Showing posts with label usang. Show all posts

AKIBAT GANGGUAN MISTIK PACIFIC MALL JOHOR BAHRU DI TUTUP

AKIBAT GANGGUAN MISTIK PACIFIC MALL JOHOR BAHRU DI TUTUP. Bersiaran lagi segmen seram serik lekatlekit malam ni. Meriah pulak cerita seram kat blog lekatlekit sejak dua menjak ni kan? Tu pun rezeki jugak katanya. Apa hangpa ingat rezeki tu kalau duit masuk berkepok kepok dalam account je ke? Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk..


Rezeki malam ni terserempak dengan satu kisah yang ada unsur seram & mistik. Actually aku orang kedah memang la tak tau sangat pasal Mall kat johor ni. Johor pun jarang pergi. Rasanya last pergi ntah tahun bila. Tu pun macam transit nak ke singapore je. Kalau tahun ni pergi singapore lagi.. Maybe singgah la johor. Sebab ada juga la plan nak ke singapore tu cuma tengok la kalau ada rezeki lebih lebih kan.. Maka sila tadah tangan & berdoa untuk aku supaya rezeki melimpah ruah. hehehehe

Pacific Mall ni terletak di Jalan Storey, Johor bahru. Katanya bangunan Mall ni di tutup selepas setahun beroperasi so dia bukan bangunan yang tak siap sebab kontraktor lari ke hapa kan. Lokasi dia di tengah tengah pusat bandar. Bila di tutup & terabai maka bangunan tu jadi usang & timbul la macam macam kisah seram selain di jadikan port untuk aktiviti yang kurang sihat. Katanya di tutup sebab bankrup tapi sebalik tabir cerita tu sebaliknya.. Tapi kalau dah jadi bangunan tinggal ni confirm banyak jerangkung buat port. Jerangkung apa.. Alah jerangkung yang feeling doktor suka suntik diri sendiri tu.. cari la sendiri siapa jerangkung tu. hahahaha

Pacific Mall Johor Bahru

Katanya semasa mall ni masih beroperasi ada gangguan mistik di setiap tingkat dalam bangunan tu. Menurut sumber yang aku baca katanya tapak yang di bina pacific mall tu dulu ada kubur lama. tapi masa projek pembangunan nak di jalankan kubur2 tu tidak di alihkan. Sungguh kurang adab kan buat pembinaan atas kubur. Umpama kau menghempap sesuatu yang berat atas mayat orang dah mati.. Tapi Awas! Betulkan kepercayaan & pemahaman anda. Bukan roh pemilik kubur tu yang jadi hantu ganggu mall tersebut.. Kalau ada pun benda ni di sebabkan gangguan jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia. Kena mention jugak walaupun benda ni banyak kali kot aku sebut dalam beberapa entri cerita seram aku. Bukan apa.. Masih ada orang yang percaya roh orang mati boleh jadi hantu... Kuno sangat kepercayaan tu tau! So ubah mulai sekarang.. sematkan di hati orang yang dah mati tidak boleh kembali ke dunia dalam apa cara & bentuk sekalipun. Itu yang agama kita ajar.. Jangan ikut & percaya ajaran agama lain yang percaya roh boleh merayap & melancong ke serata tempat di dunia ni lepas mati.

Di sebabkan gangguan tersebut tidak berjaya di pulihkan & menyebabkan kacau bilau berlaku dalam mall tersebut maka ia terpaksa di tutup.. Gitulah kesahnya. Aku cuba cari juga kisah2 seram yang pernah berlaku dalam Pacific Mall tapi tak jumpa pulak. Memang spoil sungguh la.. Nak tahu jugak gangguan macam mana berlaku dalam mall tersebut. Pontianak datang shopping ke.. penanggal muncul nak buat rambut kat salon dalam Mall tu ke atau pocong menjelma dalam toilet terlompat lompat sebab nak buka kain kafan tak boleh tapi tak tahan nak terkencing... Tapi takde pulak. Cuma yang ada semua cerita yang sama di copy paste je hahahaha

Kalau ada yang tahu kisah2 mistik & seram pernah berlaku dalam pacific mall tu sila la email aku di lekatlekitgurl@yahoo.com yer.. Boleh jugak share dengan peminat2 cerita seram kat blog lekatlekit ni. Sharing is caring katanya.. hehehehe

Sebab takde kisah seram di sebalik Pacific Mall ni..

KAMPUNG YANG MENYERAMKAN DI MALAYSIA

Sebelum ni aku tak tau pulak orang kategorikan tempat ni sebagai kampung yang menyeramkan sebab tiap kali balik kampung atau nak balik ke kesini selalu lalu tempat tu. Serius aku sendiri panggil tempat tu pekan hantu sebab aku  tak tahu nama tempat tu. Dengan keadaan kat situ yang nampak agak misteri, usang & ada unsur2 seram memang dari pandangan mata kasar nampak seram la.

sekadar hiasan. Sumber Google

Tapi aku takde la sampai terkencing2 takut... Feel tu lebih kepada tertanya apa berlaku pada tempat tu sehingga terbiar & usang sampai macam tu sekali. Tapi tu la selama ni tak pernah pulak rasa nak cari info pasal tempat tu sampai nama tempat tu pun aku tak sure. heheheehe

Sesaja google kampung seram di Malaysia tetiba rasa macam banyak pulak orang review pasal tempat ni. Bila tengok gambar2 yang ada, Yes! memang tempat ni aku selalu lalu. Rupanya sebuah kampung tinggal.. bernama kampung kepayang.

Bagai ada kuasa yang menarik minat aku terhadap bangun ni. Tu dia ayat konon nak bagi nampak mistik sikit. hahaha

aku dgn asben memang suka half highway & half jalan kampung. Yelah senang nak singgah makan minum tempat2 best. Nak hadap makanan kat RnR yang harga cekik darah tapi rasa macam nak cekik tukang masak tu.. Lagi bagus sambil travel balik kampung sambil jalan jalan cari makan ye dak? Lambat sikit sampai kampung takdenya kampung ghaib...

Berbalik cerita kampung kepayang ni.. Kampung Kepayang, sebuah bandar tinggal yang terletak di Ipoh, Perak. Ia telah dibuka sejak awal kurun ke 17 oleh Tok Changkat Rembia.

Setiap kali melintasi pekan mati ni, bagaikan ada sesuatu yang membuatkan aku ingin memandang. Apakah ada yang memerhati macam kiah propa atau aku saja yang suka memerhati. Hahahaha drama seram sangat tau!

Kampung kepayang ni nampak seram tapi sebenarnya takde la kisah2 seram pun atau aku yang tak tau kisah seram yang jadi kat situ, tak tau la pulak. Sepanjang aku google tak jumpa pun ada kisah2 mistik berlaku kat situ. Cuma pekan tinggal macam ni dengan bangunan usang memang kalau shoot filem seram pun bagus jugak. Memang tak payah edit banyak, view dia memang dah menyeramkan. Cuma tambah maskot hantu jer tapi hantu make sure betul2 seram la.. takat hantu bungkus ikat  tepi pi perform kat sarkis sudah.

Bagai ada kuasa mistik yang membuatkan aku sentiasa rindu nak lalu pekan kampung kepayang ni. Apakah kuasa itu. Adakah boboiboy kuasa 5?

Apapun antara tempat yang setiap kali lalu aku mesti teruja. Entah la.. aku rasa unik sangat dengan view yang menyeramkan macam tu. Seram itu satu seni katanya.. hehehehe


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com