Showing posts with label produk review. Show all posts

ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM

 ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM. Masalah jerawat ni kalau orang yang jenis memang kulit mudah berjerawat sampai menpous la gamaknya kena hadap. Walau terkawal ada masa masa tertentu dia akan muncul juga sebiji dua masih ada dalam hidup kita, Kan? entah sapa la suka nak berdamping dengan dia macam Qarin. Tak malu dok mai menempek kat kulit muka kita ni. Tapi tu la.. Kau hamun la secukup rasa sekalipun sampai masa dia datang juga. Betul betul spesis persona non grata.

Tapi sebenarnya tak ada perkara berlaku tanpa sebab. Mesti ada sebab munasabnya termasuklah kehadiran seketol jerawat di muka kita. Antara punca punca jerawat ni adalah..

👉Alahan Kepada Makanan. Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

👉Tidak cukup tidur

👉Salah guna Produk 

👉Bakteria

👉Hormon Tidak Seimbang

👉Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan

👉Terdedah Dengan Persekitaran yang tidak bersih

Di sebabkan itu juga la aku sentiasa la simpan acne gel (gel jerawat) tak kisah la apa brand yang aku rasa nak cuba. Aku biasa suka tukar tukar untuk merasai pengalaman tu. Boleh buat perbandingan yang mana lebih memberi kesan. Jadi baru baru ni aku cuba produk dari jenama yang memang aku tak berapa kenal sebelum ni. Tak pasti samada jenama baru di pasaran atau aku yang baru tahu pasal jenama ni. Sebab di jual di drugstore jadi aku tak rasa was was sangat nak mencuba tapi aku beli secara atas talian la. Dah lama rasanya tak menagih di kedai dadah. Semua beli online sahaja. Aku sekarang memang jarang keluar. Kalau keluar pun rasa macam dah tak ada apa nak di beli sebab kebanyakan aku beli online je.


Berbalik pada cerita gel jerawat tadi.. Baru baru ni aku mencuba gel jerawat dari produk Acne aid. Acne Aid ni ada lagi siri produk penjagaan kulit lain macam pembersih muka dan ada beberapa item lain. Tapi aku cuma beli gel jerawat sahaja. Aku main beli je tak ada search review ke apa. Bila dah beli tu tiba masa di perlukan mesti la kita guna. Aku ni ada makanan tertentu yang akan mencetuskan jerawat jadi kalau nak makan juga lepas tu kena hadap juga la kesan dari makanan tu. Bila tercetusnya gunung gunung jerawat kat muka aku yang sedia berpuaka ni maka aku pun melakukan ritual membunuh jerawat jerawat tersebut.

Makin teruja bila kita ada produk baru nak cuba kan. Testur dia macam biasa la gel yang putih sikit dan tak jernih. Tidak melekeit dan ada sedikit bau dari mungkin bahan yang di gunakan cuma tak kuat. Bila kita sapu cuma rasa sejuk gel. Tak ada rasa panas atau membahang di kulit. Cara penggunaan macam biasa sapu pada jerawat. Boleh di gunakan untuk jerawat yang jenis timbul tapi tidak bernanah, atau yang bernanah, jerawat jenis rata cuma timbul kesan kemerahan pada kulit.. Alah panjang pulak ceritanya. Pendekan asalkan namanya jerawat kau sapu je la enon Ooi.. Tak kira la apa spesis jerawat tu. Letih pulak aku nak menaip panjang panjang ni.

Kali pertama cuba jerawat yang manja manja ni dia akan surut seawal 24 jam.. Yang monster sikit dia ambil masa 2-3 hari. Kalau merah merah tu dalam 1-2 hari hilang la. Bagi aku kesan agak cepat berbanding gel jerawat yang pernah aku gunakan sebelum ni. Tak ada kesan iritasi atau apa apa kesan buruk yang berlaku kat muka aku bila guna gel jerawat ni. Muka hangpa tak tau la. Hangpa kena cuba dulu la. Bagi yang tak ada masalah dengan kandungan salicylic acid mungkin boleh cuba. 

