ADAKAH ANDA PEMINAT BOLA SEPAK YANG BUAT PERKARA NI MENJELANG HARI PERLAWANAN?
ADAKAH ANDA PEMINAT BOLA SEPAK YANG BUAT PERKARA NI MENJELANG HARI PERLAWANAN?. Aku ni bukan penggemar sukan bola sepak tapi macam biasa aku suka ambil tahu semua isu yang berlaku dalam negara ni. Isu semasa ke, isu sukan ke, dunia hiburan ke.. Semua aku baca. Almaklum la blogger.. kena rajin menyibuk semua isu yang ada baru la ada idea nak menulis blog. Bila kita malas nak membaca memang kita akan kurang sumber untuk menulis. Jadi rajin la membaca.Peminat bola sepak kat Malaysia sekarang memang tahap extreme dah. Sekarang kalau nak bawak family pergi stadium tengok bola pun kena fikir banyak kali. Adakah perlawanan bola sepak tu melibatkan penyokong yang taksub & ganas ganas atau tak. Kalau yang berisiko suka buat rusuhan kalau kalah tu better jangan ambil risiko keatas keluarga anda dengan angkut semua dari sekecik kecik anak sampai sebangka bangka atuk nenek. Bawa diri korang yang gagah perkasa sudah. At least kalau berlaku apa2.. korang nak selamatkan pun diri sendiri je.. berbanding kalau angkut semua satu rumah. Tak cukup kaki tangan korang nak protect korang kalau berlaku perkara tak di ingini. Nak2 lagi kalau ada perlawanan bola sepak ni..stadium confirm la jadi macam tin sardin. Padat,ketat,sesak bagai..
Biasa la penyokong bola sepak ni yang tahap obses memang susah nak terima kekalahan. Depa lupa hero pun kalah jugak sekali sekala.. Kalau menang manjang pun tak ada apa yang surprise sangat dah. hahaha.
Tu kira antara perkara yang nak jadi tipikal jugak la bila berlansung perlawanan bola sepak. Selebihnya ini yang peminat tegar bola sepak akan buat bila menjelang perlawanan bola sepak. Kiranya kalau nak pergi tengok bola je mesti buat benda ni >> 8 Perkara Tipikal Yang Peminat Bola Sepak Akan Buat Menjelang Perlawanan. Sila Mengaku Peminat Bola Sepak Korang Memang Buat Benda ni << Kenapa yer? Kalau tak buat tak boleh ke? pergi & tengok je feel menonton tu tak sampai ke camna? hahahaha
Almaklum la aku bukan minat sangat nak tengok perlawanan bola sepak ni jadi mungkin aku tak feel apa perasaan buat semua benda tu bila tengok perlawanan bola sepak. Tapi peminat tegar untuk bila buat benda2 macam tu aura dia lain kot.. Yelah.. hanya yang suka je tahu apa rasanya bila buat semua tu, kan?