TESCO PROMOSI PRODUK TIDAK HALAL SEMPENA RAMADHAN
Ramadhan ni bukan kat negara Islam jer sambut malah seluruh dunia kat mana jer ada umat Islam meraikannya. Macam tu jugak promosi yang di buat sempena ramadhan ni. Boleh kata negara bukan Islam pun ada promosi ramadhan selagi ada umat Islam kat situ. Maka berlaku la perkara yang nak kata tak hormati sensitiviti umat Islam pun tak jugak tapi mungkin sebab majoriti penduduk kat situ bukan beragama Islam.. So, depa alert la produk2 yang tidak sepatutnya di jadikan barang promosi sempena ramadhan.Benda ni bukan berlaku kat Malaysia kalau berlaku kat tesco Malaysia memang minta kena viral & kena kecam hingga lumat la. Tapi berlaku kat Tesco, Liverpool Street, London. Katanya pekerja kat situ tersilap susun makanan ringan Pringles berperisa smokey bacon di rak promosi sempena ramadhan. Tapi yang berkongsi perkara tu tak rasa ia menghina atau tak menghormati agama Islam cuma kesilapan yang di anggap kelakar.
Yelah.. tak boleh salahkan depa jugak. Macam kita la.. kita mengamalkan ajaran Islam kita bukan faham sangat tentang agama lain. Ketidaksengajaan macam tu tak mustahil boleh berlaku. Almaklum la di negara bukan Islam dimana penduduknya majoriti bukan Islam. Tapi jadikan pengajaran jugak la untuk semua pasaraya kat Malaysia.. Pentingnya buat kerja betul2 bukan asal siap.
Moral of the story.. Walau di negara bukan Islam, mereka tetap meraikan sambutan umat Islam disana dengan membuat promosi sempena ramadhan macam tu. Ok la tu.. sekurang kurang Islam masih di terima disana, kan??
Sumber : Tesco London Tersalah Promosi Bulan Ramadan