Showing posts with label kejar. Show all posts

GADIS NAFI KEJAR KEKASIH SEHINGGA LANGGAR LAMPU ISYARAT DAN MYVI

GADIS NAFI KEJAR KEKASIH SEHINGGA LANGGAR LAMPU ISYARAT DAN MYVI. Semalam viral satu video yang di rakam menggunakan dashcam kereta seorang pilik myvi di mana seorang penunggang motorsikal dan pembonceng yang melanggar kereta myvi sehingga menyebabkan pembonceng motorsikal tersebut terpelanting ke atas kereta yang di langgar. 

Saya pun ada share video tu di facebook tapi menurut rakan facebook dan netizen mendakwa penunggang motorsikal yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama seorang pembonceng yang pada mulanya tak tahu siapa tapi dari apa yang saya baca ia merupakan ibu kepada remaja tersebut. Kata netizen dia ternampak kekasihnya di dalam kereta dan mengambil keputusan untuk mengejar sehingga melanggar lampu isyarat seterusnya berlaku kemalangan dengan sebuah kereta perodua Myvi yang dari arah bertentangan.

Hari ni remaja tersebut tampil memberi penjelasan pada media. Katanya dia tak kejar kekasih seperti yang di dakwa tetapi baru pulang membawa ibunya ke klinik kesihatan. Yang pasti tak tahu apa yang di kejar sampai langgar lampu isyarat sehingga berlakunya kemalangan. Memang menyirap juga kita tengok. Yelah.. tak sepatutnya dia langgar lampu merah. Bila berlaku kemalangan macam tu ia melibatkan dua pihak dan dah menyusahkan orang lain. Mujur tak berlaku kecederaan serius atau kematian. Kalau berlaku dah tentu ia akan menjadi masalah besar dan rumit.

Katanya dia tak maafkan orang yang menuduh dia kejar kekasih tu. Habis tu apa yang kau kejar dik? Tak kisah la kau kejar apa atau siapa yang pasti kau dah buat banyak kesalahan kat situ. 

Tengok kesan pelanggaran tu terusk juga. Mak dia sampai terpelanting naik atas myvi tu. Memang yang menonton rasa kering darah juga. Apatah lagi pemandu & penumpang dalam myvi tu. Sedikit sebanyak mesti ada rasa trauma dan fobia. Kalau aku memang trauma juga.

Begitulah bila kita di atas jalan raya. Walau kita dah sedaya upaya cuba patuhi undang undang jalan raya sekalipun jika orang lain cuai tak mustahil kita juga turut terlibat dalam perkara yang tak di ingini. Melibatkan keselamatan jalan raya ni perlu kerjasama dari semua pengguna jalan raya. Kalau sorang je ikut yang lagi sepulah semborono je.. pun tak mampu untuk kurangkan kadar kemalangan.

Apapun pada remaja tersebut semoga jadi pengajaran la. Dia kira bernasib baik tak berlaku kecederaan serius atau kematian. Apakah yang dikejar dalam hidupmu, Berkali ku kata padamu, Kita singgah di dunia yang sementara, Penuh tipu daya.Yang kekal disana, Biarlah kita bersama, Usahlah hanyut, Terus terlena,Kerana dunia. Sorry ternyanyi lagu mawi pulak.

TAHUKAH ANDA MONYET SUKA MENGORAT MANUSIA

TAHUKAH ANDA MONYET SUKA MENGORAT MANUSIA. Sapa kat sini takut dengan monyet. Aku pun bukan la berani sangat sebab haiwan sekor ni kadang2 dia boleh jadi ganas jugak. Spesis makhluk ada mood ni sukar di ramal sikit. Walau kita jadikan pets pun kadang2 ada hari dia mood tak baik mengamuk & boleh jugak kita tercedera. Monyet ni dari pembacaan aku haiwan yang sangat cemburu. Kalau jenis bertuan lagi kuat cemburunya. kadang2 monyet jantan ni ada yang gatal.. dia suka dengan orang perempuan. Pendek kata kadang2 perangai monyet ni ada sikit2 macam perangai manusia.

Gambar dari Sumber Carian Google

Tu info tak rasmi tentang monyet yang aku tahu la. Aku ada pengalaman dulu masa baru2 datang kesini. Kat rumah aku ni ada hutan kecil yang di biarkan untuk monyet2 hidup sebab sekeliling hutan ni semua dah di bangunkan. Tinggallah di tengah2 ada hutan sekangkang kera. Sekarang nampak dah mula di gondol untuk project apa aku tak pasti. Gamaknya kalau hutan tu pun di rampas manusia.. monyet2 yang banyak hidup kat sini nak pergi mana??

Kisahnya pasal monyet tu.. masa mula2 aku baru datang. Tiap hari aku nak pergi kerja mesti menyakat aku. Yelah opis aku waktu tu tak jauh dari rumah. Aku jalan kaki je. Hari2 aku terpaksa menempuhi detik yang menakutkan walaupun monyet2 tu tak pernah langsung sentuh aku. tapi cuak jugak la.. dia datang dekat je kemudian dia patah balik. Macam tu la gaya dia menyakat aku hari hari. Selalu dia acah2 macam si teruna ngorat di dara je. Memang la masa tu aku anak dara lagi. Maybe sebab aku baru kat situ.. kemain dia menyakat. Bila dah hari2 nampak muka aku dia pun mula biasa gamaknya. Tak menyakat aku lagi. Tu la antara perangai monyet kalau hangpa nak tau. Nakal Yarabbi! gatal pun boleh tahan. tapi kadang comel jugak perangai depa ni.hahahaha. Tu pengalaman aku la berdepan dengan monyet2 teruna yang nakal nakal. hahahaha

Sapa tak lari kalau kena kejar dengan monyet kan even dia acah2 macam nak kejar je. Kalau hangpa kena kejar dengan monyet gamaknya hangpa lari ke hangpa tunggu untuk berperang dengan depa? Kalau aku dah tentu la langkah seribu shila Amzah la aku ambil. erkkk.. shila Amzah patah seribu.. silap pulak. hehehehe. Nak tunggu lagi. tak berapa serikandi sangat la nak berlawan dengan monyet ni. Tapi hangpa yakin ke boleh lepaskan diri bila di kejar monyet?? Kalau nak tau hangpa boleh lari dari monyet atau tak hangpa boleh test kat sini >> Bolehkah anda cabut lari bila di serang Monyet? Ini Jawapannya <<

Dah dapat jawapan nanti hati hati la berdepan dengan monyet yer.. Kalau korang spesis memang tak boleh lari dari monyet maka elakkan diri dari terserempak dengan monyet kalau tak habis anda di monyetkan oleh monyet monyet. hahahaha

Moral of the story.. Apapun walau monyet haiwan yang nakal & kadang2 bertindak ganas ketahuilah setiap haiwan bertindak selain untuk mencari makan adalah untuk melindungi diri bila mereka rasa terancam. Mereka adalah makhluk tidak berakal namun ada nafsu & kehendak.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com