Sebelum ni aku tak tau pulak orang kategorikan tempat ni sebagai kampung yang menyeramkan sebab tiap kali balik kampung atau nak balik ke kesini selalu lalu tempat tu. Serius aku sendiri panggil tempat tu pekan hantu sebab aku tak tahu nama tempat tu. Dengan keadaan kat situ yang nampak agak misteri, usang & ada unsur2 seram memang dari pandangan mata kasar nampak seram la.
sekadar hiasan. Sumber Google
Tapi aku takde la sampai terkencing2 takut... Feel tu lebih kepada tertanya apa berlaku pada tempat tu sehingga terbiar & usang sampai macam tu sekali. Tapi tu la selama ni tak pernah pulak rasa nak cari info pasal tempat tu sampai nama tempat tu pun aku tak sure. heheheehe
Sesaja google kampung seram di Malaysia tetiba rasa macam banyak pulak orang review pasal tempat ni. Bila tengok gambar2 yang ada, Yes! memang tempat ni aku selalu lalu. Rupanya sebuah kampung tinggal.. bernama kampung kepayang.
Bagai ada kuasa yang menarik minat aku terhadap bangun ni. Tu dia ayat konon nak bagi nampak mistik sikit. hahaha
aku dgn asben memang suka half highway & half jalan kampung. Yelah senang nak singgah makan minum tempat2 best. Nak hadap makanan kat RnR yang harga cekik darah tapi rasa macam nak cekik tukang masak tu.. Lagi bagus sambil travel balik kampung sambil jalan jalan cari makan ye dak? Lambat sikit sampai kampung takdenya kampung ghaib...
Berbalik cerita kampung kepayang ni.. Kampung Kepayang, sebuah bandar tinggal yang terletak di Ipoh, Perak. Ia
telah dibuka sejak awal kurun ke 17 oleh Tok Changkat Rembia.
Setiap kali melintasi pekan mati ni, bagaikan ada sesuatu yang membuatkan aku ingin memandang. Apakah ada yang memerhati macam kiah propa atau aku saja yang suka memerhati. Hahahaha drama seram sangat tau!
Kampung kepayang ni nampak seram tapi sebenarnya takde la kisah2 seram pun atau aku yang tak tau kisah seram yang jadi kat situ, tak tau la pulak. Sepanjang aku google tak jumpa pun ada kisah2 mistik berlaku kat situ. Cuma pekan tinggal macam ni dengan bangunan usang memang kalau shoot filem seram pun bagus jugak. Memang tak payah edit banyak, view dia memang dah menyeramkan. Cuma tambah maskot hantu jer tapi hantu make sure betul2 seram la.. takat
hantu bungkus ikat tepi pi perform kat sarkis sudah.
Bagai ada kuasa mistik yang membuatkan aku sentiasa rindu nak lalu pekan kampung kepayang ni. Apakah kuasa itu. Adakah boboiboy kuasa 5?
Apapun antara tempat yang setiap kali lalu aku mesti teruja. Entah la.. aku rasa unik sangat dengan view yang menyeramkan macam tu. Seram itu satu seni katanya.. hehehehe
tengok pun da seram. :D
ReplyDeleteMemang seram.. Apakah kisah di sebaliknya hingga jadi pekan tinggal kan sis?
ReplyDeleteMacam kenal je dengan awak nie, duduk kat selayang, saya pun tinggal selayang, kampung kepayang tu pun saya selalu lintas bila balik kampung.
ReplyDeleteHuhuhu... Sesuai untuk lokasi citer hantu. Tapi kenapa tak dirobohkan aje?
ReplyDeleteMcm pnh lalu la sis...huhu..tgk mmg seram bangunan dia kan
ReplyDeleteaku prasan rumah kedai ni ... mmg aku tertanya juga nape tak diruntahkan dan anpe org tak meniaga kat sini .... byk jugak rumah kedai sezaman kedai ni tapi elok je masih bernaiga .. jeng jeng jeng
ReplyDeleteSuria.. akk pernah lalu satu kawasan di Perak.. seakan2 tempat ni jugak. Samalah mcm hsbnd akk suka halway jalan kampung & halfway highway. Masa masuk dekat kawasan tu ada satu signboard yg bertulis.. lebih kuranglah... sebarang risiko apabila melalui jalan ini adalah di atas tanggungan sendiri.. akk tak pasti nama tempat tu sbb akk cuma pernah lalu sekali jer.. sbb selalu lalu tempat lain2.. explore katanya..
ReplyDeletesayangnya kampung tu tinggal camtu je..nape takde apa-apa pembangunan di situ ye
ReplyDeleteNi kalau lalu malam-malam, lagi best selepas pukul 12 malam ketika hantu keluar berdisko, mesti terasa seramnyakan, Suria. Kat jalan ke kampung akak ada juga deretan kedai usang tapi tak seramlah, sebab itu kita panggil pekan koboi. Bangunan usang sungguh tinggal nak panggil jentolak jerk.
ReplyDeleteApa kata next trip balik kampung buatlah filem pendek ala-ala seram tapi of course, hantu dah kena touchup by manusia ke, hantu Kak Limah ke, tak naklah. Kasi real punya hantulah yerk. Barulah feeling-feeling seekers tu menjelma!
siapa tahu tmpat berhantu kt ipoh ni.
ReplyDeletesiapa tahu tmpat berhantu kt ipoh ni
ReplyDeleteFizz Ado Haa Dekat Atas Sikit Tu Je :D
ReplyDeleteSayang ditinggal cmto je.terbiar gtuw
ReplyDelete