliau sangat humble & chill ada pulak yang mengambil kesempatan mengeluarkan statement yang menyakitkan hati seolah olah macam beliau seorang scammer yang hidup atas hasil penipuan pulak. Kalau spesis scammer hangpa nak kecam.. kecam la. Layak pun depa kena kecam sebab jahat. Tak kira la scammer skim cepat kaya ke, scammer produk beracun/overclaim ke. Tapi spesis scammer ni mana chill.. Cepat sentap. Almaklum la takut rice cooker tinggal pasir kan bila orang tahu penipuan & kejahatan depa. Tu yang scammer sekarang suka see u in court katanya.

Berbeza dengan keluarga di raja (Saya maksudkan Tuanku Permaisuri Azizah yer). Dia sangat chill & kata kata nista segelintir bebudak warganet ni tak menjadi sebab pun dia nak ambil tindakan undang undang terhadap mereka. Maybe sebab beliau rasa 'ini social media' dimana ada orang suka kita & ada yang tak. Itu normal. Lebih lebih lagi individu yang sentiasa jadi perhatian masyarakat ni of course dalam ramai ramai yang sentiasa  menyokong akan ada yang tidak suka.


Bukan la menyokong kita boleh biadap dengan institusi di Raja.. Tapi sikap pemaaf & merendah diri Tuanku Permaisuri patut jadi contoh yang baik. Jangan rasa kita berkuasa tak boleh orang jentik sikit nak ambil tindakan undang undang sampai ada yang terang terang salah dia pun tetap nak tegakkan benang yang basah sebab mungkin dia ada kuasa. Biasanya Pengaruh & kekayaan la buat seseorang tu dia rasa besar & berkuasa. Padahal semua tu pun datang dari Allah. Kita manusia ni sebenarnya tak ada apa apa pun. Berlagak dengan pinjaman yang Allah bagi sebagai Amanah untuk kita pikul sebaiknya je.

Bila baca di accoun twitter Tuanku Permaisuri yang sebenarnya sedih mendengar berita 2 individu yang menghina beliau di tahan untuk siasatan. Beliau seboleh bolehnya tak mahu benda tu berlaku. Dah di tegaskan beliau menutup account twitter sebelum ni bukan la sebab di cyberbully beberapa individu tapi atas sebab peribadi yang lain. Yer faham di pihak Tuanku Permaisuri dia tak rasa perkara tu perkara besar sampai perlu di ambil tindakan undang undang tapi ada akta yang dah mereka langgar sebab tu mereka di ambil tindakan juga.


Apapun semoga apa yang berlaku kita sama sama ambil pengajaran. Tak hilang rasa hormat rakyat kepada pemimpin yang merendah diri. Kalau ada pun seketol dua yang maybe otak tertinggal dalam uri masa lahir tapi majoriti akan sayang & lebih rasa hormat kepada pemimpin macam ni. Malah mereka rasa makin dekat.

Semoga Tuanku Permaisuri berolah kesejahteraan & kebahagian di dunia & akhirat. Amin...

SERAM! ADA YANG NAMPAK 5 ORANG DALAM GAMBAR NI. SIAPA GADIS SERBA HITAM TU??

SERAM! ADA YANG NAMPAK 5 ORANG DALAM GAMBAR NI. SIAPA GADIS SERBA HITAM TU?? Hammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmboi! Lama sungguh lahai blog lekatlekit tak ada segmen seram serik lekatlekit kan? Cuti panjang sungguh dia katanya. Yelah.. Busy dengan macam macam benda. Dengan nak cari dana untuk bayar kos guaman sampai la ni tak cukup cukup lagi.. Tup tup beranak pulak katanya. La ni makin bertambah sibuk la dengan baby hud yang masih kecik tu. Dengan kakak shahila yang special edition katanya. Nak update blog pun kemain kena curi curi masa. Sambil dodoi hud boleh la mula menaip sepatah dua kata.

Di pendekkan cerita la.. Kalau panjang satgi budak hud meraun hapapun tak sempat nak taip dah katanya. Ternampak kat twitter benda ni sedang kecoh. Berkaitan satu gambar gambar raya yang dah di edit agak menyeramkan. 4 manusia yang tetiba kepala memasing terpisah dari badan. Editing je yang tu tak ada apa nak peliknya. Zaman sekarang hang tak payah belajaq multimedia pun dok depan pc/laptop godek godek boleh ja nak buat gambar lagu tu.


Tapi yang jadi isunya.. Ada yang nampak dalam gambar tu ada 5 orang. Walaupun asalnya gambar tu cuma 4 orang. Bukan sorang yang nampak ada 5 orang dalam gambar tu ada beberapa individu mengakui nampak 1 kelibat.. mungkin bukan kelibat tapi kelihatan macam seorang gadis berpakaian serba hitam. Nampak macam manusia biasa yang terselit dalam gambar tu. Pada mulanya.. Ingat memang ada gadis tu di antara mereka tapi bila ada yang tak nampak kehadiran orang kelima dalam gambar tu benda ni buat jadi kecoh sekejab kat twitter.


So, marilah kita sama sama merenung ke dalam gambar ni & bagi jawapan samada hangpa nampak dalam gambar ni ada 4 orang atau 5 orang. Kalau den yang spesis sentiasa berhijab ni memang nampak 4 jer.. kalau yang asyik kejab buka kejab tutup hijab tu gamaknya berapa orang hangpa nampak dalam gambar ni. Boleh tulis jawapan hangpa pada ruangan komen yer. Kita survey samada betul ada yang nampak ada 5 orang dalam gambar ni atau cuma 4 orang saja.




Mana yang nampak 5 tu harap tak demam la yer hehehehe.

Moral of the story.. Entah la samada betul ada kewujudan entiti misteri dalam gambar tu atau tidak, Allah mengetahui segalanya. Kalau saya memang tak nampak apa apa pun.

BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI

BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI. Jarang sangat nak tulis entri entri santai sesekali layan boleh la kan.. Almaklum la kita kan pengamal social media yang tegar. Bermakna memang hari hari scroll news feed FB, IG.. twitter je sekali sekala. So apa apa isu yang tengah trending atau viral.. of course la tahu. Tak payah nak stalk stalk bagai.. benda dah terhidang depan mata. Kadang kadang tak ada niat pun nak ambil tahu tapi dah sehari sampai beratus kali lalu depan mata.. Mesti terbaca juga kan isunya.

Ni semalam ada yang terpikat dengan baju ni..Korang boleh usha dekat https://cycledesign.my/product/skuad-bawang-short-sleeve/ ..Harga ada dinyatakan dalam link ni.. So toksah tanya aku lagi berapa
#Owner: Zulhafidz Yahaya
- Sumber : FB Jijah -

Tapi minggu ni skuad bawang nampaknya kena overtime kot.. banyak betul isu 'membawang'.. dari isu persembahan abang pian kat AJL, Isu ex abang pian buat ucapan dari mekah, isu timah buka tudung.. Semalam terbaca isu instafamous di kecam tayang harga beg branded belas ribu di IG. Ni pun rasa ada lagi isu isu yang terlepas pandang.. selain isu pasal abang Mie dengan fakta songsang.. anti tu anti ni masih hangat di perkatakan.

Jadi tak pelik la banyak syarikat majalah hiburan & rancangan gosip hiburan makin kurang rating. Sekarang ni nak dapat gosip, kontroversi, isu isu hangat fresh from oven tak payah nak tunggu melodi, Mbuzz, nak baca mangga, URTV bagai dah.. Buka Pesbuk ja.. tu dia.. semua ada.

Ada isu saya cuma baca & just kunci jari.. Ada isu saya komen juga sepatah dua kan. Bergantung pada isu juga. Apa ingat den ni asal jumpa port nak membawang jer semua isu den membawang ke? Tak juga.. Macam buruk sangat kan lekatlekit ni pada pandangan mata hangpa..

