Showing posts with label domino's pizza. Show all posts

MESTI BACA PESANAN PENTING DARI DOMINO'S PIZZA UNTUK PELANGGAN

MESTI BACA PESANAN PENTING DARI DOMINO'S PIZZA UNTUK PELANGGAN.  Kat sini sapa suka makan domino's pizza. Kalau aku entah kenapa aku lebih taste pizza hut berbanding domino's pizza. Bukan sebab harga ke apa.. Rasa macam aku lebih suka roti pizza hut. Tapi ramai sebenarnya penggemar Domino's pizza. Tak tau la sebab standard ke hapa.. Maybe citarasa mereka lebih kepada domino's pizza. Ada jugak orang jenis ikut orang.. Konon nampak domino's pizza macam class sikit katanya dia pun acah2 penggemar  Domino's pizza jugak. hehehe

Sumber Google
Tak kisah korang suka yang mana.. Domino's pizza ke pizza hut ke.. yang pasti jangan buat perkara memalukan macam ni sampai Domino's pizza terpaksa keluarkan pesanan macam ni kat Facebook page mereka. Dengar memang macam kelakar tapi sebenarnya kalau terbuat agak memalukan jugak la. Kot yer pun lapar kan.. Jangan terus komplen tak check dah. Ni asal sekali imbas je nampak lain macam terus complaint padahal silap dari diri sendiri yang gelojoh sangat. hehehehe

Domino's pizza nak pastikan mereka tak dapat complaint dari salah faham macam ni lagi maka pesanan ni harus la penggemar pizza yang suka delivery tu alert yer. Supaya jadi pengajaran kepada semua orang di lain masa.. Baca la pesanan penuh kasih sayang dari Domino's pizza kat bawah ni..


Tak tau la lapar tahap mana kan pelanggan tu sampai kotak pizza pun dia buka terbalik lepas tu tak check terus call buat complaint. Alih2 diri sendiri yang salah.. sebab tu kita di suruh siasat sebelum membuat tuduhan. Takut malu sendiri jer... heheheh

Moral of the story.. Kalau nak makan domino's pizza time sekarang la sebab tengah ada offer buy 1 free 1. Kalau nak boleh redeem kat sini >> Ambil code ni & Nikmati Pizza percuma dari Domino's <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com