20 TEKSI DI DARAT,AIR & UDARA YANG KITA TIDAK PERNAH LIHAT
20 TEKSI DI DARAT,AIR & UDARA YANG KITA TIDAK PERNAH LIHAT. Kiranya hari Jumaat ni kita cerita pasal teksi je la yer... Tadi cerita pasal teksi ferrari tetiba muncul kat jalan raya di Malaysia. Melopong minah yang call minta teksi ambil dia tetiba yang datang teksi ferrari. Kalau aku pun cuak jugak nak naik. Manalah tau tetiba tambang dia pun beribu nak kena bayar... jenuh aku nak pinjam kat pengurup wang berlesen pulak. (Nak baca entri pasal teksi ferrari tu boleh baca kat sini >> TERKEJUT TENGOK TEKSI FERRARI KAT MALAYSIA <<Lepas tertengok video teksi ferrari tu terserempak pulak dengan satu artikel yang berkongsi 20 gambar teksi yang memang rare la. Kalau kat Malaysia ni rasanya takde. Yang best tu teksi bukan untuk pengangkutan darat je... Ada teksi untuk pengakutan air & udara beb! Gamaknya teksi air & udara ni pakai meter jugak ke? hehehehe
Tu la kita kena banyak membaca baru kita boleh tahu sesuatu yang pelik & rare wujud di luar sana. Takde la orang kata kita ni jenis duduk bawah tempurung apapun tak tahu tentang dunia luar. Alasan seorang surirumah bukan menjadi punca kita ketinggalan banyak perkara. Zaman sekarang info kita boleh dapat hanya hujung jari jadi manafaatkan teknologi yang ada.
Alamak lupa pulak nak share gambar2 teksi yang unik & rare ni. Kalau korang nak tengok 20 jenis teksi yang confirm sebelum ni korang tak tahu kewujudan dia di muka bumi ni boleh tengok kat sini. Tak larat aku nak upload 20 gambar teksi ni >> 20 Jenis teksi yang memang cool giler <<
Moral of the story... Kerjaya sebagai pemandu teksi sekarang dah tak boleh kita pandang rendah. Pemandu teksi sekarang lebih2 lagi kat KL, Penang.. Dah macam pemandu pelancong. Kadang2 depa ni boleh cakap banyak bahasa sebab selalu bawa pelancong. Kebanyakkan pemandu teksi ni nampak je low profile tapi kadang2 educated sebab kalau di siasat ada yang bekas kakitangan kerajaan atau dari golongan profesional. Macam2 sebab kenapa mereka jadi pemandu teksi. Salah satu sebab income & cara kerja mungkin selesa bagi mereka. So, sila ubah persepsi anda terhadap pemandu teksi. Kadang2 income depa lagi banyak dari hangpa yang kerja dalam aircond tau.