Bukan isu isu gosip golongan popular tak kira artis atau media sosial public figure.. Isu isu semasa lain pun den suka baca juga termasuk politik. Baca jer.. tak semestinya kita taksub. Satgi ada kata.. dari baca benda benda tu semua lagi bagus baca Al Quran. Tu ibadah den. Antara saya dengan Tuhan. Takkan la saya nak update tiap kali saya buat. Apa yang tak perlu kita cerita.. kita simpan untuk kita kita saja. Ibadah ni.. kalau terlalu di tunjuk satgi tanpa sedar macam riak pulak. Rasa diri kita lebih baik dari orang lain. Takut sia sia je.. Tak dapat ganjaran apa apa bila dah berhijrah ke alam barzakh kan.

Bila dok baca isu isu tengah viral kadang kadang.. Bukan nak salahkan pihak yang kena viral tapi semua berpunca dari mereka sendiri terutama orang orang yang di kenali la. Sesuatu takkan berlaku kalau kita sendiri tak expose benda tu. Yer.. kadang kadang niat kita tak seperti apa yang orang faham.. Niat kita berkongsi tapi apa yang orang nampak sebaliknya. Jadi kena bersedia la dengan penerimaan positif & negatif dari netizen ni. Kejayaan & kegemilangan yang anda raih selama ni juga datang dari mereka mereka juga. So setiap apa yang berlaku tu ada baik & buruknya.

Inilah kehidupan.. Tak kira di media sosial atau realiti yang kita hadap. Apapun kita buat boleh jadi isu even kadang kadang tak buat apa apa pun boleh jadi isu. Orang yang di kenali dah sememangnya cerita mereka di buru.. Tapi kita yang biasa biasa ni pun tak mustahil boleh jadi viral bila bila masa saja. So, tiada siapa tiada risiko di viralkan.. di kecam atau di angkat sebagai seseorang yang hebat dengan kuasa Viral sekarang. Apapun tindakkan kita.. Just kena fikir banyak kali nak buat. Kalau tak sengaja terbuat juga.. Anggap je ujian Allah yang mungkin nak tegur kita yang lalai atau cara Allah nak hadirkan nikmat yang lebih besar selepas musibah.

Moral of the story.. Kadang kadang kita adalah punca orang lain berkata kata.

ANAK KECIL BUKAN IMUNITI KITA MENCABUL HAK ORANG LAIN

ANAK KECIL BUKAN IMUNITI KITA MENCABUL HAK ORANG LAIN. Dua tiga hari lepas ada terbaca threat yang di screenshot & di viralkan kisah seorang pemuda ni.. Tak sempat habiskan nugget & karipap dia dalam panggung wayang. Dah la kemain banyak di memborong.. macam nak picnic je dia punya stok makanan ringan tu. Ni betul2 makan sambil menonton kekdahnya.


Takpe la.. dia memang suka makan kan. Tu hak dia.. Lantak dia la kan nak beli berapa dozen karipap & nuget pun yang tak best apa pengalaman dia dalam pawagam sehingga tak sempat nak habiskan karipap & nuget apatah lagi movie yang dia beli tiket nak tonton tu. Hanya gara gara seorang budak..

Kesahnya.. Seorang mak ni bawa anak dia pergi tengok wayang. Anak ni maybe tak boleh nak behave tempat tempat macam tu. dia bangun pergi menyanyi depan skrin besar.. Tapi mak dia masih boleh rilex buat peace buat dono jer.. Bila orang tegur di sindirnya orang tu tak pernah ada anak. Baca komen2 pada posting viral tu pun boleh tahan.. Ada yang mempertahankan tindakkan si ibu. Katanya ingat senang ke nak control budak2 umur macam tu. So, di harap orang sekeliling paham.

Bagi seorang ibu yang ada anak autisme & ada masalah behavior ni.. Yer saya faham sangat. Malah perangai anak autisme ni lebih mencabar dari anak anak normal & tipikal. Ada situasi kami harap sangat masyarakat faham dengan masalah kami. Bukan kami tak cuba didik cuma anak anak austime ni dia perlu masa yang lebih panjang untuk matang. Kematangan dia selalunya lebih lambat dari usia so kadang2 kita tengok budak tu sepatutnya tak berkelakuan macam tu dalam umur dia tapi masih berkelakuan seperti kanak kanak.. Jangan pelik la. Memang antara perangai anak anak autisme.

Tapi bukan semua situasi kita boleh jadikan benda tu imuniti dari kita di persalahkan. Macam kat pawagam kau dah tau anak kau memang jenis tak boleh duduk diam & statik pada satu tempat dalam tempoh yang lama.. tak payah la bawa pergi tengok wayang. Benda tu bukan wajib macam solat 5 waktu pun.. Kau gigih jugak nak bawa sampai menyusahkan orang lain yang beli tiket tu dah kenapa. Lepas tu kau suruh orang lain faham & terima sebagai dia masih budak yang tak tahu apa apa.. Watdehek!! Wei.. kalau macam tu aku pun boleh bawak anak aku tengok wayang & anak aku lagi la boleh jadi imuniti besar sebab dia special kids.

Tapi aku tak gila.. Tak tengok wayang pun aku tak kemurungan. aku boleh tengok dvd kat rumah. Kalau takde dvd tak tengok pun rasanya tak sampai hidup aku di rundung kekecewaan yang melampau.

Ada situasi memang kita boleh jadikan anak kecil kita sebagai imuniti & orang lain kena faham. Selalunya situasi di mana kita tak ada pilihan lain.. Benda tu terpaksa kita buat juga walaupun anak kita ada masalah behavior. Contoh macam nak flight ke satu lokasi jauh.. Takkan la kita nak terbang sendiri kan.. Even anak kita mengamuk ke.. bising ke.. Kita maybe cuba cari solution untuk control semua tu tapi kalau dah tak boleh control takpe la kita minta maaf & minta orang boleh faham situasi kita. Ni setakat nak seronok2 tengok wayang bawa anak.. Orang lain terganggu. Yang tu mohon terjun lombong yer..

Saya terus terang.. Nak bertandang kat rumah orang pun saya malas sebab anak saya.. ada kala dia boleh behave tapi kalau ada budak lain dok melompat sana sini, memang jabgi jadi lost control. Kita mak ni nak menyinga macam kat rumah sendiri di rumah orang memang tak boleh.. Orang pulak nafas pun dah bunyi laju walau bibir dok senyum kambing lagi.. jadi pepaham je la yer. Even sekarang ni sejak ada biras tinggal dengan in law pun saya jadi tak selesa nak balik.. kadang2 tengok muka kelat depa sebab anak kita buas.. den dah rasa tak selesa.

Sebab tu saya selesa balik kampung sendiri atau kalau nak keluar.. keluar je kemana mana bukan bertandang rumah orang. Biar la orang cakap tak berdunia ke apa. Bukan semua orang faham situasi kita & kita pun kalau boleh tak nak menyusahkan orang lain dengan perangai anak kita kan.. So, bagi saya apa yang tak boleh saya korbankan sampai la anak saya betul2 behave.

Moral of the story.. Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan jadikan anak kita yang masih kecil sebagai alasan untuk kita tidak boleh di persalahkan atas perbuatannya. Ada situasi.. kita memang salah sebab biar je anak buat apapun tanpa berusaha menegah atau menghalang. Sebab lumrah budak ni dia apapun nak cuba.. nak bermain. Kita la kena ajar dia apa yang boleh & tidak

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK. Baru - baru ni aku terjebak la dalam online revolution Lazada 11.11 Tu. Yelah.. diskaun gila - gila beb! Memang la niat mula2 sesaja nak tengok je. Tapi dasar perempuan kan.. Kalau tengok tu takde la nak tengok saja tanpa merembat apa - apa. Nak2 lagi memang dalam account tu berduit. Tapi Alhamdulillah aku berjaya control nafsu syaiton nirrojim sebab aku hanya belanja RM50++ untuk 2 barang.


