FAKTA TENTANG KOPI YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU
FAKTA TENTANG KOPI YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU. Hari ni takde idea sangat nak update jadi aku meronda ronda la kat google cari artikel best yang boleh di tambah & menambah ilmu katanya. Tak sangka pulak jumpa satu fakta tentang kopi yang selama ni aku tak pernah tahu. Aku yakin ramai jugak yang tak tahu. Jadi sebab aku ni sangat2 suka berkongsi ilmu yang aku dapat maka eloklah aku menconteng sepatah dua kata kat blog ni..Mesti korang tak pernah tahu asal usul kopi ni dari mana & siapa pencetus kopi di jadikan minuman. Tahukah anda..
1. Kopi terilham oleh seorang pengembala kambing bila dia tengok kambing2 dia bukan main aktif & cergas lagi lepas makan biji kopi.
2. Kopi pada mulanya bukan di ambil secara minuman tapi di makan begitu saja. Ada puak2 kat Afrika ni memakan kopi dengan cara mencampurkan sejenis bahan lemak yang macam mentega kemudian di makan macam tu jer.
3. Kopi di ambil sebagai minum semasa era Islam mula berkembang kerana alkohol di haramkan jadi mereka mengantikan kopi sebagai minuman.
4. Semua tanaman kopi di bumi ini tumbuh di satu garis lintang bernama The Bean Belt atau The Coffee Belt. Kawasan ini terbentang antara antara Garis Balik Utara (Tropics of Cancer) dan Garis Balik Selatan (Tropics of Capricorn). Hawaii adalah satu-satunya Negara bahagian Amerika yang ditumbuhi oleh tanaman kopi.
5. Tahun 1675, Raja Inggeris melarang segala aktiviti berbentuk perniagaan kedai kopi kerana dia syak kedai kedai kopi menjadi port orang berkumpul untuk berkonspirasi untuk menjatuhkannya.
6. 70% pengemar kopi di seluruh dunia lebih suka minum kopi jenis Arabika yang mempunyai rasa lebih lembut dan aromatik. Manakala bakinya 30% meminum Robusta yang lebih pahit tapi nikmat dan mengandungi kafein 50% lebih banyak daripada Arabika.
7. Pohon kopi boleh tumbuh tinggi hingga berukuran 30 kaki (atau kira-kira 9 meter) tetapi kebanyakan pokok dipotong/cantas hingga sampai 10 kaki (atau 3 meter) saja agar senang nak petik biji kopi.
8. Kopi adalah perniagaan terbesar kedua yang diniagakan di muka bumi. Yang pertama adalah minyak.
9. George Washington adalah orang pertama menemui kopi segera. Tapi bukan George Washington Presiden Amerika tu tau. Dia seorang berbangsa Belgium yang tinggal di Guatemala. Dia menemui kopi segera di tahun 1906.
10. Istilah Americano berasal dari tentera-tentera GI Amerika pada masa perang dunia kedua. Para tentera Amerika ini biasanya menempah espresso tapi dicampur dengan air untuk meringankan sedikit rasanya yang kuat. Lebih jauh, istilah "cup of Joe" berasal dari askar-askar GI Joes pada perang dunia kedua kerana mereka dikenali sebagai pengemar kopi berat.
Tu dia 10 fakta tentang kopi yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ni. macam2 cara orang buat untuk menikmati kopi ni sebab nikmat kopi pada setiap orang tak sama & ada cara tersendiri untuk mendapat kepuasan dari secawan kopi.
Moral of the story.. kopi adalah minuman yang memberi tenaga tapi kalau di ambil secara tidak sihat mungkin boleh jadi ketagihan. So, pandai2 la anda menikmati kopi secara sihat supaya tak memudaratkan kesihatan