TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK
Sepatutnya delivery di buat antara 21 - 30 Nov tapi tak sangka pulak salah satu barang yang aku beli sampai awal. Pagi2 lagi abang GDEX ketuk pintu rumah. Happy la kan dapat barang yang di beli. Alah.. bukan apa sangat pun aku beli. T-Shirt putih jer. Rasa macam dah takde stok T-Shirt putih sekarang. Haritu cari kat The Store macam takde & takde yang berkenan je. Alang2 tengah murah aku rembat la sepasang T-Shirt murah kat lazada. Seller dia dari Shenzen, China. Barang tu direct di pos dari china. Bukan melalui lazada.
Bila dah dapat maka dengan rakusnya aku pun mengoyak parcel. Tu dia.. tetap tu nak ada adakan cerita. Aku guna gunting je potong hujung plastik bungkusan tu je hehehe.. Nak try la kononnya. Almaklum baju baru. Boleh la melenjan weekend nanti. Belek2 tengok ada kesan koyak kat tepi baju.. Boleh rujuk gambar kat bawah..
Kang ada kata.. alah koyak sikit. Boleh jahit koyak macam tu. Aku nak tanya kalau korang nak beli pakaian kalau nampak ada koyak korang beli tak? Mustahil la korang nak bayar baju koyak walau koyak tu boleh di jahit sekalipun.. sebab kita beli barang baru so condition dia pun nak dalam keadan baik la. Jadi bila terima barang yang dalam keadaan macam ni mesti la kurang berpuas hati kan. Jadi Apa aku buat.. aku hantar mesej kat website,bahagian Help & support lazada. Boleh rujuk tutorial di gambar kat bawah..
Ni tutorial bergambar macam mana korang nak hantar sebarang pertanyaan atau complaint kepada lazada melalui website. Sila isi form contact us tu yer |
Apapun.. Biarpun berlaku perkara2 macam ni aku tetap puji dengan layanan & tindakkan pantas lazada menyelesaikan masalah pelanggan. Tak sampai 1 hari pun semuanya dah di selesaikan. Patut la ramai memilih membeli belah di lazada. Memang terbaik perkhidmatan mereka. Jadi kalau nak membeli belah secara online boleh la membeli di lazada untuk memastikan semua urusan anda berjalan lancar. Delivery pun cepat.
Terima kasih...membantu.
ReplyDeleteSaya punya masalah dah bayar melalui Maybank2U tapi tiada no order dari Lazada. Jadi macam mana saya nak buktikan kpd pihak lazada
ReplyDelete