Sepatutnya delivery di buat antara 21 - 30 Nov tapi tak sangka pulak salah satu barang yang aku beli sampai awal. Pagi2 lagi abang GDEX ketuk pintu rumah. Happy la kan dapat barang yang di beli. Alah.. bukan apa sangat pun aku beli. T-Shirt putih jer. Rasa macam dah takde stok T-Shirt putih sekarang. Haritu cari kat The Store macam takde & takde yang berkenan je. Alang2 tengah murah aku rembat la sepasang T-Shirt murah kat lazada. Seller dia dari Shenzen, China. Barang tu direct di pos dari china. Bukan melalui lazada.

Bila dah dapat maka dengan rakusnya aku pun mengoyak parcel. Tu dia.. tetap tu nak ada adakan cerita. Aku guna gunting je potong hujung plastik bungkusan tu je hehehe.. Nak try la kononnya. Almaklum baju baru. Boleh la melenjan weekend nanti. Belek2 tengok ada kesan koyak kat tepi baju.. Boleh rujuk gambar kat bawah..


Kang ada kata.. alah koyak sikit. Boleh jahit koyak macam tu. Aku nak tanya kalau korang nak beli pakaian kalau nampak ada koyak korang beli tak? Mustahil la korang nak bayar baju koyak walau koyak tu boleh di jahit sekalipun.. sebab kita beli barang baru so condition dia pun nak dalam keadan baik la. Jadi bila terima barang yang dalam keadaan macam ni mesti la kurang berpuas hati kan. Jadi Apa aku buat.. aku hantar mesej kat website,bahagian Help & support lazada. Boleh rujuk tutorial di gambar kat bawah..

Ni tutorial bergambar macam mana korang nak hantar sebarang pertanyaan atau complaint kepada lazada melalui website. Sila isi form contact us tu yer

Aku ada hantar jugak complaint kat twitter lazada untuk tunjuk bukti bergambar. Kalau korang ada sebarang complaint, pertanyaan atau apa2 berkenaan barang yang korang beli kat lazada boleh jugak report kat twitter >> https://twitter.com/asklazadamy lebih cepat sikit dorang terima report korang tu.

Kalau tak pandai speaking london boleh je guna bahasa melayu. Jangan risau.. Bukan macam Ezbabai (bukan nama sebenar). Depa tak paham bahasa melayu. Kau kutuk pun depa still rasa bangga macam kau memuji. Jadi kalau ezbabai baru kau wajib speaking london. Tapi dengan lazada Malaysia boleh guna Bahasa kebangsaan.

Dalam pukul 1.45 tadi wakil lazada call untuk selesaikan masalah ni. Mula2 dia minta aku post semula item tersebut untuk buat penukaran.. tapi aku pertikai la. kalau aku nak kena keluar aku takkan membeli online. Sebab aku susah nak keluar aku membeli secara online. Lagipun kos postage semua siapa yang akan tanggung. Sebab tak ada sebarang slip post di sertakan pada parcel aku. Jadi solution nya.. T-Shirt tersebut aku dapat & lazada akan refund semula harga baju yang aku dah beli sebagai gantirugi. Apa lagi lompat bintang la. Dapat refund kan? hehehehe. Bukan macam ezbabai tu.. meluat aku. Sampai sekarang ada lagi barang aku yang belum sampai.

Apapun.. Biarpun berlaku perkara2 macam ni aku tetap puji dengan layanan & tindakkan pantas lazada menyelesaikan masalah pelanggan. Tak sampai 1 hari pun semuanya dah di selesaikan. Patut la ramai memilih membeli belah di lazada. Memang terbaik perkhidmatan mereka. Jadi kalau nak membeli belah secara online boleh la membeli di lazada untuk memastikan semua urusan anda berjalan lancar. Delivery pun cepat.

GAMBAR MARK ADAM SEMASA BERUSIA 11 TAHUN

GAMBAR MARK ADAM SEMASA BERUSIA 11 TAHUN. Sapa tak kenal Mark Adam.. Kalau tak kenal biar aku kenalkan. Dia ni penyanyi yang berasal dari Filiphina tapi popular kat Malaysia. Selain pandai menyanyi.. Mark Adam Sangat pandai buat lawak spontan. Kadang2 cara dia bercakap dalam bahasa melayu tu pun dah kelakar bila dengar apatah lagi dia buat kelakar. Dia ada lagu dalam bahasa melayu.. Kalau nak tau lagu2 Mark Adam google la yer..


Yang sedang viral pasal Mark Adam ni adalah screenshoot dia menjawab soalan soalan peminat yang macam macam tu. Memang kelakar la jawapan dia bagi. Yang peminat pun bukan2 je soalan nak tanya mark adam.. Soalan kucing curi nasi lemak la.. teka teki la. Tapi bagus Mark Adam ni rajin layan peminat dia kat twitter. Bukan ramai retis yang rajin sangat nak bersoal jawab dengan peminat kat media sosial.. Kadang2 kita tanya soalan yang serius pun dia tak layan apatah lagi soalan soalan santai macam tu. Tapi depa cukup alert komen2 yang mengutuk depa.. Yang tu bukan je depa reply kadang2 depa post balik komen2 macam tu sebab tak puas hati. Retis mana.. pepandai la cari hahaha.

Bila tengok mark adam sekarang.. kurus & comel jer.. rasa macam tak percaya pulak bila dia upload gambar kar IG dia.. katanya gambar ketika dia berusia 11 tahun. Macam lain sangat je rupanya.. Tapi yelah.. masa dah berlalu mungkin fizikal & rupa tu sedikit berubah. Kalau korang nak tengok rupa mark adam masa zaman kanak kanak.. meh tengok kat bawah ni..


Perkara biasa fizikal rupa & personaliti kita berubah bersama usia kan. Tapi kadang2 kita sendiri pun tak kenal personaliti kita macam mana nak tau dia berubah ke atau statik je dari dulu tak berubah ubah. Jadi yang mana ada krisis personaliti ni nak tau personaliti korang ni macam mana meh tengok kat sini >> Yang Tak Sedar Diri Dengan Personaliti Sendiri Meh Test Kat Sini <<

Apapun muka suci murni katanya. Almaklum la budak2 yang time tu mungkin tak banyak masalah perlu di fikirkan lagi. Aku umur2 macam tu yang ada dalam otak aku, pergi sekolah, balik rumah, tengok TV, main dengan kawan - kawan. Masalah takut mak marah, takut kena rotan dengan cikgu.. Tu je la. Lain2 tu bukan masalah sangat sampai tidur tak lena, mandi tak basah & makan tak lalu katanya kecuali tak sihat je. hehehe

INDIVIDU LIKE,SHARE & RETWEET BERITA PALSU BAKAL DI DAKWA

INDIVIDU LIKE,SHARE & RETWEET BERITA PALSU BAKAL DI DAKWA. Tu dia.. kaki2 like,share & retweet berita tak sahih tu mohon kurangkan hobi suka share cerita atau berita yang tak tahu hujung pangkal. Jangan rasa ada sensasi, kontroversi, hot & spicy jer tak nak terlepas nak jadi orang yang memviralkan.