Harga dia tak la semahal rumah sewa pprt walaupun ppr singkatan dari projek perumahan rakyat termiskin tapi bila pemilik sewakan balik kat 3rd party harga dah jadi bukan harga orang miskin. Gitulah perumaan yang saja di buat bagi tujuan sindiran. Harga dia murah je. Penganggur pun mampu milik tapi kena la pepandai pow duit mak bapak nak beli.

Kandungan untuk 1 tube 10g. Tapi kalau jenis jerawat yang datang waktu waktu tertentu tu tak la sebulan tu habis guna satu tube. Melainkan kau buat mask guna gel jerawat tu bukan kata sebulan.. sekali pakai pun dah kerahmatullah. yang jenis tube ni sesuai untuk masalah jerawat yang tumbuh sebiji sebiji bukan jenis yang berjemaah satu muka. Yang tu mungkin kena rujuk pakar kulit untuk dapatkan rawatan dan ubat yang bersesuaian untuk mematikan jerawat.

Bagi yang nak cuba samada hangpa boleh walk in ke mana mana watsons, guardian atau farmasi. Atau malas boleh dapatkan secara atas talian kat sini 

Shopee 👉 https://shope.ee/1fuBQ6w03t

Lazada 👉 https://s.lazada.com.my/s.i9mmM?cc


INI SEBAB KENAPA ANDA PERLU TAHU TENTANG PRODUK ROSELLE SKINSPA

INI SEBAB KENAPA ANDA PERLU TAHU TENTANG PRODUK ROSELLE SKINSPA. Lambakkan produk beracun dari pengasas tempatan terutama yang berbangsa melayu di Malaysia ni buat pengguna mula ada stigma. Asal sebut local product terus semua fikir timbag kilo @ beracun. Mereka jadi was was untuk menggunakan produk tersebut.

Dalam hal ni saya tak salahkan pengguna yang makin hilang kepercayaan kepada produk yang di keluarkan oleh orang melayu. Kalau semak di website NPRA (KKM) terlalu banyak produk rebrand yang di keluarkan oleh pengasas pengasas melayu ni di kesan mengandungi bahan terlarang cuma kita tak boleh pukul rata semua local product tu timbang kilo. Kena bagi peluang pada produk produk tempatan yang selamat & berkualiti walau masih tidak di jual di farmasi.

Antara produk tempatan yang saya nak ajak anda semua cuba adalah produk roselle skinspa. Sebelum saya mencuba produk ni pun saya dah tengok semua dokumen dokumen & labeling produk ni. Setakat ni semua kriteria yang perlu ada untuk memastikan sesuatu produk tu selamat, Roselle lulus di mata saya.

Roselle skinspa adalah satu jenama produk kecantikan yang keluaran tempatan. Dimana mempunya 5 produk dalam 1 set. Antaranya Gel cleanser, power essence, serum, moisturizer & sunscreen.

Saya dah cuba produk ni lebih kurang sebulan juga. Bukan seminggu yer.. Item yang paling saya suka dalam produk roselle ni adalah Gel cleanser, serum & power essence. Gabungan 3 item ni memberi kesan positif pada kulit wajah saya di mana serum berfungsi untuk merawat jerawat, power essence mencerah kan kulit sekaligus membantu memudarkan parut jerawat & Gel cleanser ni memang untuk jenis kulit sensitif, kombinasi (berminyak & kering), kulit yang berjerawat.

Dua minggu boleh nampak kesan dari pemakaian secara rutin. Apa yang boleh saya katakan Roselle skinspa ni antara produk yang boleh pergi jauh. Dengan packaging yang sederhana tapi nampak esklusif juga. Yang penting labeling pada produk ni lengkap. Tu antara ciri ciri yang perlu ada pada sesuatu produk. Yang labeling produk tu nanti korang boleh pada pada entri saya yang sebelum ni.search je yer..

Pertama kali cuba set skincare Roselle ni.. yang buat saya suka adalah testur produk ni. Sangat ringan, meresap dan tak meninggakan sebarang kesan pada kulit. Tiada perubahan warna dan tiada bau yang kuat. 

Gel cleanser roselle ni tiada buih & bau tau. Memang sesuai untuk kulit jenis sensitif, berjerawat, berminyak atau kombinasi. Guna 2 kali sehari. Tapi gel cleanser sangat mild.. elok la buat double cleansing. Untuk memastikan kulit benar benar bersih terutama yang bermakeup atau beraktiviti di luar.

