Showing posts with label minta maaf. Show all posts

UQASHA SENROSE RASA MUNAFIK & MEMPERMAINKAN AGAMA BILA BERTUDUNG PUNCA DIA KEMBALI FREE HAIR

UQASHA SENROSE RASA MUNAFIK & MEMPERMAINKAN AGAMA BILA BERTUDUNG PUNCA DIA KEMBALI FREE HAIR. Uqasha sensore dah memilih berpenampilan bertudung sejak tiga tahun lalu sekarang mengumumkan dirinya tidak lagi bertudung katanya. Rela di kecam nitezen dengan keputusan yang di ambil sebab dia dah tak sanggup nak hidup dalam kepura puraan. Alang2 biar kena kecam sekali lepas tu orang dah lupa isu tu ye dak. Jadi dengan pengumuman tu lepas ni orang dah tak boleh pertikai kalau nampak dia atau gambar dia free hair sebab dia dah bukan retis yang berhijab katanya.


Katanya dulu dia memilih bertudung sebab masa tu dia kecewa, keliru & selepas putus cinta. Dia rasa mungkin berubah imej kepada bertudung dapat beri ketenangan kepadanya tapi rupanya tidak. Sebab ramai mempertikai penampilan Muslimah tu dengan perangai dia yang tak menampilkan ciri ciri muslimah jadi dia ambil keputusan untuk tidak lagi bertudung sebab katanya dia rasa macam orang munafik & mempermainkan agama bila dia bertudung tapi perangai dia tak berapa bertudung katanya.

Keputusan yang dia buat memang tak ada sapa2 boleh halang.. Dia pun katanya bersedia menerima kecaman & tak nak di bayangi lagi dengan kisah bertudung dalam hidup dia. Nak cakap lebih2 pun aku sendiri pun tak berapa layak. Apapun kita doakan yang terbaik je la kat Uqasha... Mungkin hidayah belum betul2 meresap dalam hati buat Iman dia masih terumbang ambing. Macam aku pun sama jugak.. Iman sinipis kulit bawang.. Masih perlu belajar untuk mantaplan iman di dada sehingga mampu buat perubahan besar dalam diri & istiqomah melakukannya.

Sumber Rotikaya

Moral of the story.. Tepuk dada tanya iman memasing je la kalau nak buat apapun. Apapun Uqasha masih cantik masa bertudung dulu... cuma mungkin dia rasa gaya hidup dia tak sesuai dengan imej bertudung kot dia memilih untuk kembali free hair.

AKHIRNYA JOHAN AS'ARI NGAKU PERMAINKAN HATI PEREMPUAN

Pagi2 lagi dah terserempak dengan status pelakon yang pernah menjadi kontroversi kisah cinta pakai buang dia dengan beberapa artis perempuan sebelum ni. Siapa lagi kalau bukan Johan As'ari.

Akhirnya dia mengaku dia pernah permainkan hati2 wanita yang pernah rapat dengan dia sebelum ni. Jadi sekarang bukan retis2 wanita yang pernah rapat dengan dia tu syok sendiri seperti yang pernah johan kiaskan bila bagi statement kat media menafikan percintaan dengan semua retis pompuan sebelum ni.

Mungkin dia mula rasa kesan dari perbuatan dia yang menyebabkan peminat dia mula hilang minat & respect so dia pun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman fb. Tapi bukan dengan peminat je dia kena minta maaf yang paling dia kena minta maaf pada semua wanita2 yang pernah di permainkan.

Hope benda ni jadi pengajaran dia pada dia sampai bila2 jangan anggap hati wanita senang di sentuh kemudian dengan mudah di tinggalkan.

P/s : den pun rasa nak muntah kalau tengok dia pegang watak gud gud sekarang.hahaha tak mampu menonton dengan gaya seorang profesional dah


ADAKAH VIDEO BINI MAT YO MAKI PAKCIK GUARD TAK BENAR??

Mula2 isu pasal bini mat yo pemain bolasepak negara aku cuma ambil tahu tapi takde minat pula nak kupas kupis & kopek kat blog melekit ni. Masa tu fikir kalau nak buat entri menegur pun ramai dah buat kot tapi bila keluar statement si minah tu minta maaf kat rakyat Malaysia ikuti dengan statement “Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo " terus tergeletek hati nak komen jugak sepatah dua kata.

 Pakcik guard & bini mat yo -Gambar carian google-

Kebenaran apa yang si minah ni nak bongkar gamaknya. Video dah tersebar. Yang jelas nyata memang dia maki hamun pakcik tu dengan kata2 kesat. Dari pihak management pakcik tu pun dah keluarkan kenyataan yang mereka dah tengok kejadian sebenar kat cctv & dorang pun dah buat laporan polis pasal si minah tu ada tendang pakcik tu. Jadi apa lagi kebenarannya yang tersembunyi yang semua orang tak tahu. Yang nyata orang marah sebab kebiadapan dia.. Dia ngaku atau tak dia biadap tetap ada bukti dia biadap..

 Untuk berita penuh baca kat SINAR HARIAN

Kita dah dengar penjelasan pakcik tu kenapa perempuan tu jadi biadap. Sebab dia suruh alihkan kereta je.. Kalau betul ada lagi benda tersembunyi yang buat perempuan tu jadi biadap.. dedahkan je. Bersihkan nama kau buat apa nak sorok2. Nak tunggu kebenaran terbongkar sedangkan keaiban ko dah tersebar 1 Malaysia, nak tunggu apa lagi. Ke dah takde kebenaran nak di bongkarkan cuma ego je taknak mengaku salah?? (ni tanya je buat tuduh tau!!)