Nasib baik aku tak berapa ada penyakit ketagih nak share semua cerita yang tersebar di media sosial termasuk viral pasal gadis kena culik. Sebab kebanyakkan berakhir dengan lari ikut boyfriend. Sakit hati mak ni nak!! Jadi kebanyakkan viral di media sosial aku baca & biarkan ia berlalu selagi tak ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa yang mengesahkan berita tersebut. Perkara perkara macam ni kalau kita jadi penyumbang kepada penyebaran boleh mengundang panik di kalangan orang awam. Sapa tak risau bila baca berita culik bagai..

Jadi ada baiknya jugak yang like,share & retweet berita atau cerita palsu di dakwa untuk mengurangkan spesis kaki share ni berleluasa di media sosial. Tapi harus la tengok tahap serius sesuatu khabar tu.. Alah setakat benda2 kecik tu pun nak angkut semua naik mahkamah, tak cuti tuan hakim & lawyer nanti. Kes2 yang mampu mengugat keamanan & keharmonian tu aku setuju jugak di kenakan tindakkan undang undang supaya orang tak berani nak viralkan berita yang tak sahih yang boleh mengundang pergaduhan. Sebab yang mencetuskan kadang2 sorang jer tapi yang menyebarkan ni memberi kesan & pengaruh pada orang lain. Jadi yang tukang like,share & retweet jugak salah satu punca masalah yang serius berlaku kalau berita atau cerita tu tak benar.

Sumber Berita Harian

Tapi rakyat Malaysia sekarang ingat heran sangat ke? ramai dah kot orang awam yang di heret ke mahkamah sebab kenyataan  yang di keluarkan di media sosial & ada juga yang kena tindakkan undang2 hanya share cerita atau berita yang di keluarkan orang lain. Sebab kerajaan pemerintah yang buat rakyat hilang rasa takut pada undang2 & hormat pada pemimpin. Apatah lagi peraturan macam ni.. Tak heran pun depa nak langgar >> Inilah Peraturan Yang Sering Manusia Langgar << Jadi tak tau la effective ke tidak kalau undang2 macam ni di laksanakan. Larat ke nak heret semua yang like, share & retweet berita yang kononnya tak sahih ke mahkamah. Semua tu mungkin tidak tapi yang berpotensi & berpengaruh selalunya jadi target depa.

Moral of the story.. Kita sebagai pengguna media sosial pun jadi la jadi pak turut sangat. Kalau yang tak sahih tu just wait & see dulu.. Tak payah sibuk2 nak share bagai. Bukan dapat upah pun. Bila kita amalkan cara macam tu boleh mengurangkan penyebaran berita palsu. Jadilah pelayar internet yang bijak.

CARA NAK DAPAT DUIT SAMBIL UPDATE STATUS KAT FB

CARA NAK DAPAT DUIT SAMBIL UPDATE STATUS KAT FB. Sekarang ni orang yang rajin & kreatif susah untuk ada masalah tak ada jalan nak cari duit sebab peluang & jalan cukup banyak. Nak2 zaman internet..  Macam2 benda boleh buat dengan modal atau tanpa modal selagi korang ada access internet. Sambil dok online bergaduh sindir2 status pun boleh buat duit asalkan kreatif.


Betul.. Aku tak tipu. Sambil korang perang2 status kat FB pun boleh relate dengan benda2 yang boleh buat duit. Cuma selama ni sebab korang tak tahu cara & rahsia tu yang korang tak tau macam mana nak buat duit sambil menyindir orang kat media sosial hahahaa (Amaran!! Tak elok di pratikkan) Sebab benda ni dia banyak berkaitan dengan isu2 semasa & kehidupan seharian kita. Bukan sekadar iklan produk semata mata. Dia ada artikel berkenaan tips, tutorial, info & banyak lagi. Korang share sambil borak2 kosong kat facebook pun boleh.

Bukan je korang boleh dapat duit dengan berkongsi sesuatu yang bermanafaat kepada orang lain malah korang sendiri boleh manafaat info yang korang kongsikan. Nak daftar bukan kena bayar pun. Just sign up kemudian share je apa2 kempen yang di berikan.

Punyalah senang.. Korang yang sehari 48 status update setiap setengah jam sekali elok la sign up benda ni. Tak rugi pun. Nak tahu apa benda senang nak buat duit hanya sambil update status kat FB meh la usya2 kat sini >> Kalau anda ada account media sosial seperti FB & twitter Wajib Tengok <<

rezeki kalau tak di cari tak datang macam hujan turun dari langit. Cuba la.. Benda tak susah pun. Pokok pangkal nak dengan tak nak je. tak guna asyik merungut kos sara hidup semakin tinggi tapi tak ada usaha untuk pastikan keperluan kita sentiasa cukup pun tak mengubah apa apa.

FENOMENA RASHID YANG RAMAI MASIH TIDAK TAHU

FENOMENA RASHID YANG RAMAI MASIH TIDAK TAHU. Fenomena Rashid kini melanda. Ada yang dah sedia maklum siapa Rashid.. Ada yang lambat sikit dia blur lagi siapa rashid tu. Rashid sekarang menjadi trending kat media sosial.. Ramai dok cakap pasal Rashid ni. Rashid ni budak baik tapi sarcasm sikit la tapi niat dia baik mengingatkan pengguna media sosial agar tak termelakukan benda yang boleh merosakkan diri sendiri. Dia lebih kurang Amran Fans cuma bahasa dia lebih sopan santun umpama lelaki melayu terawal. hehehe


Bagi yang dok blur lagi siapa Rashid.. meh sini aku nak perkenalkan Rashid buat korang semua.


Rashid akan muncul di news feed korang setiap hari lepas ni dengan kata kata nasihat yang berguna. Jadi marilah ramai2 kita #JadilahsepertiRashid walaupun dia kartun tapi dia lebih bijak dari yang rupa manusia tapi perangai macam kartun hehehe




Siapa pencetus Rashid ni.. Entah la. Mungkin akan menjadi misteri macam Amran Fans jugak. tapi apa ada hal kan.. Sapapun dia tak penting yang paling penting mesej yang di sampaikan si Rashid ni. Rashid muncul kerana manusia sekarang terlalu obses nak menunjuk semua perkara di media sosial jadi kemunculan Rashid ni lebih kepada menyedarkan manusia yang kadang2 tak perasan dia buat silap.


Moral of the story.. Rashid tidak merokok, Rashid bijak kalau anda masih hisap rokok terutama rokok ni >> Inilah Rokok Paling Bahaya Dalam Dunia << Anda rasa patut rasa malu dengan Rashid. hahahaha

AWAS! MAKSIAT BERAMAI RAMAI DALAM GROUP WHATSAPP

AWAS! MAKSIAT BERAMAI RAMAI DALAM GROUP WHATSAPP. Bila teknologi semakin maju, maksiat juga turut maju bersama pembangunan yang berlaku sekarang. Kalau dulu orang buat maksiat dalam hutan, dalam semak, dalam rumah kosong bagai sekarang tak perlu kemana mana atau jumpa siapa2 maksiat boleh berlaku di mana mana saja depan smartphone @ gadget elektronik yang lain.


Sekarang trend group dalam applikasi whatsapp. Ada yang guna dengan tujuan kebaikan ada yang motif diadakan memang untuk benda baik tapi bila dah ramai sangat dalam tu jadi macam2 cerita pulak. Nak2 lagi bergaul campur lelaki perempuan, anak dara, anak teruna, laki,bini orang bagai. Semua di kumpulkan dalam satu group. Bila dah kumpul tu selalunya membincangkan hal penting tu sikit je selebihnya jadi borak kosong yang tak datangkan manafaat pun. Bila dah banyak sangat borak kosong mula la hilang batasan.. laki orang bini orang sembang gurau tak kira topik. Luar kain dalam kain semua boleh jadi isu borak & bergurau. Usik mengusik tak payah cakap la.. Semua tetiba jadi macam si bujang sedang mencari cinta katanya. Yelah.. apadahal.. sembang je takde sampai nak sentuh2 bagai.