Selepas cuci muka.. dah lap kering. Tuang power essence atas tapak tangan.. dap dap ke seluruh wajah. Power essence berfungsi untuk mencerahkan kulit, mensekatakan tona kulit dan memudarkan parut jerawat. 

Antara yang paling saya suka & boleh nampak kesan agak cepat dengan penggunaan secara rutin adalah power essence ni. Serius kulit akan nampak cerah & parut jerawat pudar dalam masa 2 minggu. Kusam pada wajah pun akan nampak perubahan. 

Antara bahan yang terkandung dalam power essense ni tranexamic acid, niacinamide, alpha arbutin & HA. So tak pelik la ia mampu memberi kesan pencerahan pada kulit. Cerah bukan putih tau. Ia tidak mengubah warna asal kulit. Kena faham tu! 

Selepas pakai power essence, saya akan pakai serum. Roselle serum ni berfungsi untuk membuang sel sel kulit mati dan menghasilkan kolegen untuk memberi kesan kulit yang cantik & awet muda. Dengan penggunaan serum ni dah tak perlu scrub muka sebab roselle serum ada fungsi exfoliate. 

serum pun dah tinggal suku botol je. Bukan sekadar review yer. Memang dah cuba yer.

Essential Serum ni jenis water gel. Memang bila apply jer terus meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan apa apa kesan warna atau rasa. 

Antara bahan yang di gunakan dalam serum ni adalah centella, HA dan fermented honey.

Kesan penggunaan secara rutin korang boleh rasa kulit licin, bersih dan lembut. Paling best kesan parut parut hitam akibat jerawat juga pudar & hilang. Antara favourite item saya juga.

Tu rutin pada sebelah pagi. Sebab muka saya tak boleh layer banyak skincare dalam satu masa jadi kena bahagikan masa untuk lengkapkan rutin skincare.

Untuk rutin malam.. selepas cuci muka boleh la sapukan instant glow moisturizer. Roselle moisturizer ni berfungsi untuk melembabkan kulit, mengurangkan garis dan kedut kulit serta mengurangkan tanda kulit sensitif. Bila meningkat usia memang semakin kurang kelembapan kulit kan.. so penting sangat moisturizer untuk mengekalkalkan kecantikan kulit & menjadikan kulit nampak muda.


Apa boleh saya komen tentang roselle moisturizer ni.. antara moisturizer yang paling selesa letak kat muka. Dia memang meresap lembut dalam kulit. Memang tak rasa macam kita pakai skincare pun.

Antara bahan yang terkandung dalam roselle instant glow moisturizer ni adalah 
ceramide dan efektif bersama fatty acid, HA, glycerin, niacinamide.

Kalau korang tak ada masalah untuk pakai banyak lapisan skincare boleh pakai moiturizer di siang hari selepas pakai power essence dan serum.

Untuk aktiviti yang terdedah dengan sinar uv.. Roselle skinspa juga ada rangkaian sunscreen. Roselle uv shield sunscreen ni memang sebaiknya di pakai setiap hari walau di dalam rumah. Sebab ia berfungsi untuk mengurangkan kedutan pada kulit sekaligus menghalang dari jeragat. Selain tu menghalang dari sinar uv. Jeragat ni berpunca daripada kulit yang kurang perlindungan sinar uv juga ok.

ramai ada masalah nak cari sunscreen yang selesa dan sesuai dengan kulit. Boleh cuba roselle sunscreen ni. Sebab jenis water base. Sapu terus meresap dalam kulit. Tak ada rasa berminyak atau melekit bila kita pakai.

Memang keistimewaan produk roselle ni.. testur dia semua jenis tidak melekit atau berat. Termasuk sunscreen ni. Tak memberi kesan berminyak pada kulit. Memang jenis matte dan meresap. Jadi kalau kita nak layer berapa lapis pun masih selesa.

Cara pemakaian dia macam biasa. Pakai sebanyak 2 ruas jari. Kalau makeup, pakai sebagai makeup base, iatu sebelum mula bermakeup

Antara bahan terkandung dalam Roselle uv shield sunscreen adalah centella niacinamide, ha, tambahan bahan aktif sebagai rawatan tambahan contoh yang ada masalah jerawat jadi bahan dalam sunscreen ni membantu juga untuk masalah yang korang hadapi.