Yang belum macam mana minah ni maki pakcik guard tengok boleh tengok video ni

Kalau betul pakcik tu salah.. pihak pengurusan syarikat pakcik tu pun rasanya takkan ambil risiko nak fight kes pakcik tu kalau minah tu nak saman. Pakcik tu security guard je kot.. kalau dia salah dorang boleh buang jer & ambil staff baru tapi kenapa pakcik tu tetap nak di bela?? Kita kena fikir jugak pasal tu. Sebab pihak management pakcik tu tahu & yakin pakcik tu tak salah. Dia hanya menjalankan tugas seperti yang di amanahkan pada dia.

gambar carian google

Sebenarnya kes ni kes remeh sangat boleh settle macam tu je. Kalau tak minta maaf pun boleh diam & biar dia berlalu macam tu jer. Tapi memandangkan video tu di sebarkan.. kes ni jadi besar & serius. Bab sapa yang sebarkan tuan punya badan tak ngaku dia yang upload jadi benda tu mungkin betul dia tak upload. Tapi den tak berani ni buat apa2 spekulasi cuma nak komen statement dia yang misteri sangat konon kebenaran akan terbongkar tu je sedangkan video tu di rakam empunya badan sendiri. Dok cari2 jugak kebenaran apa lagi yang boleh terbongkar.. kalau dia nak bongkar kebenaran sapa yang upload video tu memang takde pertikaian la dari den tapi kalau dia maksudkan nak tunjuk antara dia & pakcik guard tu sapa yang salah.. memang agak lawak jugak la kot.

Moral of the story kat sini.. Kalau benda yang mengaibkan diri sendiri tu tak payah la record & simpan. Semua tu senjata orang nak jatuhkan kita je. Aib sendiri.. sendiri jaga & tutup la.Aiyo.. tu pun tak boleh fikir ke?? Ke memang dia rasa dalam video tu dia tak salah & nampak teraniaya sangat?? entahlah....

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

ENGINEER KUTUK CIKGU MINTA MAAF

Rasanya ramai dah tahu kes sorang minah engineer yang mengutuk cikgu (walau dalam entri tu ada betul cuma banyak yang salah jer..) mendapat serangan dari masyarakat yang celik IT menghentam, mengeji, memaki,menegur tak kurang ada yang mengaku pernah jadi cikgu minah engineer ni menyatakan perasaan kecewa & terkilan dengan penulisan dia kat entri bertarikh Isnin, November 28, 2011, yang bertajuk  Untung laa sape jadi cikgu, tu.

 Sebahagian kritikan,kutukan,cacian & hinaan yang minah tu kena kat chatbox dari penulisan lancang kuning dia tu.

Walaupun entri tu entri tahun lepas punya.. namun sebab mungkin sorang mula ungkit & sebarkan balik entri tiba2 menjadi hot & spicy.. mengundang rasa tak puas hati, sakit hati, terkilan, kecewa kepada ramai pihak termasuk yang bergelar cikgu, bakal cikgu mahupun orang yang takde kena mengena dengan profesion guru ni. Sebabnya.. semua orang tau lancang minah engineer ni tak pandang kiri kanan dah.. Nak bagi pendapat tak salah tapi kena betul juga penyampaian & fakta. Jangan main hentam tanpa usul periksa.. main pukul rata mengata semua padahal yang buat perangai cuma segelintir saja. Mungkin niat dia.. bukan nak cakap semua.. tapi tu la, kerana mulut badan binasa. satu perkataan pun boleh jadi banyak makna inikan pula 1 ayat.. bayangkan berapa banyak tafsiran boleh jadi. Jadi penyampaian tu kena betul & jangan rasa diri tu dah cukup kebal nak jadi orang yang kononnya 'Outspoken'. Outspoken pun biar kena cara.. tak kena gaya jawabnya menganiaya diri sendiri la.

 Ni la ayat2 yang membengangkan ramai pihak. Boleh rujuk entri ni --> KUTUK CIKGU

Mungkin tak tahan dengan macam2 tohmahan, caci maki orang.. Minah ni tampil menulis dalam blog permohonan maaf. Kita toksah la nak pertikaikan sejauh mana dia ikhlas & insaf minta maaf ni.. Tu biar antara dia dengan Allah pula. Apa yang penting.. apa yang berlaku mungkin boleh menjadi pengajaran pada dia mahupun kita semua.. Dia dah minta maaf, jadi maafkan la dia. Cukup la dia dah terima kesan dari penulisan dia yang lancang tu. Bagi la ruang dia betulkan kesilapan dia... Sekurang kurangnya dengan permohonan maaf tu (kalau betul la tu yang dia sendiri tulis & post) dia dah mengaku salah & silap dia. So, pada cikgu2 yang makan hati dengan tulisan cik engineer yang baru nak merasa duit gaji engineer tu.. Tolong maafkan dia yer. Anggap la dia macam budak2 yang masih telan hingus sendiri yang tak berapa bijak tulis karangan tapi sebab nasib baik dapat keja engineer. Peace No war...

Permohonan maaf dari minah Engineer @ Liyana Adnan

P/S : Moral of the story lepas grad jangan kerek sangat.. sebab takde manusia yang berguru dengan jin atas gunung boleh dapat diploma/degree/master/PHD bagai.. semua bermula dengan SEKOLAH & CIKGU, ok.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com