Awas yer kengkawan semua maksiat tak semestinya berdua duaan je. Saling berjumpa bagai.. Zaman sekarang maksiat boleh berlaku semudah ABC. Tak kisah la dalam ahli group tu hangpa dah anggap macam keluarga sendiri bagai tapi tetap hakikatnya antara hangpa tak ada pertalian darah yang menghalalkan hubungan tu. Masih ada batasan tak kira dari segi perbuatan atau perbualan.


Aku ni terus terang bukan jenis baik sangat sebab tu la aku control la apa yang boleh. Aku memang tak suka nak merapu tak tentu pasal dalam group whatsapp sebab tu dulu aku kena remove dari satu group ni dengan alasan stalker la.. jarang berbual la.. Tup2 sekarang di canang aku kena remove sebab salah sendiri pulak. Hakikatnya kisah kena remove bagai tu macam lain. Takpe la benda dah lepas.. Biarlah orang yang budget malaikat tu nampak baik je sentiasa walau hakikatnya dia sedang memfitnah aku sampai hari ni. Orang jahat dalam senyap memang macam tu.. Nampak suci dari dosa tak macam aku riuh sekampung ni. Orang nampak jahat na'uzubillah katanya. hahahaha

Moral of the story.. tak salah nak join apa2 group whatsapp. aku pun join jugak Group whatsapp Best Blogger Network tapi aku kalau takde hal memang tak muncul. Kalau ada apa2 pasal blog nak cakap atau tanya baru aku bersuara kat situ. Tujuan group tu pun untuk bincangkan isu2 & permasalah tentang blog kan. Jadi tak payah la nak merapu meraban konon eratkan silaturrahim. Jangan silaturrahim kat situ erat hubungan lain pulak jadi putus sudah.

PRANK 'DIANA' MUNGKIN BUAT PASANGAN BERGADUH BESAR

Kang ada pulak mencebik.. dia tu memang. semua tak boleh! Semua mudarat! Nak melawak pun tak boleh... Keras kejung la kau kat situ!! Apa orang buat semua salah.. dia jer betul! Cemuih aiih.. dengan lekatlekit ni. Mari kita boikot sampai blog dia tutup...

Amboi marah sungguh noh hangpa dengan blog lekat lekit.. tak bagi peluang cheq nak explain seribu patah kata.

Mula - mula aku tak paham jugak tetiba nama diana ni jadi sebutan seluruh rakyat jelata alam Maya. Maka aku menilik la dalam geluk 'google' katanya nak cari apa kes dengan 'Diana' ni? Dia nurse ke? Sebab dok tengok prank2 pasal diana ni semua berkaitan dengan kemalangan kemudian diana datang membantu...

Rupanya nama 'Diana' ni di gunakan untuk menguji tahap kecemburuan pasangan.Bermula dari seorang insan membuat satu post untuk mengambarkan betapa cemburunya seorang perempuan & menggunakan contoh nama diana.. Maka yang lain2 pun berpusu la try bereksperimen dengan pasangan masing2 menggunakan nama 'Diana' ni.


Tapi kan.. Memang best prank pasangan tengok betapa kuatnya cemburu. Yelah.. orang kata cemburu tanda sayang, ye dak?? Tapi hati2 tak semua orang faham pasal prank 'Diana' ni. Kena jenis pasangan memang tak bersosial di laman sosial maybe boleh mencetuskan pergaduhan besar hanya kerana gurauan macam ni. Nak explain pun susah kalau dia mula syak wasangka. Satgi kita kata prank je.. dia tak caya. Mampuih.. nak explain.


So, nasihat aku sebelum nak prank pasangan korang tak kira la dengan nama 'Diana' @ 'Daniel'.. kena tengok jugak pasangan hangpa tu jenis macam mana. Kalau jenis susah nak percaya, terlampau cemburu tahap buta mata kasar & hati tu.. cari lawak lain la. Tak payah dok cari pasal sangat la. Kalau jenis pasangan sporting boleh bawak gurau sampai ke surau.. ok la. Bukan apa takut nak bergurau jadi bercakau.. Time tu takde 'Diana' boleh tolong selamatkan.

Moral of the story... Limit lawak bagi setiap orang tak sama.. Jadi pepandai la tahu limit lawak yang pasangan hangpa boleh terima. Kalau aku.. banyak lagi lawak lain boleh berlawak dengan asben aku dari dok prank diana daniel bagai ni.. Tak kuasa Mak nak layan katanya. Prank biasa laki aku buat menyamar jadi operator TM.. Tu pun aku dah tak terpedaya. hahahahaha


Yang menarik
Sapa kata minum kopi tanpa gula @ krimer tak sedap. Ada cara nak bagi sedap & manis.. Nak tau caranya meh tengok kat sini >>  >>  Selain Krimer & Gula, Nikmati Variasi Kopi Baru Dengan 6 Bahan Mudah Ini! <<

SIM PILIHAN EMMA MAEMBONG,AYDA JEBAT & MIA SARA

Dah nama retis ni apa saja depa buat jadi perhatian. Apa depa tak suka & suka pun boleh jadi cerita. Semuanya ada Value.. Itulah kelebihan seorang artis. Setiap inci cerita mereka sentiasa ada orang nak tahu & jadi berharga pada mereka yang menulisnya. Yang konon tak suka cerita pasal retis dulu pun aku tengok ada jer update pada retis kat FB & blog. Biasa la bila ada harga & di bayar prinsip pun boleh berubah katanya... hehehehe

Pasal SIM pilihan 3 retis ni pun boleh jadi cerita. Entah apa yang best sangat MagicSim ni pun tak tau la sebab aku tak guna. Katanya 3 retis ni nak merasai sendiri keajaiban MagicSim ni. Apa yang ajaib sangat tu pun aku tak sure. Hahahahaha


Yang pasti kalau magic tak payah topup tetiba kredit sentiasa penuh, kuota internet guna sampai lebam pun tak abis abis & dapat full coverage walau dalam hutan amazon sekalipun.. Yang tu maybe orang rasa magic. hahahaha. Apa yang magic sangat retis pun mengakui keajaibannya hangpa tengok la sendiri kat sini. Tak berapa pandai pulak aku nak cerita.

Katanya MagicSim ni sampai jadi trending kat twitter... Amboi hebat sangat ke? Sejauh mana hebat & magic nya SIM ni better la korang tengok sendiri. Almaklum cerita yang di sampaikan dari mulut ke mulut ni kadang2 tak lengkap & banyak tokok tambahnya..hahahaha jadi sila la baca kat sini >> 4 Sebab Utama Emma Maembong, Ayda Jebat & Mia Sara Menggilai SIM Yang Dikatakan Magic Ini <<

Moral of the story.. jangan magic lepas topup tak sempat guna tetiba kredit habis sudah. Yang tu tipikal magic. Asyik hilang jer... hahahaha


HILANG TEMPAT MENGADU TANPA FACEBOOK

Hari ni kita cakap topik berunsur soal hati sikit la kan.. Asyik dok cerita seram dengan isu2 berpuaka jer. Sebab aku tengok ramai sangat merintih kat FB setiap hari. Kesian pulak. Ada yang bagi teguran kat orang jangan merungut dengan dugaan, masalah bagai tapi pada masa yang sama aku asyik dok baca rintihan kelambu dia jer hari hari. Sampai dari simpati rasa takde hati dah.

 sumber Google

Terfikir jugak aku yang hari2 merintih kat FB ni memang setiap saat hidup depa ni takde hormon2 ceria ke camna? Aku pun manusia mustahil la aku tak ada masalah langsung & 24 jam aku dok cari masalah orang jer nak fikir. Tapi jenis aku.. Aku fikir bila terlampau cerita kebahagian nanti orang menyampah & kalau setiap minit dok merintih sedih jer pun orang rasa semak. Dan yang orang terlupa.. kadang2 bila kita asyik meluahkan perasaan kat laman sosial ni orang2 yang nak menjatuhkan kita memang suka. Mustahil la musuh suka tengok musuhnya bahagia kan. Kat situ kita dah tunjuk kita lemah & mudah di lukai. Dan bagi point pada musuh untuk terus menerus menyakitkan hati kita. Bukan tak boleh langsung tapi berpada pada.