Produk roselle memang di datang dalam bentuk set di mana korang tak perlu lagi nak cari basic skincare untuk memenuhi rutin harian skincare korang. Dalam satu set tu dah lengkap. 

Dari lampiran dokumen dokumen sokongan seperti analisa makmal, pendaftaran kkm.. Produk roselle skinspa ni ada semua. Insya Allah selamat di gunakan. 

Mula mula try produk Roselle ni muka saya tiba tiba breakout. Sebab sebelum ni saya ada masalah tak boleh pakai banyak lapisan skincare dalam satu masa. Memang jerawat tumbuh bagai di baja ok. Lepas tu meninggalkan kesan parut hitam. Boleh tengok pada gambar.

Apa saya buat adalah.. betulkan balik cara pemakaian skincare tu. Cuba untuk tidak layer lebih dari dua lapisan skincare dalam satu masa. Di samping saya rujuk kembali dengan founder produk ni. Atas nasihat dan tunjuk ajar.. Alhamdulillah, memberi kesan positif. 

Yang shawl pink tu muka breakout teruk. Parut hitam bersepah. Yang berselimut merah tu.. dah reda dan parut mula pudar & hilang. Apa yang perlu anda buat sekiranya breakout.. skip dulu power essence. Gunakan pencuci muka, serum & moisturizer sahaja dulu. Di samping tu boleh teruskan pakai sunscreen, tak ada masalah. Mujur la breakout teruk time pkp ni. Kalau tak keluar pakai purdah. 

Saya masih menggunakan produk roselle ni. Sampai setakat hari ini Alhamdulillah tak ada lagi jerawat yang serius dah macam mula mula haritu. Setiap kulit atau masalah kulit mungkin ada bahan yang perlu di elakkan untuk.elakkan berlaku 'breakout' jadi penting merujuk kepada mereka yang lebih arif atau banyakkan membaca info tentang produk untuk memahami serba sedikit fungsi setiap bahan yang ada dalam sesuatu produk samada sesuai dengan kulit kita atau tidak.

Bagi korang yang nak dapatkan produk Roselle skinspa ni boleh dapatkan melalui agent sah mereka seluruh malaysia.

Boleh hubungi :

Stokis Permas Jaya, Johor
www.wasap.my/60183251678
(Nurul Azredah)

Stokis Skudai, Johor
www.wasap.my/60194105335
(Azalili)

Stokis Seri Kembangan, Selangor
www.wasap.my/60183261793
(Kak Mariam) 

Mini Stokis Kota Masai, Pasir Gudang
www.wasap.my/60197404827
(Kak Hatey)

Stokis Serdang
www.wasap.my/60169227462
(Yam)

Stokis Pontian, Johor
www.wasap.my/60197555636
(Icha)

Mini Stokis Muar, Johor
www.wasap.my/60192885433
(Kak Mazlina)

Stokis Ulu Tiram, Johor
www.wasap.my/60197136424
(Ain)

Mini Stokis Kulai, Johor
www.wasap.my/60177467158
(Umaira)

Stokis Membakut, Sabah
www.wasap.my/60138863513
(Aisyah)

Agen Cheras, Selangor
www.wasap.my/60126879626
(KakRos)

Agen Bukit Jalil, Selangor
www.wasap.my/60126392520
(Kakti)

Agen Taman Mutiara Rini, Johor
www.wasap.my/60136188687
(Nisa)

Agen Skudai, Johor
www.wasap.my/60136188687
(Ain)

Stokis Putrajaya
www.wasap.my/601111921021
(Ayu)

Agen Keratong, Pahang
www.wasap.my/60132724135
(Farah)

Agen Kemaman, Terengganu
www.wasap.my/60189772892
(Kak umi)

Agen Taman Scientex
www.wasap.my/601137706364
(Shikin)

Ejen Semenyih 
www.wasap.my/60136413625
(Syai)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk Roselle, boleh hubungi

 Pejabat HQ Roselle / whatsapp no:
www.wasap.my/60192530299/Roselle



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com