ENGINEER KUTUK CIKGU MINTA MAAF

9/06/2012 01:00:00 AM suria lekatlekit 16 Comments

Rasanya ramai dah tahu kes sorang minah engineer yang mengutuk cikgu (walau dalam entri tu ada betul cuma banyak yang salah jer..) mendapat serangan dari masyarakat yang celik IT menghentam, mengeji, memaki,menegur tak kurang ada yang mengaku pernah jadi cikgu minah engineer ni menyatakan perasaan kecewa & terkilan dengan penulisan dia kat entri bertarikh Isnin, November 28, 2011, yang bertajuk  Untung laa sape jadi cikgu, tu.

 Sebahagian kritikan,kutukan,cacian & hinaan yang minah tu kena kat chatbox dari penulisan lancang kuning dia tu.

Walaupun entri tu entri tahun lepas punya.. namun sebab mungkin sorang mula ungkit & sebarkan balik entri tiba2 menjadi hot & spicy.. mengundang rasa tak puas hati, sakit hati, terkilan, kecewa kepada ramai pihak termasuk yang bergelar cikgu, bakal cikgu mahupun orang yang takde kena mengena dengan profesion guru ni. Sebabnya.. semua orang tau lancang minah engineer ni tak pandang kiri kanan dah.. Nak bagi pendapat tak salah tapi kena betul juga penyampaian & fakta. Jangan main hentam tanpa usul periksa.. main pukul rata mengata semua padahal yang buat perangai cuma segelintir saja. Mungkin niat dia.. bukan nak cakap semua.. tapi tu la, kerana mulut badan binasa. satu perkataan pun boleh jadi banyak makna inikan pula 1 ayat.. bayangkan berapa banyak tafsiran boleh jadi. Jadi penyampaian tu kena betul & jangan rasa diri tu dah cukup kebal nak jadi orang yang kononnya 'Outspoken'. Outspoken pun biar kena cara.. tak kena gaya jawabnya menganiaya diri sendiri la.

 Ni la ayat2 yang membengangkan ramai pihak. Boleh rujuk entri ni --> KUTUK CIKGU

Mungkin tak tahan dengan macam2 tohmahan, caci maki orang.. Minah ni tampil menulis dalam blog permohonan maaf. Kita toksah la nak pertikaikan sejauh mana dia ikhlas & insaf minta maaf ni.. Tu biar antara dia dengan Allah pula. Apa yang penting.. apa yang berlaku mungkin boleh menjadi pengajaran pada dia mahupun kita semua.. Dia dah minta maaf, jadi maafkan la dia. Cukup la dia dah terima kesan dari penulisan dia yang lancang tu. Bagi la ruang dia betulkan kesilapan dia... Sekurang kurangnya dengan permohonan maaf tu (kalau betul la tu yang dia sendiri tulis & post) dia dah mengaku salah & silap dia. So, pada cikgu2 yang makan hati dengan tulisan cik engineer yang baru nak merasa duit gaji engineer tu.. Tolong maafkan dia yer. Anggap la dia macam budak2 yang masih telan hingus sendiri yang tak berapa bijak tulis karangan tapi sebab nasib baik dapat keja engineer. Peace No war...

Permohonan maaf dari minah Engineer @ Liyana Adnan

P/S : Moral of the story lepas grad jangan kerek sangat.. sebab takde manusia yang berguru dengan jin atas gunung boleh dapat diploma/degree/master/PHD bagai.. semua bermula dengan SEKOLAH & CIKGU, ok.

16 comments:

  1. may forgive but not easy to forget

    ReplyDelete
  2. Itu yg peliknya kenapa tiba-tiba entri ni jadi hot kembali, ?adakah sebelum ni dia x pernah lg mintak maaf?.. Kalau dia dah Mintak maaf okey la tu.. X payah ungkit lagi kan.. Semoga jadi teladan utk org lain. Lepas tu elok dia delete entri kontroversi tu. Terlajak perahu boleh di undur..

    ReplyDelete
  3. Ada jgk terbaca pasal dia ni..
    Tp biarlah kita x berhak menghukum & sama jgk utk mempersoalkan..
    Cuma kita berhak memberi pendapat..
    Cuma dengan cara lbh berkhemah.. ;)

    ReplyDelete
  4. hurmmm..terlajak kata buruk padah nyer..

    ReplyDelete
  5. jaga mulut je la...

    ReplyDelete
  6. Harus menghormati semua jenis perkerjaan...yang halal dan baik. Kalau kerja macam samseng + pencuri + DLL tu.. saya sangat alu-alukan enggineer ini mengkritik dengan pedas berapi. Saya maafkan.. ^_^

    ReplyDelete
  7. syukurlah.. yang penting kita saling maaf memaafi kan... apa yang penting, baik guru mahupun sesiapa saja, bekerja biarlah ikhlas dengan sbaiknya..

    ReplyDelete
  8. Setiap org pasti akn buat silap,maafkan je la :)

    ReplyDelete
  9. Akhirnyaaaa.....bagus kalau dia sedar. Kalau tak, harus cikgu yg pernah mengajar dia kecewa. Kena ingat dia jadi manusia berguna tu sape yg ajar.

    Akk punya blog dulu ada fb like, bila dah tukar template malas nak buat balik. Tapi ada button share bawah tu..

    ReplyDelete
  10. jom maafkan dia..para guru jgn kita gunakan perkataan yang tak enak utk hina dia..dia terlalu mentah..menulis tanpa fikir panjang..peace no war..

    ReplyDelete
  11. syukur alhamdulillah..dia berani tampil memohon maaf..

    semoga keterlanjuran beliau dimaafkan..

    ReplyDelete
  12. a'ah..pelik gak kenapa entry dia tiba2 hot...

    mungkin budak2 nk reg uni cari nak ambik kos guru ke engineer.. kot..

    huhuhuh...

    ReplyDelete
  13. cara penulisan yg kurang tepat...
    terlajak perahu boleh diundur,
    terlajak kata badan binasa.

    ReplyDelete
  14. apa yg dicakapkan tu ada point2 yang betul. cuma cara teguran tu melampau sangat. cikgu2 patut bersykur berbanding kami pekerja swasta.. renung2 kan lah.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com