Aku memang banyak cakap isu2 laman sosial di laman sosial selain cerita hantu aku la. Isu2 peribadi ni aku rasa bukan isu di luahkan secara terbuka. Masalah di luar laman sosial ni tapis2 la sikit nak share pun. Seolah2 FB sekarang tempat mengadu domba selain port mengumpat secara berjemaah (hehehe yang tu aku pun terbuat jugak). Kalau takde FB gamaknya ramai orang hilang tempat mengadu la kot. Aku pun jenis yang aktif kat FB.. tapi Insya Allah.. Masalah dengan adik beradik ke, masalah dengan sedara mara ke, masalah dengan laki ke.. FB bukan tempat aku nak mengadu.

Moral of the story.. Rintihan kelambu tu ada baiknya merintih dalam kelambu sudah. Tak payah tunggu dewasa untuk belajar jadi seorang yang pandai menyimpan rahsia sendiri. Jika rahsia diri pun tak mampu simpan & tak rasa aib di sebarkan, apatah lagi rahsia orang. Orang2 yang rajin merintih kat FB ni bagi aku berisiko untuk kita share masalah dengan dia sebab takut masalah kita pun dia share kat FB sebab bagi dia kat situ cara mencari penyelesaian & meluahkan perasaan. hahahaha


TAK SALAH DAMIAN VE CAKAP FYNN JAMAL TAK BOLEH NYANYI

Sejak semalam dok baca pasal teguran Damian VE yang katanya Fynn Jamal tak boleh menyanyi & suruh berhenti nyanyi. Mesti la melompat peminat kak Fynn kan.. Kau sesuka hati je cakap orang tu tak boleh nyanyi.. Kau tak tau berapa ramai peminat lagu Arjuna beta, katanya. Tapi aku sokong pendapat Damian VE.. Bagi aku apa dia cakap memang betul


tapi Bukan la kata aku setuju dia kata Fynn Jamal tak boleh nyanyi aku sokong pendapat dia support tak semestinya mengampu. Apa dia kata tu bagi aku takde salah & dosa kat memana pun. Tu pendapat dia.. hangpa lelebih nak tacing tu dah pasai apa. Oo.. hangpa kata retis kesayangan orang lain suara tak sedap takpa.. tang orang kata retis kesayangan hangpa tak boleh nyanyi amukkan puaka pulak.


Dia dengar tak sedap.. takkan nak paksa dia kata sedap semata mata nak sedapkan hati orang lain. At least dia bagi pendapat secara jujur.. Tak boleh judge bila orang tu tak setuju dia dengki. Taste orang tak sama.. Jadi aku tak rasa salah Damian nak cakap macam tu. Rasanya Fynn Jamal pun rilex je kot. Takat Damian sorang kata dia tak boleh nyanyi tapi beribu lagi rasa suara dia sedap.. apadahal! Kot2 la kata2 Damian tu macam sang gelembai.. cakap jer terus jadi. Boleh la cuak, ye dak?


 Untuk artikel penuh boleh baca di Rotikaya

Aku peminat Amy mastura dari sejak zaman sekolah sampai sekarang tapi aku akui Amy mastura kalau nyanyi live even lagu dia sendiri memang lingkup tapi kalau berlakon memang tiptop. Lagu2 dia best kalau dia tak nyanyi live. Adakah aku tak support Amy mastura sebab aku cakap macam tu? Aku still peminat dia.. Tapi peminat atau penyokong tak semestinya kena mengampu, ye dak? So, pengampu dengan peminat atau penyokong adalah berberbeza. Berhati hati lah.. pengampu selalunya membunuh kita secara perlahan lahan bila sentiasa menyembunyikan kelemahan, kesalahan & kesilapan kita semata2 nak nampak baik di depan kita. Sebab kita manusia ni selalunya anggap yang puja puji ke langit biru tu kawan, bila  tegur & kritik tu lawan terus kena tendang keluar group katanya. Jadi renung renungkanlah selamatkan diri anda dari pengampu.

Moral of the story.. Jangan jadi manusia taksub yang melihat seseorang yang kita sokong seolah2 manusia yang sempurna. Setiap yang bernama manusia pasti ada kekurangan & kelebihan.


ANAK ROSYAM NOR DI SURUH BUKA TUDUNG SYARAT DI TERIMA BEKERJA

Tu dia abislah kau. Memang silap langkah la sebab yang pergi minta kerja tu anak Rosyam Nor. Kat Malaysia sapa yang tak kenal Rosyam Nor. Pelakon popular tu. Ni bukan Rosyam Nor Zaman Gila Gila Remaja kot orang tak kenal.. Ni Zaman Castello sebut je Rosyam Nor Bukan nama asing dalam industri seni malaysia ni.

Sumber Google

Mula menjadi Viral Tweet dari Pelakon terkenal ni berkenaan sebuah kedai yang terdapat di One Utama yang mengenakan syarat harus buka tudung kalau nak bekerja di premis perniagaan mereka. Kena pulak anak Rosyam Nor yang baru lepas SPM yang minta kerja & di minta buka tudung kalau berminat nak kerja. Balik dia report bapak dia.. bapak dia tweet pulak pasal tu.. Tunggu la je la apa akibatnya. Siap nama kedai tu.. HAMLEY'S

Sumber FB

Kadang2 yang non muslim memang mengenakan syarat macam tu. Ini Malaysia kot bukan negara  Amerika. Bangsa lain bekerja di Syarikat milik orang Islam takde pun di wajibkan pakai tudung.. kenapa pulak kalau perempuan muslim yang nak bekerja di premis perniagaan Non Muslim tak boleh pakai tudung? Kau nak jual barang ke kau nak jual peha atau kepala salesgirl @ staff??

Jadikan pengajaran yer pada yang lain2. Maybe dia tak kenal anak rosyam nor tapi sayangnya kat Malaysia ni ramai orang kenal Rosyam Nor. Dia berpengaruh & ramai peminat.. Kalau dah keluar tweet macam tu sapa tahu maybe premis tu di kenakan tindakkan atau di boikot. Nasib kau lah labu...

Katanya nak siasat. Gamaknya kalau bukan anak Rosyam Nor.. ada ke siasatan akan di lakukan?? peace!


ORANG YANG AKTIF DI LAMAN SOSIAL TAKDE LIFE YANG BEST

Berani kau lekatlekit buat statement camtu? Tahukah kau betapa ramainya manusia yang memang hyperactive di laman sosial sampai setiap minit update status pun ada. Dari start bagun tidur sampai tidur dia update kesah dia kat laman sosial. Takde life ke depa ni? eleh mengata dulang paku serpih.. Kau pun apa kurangnya.. tak hyper pun kau aktif jugak kat kat laman sosial. Kau takde life ke? kau takde aktiviti luar ke nak buat? laki kau tak bawak kau keluar ke? Kau tak buat kerja umah ke? tak masak membasuh bagai ke?

Ya Allah banyak nya soalan tak terjawab den tau. Semput jugak kalau nak jawab senapas ni? Mau kena sedut gas pulak nanti. Isu ni sebenarnya tak boleh jawab dengan satu jawapan sebab setiap orang ada jawapan yang berbeza jadi rasanya tak adil aku jawab bagi pihak orang lain sebab aku tak tahu kenapa & mengapa. Tapi aku hanya boleh cakap bagi pihak aku jer..

Aktif di laman sosial sebab aku takde life? Takde life ke aku sebab aku nampaknya jarang cerita bila aku keluar.. aku kemana.. buat apa.. makan apa.. masak apa.. beli apa.. Tak cerita tak bermakna perkara tu tak berlaku. Setiap orang ada prinsip dia sendiri. Macam aku sekarang tak suka sangat la nak cerita pasal kehidupan aku bukan takde langsung cerita tapi aku memang selected sangat kalau nak cerita. Sebab zaman sekarang zaman bahaya yang ada dimana mana yang kita tak boleh jangka jadi aku rasa tak perlu sangat aku bagitau situasi aku setiap masa kat laman sosial.  Kedua.. aku tak nak biasakan cerita semua benda.. nanti aku takut terlanjur cerita benda yang tak sepatutnya aku cerita. Yelah.. hari2 dok cerita semua benda dalam hidup kita buat.. tak mustahil bila satu hari emosi kita terganggu, akal kita dah tak berapa berfungsi dengan baik kita dah terbiasa tulis semua kat laman sosial.. maka tercerita aib sendiri, suami/isteri atau keluarga.

Mungkin ada sesetengah yang anggap aku takde life.. life aku tak best.. aku hidup menderita bagai sebab aku lebih banyak bercakap pasal isu2 semasa atau isu2 yang berlaku dalam dunia online jer... Hidup aku macam orang lain jugak. Kadang2 seminggu 3 ke 4 kali jugak aku keluar cuma tak tentu hari & masa jer. Tiap2 tahun sejak kawen ni..  setakat ni ada jugak pergi holiday.. membeli belah macam orang lain jugak. Aktiviti rumah tangga aku pun sama jer cuma aku tak cerita setiap perkara yang aku buat atau nak buat atau sedang buat jer.

So, kadang kita tak boleh nak judge hidup orang tu tak best macam kita sebab kita tak pernah nampak atau baca dia cerita pasal life dia kat laman sosial sebab setiap orang tak sama cara hidup dia. Kalau aku kehidupan aku adalah privacy aku yang tak semua benda aku boleh cerita dengan orang lain tak kira perkara tu best atau tidak. Aku ada guidelines dalam hidup & rumahtangga aku tapi Alhamdulillah hidup tak sederita yang maybe ada orang pernah anggap. Hidup aku sama jer kot macam orang lain ada hari best ada hari yang tak best.. So, aktif di laman sosial dengan hanya bercerita isu2 semasa tak bermakna orang tu takde life yang best yer..

Sumber google


PERKARA YANG TAK PATUT CAKAP BILA JUMPA SEMULA KAWAN LAMA

Era laman sosial sekarang ni memang memudahkan urusan jejak kasih, jejak kekasih & segala macam jejak la. Dari aku sendiri pun laman sosial memang banyak menemukan aku dengan kawan2 lama yang ada berpuluh tahun tak pernah jumpa apatah lagi dengar khabar, nak2 lagi kawan sekolah tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah. Pertemuan paling aku tak sangka adalah dengan cikgu kelas aku masa darjah dua, cikgu Fauzilah. Sampai sekarang cikgu fauzilah masih sama macam aku pernah kenal. Cikgu yang cukup penyayang & sentiasa buat anak murid rasa nak bermanja dengan dia.

Berbalik pada isu yang di bangkitkan.. Isu soalan atau kenyataan yang tak patut kita cakap bila bertemu semula dengan kawan lama nak2 lagi yang dah makan puluh tahun tak pernah jumpa sebab mungkin sekarang depa dah jadi orang yang berbeza jadi kena hati hati dengan percakapan atau persoalan kita nak tanya.

1. Bila jumpa kawan lama jangan sesekali cakap tentang fizikal kalau benda tu tak kearah pujian sangat. Tak perlu puji palsu cukup jangan sentuh bab tu lagi. Contoh kita tengok dia dah gemuk.. Ambil masa berbual isu lain dulu macam tanya khabar bagai dulu untuk kenali perangai kawan kita samada dia masih macam dulu atau dah berubah sebelum kita ajukan soalan yang sensitif tentang bentuk fizikal

2. Tak perlu baru je jumpa balik tak sampai sejam nak cerita semua kebahagian.. kekayaan atau kejayaan kita miliki. Kadang2 ada jenis kawan camtu. Tak menyempat nak menunjuk ni sampai orang tak tanya pun dia sendiri cerita. Akan buat orang rasa tak berapa nak rapatkan hubungan dengan kita dah kalau dah perangai macam tu. Rasa bangga diri yang melampau2 sesungguhnya tak ramai orang suka. kekekeke

3. Tak payah soal siasat rumahtangga orang sangat. Ni baru je jumpa balik.. sembang baru 5 minit dah tanya laki kau keja apa.. kau pakai kereta apa.. duduk rumah berapa tingkat. Tak semua orang selesa nak cerita hal peribadi macam tu even di suatu ketika puluhan tahun yang lalu kita pernah rapat dengan dia. Masing2 dah terpisah lama.. mungkin ada kejanggalan untuk berkongsi cerita peribadi bila jumpa balik.

4. Soalan biasa yang kadang2 jadi sensitif kadang2 tak bergantung pada individu.. iatu status perkahwinan. Seeloknya jangan jumpa terus tanya. Tukarkan soalan dah kawen ke belum tu dengan soalan.. sekarang buat apa? Kadang2 dari soalan tu kita boleh dapat jawapan status dia. contoh.. aku sekarang surirumah jer.. jaga anak. laki tak bagi kerja. Kan?? tak perlu tanya kita dah tau status dia. Atau yang single akan menjawab.. kerja pejabat gomen jer.. tak kerja pun nak buat apa. Laki takde.. anak apatah lagi. Pun kita boleh detect jugak status dia.

5. Jangan terus ungkit kisah lama yang menyakitkan hati kawan kita. Mungkin lucu bagi kita.. tapi mengaibkan bagi dia. So, nak mengulit kenangan pun kita kena kenali perwatakkan & perangai kawan kita sekarang. Masa boleh mengubah seseorang jadi tak seperti apa yang pernah kita kenal jadi perlu berhati hati dalam pertemuan semula sebab kita umpama berkenalan semula dengan orang yang kita pernah kenal satu ketika dulu.

Sekadar hiasan sumber dari google

Ni survey takde rujukan dari mana2.. aku tulis sendiri berdasarkan apa yang aku rasa & aku lihat jugak dengar dari orang2 sekeliling. kalau ada penambahan boleh tambah kat kotak komen. Apapun setiap patah kata kita kena jaga bila kita berhadapan dengan orang yang dah lama kita tak jumpa apatah lagi dengan orang yang baru kita kenal sebab kita kena tahu tahap sensitiviti orang tu untuk terima apa yang kita tanya atau cakap jangan kita main sondol tak pakai helmet takut nanti tak pasal pasal kepala benjol. Yang paling penting nak bergurau jangan over.. Slow2 dulu jangan nak buat lawak tak tengok traffic light kaler apa dah. kekekekeke


ARTIS TAYANG PAYUDARA MARAH BILA ORANG MENGATA

Sebenarnya aku bukan minat sangat isu pasal payudara orang apatah lagi payudara retis cantik ni tapi aku ada juga baca & tengok kat Galaksi TV9 isu pasal size payudara sorang retis ni yang menjadi kontroversi. Kononnnya dulu comel jer.. sekarang dah gebu sikit. Lantak la kan... Nak seciput ke.. nak segunung ke. Aku bukan obses sangat benda2 camni.

Tapi bila terjumpa status yang di tulis oleh seorang retis cantik Malaysia yang komen pasal isu payudara orang lain yang di jadikan berita sensasi, Hot & spicy ni rasa macam gatal2 jari pulak nak taip entri pasal ni. Cuba tahan diri pun tetap rasa nak jugak berucap sepatah dua kata. hahahahahaha

Sumber ROTIKAYA

Bukan la nak cerca sehingga berhujan airmata.. tapi nak cakap sikit jer. Hangpa tu retis.. kalau hangpa kentut pun orang boleh buat isu apatah lagi kalau hangpa dok mendada tunjuk size gunung susu hangpa tu of course la jadi isu. Nak2 lagi bila gunung susu hangpa tu berubah size dari S ke L.. confirm la jadi berita yang terlajak laris. So moral of the story kalau taknak orang menyibuk hangpa pun tak payah la menunjuk.. pandai2 la sorok. Jangan hangpa dok tayang semalaya bila orang cerita hangpa nak melalak.

Nak besaq ka.. nak kecikkan ka.. nak ratakan terus ke gunung hangpa tu.. tu hak hangpa takde sapa boleh halang atau larang tapi hak mata orang melihat dengan hak mulut orang bercakap hangpa kena jugak ambil kira. Jadi renung renungkan.. Selamat berfikir guna akal bukan lutut. Sekian makaseh. Peace No War!


BUAT MAKSIAT SAMBIL BERSELFIE,GIGIH SANGAT KAU TEMPAH BALA

Semua orang tahu pasal tersebarnya sekeping gambar perempuan & lelaki tengah beromen dalam tandas petronas dari account twitter yang guna nama perempuan tu. Gambar dia aku dah tertengok... memang gambar tu kategori lucah & 18sx..

Kalau korang nak tau sila google malas nak attach gambar dia kat sini

Aku pelik la jenis spesis dok beromen lepas tu ambil gambar. Dah la beromen secara haram.. kau ambil gambar simpan dalam enpon. Kau dah buat jahat.. kau simpan bukti. Memang kau cari bala bertimpa timpa la. Jangan ingat dalam enpon even kau letak security code kat enpon ko orang tak boleh buka. Aku sangat2 pelik jenis spesis macam ni.. Kenapa kau mesti simpan gambar2 macam tu? Kau buat kau rasa sudah la...

Aku bukan menyokong aktiviti tak bermoral macam ni.. Tapi kalau kau nak buat jugak pun sila la protect diri kau. Tak payah nak simpan2 gambar maksiat kau buat kenangan. Kau nak tunjuk kat sapa? Anak cucu cicit kau nanti.. Kau nak cerita apa di sebalik gambar tu. Ni la zaman atuk/nenek bercinta dulu.. Kami kalau nak romen kat toilet petronas pun boleh. Ke camna??

Ni kira peringatan buat semua la tak kira la yang tengah bercinta atau yang dah kahwin.. gambar2 yang mengaibkan tu tak payah ambil langsung pun tak takpe.. apatah lagi simpan dalam enpon yang zaman sekarang memang enpon bukan satu tempat selamat menyimpan gambar2 peribadi yang boleh jadi aib kalau terlepas kat tangan orang lain. Tak penting pun simpan gambar2 macam tu. Untuk apa?? Nak jadi modal beronani ke hapa?? Aduhai.. inilah akibat bila kemaluan letak kat lutut...

P/S : Yang ni status kemaluan letak kat lutut jugak even dia tak share gambar pun.. Alahai.. macam dia sorang ada laki. Tolong la ada privacy sikit, jangan sebab kau tak malu orang yang baca pulak tolong malu untuk kau.



PENGARAH FILEM GANGSTER YANG MUDAH SENTAP

Tajuk pun orang dah tahu siapa pengarah filem gangster tu kan?? Sapa tak kenal anak datuk sorang ni. Bapak dia pun penggiat filem yang mampu raih juta2 lemon jugak. Sekarang anak dia pulak mewarisi bakat bapak dia yang mampu buat filem juta2 punya.

Sapapun dia.. Tak payah sebut2 nama kot. Kita berbalik pada cerita yang nak di ceritakanlah. Mula2 si pengarah juga seorang pelakon ni sentap sampai merajuk tak nak jumpa sapa2 bila filem dia dapat tayangan free awal kat internet sebelum di tayangkan kat pawagam. Senang cakap orang curi filem dia tu sebar kat internet maka merajuk la sipolan itu sampai nak berhenti buat/arah filem kerana terlalu kecewa filem dia kena cilok. Tapi bila sampai waktu di tayangkan di pawagam.. Jualan tiket takde la rugi sangat.. Walau tak mencapai target tapi tetap kutipan cecah juta2 jugak. Muka ada senyum la kot kan...

Lepas dah merajuk filem kena curi tu.. Tup tup muncul pulak satu cerita yang dia sentap dengan sorang retis di twitter. Ceritanya si retis anak dara ni meluahkan perasaan tak puas hati kat Lembaga penapisan filem yang katanya tidak adil dalam mengklasifikasikan filem. Katanya filem yang di berlakon tu unsur2 ganas tu tak seberapa tapi di klasifikasikan PG18 tapi filem gangster pengarah anak datuk ni dah sah2 penuh dengan aksi2 ganas & bahasa2 kasar tapi dapat PG13. Dah sentap pulak pengarah anak datuk ni seolah2 si retis tu mempertikaikan filem dia. Si retis tu pertikaikan penapisan filem je kot walau dia buat perbandingan dengan filem pengarah tu tapi apa yang den baca tak nampak unsur dia mempertikaikan kerja pengarah tu pun. Dia pertikaikan kerja orang2 yang menapis filem je.

Tweet dari retis anak dara.maybe sebab dia tiru bahasa gangster tu buat pengarah tu terasa bagai di sindir kot -sumber Rotikaya-

Dah report mak retis tu bagai dengan hastag kepada ibu si retis tu. Alahai pengarah itu.. Kenapalah dikau ni cepat sangat sentap yer?? Manjanya anak datuk ini. Tak boleh tercuit sikit. Pada si pengarah itu.. Umur pun dah melepasi angka kanak kanak mahupun remaja. Dah dewasa kot jadi kurang2kan la kesentapan itu. Cuba berfikir terbuka sikit. Gangster kan sikit hati mu itu.. jangan sikit2 nak sentap tak tentu pasal. Semoga kita semua kawal kesentapan kita agar hari kita tak di selebungi stressssssssssssssss....

Tweet dari retis teruna -sumber Rotikaya-

Explanation dari retis anak dara atas salah faham yang berlaku. Nak baca lebih banyak tweet depa ni pi tengok kat Rotikaya @ mana2 la blog retis. Atau google je melambak keluar isu ni

P/s : Apapun den setuju dengan amani penapisan filem nampak berat sebelah. Bukan soal suka @ tak suka filem syamsul tapi dah terang2 filem tu penuh babak & aksi2 ganas yang tak sepatutnya dapaty PG13.

P/S : Semalam sentap jugak bila ada sorang memberi kata den ni blogger lalang yang suka ikut apa orang kata semata mata nak publisiti di blog.(sebab isu kenaikan harga barang je pun.Memang la den tak sokong kenaikkan harga barang.Takkan sebab tak sokong benda2 camtu di kategorikan blogger lalang yang nak meraih publisiti untuk populariti blog kot). Publisiti apa la sangat blog melekit ni dapat dari dulu takdenya hot & spicy sangat pun. Kalau orang yang mengikuti blog den ni dari dulu maka tahulah mereka samada blog melekit ni lalang ke tidak. Tapi itu cerita sentap semalam.. hari ni takde dah sentap mentap ni. Biarpun semalam dia buat daku sentap tapi hari ni dia tetap kawan aku macam biasa. Peace!

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com